Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN BM KERTAS 2 -TINGKATAN 4

LATIHAN 1 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (30 markah) Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap tiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan, menukarkan imbuhan, menjadikannya sebagai nama khas dan peribahasa. (i) semesta - semester (ii) kesal - sesal (iii) kembang - kembung (6 markah) (b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Pengadil pertandingan bola sepak itu memberikan kad merah kepada pemain tersebut kerana telah mengasari lawannya. (ii) Guru disiplin menahan beberapa orang pelajar lelaki yang disyaki menghisap rokok di dalam tandas sekolah. (iii) Kami telah menyiapkan tugasan bahasa Melayu semalam. (6 markah)

(c) Dalam ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Lapuran tentang keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin disiar oleh media massa setiap hari. (ii) Pada pendapatan saya, kehadiran pendatang tanpa izin ke negara kita telah menimbulkan pelbagai masaalah sosial. (iii) Kerja kerja memperlebarkan jalan itu telah menyebabkan kesesakkan lalu lintas yang teruk. (6 markah) (d) Dalam ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Kenal pasti kesalahan kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk menghapuskan masalah penagihan dadah di kalangan remaja masa kini. (ii) Fenomena kenaikan harga petrol sedang dibincangkan di parlimen. (iii) Penyanyi itu menepis dakwaan yang menyatakan bahawa dia akan berkahwin di masa yang terdekat ini. (6 markah)

(e) Bina ayat bagi setiap peribahasa yang diberikan di bawah. Ayat anda hendaklah dapat memberikan maksud peribahasa tersebut. (i) cepat kaki, ringan tangan (ii) alah membeli, menang memakai (iii) belakang parang kalau diasah lagikan tajam (6 markah)

Anda mungkin juga menyukai