Anda di halaman 1dari 2

,

Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan turut serta dalam Majlis Makan Malam Pendidikan Khas Sempena Ulang Tahun Ke-31ini.


Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah menyumbang khidmat , menabur bakti mereka kepada anak-anak didik Berkeperluan khas ini terus berkekalan.


Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.


Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami, Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni. Kurniakanlah kami kesabaran dan ketabahan daripada ujian yang kami hadapi. Akhirnya jangan Engkau sia-siakan amalan hamba-hamba-Mu yang telah mengorbankan kesenangan jiwa, kelapangan harta dan ruang masa mereka dalam mendokong dan menjayakan hasrat murni kami sehingga mencapai pengiktirafan ini.

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai