Anda di halaman 1dari 10

1

1.0

PENGENALAN

Perindustrian merupakan suatu usaha atau kegiatan pengolahan bahan mentah atau barang setengah jadi untuk menjadi barang jadi yang memiliki nilai tambah untuk mendapatkan keuntungan. Menurut Fox (1971), industri boleh didefinisikan sebagai penggunaan cara-cara yang kompleks lagi sofistikated dalam proses pengeluaran barangan dan juga perkhidmatan. Cara-cara yang kompleks ini telah memberikan implikasi kepada kewujudan mesin jentera yang direka dengan tujuan memperbaiki kuantiti dan kualiti pengeluaran. Manakala, Moore (1965), pula mengatakan bahawa proses perindustrian sebagai pertambahan penggunaan alat-alat teknologi moden, termasuk penggunaan jentera dalam sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.

Secara umumnya, pembahagian antara negara-negara kaya dan negara miskin merupakan pembahagian antara negara industri dan negara bukan industri (negara yang mengeluarkan bahan asas). Dengan itu, banyak rancangan pembangunan di negara dunia yang menekankan perindustrian secara pesat dalam usaha mereka hendak mengadakan pembangunan serta mencapai taraf hidup sebagaimana yang terdapat di negara maju. Ini disebabkan negara maju merupakan negara industri.

Pembangunan perindustrian yang berlaku di dunia telah melahirkan sebuah kelompok masyarakat baru iaitu kelompok masyarakat industri. Masyarakat ini muncul hasil daripada Revolusi Industri yang muncul di Britain.

2.0

TEORI ANTHONY GIDDEN

Dalam memperkenalkan teori masyarakat industri, Anthony Gidden telah memperkenalkan kepada masyarakat mengenai teori yang wujud dalam sesebuah masyarakat industri, terdapat beberapa konsep yang dinyatakan beliau iaitu :

1) Masyarakat berubah. Perubahan yang paling ketara yang dijumpai dalam dunia kontemporari ialah peralihan yang berlaku dalam masyarakat tradisional terutamanya berdasarkan perkembangan dalam teknologi pertanian. Masyarakat tradisional dahulunya menggunakan guna tenaga manusia dan haiwan dalam melakukan kerja-kerja pertanian seperti membajak, menuai, meracun dan sebagainya. Namun, perubahan yang berlaku dalam teknologi pertanian telah mewujudkan mesin jentera pertanian. Perubahan kepada penggunaan mesin jentera ini telah mendatangkan banyak kelebihan dan pembaharuan kepada masyarakat tradisional dengan menghasilkan kuantiti barangan yang banyak pada satu-satu masa disamping mutu kualiti barangan yang lebih terjamin. Melalui peralihan yang berlaku ini, maka masyarakat mula berubah kepada masyarakat moden atau lebih sinonim dengan panggilan masyarakat industri.

2) Pergerakan Progresif (A Progressive Movement) Perubahan daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat industri telah menunjukkan kewujudan pergerakan yang progresif (progressive movement) dalam sejarah perkembangan masyarakat. Anthony Gidden telah menyatakan pendapat beliau bahawa masyarakat industri

adalah sebuah masyarakat yang mempunyai struktur sosial yang sangat berbeza iaitu wujudnya golongan bangsawan dan rakyat biasa, namun perbezaan ini mula dibubarkan melalui sebuah pertubuhan yang diwujudkan oleh golongan pekerja sendiri dalam mewujudkan persamaan struktur sosial dalam masyarakat.

3) Konflik Kelas (Class Conflict) Konflik kelas muncul di Eropah Barat sekitar abad ke 19 dan awal 20. Kewujudannya adalah hasil tekanan yang berlaku dalam peralihan daripada perintah pertanian kepada sebuah masyarakat industri. Secara umumnya kemunculan masyarakat industri mendatangkan banyak konflik dan ketegangan. Fenomena ini merupakan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam masyarakat industri.

4) Demokrasi Liberal Kebangkitan negara demokrasi liberal adalah satu elemen penting yang mengiringi peralihan masyarakat daripada tradisional kepada kemodenan. Demokrasi liberal adalah sistem politik yang pada awalnya bermula di Eropah Barat dan beberapa negara yang bersatu padu, di mana kerajaan berparlimen wujud, dan di mana dua pihak atau lebih bersaing untuk memihak kepada pengundi. Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh Anthony Gidden, ramai di kalangan penulis sosiologi yang lebih cenderung untuk menganggap bahawa masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi liberal adalah sesuatu iringan semulajadi kepada perkembangan masyarakat perindustrian. yang lain telah lebih sedar sifat-sifat yang

tersendiri, dan telah mengkritik sudut pandangan, berhujah bahawa kerajaan moden telah memainkan peranan penting dalam perubahan sosial dalam hak sendiri. Kebanyakkan negara-negara yang sedang membangun turut mengamalkan konsep demokrasi liberal. Contohnya negara Malaysia telah mengamalkan demokrasi liberal sejak tahun 1957 sehinggalah ke hari ini.

5) Perpaduan Penyokong teori masyarakat perindustrian telah cenderung untuk menganggap atau untuk mencadangkan bahawa bahawa terdapat perpaduan penting untuk perintah industri di manamana jua ia muncul. Masyarakat moden yang mengamalkan perindustrian lebih cenderung untuk menyerupai antara satu sama lain dan tanpa disedari telah menghanyutkan unsur-unsur tradisional. Walaupun masyarakat moden mempunyai sudut pandangan yang berlainan dalam politik, namun mereka masih berada diatas jalan yang sama mengenai pembangunan.

3.0

Faktor Pembangunan Perindustrian

Konsep umum tentang perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi boleh dilihat pada abad kesembilan belas. Minat yang meluas dikalangan sarjana Eropah kurun itu terhadap perubahan sosioekonomi sebahagiaannya membayangkan keadaan pada masa itu. Zaman itu

memperlihatkan kemajuan pesat dalam industri pembuatan, pertambahan penduduk yang pesat, pertambahan pusat-pusat bandar dan kegiatan politik dan birokratik negara yang semakin bertambah penting. Hasil proses perindustrian itu dapat dilihat pada perubahan-perubahan yang

penting dan pesat dalam bidang-bidang teknologi, ekonomi dan sosial yang mengubah ciri-ciri asas masyarakat daripada bercorak pertanian kepada industri.

3.1

Kepentingan dalam bidang sosial

Proses perindustrian telah memberi kesan yang positif terutamanya dari segi pertumbuhan ekonomi serta perubahan struktur masyarakat. Dari segi pertumbuhan ekonomi, proses perindustrian dapat meningkatkan taraf hidup masyararakat yang lebih tinggi dengan menyerap lebihan penduduk yang menganggur dan mencetuskan perpindahan penduduk dari desa ke bandar serta merangsangkan penglibatan penduduk di dalam kegiatan bercorak industri iaitu pengeluaran secara besar-besaran. Proses ini bertujuan mencapai pembangunan dengan meninggikan pendapatan per kapita dan keluaran negara kasar serta meningkatkan taraf hidup supaya ekonomi sesebuah negara akan menjadi lebih teguh. Apabila berlaku penghijrahan masyarakat daripada desa ke bandar, peluang pekerjaan dapat dipenuhi dan perkara ini dapat mengurangkan penggangguran dalam bidang atau sektor ekonomi tertentu. Contohnya di Malaysia, sumbangan industri tekstil dan pakaian terhadap penyediaan peluang pekerjaan merupakan kedua terbesar dalam sektor perkilangan.

3.2

Kepentingan dalam bidang ekonomi

Tujuan penting dalam pembangunan ekonomi bukan sahaja untuk meninggikan keluaran negara kasar atau pendapatan negara atau pendapatan per kapitanya tetapi juga menekankan ekonomi seperti menyediakan makanan, pakaian, perlindungan dan pekerjaan. Pembangunan perlu

diadakan dalam konteks keadilan ekonomi dan sosial antara manusia demi mengurangkan penderitaan, pergantungan, penindasan dan ketaksamaan di kalangan individu dalam masyarakat. Dalam konteks hubungan antara negara, tujuan pembangunan yang terpenting ialah untuk merapatkan jurang serta meninggikan taraf ekonomi dengan cara negara-negara maju memberi bantuan kepada negara-negara miskin dalm bentuk bantuan asing, pinjaman, pelaburan, perdagangan dan lain-lain. Di Malaysia, kemasukan modal asing dalam sektor perindustrian perkilangan telah kian meningkat berikutan pengenalan dasar yang lebih menarik kepada pemodal asing dan kelonggaran syarat ekuiti . Pada masa yang sama kemuculan rantau Asia Pasifik sebagai sebuah pasaran yang besar telah mendorong pemindahan pengeluaran dari negara maju seperti Amerika Utara dan Eropah Barat. Contohnya Malaysia menerima banyak pelaburan asing dari Taiwan, Singapura dan Korea Selatan. Penglibatan negara-negara tersebut telah menjadi destinasi model teknologi tinggi asing yang penting disebabkan kemampuan mereka untuk bertindak balas dengan pantas terhadap perubahan dalam pasaran antarabangsa. Mereka juga memiliki teknologi baru dan dilengkapi dengan etika kerja yang tinggi serta infrastruktur yang baik yang mendorong Malaysia memajukan industri melalui kemasukan pelaburan asing.

3.3

Kepentingan dalam bidang Teknologi

Kesan pelaburan asing dalam industri ke atas pembangunan ekonomi mendatangkan kesan positif kepada negara penerima atau negara tuan rumah dalam bentuk sumber modal, kemahiran pengurusan dan teknologi. Menurut Lall (1993), selain daripada sumber pembiayaan, pelabur asing juga membawa masuk teknologi baru dan menyediakan akses yang berterusan kepada

perubahan teknologi. Ia juga menawarkan kemahiran dan kepakaran di dalam pengurusan dan pemasaran, menggalakkan persaingan tempatan, menyediakan akses kepada pasaran eksport dan membantu pembekal meningkatkan kualiti dan persaingan. Perubahan dalam bidang teknologi dan sistem komunikasi telah mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat negara membangun tentang kedudukan ekonomi mereka apabila dibandingkan dengan masyarakat maju. Usaha menuju ke arah industri yang giat modal dan berteknologi canggih yang mampu menghasilkan keluaran bermutu tinggi, berdaya saing dan berhubung rapat dengan keperluan pasaran negara maju semakin diberikan perhatian.

3.4

Kepentingan dalam bidang Politik

Kemajuan yang dialami oleh negara-negara Barat akibat daripada Revolusi Industri telah membolehkan negara-negara tersebut menjelajah dunia dan menakluki negara-negara yang relatifnya lemah. Penjajah kemudiannya telah memperkenalkan teknologi dan industri di negara yang dijajah demi mendapatkan kekayaan sumber-sumber bahan utama negara itu dan melibatkan mereka di dalam sistem ekonomi kapitalis. Hal ini membuktikan kekuasaan dalam bidang politik boleh menguasai dunia. Pertumbuhan industri penting juga kepada masyarakat dalam bidang politik kerana pertumbuhan mendahului ketegangan sosial. Misalnya, dalam sesetengah negara seperti Great Britain, golongan pekerja sedang meminta gaji yang lebih akibat dari kenaikan perbelanjaan ke atas perumahan, pelajaran, kesihatan dan lain-lain kemudahan. Dalam zaman demokratik sekarang, kebanyakan negara sedang melalui satu peringkat di mana satu perselisihan dalam negara tidak dapat dielakkan, melainkan ada kenaikan yang cepat dalam pengeluaran. Satu lagi

aspek yang tidak seimbang antara kemahuan dan sumber boleh dilihat dalam tabiat politik negara-negara yang mempunyai status antarabangsa yang rendah. Sokongan kerajaan adalah salah satu sebab mengapa dunia ingin memajukan perindustrian. Ini terbukti apabila Asia Timur sekarang ini menjadi kuasa baru ekonomi dalam membangunkan negara mereka dan kesediaan penduduk mereka dalam menerima suatu bentuk pembangunan yang baru. Little (1981) menyatakan bahawa negara perindustrian baru (NICs) Asia Timur telah mengambil strategi perindustrian berorientasikan eksport sebagai faktor kejayaan mereka dalam eksport barangan pembuatan. Contohnya Singapura dimana ia memulakan dasar perindustrian gentian import pada awal tahun 1960-an dan mula melaksanakan dasar perindustrian eksport secara perlahan-lahan. Kini, Singapura sudah mencapai tahap perindustrian berteknologi tinggi dengan industri yang giat modal dan penggunaan buruh berupah tinggi. Selain daripada itu, faktor dalam membangunkan industri adalah kerana didorong oleh pembaharuan dalam sistem politik dan ekonomi. Berpandukan pembaharuan tersebut, negara akan mendapat sokongan tempatan bagi pembangunan perindustrian. Contohnya Negara Asia Timur yang pernah dijajah oleh kuasa asing daripada Barat mahupun Timur sedar bahawa kemenangan dan kekuatan mereka dalam Perang Dunia Kedua dahulu banyak dibantu oleh barat. Apabila mereka dibebaskan oleh pihak Barat, mereka telah kehilangan perlindungan kekuatan ketenteraan. Ini membawa kepada usaha untuk mempertahankan diri mereka sendiri dengan meningkatkan kekuatan ekonomi untuk membina atau membeli peralatan pertahanan negara. Selepas Perang Dunia Kedua, Negara Asia Timur menyedari bahawa saiz mereka yang kecil dan peningkatan penduduk serta kekurangan sumber negara yang semakin ketara

memerlukan pembangunan ekonomi perindustrian yang pesat bagi mendapatkan pulangan hasil daripada eksport untuk pembiayaan bahan makanan dan bahan mentah yang diimport. Strategi yang dilakukan oleh Negara Asia Timur adalah pembaharuan ekonomi dimana mengurangkan eksport bahan mentah negara dengan memprosesnya terlebih dahulu untuk menggantikannya dengan bahan import dari negara luar seterusnya dapat mempertingkatkan imdustri ke arah yang lebih maju.

10

4.0

KESIMPULAN

Revolusi industri telah mencetuskan satu fenomena baru yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan industri telah memberi banyak kepentingan dan kemudahan kepada masyarakat samada dari segi politik, ekonomi, sosial mahupun teknologi. Kemajuan dalam bidang perindustrian telah memberi satu dimensi baru kepada dunia hari ini iaitu setiap negara perlulah mempunyai industri yang kuat agar negara mereka tidak ditindas oleh kuasa yang besar. Ramai tokoh-tokoh sosiologi yang memperkenalkan teori Pembangunan dalam Masyarakat Industri. Salah seorang adalah Anthony Giddens di mana memperkenalkan kepada masyarakat mengenai teori yang wujud dalam sesebuah masyarakat industri seperti Perubahan Masyarakat, Perpaduan, Kelas konflik,Pergerakan Progresif dan Demokrasi Liberal. Kesimpulannya, masyarakat hari ini termasuklah negara yang sedang membangun berusaha untuk membangunkan perindustrian di negara masing-masing. Mereka telah menyedari kekuatan dalam perindustrian adalah asas kepada kemajuan dalam sesebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai