Anda di halaman 1dari 20

ISL 1: Huraikan konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun.

Pengenalan Dalam perjalanan sejarah, manusia berusaha untuk meningkatkan taraf hidupnya dalam satu keadaan yang lebih baik. Pada peringkat awalnya manusia mendiami kawasan tepian sungai untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Dari penempatan manusia itu, ia telah berkembang menjadi masyarakat negara kota seperti bandar-bandar Uruk, Kish, Lagash dan Ur di sepanjang Sungai Euphrates dan Tigris. Kemudian berkembang menjadi tamadun awal manusia, iaitu Tamadun Mesopotamia kira-kira 5000 S.M. o Kemunculan Tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil. o Kemunculan Tamadun Cina dan India o Pertembungan tamadun paling hebat antara tamadun dunia pada abad ke-18 dan 19 apabila kuasa Eropah menjalankan dasar peluasan kuasa ke Benua Afrika, Amerika dan Asia.

Konsep Tamadun o Tamadun merupakan satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh dalam semua aspek kehidupannya.( status sosial manusia mulai berubah dari kehidupan serba mudah kepada satu organisasi masyarakat kompleks). o Penulis Arab: 1) Madaniyah 2) Tamaddun 3) Hadarah 4) Umran o Maksud sebenar tamadun dalam bahasa Arab : kehalusan budi & sopan santun. o Ibn Khaldun penulis arab pertama menggunakan perkataan umran untuk menerangkan konsep tamadun. o Ibn Khaldun Umran = tanah atau rumah yang didiami dalam negara yang berkembang

Hadarah = sedentary life o Muhammad Farid Wajdi & Sheikh Muhammad `Abduh Madaniyah = madinah atau bandar o Jurji Zaydan (penulis buku Tarikh al-tamaddun al-Islami) Tamadun = memiliki ciri-ciri kehidupan bandar, dan kota kota dalam bahasa Arab bermaksud mudun yang memiliki ciri-ciri bandar. o Civilization : daripada perkataan civitas (perkataan latin) yang bemaksud bandar. Maka, bandar mempunyai kaitan dengan tamadun o P. Bagby : tamadun merupakan budaya yang dijumpai di bandar. o Arnold Toynbee Tamadun dibina berdasarkan beberaapa keadaan. 1) Keadaan pertama: Masyarakat pra-tamadun mengorak ke arah kemajuan (mungkin dipengaruhi tamadun sedia ada) Contoh : Tamadun Kristian Ortodok Timur bg Empayar Rom Timur hasil daripada tamadun Eropah. 2) Keadaan kedua: Perkembangan tamadun dengan kelahiran tamadun dari tamadun lama Contoh : Hellenistik dr tamadun Grecco-Roman 3) Keadaan ketiga: Penukaran tamadun lama kepada tamadun baru Definisi Tamadun o Suatu kehidupan unggul dan berpandukan sistem perundangan , agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat.

o Satu peringkat pembangunan yang tinggi, di mana budaya manusia merangkumi sistem penulisan, undang-undang, kerajaan, pengkhususan kerja, agama dan pembinaan negara kota. o Prof. Syed Naquib Al-Attas : Tamadun Islam sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. o Ibn Khaldun : Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. o Karl Marx : tamadun mempunyai nilai infratruktus (material) dan superstructure (spiritual). o Marcel Mauss : tamadun = semua pencapaian manusia o Eugene Cavignac : Sains, seni, arahan dan kemurniaan yang minimum o Robert J. Braidwood : tamadun mempunyai satu struktur politik, undang-undang formal dan seterusnya terdapat beberapa projek mega seperti jalan raya, pelabuhan, terusan dan kakitangan keselamatan atau polis untuk menjaga negara. o Kesimpulan Tamadun ialah kumpulan pencapaian dan peningkatan yang diperoleh oleh manusia dalam pelbagai aspek serta dikaitkan dengan soal nilai dan etika yang tinggi. Ciri-Ciri Tamadun Secara umumnya , tamadun mempunyai beberapa ciri asas. Ciri-ciri ini membentuk satu sistem manusia yang dianggap lengkap dan maju. Antaranya ialah : 1. Kemajuan teknologi 2. Sistem pemerintahan dan ekonomi yang teratur

3. Urbanisasi 4. Organisasi sosial yang tersusun 5. Mempunyai kepercayaan tertentu dan agama 6. Budaya dan kesenian 7. Tulisan dan bahasa (Namun tidak semua ciri ini boleh diterima oleh semua tamadun kerana perubahan pemikiran manusia telah menolak beberapa ciri seperti agama. Juga, tamadun berlainan mempunyai kelainan dalam peranan dan fungsinya.) 1. Kemajuan teknologi o Perkembangan dan kemakmuran tamadun banyak ditentukan oleh teknologi o Peringkat awal: manusia menggunakan batu sebagai alat penting dalam kehidupannya (Zaman Batu) o Zaman Batu terbahagi kepada Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik (dibezakan berdasrkn pencapaian dalam penciptaan peralatan batu.) o Zaman Neolitik pembuka kepada zaman penggunaan batu lebih sempurna dan manusia memasuki era pertanian dan kerja-kerja kraftangan dan tembikar. (eg: bajak dan roda) o Zaman Batu ialah zaman evolusi pra-sejarah yang membawa ketinggian tamadun manusia sebelum Zaman Logam. o Di Asia Tenggara, muncul era Dongson dengan penggunaan Gendang gangsa. (tinggikan status hidup utk kawal anak buahnya). o Era Revolusi Perindustrian di Eropah memperlihatkan sektor pertanian

dikembangkan dan pada masa yg sama sektor industri diwujudkan. (membawa kepada era imperialisme)

2. Sistem Pemerintahan o Sistem pemerintahan mempunyai pembahagian tertentu dalam pentadbiran dan fungsi-fungsi pentadbiran.

o Dalam kebanyakan tamadun klasik dunia,raja merupakan tiang utama kuasa pemerintahan- bertindak sebgi wakil tuhan spt dlm tamadun China, Mesir dan Mesopotamia. o Raja mendapat anugerah dari tuhan atau langit utk memerintah : konsep anak syurga di China dan Devaraja dlm Kerajaan Khmer. o Kepercayaan raja-raja Melaka adalah keturunan Iskandar Zulkarnain yang agong (Tam. Melayu) o Perubahan sistem pemerintahan berlaku kerana adanya desakan daripada penduduk tempatan (Tamadun Greek : dari sistem beraja kepada kpd demokrasi umum). o Sumber pembentukan sistem pemerintahan dibentuk oleh sarjana-sarjana klasik yang mempunyai pemikiran tertentu mengenai corak pemerintahan kerajaannya. (Tamadun Greek : Socrates, Plato dan Aristotle) o Perkembangan falsafah di China : Lao Tze, Konfusius dan Meng Tze. o Tamadun mempunyai sistem pentadbiran yang teratur. (contoh 1 : Tamadun China- empayar Dinasti Tang dibahagikan kepada 10 wilayah (tao) dan menjadi 15 wilayah pada abad ke-8 yang ditadbir oleh pengawas pentadbiran ,kewangan dan kehakiman. Di peringkat pusat terdpt tiga organ penting iaitu Imperial Secretariat, The Imperial Chancellery dan Secretariat of State Affairs) (contoh 2 : Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka- Pemerintahan tertinggi diketuai oleh sultan dan dibantu oleh beberapa orang pegawai tertinggi. Pegawai tertinggi terdiri drp kumpulan Pembesar Berempat yang terdiri drp Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari.Di bawah empat pembesar terdpt orang besar berlapan dan orang besar enam belas

Sultan Pembesar Berempat Pembesar Berlapan Pembesar Enam Belas


o Kini, pemerintahan sesuatu tamadun berubah dengan pelbagai falsafah dan ideologi dunia. o Pelbagai bentuk pemerintahan muncul seperti demokrasi berparlimen, raja berparlimen, raja mutlak dan republik. o Pemerintahan mengandungi pelbagai bentuk pentadbiran seperti kehakiman, perkhidmatan awam, suruhanjaya dan badan-badan keselamatan seperti polis dan tentera. o Dalam tamadun Islam, keadilan dan musyawarah dipentingkan. o Perlembagaan Madinah mencerminkan bagaimana Nabi Muhammad telah menegakkan keadilan semua bangsa di Madinah. (Antara unsur toleransi dan keadilan dlm perlembagaan tersebut ialah orang Yahudi dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri tanpa gangguan selagi tidak mengancam keselamatan Islam).

3. Ekonomi o Kemajuan ekonomi membawa kemakmuran sesuatu tamadun. o Kepesatan ekonomi membawa kepada perkembangan sistem sukat dan ukur serta penciptaan wang kertas dan duit syiling. o Dalam Tamadun Melayu, pelbagai sistem sukat dan ukur seperti hasta, jengkal, dan depa. o Sistem pembelian berubah daripada sistem barter kepada sistem wang. o Setiap tamadun mempunyai bentuk dan nilai wang yang berlainan mengikut keadaan.

4. Urbanisasi o Bandar merupakan pusat kegiatan utama seperti bidang agama, pemerintahan, ekonomi atau pelbagai pusat. o Bandar sbg pusat pertemuan penduduk dan org asing, maka pertembungan merancakkan proses urbanisasi sesebuah bandar o Cth : Tamadun Lembah Indus- kesan-kesan tinggalan bangunan besar, bilik air, limbah, pembentungan, longkang dan palung di kaki-kaki atap masih menjadi bukti kepada ketinggian kehidupan masyarakat tempatan pada ketika itu. o Cth : Mohenjo Daro- tinggalan kolam besar great bath (39 kaki pjg, 23 kaki lebar dan 8 kaki dalam) yang dipercayai dibina untuk upacara agama.

5. Struktur Sosial o Dlm sebuah masyarakat bertamadun, ia mempunyai satu struktur organisasi yang tersusun.Mulanya petani, kemudian wujud pemimpin atau ketua agama, pemerintah. o Maka, muncullah tiga kelas masyarakat iaitu pemerintah, rakyat serta hamba. o Bagi Tamadun Islam, ia tidak menitikberatkan perbezaan antara penganut Islam. Perbezaan fizikal dan pekerjaan tidak menghalang pergaulan masyarakat Islam. o Perkara penting dlm masyarakat Islam ialah perpaduan ummah.

6. Kepercayaan dan Agama o Sejak kewujudan masyarakat, elemen-elemen ghaib dan berkuasa menjadi kepercayaan biasa bagi manusia. o Animisme - Pada peringkat awal, alam sekitar menjadi perkara yang dikagumi dan disembah (pokok, batu, matahari, sungai dan laut mempunyai semangat dan harus dipuja kerana dipercayai memberi rezeki pd mereka. Manakala, ribut, gempa bumi dan gunung berapi pula ditakuti dan dilihat sbg satu fenomena semangat sdg marah). o Ketua ketua agama pd masa tersebut digelar Syaman. Oleh kerana pentingnya golongan agama ini, mereka dihormati dan pada sesetengah tamadun dijadikan pemimpin.

o Lama kelamaan, kepercayaan ini ditukar kpd kepercayaan kpd tuhan-tuhan atau dewa tertentu. o Maka muncullah pelbagai tuhan- Tamadun Greek mempunyai pelbagai tuhan eg. Poseidon, Aphrodite, Ares, Artemis, Apollo, Zeus, Athena, Demeter dsb. o Agama memainkan peranan sbg pembentuk masyarakat bersatu dan mengajar mereka mengenai cara-cara mengorganisasikan masyarakat serta

mendisiplinkan diri dari hawa nafsu. o Ringkasnya, agama meberi panduan kepada kebaikan dan panduan hidup sewaktu kesusahan. o Masyarakat Arab sebelum tamadun Islam dikatakan dalam zaman kegelapan atau jahiliyah. Mereka berpecah-pecah kepada kabilah dan sering bermusuh. o Kehadiran Islam membantu mencipta Tamadun Arab lebih gemilang. Masyarakat Arab bersatu untk membina kegemilangan Empayar Islam sehingga ke Eropah dan India.

7. Budaya o Budaya merupakan cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa yang meliputi semua aktiviti harian manusia. o Budaya berperanan membezakan antara bangsa-bangsa tertentu. o Dalam aspek pakaian, setiap tamadun mempunyai baju kebudayaan tersendiri. (cth: baju Melayu dlm Tamadun Melayu, sari dan dhoti dlm tamadun India, kimono dlm tamadun Jepun)

8. Kesenian o Meliputi semua jenis seni seperti seni bina, seni lukis, sastera dan seni ukir. o Setiap tamadun mempunyai keistimewaan dlm bidang seni seperti Taj Mahal, Piramid, Tembok Besar China dan Taman Tergantung Babylon. o Di zaman Abbasiyah, Baghdad bukan sahaja menjadi pusat ilmu pengetahuan tetapi menghasilkan jg karya karya popular sehingga kini spt Hikayat Seribu Satu Malam.

9. Tulisan dan Bahasa o Tulisan dan bahasa memainkan peranan tersendiri dlm penciptaan tamadun. o Bangsa yang bertamadun mempunyai satu sistem tulisan dan bahasa yang membantu proses perkembangan tamadun dlm pelbagai aspek kehidupan manusia. o Tulisan membantu manusia menyimpan rekod, menulis undang-undang, sastera, bidang intelektual dsb. o Dgn itu, dikri-dikri raja dpt disampaikan kepada rakyat, urusan perdagangan dpt dijalankan, berkembangnya bidang penulisan dan ilmu pengetahuan. o Masyarakat Sumeria mencipta tulisan Cuneiform. Maka, tamadun orang Sumeria atau Mesopotamia dpt dikaji kini. o Dari tulisan jg kita mengetahui kod Hammurabi. o Bahasa memainkan peranan penting dalam perhubungan antara anggota masyarakat. o Walaupun terdpt pelbagai bahasa, ia bukan halangan kepada perkembangan tamadun tersebut. (Cth: Tamadun Barat tetap berkembang walau terdapat plbg bahasa spt Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol etc.)

ISL 2: Definisi Tamadun Islam dan Prinsipnya. Takrif Tamadun Islam


o Syed Muhammad Naquib al-Attas : Tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. o Ibn Khaldun : Tamadun Islam sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. o o Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (al-Sunnah) dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (mengEsakan Allah s.w.t). o Manakala, golongan minoriti bukan beragama Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam. (Cthnya, menterjemahkan buku-buku tamadun-tamadun sebelum Islam dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang pengkhususan tertentu yang tidak bertentangan dgn prinsipprinsip Islam.

Prinsip-Prinsip Tamadun Islam Dasar utama Tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Tuhan kepada hamba-hambaNya di dunia ini, termasuk lain-lain makhluk ciptaanNya. 1. Memelihara Nyawa o o Setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup. Setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkan tubuh badan manusia atau mengancam kehidupan atau melemahkannya adalah haram seperti mabuk, memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Tuhan.

o o

Setiap perkara yang bermatlamat untuk kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan sebagainya. Setiap perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian adalah wajib dilakukan.

2. Memelihara Akal Fikiran o o o Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia daripada makhluk-makhluk lain. Islam mewajibkan penganutnya supaya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi had masa, tempat atau bangsa. Mengenai pemeliharaan akal fikiran manusa, dilarang penganutnya untuk minum dan makan makanan yang dilarang atau memberi kesan negatif , kerana kemabukan boleh menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-sifat kebinatangan. o Islam menggalakkan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepadaTuhan, fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan was was.

3. Memelihara Maruah dan Keturunan o o o Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dsb. Rasulullah menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah berasal drp satu bapa dan satu ibu. Setiap orang wajib untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sbg manusia tanpa pengecualian.( Sabda Rasulullah di Padang Arafah : Sesungguhnya nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini diriwayatkan oleh Bukhari) o o o Dalam Islam, pemeliharaan keturunan ditekankan. Terdapat undang-undang dan peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yg sejati dan benar. Segala larangan terhadap perkara-perkara negatif spt perzinaan, seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dsb adalah utk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia drp sifat-sifat kebinatangan.

4. Memelihara Harta Benda o o o o o o Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Islam juga melalui kaedah ilmu faraid telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikut fitrah manusia sendiri. Allah s.w.t meluaskan bidang memiliki harta benda seluas-luasnya kepada makhluk di dunia tanpa sekatan yang di luar tabii manusia. Apb seseorang dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya, maka kekayaan itu tdk harus dilucutkan drpnya dgn paksa atau dirampas. Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darah terakhir. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid (Diriwayatkan oleh Bukhari)

5. Memelihara Hak dan Kebebasan o o o o o o o o Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak dilahirkan. Hak dan kebebasan manusia tdk boleh dilucutkan dlm keadaan tertentu kecuali ketika mempertahankan diri (kemerdekaan) dan untuk keselamatan ummah. Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah s.w.t. Oleh yang demikian, setiap orang Islam hendaklah bebas drp segala unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang jahat. Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah perhambaan kepada hawa nafsu yang ganas. Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya kemerdekaan beragama. Mengenai kebebasan seseorang individu dlm tanah airnya, Islam telah menjelaskan kedudukan tersebut sbg waris. Mengenai kebebasan setiap penduduk utk memberi pendapat, pandangan dan kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahnya, Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian.

Panduan ini juga kpd pemerintah agar mereka dapat melaksanakan kebajikan dan melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara serta mereka sentiasa mendpt sokongan dr rakyat.

o Segala kebebasan ini terikat pd hak-hak tabii manusia dan maslahat umum. Jd, Islam telah
meletakkan kebebasan di bwh kepentingan umum.

Mengapakah sumber Tamadun Islam berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah, aqal, penemuan penciptaan baru dan penyempurnaan semula. Al-Quran 1. Mementingkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 2. Melayan tabiat semulajadi (fitrah) manusia. 3. Fleksibel ; Al-Quran mengandungi kaedah dan peraturan Umum dan dasar yang boleh ditafsirkan mengikut keadaan disamping Kaedah khusus dan thabit utk mempermudahkan orang yg mahu menghayatinya. 4. Praktikal; Islam pada Akidah dan Syariahnya merupakan agama yg praktikal kerana ia senang difahami, jelas & selaras dgn akal & fitrah manusia. 5. Syumul (Menyeluruh); Al-Quran menyentuh semua aspek kehidupan manusia dan meletakkan asas-asasnya. Setiap perbuatan manusia tidak terkeluar dari hukum agama; Wajib, Sunat, haram, makruh, harus, sah dan batal. 6. Seimbang; antara suruhan dan larangan, ruhiah & jasadiah, duniawi & ukhrawi. Sunnah 1. Menegaskan hukum yang terdapat dalam Quran. 2. Menjelaskan apa yg tidak diperincikan dalam al-Quran. 3. Menetapkan hukum yg tidak terdapat dalam al-Quran tetapi bertepatan dengan prinsip umum dalam al-Quran.

Perkara yg khusus kepada baginda; bukan hukum spt. Wajib tahajjud, poligami lebih 4.

Tamadun Islam mempunyai sumber yang amat kukuh,mantap dan lumayan seperti berikut: Wahyu Wahyu yang menjadi sumber tamadun Islam itu pula terbahagi kepada dua iaitu AlQuran dan As-Sunnah. 1. Al-Quran Keunggulan Al-Quran sebagai sumber tamadun Islam dapat dilihatr daripada sudut berikut: a. Kesahihan dan keterpeliharaan Kesahihan dan keterpeliharaan Al-Quran telah dijamin sendiri oleh Allah S.W.T sejak ia diturunkan hingga Hari Kiamat nanti.Ia terpelihara daripada sebarang penyelewengan samada yang dilakukan oleh manusia atau jin.Hal ini dijelaskan oleh AllahTaala dalam Al-Quran Surah Al-Hijr ayat 9 yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benarbenar memeliharanya.. Kesahihan,ketulinan dan keterpeliharaan Al-Quran merupakan salah satu daripada ciri yang menjadikannya sebagai sebesar-besar mukjizat yang pernah diturunkan di muka bumi ini. b. Syariah yang lengkap Keunggulan Al-Quran sebagai sumber tamadun Islam yang utama juga adalah disebabkan oleh syariah yang dibawanya itu lengkap dan menyeluruh untuk semua bangsa manusia,setiap masa,suasana,tempat dan zaman di seluruh pelusuk alam.Bukan khusus pada zaman Rasulullah S.A.W malah setiap zaman hingga hari

kiamat.Ia bukan sahaja mengatur cara hidup untukl diri individu malah meliputi keluarga,jiran,negara,ekonomi,teknologi dan antarabangsa. c. Keindahan bahasanya Keindahan bahasa Al-Quran juga merupakan salah satu ciuri

keunggulannya.Antara kemukjizatan bahasa Al-Quran yang terpenting ialah segi balaghahnya (retorika) yang mengagumkan sasterawan Arab Jahiliah yang begitu mahir dengan balaghah.Malah melumpuhkan keanggunan dan kepakaran mereka dalam bahasa dan kesusasteraan. Mereka gagal untuk membawa walaupun satu ayat yang dapat menandingi keindahan bahasa Al-Quran apatah lagi untuk mengatasinya sejak ia diturunkan hingga hari ini. d. Keluasan dan kedalaman ilmiahnya Perkembangan dan penemuan baru dalam bidang ilmiah yang diterokai oleh manusia samada di kalangan orang Islam sendiri atau daripada tamadun lain tidak satu pun yang terlepas daripada jangkauan Al-Quran yang belum diurai oleh manusia.Ibnu Jarir dan Ibnu Hatem telah meriwayatkan bahawa Imam Syafie r.a pernah berkata: Telah diturunkan dalam kitab sucu Al-Quran setiap ilmu dan diterangkan padanya akan segala-galanya tetapi ilmu pengetahuan kita tidak tercapai kepada segala hakikat yang dijelaskan oleh Al-Quran e. Kejiwaan Al-Quran juga merupakan mukjizat daripada segi kejiwaan atau nafsiah.Hal ini berpunca daripada keupayaan dan kejayaannya menguasai manusia untuk menyampaikan risalah akidah, syarak dan akhlak. Setiap ajaran yang hendak disampaikan, Al-Quran mempengaruhi dan menguasai jiwa umat Islam sehingga dengan segala senang hati, insaf dan sedar menerima ajarannya. Jiwa manusia sememangnya daripada segi fitrahnya mudah menerima kebenaran.Hakikat inilah yang dipergunakan oleh Al-Quran.

Sesungguhnya keunggulan Al-Quran sebagai sumber tamadun Islam yang utama merupakan sesuatu yang sukar untuk dipertikaikan.Tidak syak lagi

keunggulannya berpunca daripada tarafnya sebagai wahyu dan mukjizat yang terbesar dan kekal hingga hari kiamat sebagai sumber pembinaan tamadun Islam buat selamalamanya. 2. As-Sunnah As-Sunnah sebagai wahyu kedua di samping Al-Quran juga merupakan sumber tamadun Islam yang penting.Kepentingannya boleh dilihat dari segi fungsinya seperti berikut: a. Penjelas Al-Quran Al-Quran sifatnya umum,prinsip,konsepsi dan menyeluruh.Justeru itu As-Sunnah diperlukan untuk menghuraikan prinsip dan konsep umum dan menyeluruh daripada AlQuran.Hal ini diakui oleh Allah taala dalam Al-Quran Surah An-Nahl ayat 44 yang bermaksud: Dan kami turunkan kepadamu Al-Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya b. Memperkukuhkan Al-Quran Dengan huraian dan penjelasan yang dilakukan oleh As-Sunnah tyerhadap AlQuran, sekaligus ia berfungsi sebafgai pengukuh Al-Quran,sehingga ia menjadi lebih mantap dan unggul. c. Pentafsir Al-Quran Ayat-ayat Al-Quran kebanyakannya berbentuk umum dan mutlak.Ia memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah S.A.W.Tanpa pentafsiran itu sukarlah bagi umat Islam memahami. Dalam hal ini As-Sunnah berfungsi dalam empat bentuk:

i.

Mentafsir

hal

yang

umum

seperti

cara

melaksanakan

ibadat

sembahyang,zakat,haji dan lain-lain. ii. iii. iv. Membataskan hukum yang belum ditetapkan batasnya oleh Al- Quran. Mengkhususkan sesuatu hukum yang umum. Menjelaskan hukum yang masih rumit.

Tidak syak lagi As-Sunnah menjadi sumber kedua pembinaan tamadun Islam selepas Al-Quran. Ia berkaitan dengan akidah, syarak dan akhlak yang menjadi asas tamadun Islam. Ia juga menunjukkan dalam bentuk yang nyata cara pembentukan sahsiahmuslim, pembentukan keluarga bahagia, pembentukan masyarakat yang bersatu padu, membentuk negara yang makmur, mengatur kegiatan ekonomi yang menjamin kemakmuran sejagat, mengembangkan ilmu terutama ilmu sains,

mementingkan teknologi canggih dan kesenian yang dapat mempertingkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh yang membawa kepada kesejahteraan dan kebahagiaan manusia sejagat. Akal/Pemikiran Akal merupakan sumber pembinaan tamadun Islam selepas wahyu.Akal mempunyai potensi dan fungsi yang amat besar dalam menggarap ilmu

pengetahuan,berfikir dan mengambil pengajaran. Antara fungsi akal ialah berfikir berasaskan kepada pengamatan dan kefahaman, membuat keputusan atau pertimbangan, merekacipta, berkreativitri dan berinovasi yang bersumberkan bakat semulajadi dan keupayaan manusia. Potensi akal untuk diperkembangkan melalui pendidikan adalah amat besar. Intelek seseorang boleh diperkembangkan lagi melalui pembelajaran, pembacaan, penelitian, perbincangan dan penyelidikan. Mereka yang telah berkembang inteleknya ialah seperti mereka yang berupaya merekacipta seribu satu alat teknologi canggih, mikro dan tinggi sepanjang sejarah tamadun manusia. Itulah puncak tamadun.

Namun demikian,potensi akal ini jika tidak dibimbing oleh wahyu ia boleh merosakkan dan memusnahkan tamadun manusia apabila akal digunakan untuk merekacipta alat teknologi yang boleh merosakkan keselamatan agama, akal, maruah, keturunan, tubuh badan dan harta benda. Alam/ Penemuan Dengan akal atau pemikiran, manusia berupaya menjalankan

penyelidikan, penjelajahan dan penerokaan seluruh alam nyata dari bumi hinggalah angka selepas. Mereka menemui planet yang beratus ribu jumlahnya. Penyelidikan juga dilakukan di bumi terhadap kehidupan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Ia menghasilkan pelbagai penemuan. Penemuan itu tidak lain dan tidak bukan penemuan terhadap sunnatullah atau undang-undang ciptaan Allah Taala yang mengatur dan menguasai perjalanan alam yang dikenali oleh saintis barat sebagai the law of nature. Hal ini dijelaskan oleh Allah Taala dalam Al-Quran Surah Al-Hasyr ayat 23-24 yang bermaksud: Dialah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang menguasai (sekalian alam). Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera ( daripada segala kekurangan), Yang melimpahkan keamanan,Yang Maha Pengawal serta pengawas,Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Kuat, yang melengkapi segala kebesaranNya. Maha Suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan denganNya. Dialah yang menciptakan sekalian makhluk, yang mengadakan (daripada tiada kepada ada), yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya). BagiNya nama-nama yang sebaik-baiknya dan semuli-mulianya, bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah yang tidak ada tolok bandingnya, lagi Amat Bijaksana Sesungguhnya tamadun Islam itu mempunyai prinsip yang jelas dan bertepatan dengan fitrah semula jadi manusia.Ia memperjuangkan pemeliharaan keselamatan agama, nyawa, jiwa, akal fikiran, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan. Sebab itulah tamadun Islam mengatasi semua tamadun yang pernah lahir di atas muka bumi ini sama ada sebelum atau selepasnya.

ISL 3: Apakah kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif anatara pelbagai kaum. Interaksi antara tamadun merupakan hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok, masyarakat dan negara. Secara reliti, interaksi yang berlaku ialah antara individu dengan masyarakat yang mewakili tamadun tersebut. Interaksi ini melibatkan perkongsian nilan, pemikiran, institusi dan keinsanan. Interaksi antara tamadun ini lahir kerana kewujudan semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara tamadun.

Beberapa contoh Kesan Interaksi: Positif Buddhisme: Karma (Rebirth), Dhamma (Righteousness) & Moksha (Liberation) Negatif 18m): Pembunuhan yahudi

Madinah-kebebasan beragama pembunuhan.

Zheng He (panglima tentera laut muslim), Liu Zhi & Ma Zhu (Pemikir Konfusianisme).

Terdapat banyak kepentingan interaksi, antaranya ialah, bagi menjamin perkembangan dan kemajuan tamadun demi kelangsungan tamadun manusia. Interaksi yang berlaku pula disedari hakikatnya iaitu ia memberi kepada kesan positif san negatif. Walaubagaimanapun, apapun bentuk interaksi yang berlaku, setiap tamadunmenerima dan menyerap unsur-unsur daripada tamadun asing. Contohnya, tamadun Barat moden

yang menyerap tradisi ilmu saintifik daripada Islam dan menimbal balik unsur tamadun klasik Romawi-Yunani sehingga mencetuskan kebangkitan Renaisance dan

Enlightenment di barat. Interaksi juga boleh berlaku dengan berbagai-bagai cara seperti hidup bersama atau sebelah-menyebelah (jiran), melalui perdagangan, peperangan, lawatan,

penjajahan dan sebagainya. Hasil daripada interaksi ini, maka berlakulah integrasi budaya atau asimilasi sebagai kesannya. Ia tidak semestinya lahir daripada interaksi antara pihak yang dominan dengan pihak yang lemah, tetapi boleh berlaku dalam keadaan tidak ada sesuatu pihak yang dominan.