Anda di halaman 1dari 21

JENIS-JENIS PERMAINAN DAN CIRI-CIRINYA

THEVAKI HASANATY SITI ROKIAH ROHAIDA


10/02/2013 PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011 1

JENIS DAN CIRI-CIRI MAIN


Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan dan hasil kajian mereka kita dapati bahawa permainan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti, permainan sosial, permainan dengan objek atau disebut permainan kognitif, permainan sosiodramatik, permainan bebas dan permainan diluar bilik darjah.
10/02/2013 PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011 2

Kategori Permainan Sosial mengikut Mildred Parten (1932)


Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak melalui main. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut :

10/02/2013

PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011

Unoccupied Play
Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu atau sesiapa pun dan hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang dapat diperhatikan. Solitary Play Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak mungkin membina menara menggunakan blok-blok dan secara keseluruhannya mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama.
10/02/2013 PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011 4

Onlooker Play
Kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan.

Parallel Play
Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kanakkanak yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanak-kanak meniggalkan meja permainan, kanak-kanak yang lain akan terus menyambung permainan. 2 AMBILAN JAN PISMP PSV/PJ/BM SEM 10/02/2013
2011

Assosiative Play
Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar, konda-kondi, kriket.

Cooperative Play
Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah. SEM 2 AMBILAN JAN PISMP PSV/PJ/BM
2011

10/02/2013

Permainsn Kognitif (Piaget, 1962)


Practice Play/ Functional Play
Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Contohnya bermain lego dimana kanak-kanak dapat membuat bermacam-macam binaan dengan menggunakannya.

Symbolic Play
Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak menjadi sesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang ataupun kanak-kanak menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermainan menggunakan blok sebagai kereta.
10/02/2013 PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011 7

Play With Rules

Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang telah mereka gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk bermain permainan tersebut. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan.
Constructive Play

Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan kemudian menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu objek. Permainan ini merupakan permainan yang melibatkan mencipta sesuatu objek.

10/02/2013

PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011

Beberapa jenis permainan yang lain


3. Sociodramatic Play
Main simbolik ini menjadi lebih jelas kelihatan semasa peringkat perkembangan pra-operasi di mana kanak-kanak pada peringkat ini mula mengganti sesuatu objek dengan seuatu yang lain. Permainan ini biasanya melibatkan aktiviti harian atau peristiwa yang sebenar dalam kehidupan seharian di mana dalam permainan ini kanak-kanak memegang sesuatu peranan kemudiannya melakonkannya. Contohnya seperti kanak-kanak mengisytiharkan dirinya sebagai bomba, pegawai polis, superhero dan sebagainnya.

10/02/2013

PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011

4. Free Play
Dalam permainan ini kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain beberapa jenis permainan yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas atau di luar kelas. Ketika permainan ini dijalankan ada kanak-kanak yang melibatkan diri secara langsung dan ada juga yang hanya memerhati. Permainan ini boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan aktiviti yang menarik, alat-alat permainan dan orang-orang di sekelilingnya.

10/02/2013

PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011

10

5. Outdoor Play
Merupakan permainan yang dilakukan diluar bilik darjah samada dipadang ataupun di taman permaianan. Permainan ini meningkatkan perkembangan otot, koordinasi badan, perkembanagan penguasaan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti. Guru hendaklah merancang supaya aktiviti yang dilakukan dapat meningkatkan kemahiran kanakkanak.

10/02/2013

PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011

11

Kegunaan permainan tersebut dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak
10/02/2013 PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011 12

Secara umumnya, belajar melalui bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan seperti daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan baru mengenai cara penggunaan wang, nilai wang, dan urusan jual beli di pasar atau pun pasar raya. Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak; Dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak,

10/02/2013

PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011

13

(a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.


Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk berurus niaga dengan rakan-rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan. Untuk bermain dengan jayanya, kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak.
10/02/2013 PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011 14

(b) Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila berlaku.


Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual.
10/02/2013 PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011 15

(c) Kanak-kanak belajar menjadi pemimpin dan pengikut.


Dalam permainan ini, kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka melantik ketua bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung, masing-masing menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan watak sebagai penjual dan pembeli.

10/02/2013

PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011

16

(d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.


Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan urusan jual beli dengan ahli kumpulan mereka. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hendak dibeli. Oleh itu, setiap kanak-kanak perlu bertolak ansur untuk mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan barangan yang telah dipersetujui.
10/02/2013 PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011 17

(e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati.


Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Kanak-kanak akan menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaik-baiknya. Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan mengingatkan rakan-rakan sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang.

10/02/2013

PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011

18

Dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak pula, Piaget pernah menyatakan bahawa bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya. Kegunaan permainan ini dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak adalah;

10/02/2013

PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011

19

(a) Membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek.


Secara tidak langsung permainan ini membantu kanak-kanak dalam perkembangan inteleknya seperti memahami konsep awal matematik dan belajar memerhati situasi yang berlaku di sekelilingnya. Konsep awal matematik yang digunakan dalam permainan ini adalah seperti konsep seriasi, konsep nombor, operasi nombor, konsep wang dan penyelesaian masalah.

10/02/2013

PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011

20

CIRI-CIRI PERMAINAN
Penglibatan aktif Motivasi intrinsik Bebas untuk memilih Menyeronokkan Melibatkan proses penyesuaian Penerokaan Simulasi
PISMP PSV/PJ/BM SEM 2 AMBILAN JAN 2011 21

10/02/2013