Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 2 Senaraikan kemungkinan penyebab bagi sesebuah enjin gasoline susah atau tidak dapat dihidupkan.

Enjin adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start. Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan. Antara sebab enjin gasolin susah atau sukar untuk dihidupkan berkemungkinan disebabkan oleh perkara-perkara berikut : 1) Bateri lemah. Bateri yang lemah merupakan salah satu sebab enjin kenderaan tidak dapat dihidupkan. Sekiranya lampu hadapan malap dan cranking berkeadaan perlahan semasa enjin hendak dihidupkan ianya merupakan satu petunjuk yang pasti bahawa bateri lemah. Terdapat dua (2) alternatif untuk menghidupkan enjin kenderaan iaitu dengan penggunaan kabel pelompat atau menolak kenderaan dengan bantuan oarang lain. Kunjungi kedai bateri secepat mungkin untuk membeli bateri baru. 2) Penggunaan palam pencucuh dalam tempoh yang lama. Palam pencucuh yang digunakan untuk tempoh yang terlalu lama dan tidak diganti, kadang kala boleh menyebabkan kenderaan sukar untuk dihidupkan. Palam pencucuh yang berkeadaan baik akan memudahkan enjin dihidupkan setelah suis pencucuhan diputarkan. Keadaan crank yang panjang apabila suis diputarkan, menunjukkan kemungkinan palam pencucuh kotor atau disalut dengan karbon. Palam pencucuh seperti ini hendaklah digantikan dengan secepat mungkin.

3) Overflow. Enjin tidak dapat dihidupkan berkemungkinan mengalami apa yang dikenali sebagai limpahan bahan api atau overflow. Dalam keadaan tersebut, bau petrol kuat meresapi persekitaran kenderaan. Apabila ianya berlaku kenderaan hendaklah dibiarkan sekurangkurangnya 1 / 2 jam atau 1 jam, membolehkan palam pencucuh kering. Selepas satu jam atau lebih hidupkan semula enjin. Enjin akan dapat dihidupkan tanpa sebarang masalah. 4) Kehabisan bahan api. Kehabisan petrol dalam tangki kenderaan kadang kala menjadi penyebab sebuah kereta tidak dapat dihidupkan. Cara yang agak baik untuk menentukan amaun bahan api dalam tangki minyak adalah dengan melihat pada panel meter bahan api yang terdapat pada kenderaan. Sekiranya panel meter bahan api menunjukkan "E" ianya jelas menandakan kenderaan kehabisan minyak. Hanya dengan mengisi minyak ke dalam tangki petrol yang kosong tidak menjamin kenderaan akan dapat dihidupkan. Terdapat teknik untuk menghidupkannya semula. Adalah disyorkan untuk belajar daripada mekanik bagaimana ia dilakukan. 5) Kerosakan A/C pam atau elektronik pam. A / c pam atau elektronik pam berfungsi untuk menarik petrol dari tangki bahan api untuk sampai ke karburetor. Petrol yang tidak sampai ke karburater karburetor akan mengakibatkan kereta tidak dapat dihidupkan. Sebagai langkah sementara, a / c pam hendaklah diketuk dengan harapan ianya berfungsi semula. Sekiranya tidak berfungsi juga, alternatif seterusnya ialah mendapatkan bantuan mekanik untuk memeriksa atau menggantikan 2 bahagian yang disebutkan di atas.

6) Masalah suis pencucuhan Walaupun dalam kebanyakan kes, masalah ini sangat jarang berlaku. Sekiranya suis pencucuhan tidak berfungsi akan menyebabkan kenderaan tidak dapat dihidupkan. Dapatkan bantuan mekanik untuk memeriksa suis pencucuhan sekiranya semua sebab-sebab di atas diperiksa dan berkedaan baik. 7) Kerosakan Starter. Kerosakan starter boleh menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan. Sekiranya semua perkara yang disebutkan di atas diperiksa dan dipastikan berfungsi dengan lancar, mekanik berupaya untuk menentukan samada enjin tidak dapat dihidupkan disebabkan oleh starter atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai