Anda di halaman 1dari 24

P2115/UNIT13/1

PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM


_______________________________________________________________________
_

UNIT 13

PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM

OBJEKTIF

Objektif Am : Memberi pendedahan bagaimana operasi system ekonomi Islam di


dalam mengurus, melaksana serta menangani sumber-sumber ekonomi
mengikut kesesuaian, keperluan dan fitrah manusia.

Objektif Khusus: Menjelaskan maksud dan tujuan perancangan


Menjelaskan panduan untuk merancang
Menjelaskan konsep pembangunan
Menjelaskan falsafah pembangunan
Menjelaskan matlamat dasar pembangunan

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/2
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

INPUT

13.1 PERANCANGAN

13.1.1 Definasi
a) Perancangan boleh didefinasikan sebagai satu proses di mana pengurus
menentukan matlamat dan menentukan apakah tindakan yang paling sesuai
yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
b) Menurut Certo (1997), perancangan adalah satu proses menentukan
bagaimana sistem pengurusan akan mencapai matlamatnya. Perancangan
menentukan bagaimana organisasi mampu menuju ke arah yang
dikehendaki.
c) Dapat disimpulkan bahawa perancangan adalah satu proses yang melibatkan
semua individu dalam organisasi, pembolehubah-pembolehubah daripada
persekitaran dalaman dan luaran yang diuruskan untuk mencapai matlamat
yang telah ditetapkan.
Islam sangat mementingkan supaya setiap usaha atau kerja dilakukan secara
teratur dan berhati-hati. Ini selaras dengan panduan para rasul dan ayat al
Qur’an. Contohnya dalam surah As Sajdah: 5 Allah memberi panduan supaya
merancang di mana Allah menjadikan langit dan bumi serta apa yang ada di
antara keduanya dalam tempoh enam hari sedangkan Allah mampu menjadikan
dengan hanya ‘kun fayakun’

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/3
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

13.1.2 Tujuan perancangan:


Membantu proses kawalan

Memahami persekitaran Untuk tentukan matlamat

Mengurus sumber halatuju

a) Pencapaian matlamat. Perancangan yang baik akan membolehkan organisasi


mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan
b) Perancangan penting kerana ia memberi panduan di dalam memberi maksud
atau tujuan sesuatu program atau projek yang dijalankan oleh organisasi.
c) Perancangan boleh memberikan halatuju kepada pengurus. Pengurus dapat
menentukan apa yang perlu dilakukan, bagaimana, bila dan siapa yang harus
melaksanakan sesuatu kerja.
d) Perancangan juga boleh membantu pengurus menyelaras dan mengurus
semua sumber yang perlu digunakan bagi mencapai matlamat. Semua
sumber manusia dan bukan manusia boleh disatukan bagi tujuan yang sama.
e) Perancangan juga boleh membantu organisasi memahami dengan lebih
mendalam tentang keadaan persekitaran seperti halangan, saingan, ancaman
dan peluang yang ada. Organisasi boleh mengatur strategi yang sesuai bagi
menghadapi perkara tersebut.
f) Perancangan boleh membantu dalam proses kawalan.

13.1.3 Panduan untuk merancang:


Terdapat beberapa syarat yang perlu di dalam melaksanakan perancangan
seperti yang diutarakan oleh Ahmad (1985) iaitu:
a) Taqwa kepada Allah sebelum, semasa dan sesudah perancangan
dilaksanakan.
b) Mestilah merancang untuk masa depan

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/4
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_
c) Mestilah berusaha untuk mencapai apa yang dirancang

d) Doa dan tawakkal kepada Allah.

Islam juga memberi panduan tentang ciri-ciri perancangan yang baik iaitu:
a) perancangan mestilah munasabah iaitu boleh dicapai. Pastikan ia adalah
untuk dilaksanakan dan memang boleh dilaksanakan.
b) Perancangan mestilah bersifat berkembang iaitu ia dapat mengubahkan
keadaan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Untuk itu ia
mestilah menasabah, sesuai dengan fitrah semula jadi manusia dan boleh
diterima oleh seluruh manusia.
c) Setiap keputusan samada untuk perkara besar atau kecil mestilah dilakaukan
secara ‘musyawarah’
d) Meletakkan matlamat al falah (kejayaan dunia dan akhirat) sebagai
matlamat utama sementara yang lain hanya merupakan matlamat
perantaraan sahaja. Bila berlaku pertindinan antara matlamat maka Islam
mencadangkan supaya memilih yang lebih bermanfaat, memilih yang
kurang mendatangkan mudharat serta memilih yang boleh menolak
kerosakan daripada yang boleh memberi manfaat.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/5
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

AKTIVITI 13.1

SOALAN 1
Apakah perkara utama yang membezakan di antara tujuan perancangan dan cara
melaksanakan perancangan yang dicadangkan oleh Islam dan konvensional.

SOALAN 2
Berdasarkan panduan yang diberi isikan jawapan yang betul di dalam kotak-kotak
yang disediakan.
7

1T
2 6 A

5
3

4 H

Ke bawah:
1. _______adalah amat penting sebelum, semasa dan sesudah merancang.
5. Keredhaan _______adalah tujuan utama dalam perancangan.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/6
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_
6. Perancangan juga membantu dalam pengurusan__________.
7. Perancangan mestilah_____________.
Melintang:
1. Taqwa adalah________kepada Allah.
3. Tujuan perancangan adalah untuk membantu proses_________.
4. Setiap keputusan mestilah secara____________.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/7
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

MAKLUMBALAS 13.1

JAWAPAN 1
Perkara utama yang membezakan antara pandangan Islam dan konvensional tentang
perancangan adalah:
a) Islam meletakkan matlamat utama perancangan adalah al falah (keredhaan Allah)
b) Islam meletakkan syarat taqwa (takut kepada Allah) sebagai syarat utama bagi
mereka yang terlibat di dalam perancangan.
c) Islam meletakkan hubungan manusia dengan Allah walau dalam apa aktiviti yang
dilakukan contohnya doa dan tawakkal.
d) Terdapat panduan daripada syariat Islam bagaimana untuk membuat keutamaan
terhadap berbagai perancangan.
e) Islam tidak membenarkan sebarang perancangan bagi aktiviti yang bertentangan
dengan syariat Islam.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/8
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

JAWAPAN 2

7M
U
1T A K U T N
2D O A 6S I A P A
Q S
W 5A A
3K A W A L A N B
L A
4M U S Y A R A H H
H

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/9
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

INPUT

13.2 KONSEP DAN FALSAFAH PEMBANGUNAN

13.2.1 Konsep pembangunan:


Terdapat dua pendekatan iaitu:

Barat (fokus kebendaan) Pembangunan Islam (fokus insan)

a) Pendekatan Barat : Menumpukan kepada penukaran sumber kebendaan.


Sumber kebendaan akan dieksploitasi semaksima mungkin bagi
menghasilkan kemewahan kebendaan kepada manusia. Kayu pengukur
untuk menentukan kemajuan sesebuah negara adalah berdasarkan kepada
kebendaan di antaranya adalah pendapatan.
b) Pendekatan Islam : Fokus usaha pembangunan dan inti prosesnya adalah
manusia. Islam menekankan penukaran dan perubahan sumber manusia
yakni memandu dan mengubah masyarakat yang jahil kepada masyarakat
Islam. Pembangunan juga adalah adalah membangunkan manusia dalam
semua bidang kepada tingkat pencapaian yang lebih tinggi. Masyarakat
yang dibina berasaskan syarak adalah masyarakat yang bertamaddun dan
membangun. Pembangunan juga mestilah bersifat menyeluruh iaitu
merangkumi aspek moral, material dan spiritual. Pembangunan adalah
berorientasikan nilai yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan manusia di
dalam semua aspek (moral, material, ekonomi, sosial, jasmani dan rohani).
Proses pembangunan mestilah digerakkan melalui konsep syukur dan
keadilan.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/10
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

Barat mengkelaskan negara yang maju berdasarkan kemajuan dan kekayaan


mereka di dalam kebendaan walaupun aspek kemanusiaannya hancur. Ini amat
berbeza dengan Islam yang memfokuskan kepada manusia. Bagi Islam negara
yang hancur kemanusiannya adalah negara mundur walaupun maju dalam
kebendaan.

13.2.2 Falsafah pembangunan:


Ia merangkumi empat perkara iaitu:

a) Tauhid iaitu hubungan dengan Allah Yang Maha Esa. Ia adalah patuh bulat-
bulat kepada Allah tanpa ada penyengutuan dengan sebarang benda lain.
Allah adalah tumpuan penyembahan dan punca segala nilai. Ia mengarahkan
dirinya, keluarganya, hidupnya, hartanya dan segala yang ada padanya
hanya untuk Allah.
b) Rububiyyah yang bermaksud bahawa Allah adalah merupakan Pencipta,
Pengasuh, Pengatur sistem dan Pentadbir sekelian alam. Manusia hendaklah
menggunakan segala kebolehannya untuk bergerak dan menggunakan segala
pemberiannya dalam bentuk sumber pengeluaran untuk mencapai matlamat
perencanaan Illahi.
c) Khilafah. Manusia adalah sebagai khalifah atau wakil Allah. Bumi ini
dijadikan untuk manusia melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah.
Sebagai khalifah, manusia diamanahkan untuk menggerakkan segala aktiviti
dalam serba aspek kehidupan mengikut ketetapan Ilahi. Manusia yang
faham tidak akan melakukan sebarang percanggahan dengan perintah Illahi
dalam melaksanakan tugas menguruskan sumber bagi membangunkan
ekonomi.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/11
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_
d) Tazkiyyah ialah proses menerapkan nilai-nilai kebersihan, kesucian dan
kemurnian. Kebersihan ini meliputi aspek rohani dan jasmani. Segala tindak
tanduk mukmin mesti disertai dengan niat yang bersih. Hanya dengan niat
e) yang bersih akan melahirkan tingkah-laku, tindak tanduk dan gerak geri
yang bersih juga.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/12
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

AKTIVITI 13.2

SOALAN 1
Tandakan B pada kenyataan yang betul dan S pada yang salah:
a. ______Insan menjadi fokus utama pembangunan mengikut Islam.
b. ______Penggunaan sumber akan menjadi cekap dan adil berpandukan
pendekatan Islam.
c. ______Pembangunan yang sebenar akan melahirkan manusia-manusia
yang bersih.
d. ______Negara yang maju mengikut pendekatan Barat adalah juga
merupakan negara maju mengikut pendekatan Islam.
e. ______Kreteria yang sama digunakan oleh Islam dan Barat bagi mengukur
kemajuan sesebuah negara.
f. ______Kelemahan manusia dalam tauhid mendi punca keruntuhan sesuatu
tamadun.
g. ______Manusia tauhid adalah manusia yang boleh diamanahkan untuk
menguruskan sumber negara.
h. ______Tauhid amat perlu untuk meletakkan manusia di tahap hidup yang
tinggi dan mulia.
i. ______Penyerahan diri kepada Allah (tauhid) akan menjadi pendorong bagi
menggerakkan seseorang melaksanakan tanggungjawabnya.
j. ______Manusia mestilah menurut perencanaan dan pentadbiran Illahi
kerana seluruh alam sentiasa tunduk kepadaNya.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/13
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

SOALAN 2
Tandakan B bagi pembanguanan berasaskan pendekatan barat dan I bagi yang
berasaskan pendekatan Islam
a. ____Sumber adalah terhad secara mutlak.
b. ____Bumi adalah tempat kepada manusia menunaikan amanah dan
tanggungjawabnya.
c. ____Semua sumber mesti diurus seperti yang ditetapkan Ilahi.
d. ____Semua sumber diuruskan berasaskan aqal semata-mata.
e. ____Pembangunan adalah eksploitasi sumber kebendaan bagi kegunaan
manusia.
f. ____Pembangunan adalah berteraskan falsafah ketuhanan.
g. ____Pembangunan adalah berteraskan falsafah kebendaan.
h. ____Pembangunan adalah membangunkan manusia, persekitaran dan sosio
budaya sekeliling.
i. ____Pembangunan mestilah bersifat menyeluruh.
j. ____Masyarakat bertamadun adalah masyarakat yang dibina berasaskan
syarak.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/14
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

MAKLUMBALAS KEPADA
AKTIVITI 13.2

JAWAPAN 1
Jawapan B adalah pada soalan a, b, c, g, h, i dan j.
Jawapan S adalah pada soalan d, e dan f

JAWAPAN 2
Jawapan B adalah pada soalan a, d, e dan g
Jawapan I adalah pada soalan b, c, f, h, i dan j

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/15
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

INPUT

13.3 MATLAMAT DASAR PEMBANGUNAN


Penulis-penulis Islam mengemukakan beberapa matlamat, objektif dan sasaran
dasar pembangunan iaitu:
a. Pembangunan sumber manusia:
Pembangunan manusia menjadi objektif utama. Ia
merangkumi pembentukan sikap, aspirasi, iltizam,
personality yang betul dan sesuai, pendidikan, pengetahuan, latihan dan
penyelidikan serta pembinaan satu sistem yang boleh membawa penglibatan
penuh individu dalam proses pembangunan. Sistem pendidikan yang dapat
mengorientasikan pembentukan individu yang seimbang dan sempurna amat
diperlukan. Islam tidak memandang bilangan rakyat yang ramai sebagai satu
masalah.
b. Peningkatan pengeluaran
Pertumbuhan yang berterusan dalam pengeluaran negara dari segi kuantiti,
kualiti, kecekapan dan campuran keluaran yang betul.
Memberi keutamaan dan galakan kepada
pengeluaran barangan yang halal lebih-lebih lagi barangan asas.
Pengeluaran barangan diharamkan dan tidak digalakkan perlu dikawal,
dihad dan disekat. Corak pengeluaran dan pelaburan perlu diselaraskan
dengan keutamaan Islam dan kehendak umat.
c. Pembangunan seimbang

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/16
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_
Meliputi
pembangunan yang seimbang dan harmoni antara wilayah
dan sector ekonomi serta pembaikan ke arah kesaksamaan
agihan pendapatan dan harta

d. Pembaikan kualiti kehidupan


Pembaikan ke arah kebajikan ekonomi, sosial dan akhlak
semua lapisan masyarakat. Ini termasuk pembaikan corak
penggunaan daripada yang haram, membazir dan
mewah kepada yang memadai, keselamatan dan penawaran yang mencukupi
melalui pengangkutan yang baik, penyediaan kemudahan dan bantuan
kepada rakyat, perlindungan pengguna melalui institusi al hisba,
infrastruktur fizikal dan sosial, kestabilan harga terutamanya bagi barang
keperluan. Pembaikan kualiti sekurang-kurangnya meliputi tiga perkara iaitu
penciptaan pekerjaan, jaminan sosial secara berkesan dan kesaksamaan
agihan pendapatan dan kekayaan.
d. Perkembangan teknologi dan penyelidikan
Ia mesti sesuai dengan keperluan dan aspirasi sesebuah negara.
Adalah lebih baik mencipta teknologi sendiri dan ini
memerlukan tumpuan diberikan kepada bidang sains dan
penyelidikan. Peningkatan ini juga akan menambahkan kebolehan manusia
menyelesaikan masalah dan membentuk dasar yang lebih maju dan tepat.
e. Pertahanan
Islam mengarahkan umatnya bersiap sedia dengan kekuatan ketenteraan
bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan atau tekanan musuh (al
Qur’an 8:60). Ini memerlukan satu dasar pertahanan yang bukan sahaja
tertumpu kepada tenaga ketenteraan bahkan juga
meliputi bidang yang lebih menyeluruh termasuk

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/17
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_
pembinaan kilang senjata, system hubungan yang cekap dan pengeluaran
peralatan perang yang lain.
f. Penguranagan pergantungan kepada negara asing
Umat Islam mesti membebaskan diri mereka
daripada cengkaman negara kuffar (Khurshid
Ahmad 1981:182) dan menjadi wajib untuk
meningkatkan hubungan antara sesama negara Islam supaya
masing-masing boleh saling Bantu membantu dan sokong menyokong
antara satu sama lain. Peningkatan hubungan ini membolehkan satu khalifah
(pemerintahan) ditubuhkan. Kekuatan kerjasama sama ada dari segi
ketenteraan, ekonomi dan lain-lain akan membolehkan umat Islam bebas
daripada menjadi alat kepada musuh.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/18
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

AKTIVITI 13.3

SOALAN 1

Tandakan B bagi kenyataan yang betul dan S bagi kenyataan yang salah:
a. ______Pembangunan manusia menjadi objektif utama pembangunan negara
menurut Islam.
b. ______Manusia perlu dibina dengan betul supaya ia menjadi seimbang dari segi
rohani dan jasmani.
c. ______Sistem pendidikan bahkan keseluruhan institusi masyarakat mesti
bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melahirkan sumber manusia yang
berkualiti dari segi mental, rohani dan jasmani.
d. ______Seharusnya tidak wujud program pembangunan yang akan merosakkan
sumber manusia.
e. ______Pembangunan tidak sepatutnya tertumpu hanya kepada wilayah atau
sektor tertentu sahaja.
f. ______Pembangunan mestilah dijalankan secara adil dan telus tanpa mengira
agama, bangsa dan keturunan.
g. ______Pembangunan seharusnya dapat meningkatkan kualiti kehidupan
manusia daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/19
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_
h. ______Kerajaan sepatutnya berusaha menambahakan barang-barang yang halal,
bermanfaat, berkualiti dan bersih dalam negara dan menghadkan atau mengawal
barang-barang yang haram dan merosakkan.
i. ______Pertahanan yang lemah akan menyebabkan negara turut dicengkam di
segi ekonomi dan politik.
j. ______Pertahanan yang lemah akan menyebabkan negara tidak boleh berdikari
membuat keputusan sendiri.
k. ______Negara perlu menambahkan produk supaya tidak terlalu bergantung
kepada negara lain.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/20
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

MAKLUMBALAS KEPADA
AKTIVITI 13.4

JAWAPAN 1
Semua jawapan adalah betul.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/21
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

PENILAIAN KENDIRI

SOALAN 1
a. Islam mempunyai konsep dan matlamat pembangunan tersendiri bagi menjamin
pembangunan masyarakat yang seimbang dan hrmoni. Bincangkan.
b. Insan menjadi fokus utama di dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara.

SOALAN 2
a. Huraikan konsep pembangunan seimbang sebagaimana yang dikehendaki oleh
Islam.

SOALAN 3
Bezakan takrifan pembangunan ekonomi mengikut pandangan ahli ekonomi Islam
dengan ahli ekonomi Islam.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/22
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

JAWAPAN 1
a. Konsep pembangunan:
Pembangunan mempunyai cirri yang komprehensif dan bersifat menyeluruh.
Inti dan tumpuan bagi usaha pembangunan adalah manusia
Pembangunan ekonomi adalah satu kegiatan yang bersifat pelbagai dimensi
Pembangunan ekonomi melibatkan beberapa perubahan secara kuantitatif dan
kualitatif.
Penekanan atama adalah kepada dua perkara iaitu penggunaan sumber secara
optimum dan pengagihan sumber secara adil
Matlamat pembangunan:
Pembangunan insane menjadi focus utama
Pengembangan pengeluaran yang berguna
Memperbaiki kualiti kehidupan
Pembangunan seimbang serta penciptaan teknologi baru

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/23
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_
Pengurangan pergantungan kepada negara luar dan integrasi yang lebih erat di
kalangan negara Islam.
b. Islam menganggap diri manusia sendiri sebagai tempat pembangunan
Manusia merupakan inti kepada masyarakat
Manusia merupakan wakil Allah untuk menguruskan alam, oleh itu pengurus perlu
dibangunkan terlebih dahulu.
Penekanan kepada kebendaan menyebabkan sumber ekonomi akan dieksploit
semaksima mungkin bagi kemewahan manusia.
Pembangunan dalam Islam adalah merubah masyarakat daripada kejahilan kepada
kebenaran.

JAWAPAN 2

Pembangunan yang seimbang meliputi:


Pembangunan kebendaan/ Fizikal/ jasmani, Pembangunan manusia/ rohani.
Kesimpulannya pembangunan manusia/ rohani adalah lebih utama daripada
pembangunan jasmani.

JAWAPAN 3
Ciri pembangunan mengikut Barat:
Satu proses perubahan yang berterusan
Usaha menaikkan pendapatan perkapita
Kemajuan dari segi kebendaan
Berdasarkan kepada kemahuan yang tidak terhad
Pandangan ahli ekonomi Islam:
Pembangunan dari segi akhlak/ rohani/ moral
Pembangunan fizikal yang dicapai tidak bermakna jika pembangunan rohani tidak
diambil kira

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS
P2115/UNIT13/24
PEMBANGUNAN DALAM EKONOMI ISLAM
_______________________________________________________________________
_
Pembangunan dari segi material
Matlamat utama berekonomi adalah untuk mencapai al falah
Pembangunan material adalah sebagai jambatan untuk mencapai kejayaan dunia dan
akhirat
Material tidak boleh ditinggal semata-mata untuk mencapai kesejahteraan akhirat.

______________________________________________________________________________________
FARIDAH, MAT HASSAN, BALKHIS JABATAN PERDAGANGAN, POLIMAS

Anda mungkin juga menyukai

  • Unit6 Edit
    Unit6 Edit
    Dokumen7 halaman
    Unit6 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (3)
  • Unit2 Edit
    Unit2 Edit
    Dokumen8 halaman
    Unit2 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit 14
    Unit 14
    Dokumen24 halaman
    Unit 14
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit5 Edit
    Unit5 Edit
    Dokumen14 halaman
    Unit5 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (8)
  • Unit 9
    Unit 9
    Dokumen24 halaman
    Unit 9
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit 12
    Unit 12
    Dokumen15 halaman
    Unit 12
    DARK COMMERCE
    Belum ada peringkat
  • Unit 8
    Unit 8
    Dokumen27 halaman
    Unit 8
    DARK COMMERCE
    100% (3)
  • Unit 4
    Unit 4
    Dokumen23 halaman
    Unit 4
    DARK COMMERCE
    Belum ada peringkat
  • Unit 2
    Unit 2
    Dokumen20 halaman
    Unit 2
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit 3
    Unit 3
    Dokumen24 halaman
    Unit 3
    DARK COMMERCE
    Belum ada peringkat
  • Unit 1
    Unit 1
    Dokumen13 halaman
    Unit 1
    DARK COMMERCE
    100% (2)
  • Unit 0
    Unit 0
    Dokumen8 halaman
    Unit 0
    DARK COMMERCE
    Belum ada peringkat