Anda di halaman 1dari 37

Peneraju Pendidikan Negara

Oleh Azizan Bin Muhammad

Pendahuluan
Sebenarnya tugas mendidik atau menjadikan murid yang berakhlak

mulia adalah merupakan salah satu matlamat yang sangat jelas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Falsafah Pendidikan Islam


Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al Quran dan al Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Kementerian Pendidikan Malaysia,2001)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Guru bermatlamat ke arah pembentukan akhlak mulia, yang juga selaras dengan tuntutan firman Allah dan hadis berikut:
Dan sesungguhnya, kamu (Muhammad saw) benar-benar memiliki akhlak yang Agung (Maksud Al-Qur 'an 68:4)

Sesungguhnya aku telah diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (Maksud sabda Rasulullah saw dlm, 'Ali Muttaqi, 1989, jld. 3, ms. 6)
proses pembentukkan akhlak generasi muda negara kita masa kini dan generasi masa depan terpikul di atas bahu para pendidik khususnya guru Pendidikan Islam

Mohd Nasir Omar(1986) telah memberi definisi akhlak yang

menyeluruh berteraskan kepada tiga ciri akhlak iaitu: Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku; Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.

Wan Mohd Zahid Mohd. Nordin (2003), Abdul Raof Dalip

(1993) menegaskan bahawa:


Pengaruh guru terhadap murid-muridnya sama juga dengan pengaruh ibu

bapa terhadap anak-anak mereka. gurulah yang mewariskan para nabi dalam membentuk dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya.

Contoh keruntuhan akhlak pelajar :


gangsterism; pergaduhan melibatkan alatan tajam; dadah/pil

ekstasi; ketagihan alkohoI; dan pergaulan bebas di Iuar batasan (Hurd, 1994; Metropolitan Life, 1991, 1992) Pembunuhan

Akhlak dengan Allah


sangat jarang membaca AI-Qur' an Solat Puasa berkaitan dengan rukun Iman dan Islam yang minima

Peranan Guru Pendidikan Islam


GPI memainkan peranan dan tanggungjawab yang sangat besar

dalam membentuk generasi berakhlak mulia. Tanggungjawab ini adalah suatu amanah yang perIu dilaksanakan oleh semua GPI Ada yang menyatakannya sebagai satu beban yang amat berat dalam kerjaya ini

GPI adalah merupakan pendakwah yang meneruskan peranan para

rasul dalam mengembangkan ajaran Islam seperti mana firman Allah dalam surah al Imran : 104

Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Firman Allah surah al Nahl : 125

Maksudnya:

Seru lah ke jalan TuhanMu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbincanglah (berbahaslah) dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya TuhanMu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk

Permasalahan akhlak yang wujud di kalangan pelajar sama ada

berbentuk akhlak luaran mahu pun melibatkan hubungan dengan Allah sering dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan negara sekalipun kedua-duanya bukan faktor penyebab yang utama. Dalam soal berkaitan, Ab. Halim Tamuri dan Khadijah Abdul Razak (2003, ms. 69) mengatakan:
Tidak dapat dinafikan lagi masalah keruntuhan akidah dan sosial

seperti gejala murtad, keruntuhan akhlak, zina, rogol serta kegagalan remaja Islam untuk melaksanakan tuntutan asas sebagai seorang Islam telah menimbulkan pelbagai pandangan dan persepsi di kalangan masyarakat terhadap Pendidikan Islam amnya dan guruguru Pendidikan Islam

Gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini menuntut

peranan yang lebih besar yang perlu dimainkan oleh GPI sama di peringkat bilik darjah atau masyarakat.
Persoalan yang timbul adalah kita layak dan telah melaksanakan

tanggungjawab sebagai Mudarris, Mualim, Muadib, Mursyid dan Murabbi.

Guru diakui mempunyai pengaruh yang amat besar terutamanya ke

atas murid-murid sekolah rendah (Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, 2003). Kajian kualitatif penulis (Zaharah Hussin, 2001) menunjukkan penampilan guru adalah penting dalam membentuk akhlak pelajar. Berikut adalah sebahagian daripada pandangan pelajar terhadap guruguru mereka:
Guru hendaklah memiliki sahsiah diri yang sempurna;

Guru tidak patut menampakkan walaupun satu keaiban yang ketara;


Guru hendaklah menjadi contoh terbaik pelajar; Dari aspek-aspek akhlak dan sahsiah, pelajar menjadikan guru agama di sekolah sebagai contoh, idola role model mereka

Guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthman el-

Muhammady,1991 daIam. Ahmad Mohd. Salleh, 1997).


Walau sebaik mana pun sesuatu kurikulum itu, jika guru yang

mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan tidak akan difahami pelajar dan tidak akan mencapai matlamat pengajaran

Peranan guru Pendidikan Islam terbahagi kepada lima kategori berikut:


Sebagai mu'allim (Ab. Halim Tamuri etal.,2004; Ahmad Mohd Salleh, 1997; al-

Shaybani,1979; Bahagian Pendidikan Guru, 2001; Zawawi Hj. Ahmad, 1984)

Sebagai murabbi (Ab. Halim Tamuri et al., 2004; Kementerian Pendidikan

Malaysia( 2001) Guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthman el-Muhammady,1991 daIam. Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Walau sebaik mana pun sesuatu kurikulum itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan tidak akan difahami pelajar dan tidak akan mencapai matlamat pengajaran

Sebagai mu'addib (Ab. Halim Tamuri et al., 2004; Ahmad Mohd SaIleh,

1997; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)


Sebagai mursyid (Ab. Halim Tamuri, et al., 2004; Kementerian Pendidikan

Malaysia
Sebagai da'i atau pendakwah (Wan Bakar Wan Dagang, 1991)

Selaku mu' allim, dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P),

guru sewajarnya mempunyai: niat yang ikhlas mengetahui dasar-dasar pendidikan strategi mengajar yang berkesan

memberi rangsangan dan motivasi kepada para pelajar


dan memahami kaedah-kaedah pengurusan bilik

al Ghazali (tt) menekankan supaya para guru mengajar dengan niat untuk :

menyelamatkan para pelajarnya daripada seksaan api neraka mengajar bukan untuk mendapat upah atau pun apa-apa ganjaran di dunia

sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah


tidak memandang remeh ke atas ilmu yang disampaikan

meyakininya dengan penuh bermakna


memberi perhatian kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran

mengamalkan ilmu yang di sampaikannya kepada pelajar

Antara ciri-ciri guru murabbi menurut al-Ghazali (tt) adalah :


Menyayangi pelajar dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri Sentiasa menasihati pelajar dalam segala hal termasuk pembelajaran dan

perlakuan mereka

Menjaga disiplin pelajar dengan menggunakan Pendekatan Mencegah dan

Menegur
Secara Baik terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan

perlakuan makruf
secara kasih sayang

Guru sebagai Mua'ddib


Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua'ddib

(Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1980; Zawawi Hj. Ahmad, 1984). Berhubung perkara ini, Rasulullah saw mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik baginda dengan sebaik-baik pendidikan .

Syed Muhammad Naquib aI-Attas (1979) lebih menekankan peranan

guru sebagai mua'ddib berbanding murabbi dan mu'allim. Beliau menggunakan perkataan ta'dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Menurut beliau, pendidikan Islam adalah lebih tepat berorientasikan kepada istilah fa' dib. Ini kerana peranan guru yang paling menonjoI, menurut beliau, adaIah sebagai mua'ddib

Ulwan (1989), sebagai mua'ddib, guru wajib memiliki sejumlah sifat-

sifat terpuji; dan sifat terpuji yang paling utama adaIah zuhud dalam proses mendidik - bukan kerana inginkan balasan kebendaan (wang, pangkat) da penghormatan masyarakat tetapi semata-mata bertujuan untuk mendapat keredaan Allah.

tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha

mereka Ini kerana menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah merupakan tugas dan tanggungjawab

tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh individu-individu yang

berilmu bukan hanya dengan diberi ganjaran barulah mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Guru Sebagai Mursyid


'Ulwan (1989) memetik dua ayat Al-Qur'an yang ada kaitannya dengan

sifat-sifat mursyid guru Pendidikan Islam antaranya: Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah semata-mata (Maksud Al-Qur' an 11 :29)

Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang

paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.
Al-Ba'labakki (1995) dalam Al-Mawrid mendefinisikan penasihat

yang ikhlas dalam Bahasa Inggeris dipanggil mentor

Hubungan Pendidikan Islam dengan pelaksanaan Program j-QAF

Kita perlu menyedari bahawa kejayaan dan kegagalan pelaksanaan Program j-

QAF di sekolah adalah menjadi tanggungjawab kita bersama bukan diserahkan kepada guru-guru j-QAF sahaja. Guru j-QAF dan GPI adalah bersama-sama bertanggungjawab dalam pelaksanaan program Pendidikan Islam di sekolah.

Untuk merealisasikan pembentukan generasi berakhlak mulia GPI

Islam mesti menerima amanah tersebut dengan rela hati Kita juga perlu menghayati peranan sebenar sebagai pendidik seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul Penghayatan dan pengamalan peranan tersebut diharapkan dapat membantu GPI dalam mendidik akhlak pelajar di samping memartabatkan profesion keguruan

Penutup Oleh itu sebagai GPI, kita mestilah sedar dan insaf serta memiliki ciriciri utama seperti berikut :

Mempunyai akidah yang teguh dan tepat Mempunyai akhlak dan amalan yang terpuji Menjadi model terbaik disebut sebut sebagai Qudwah Hasanah

Gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini menuntut

peranan yang lebih besar yang perlu dimainkan oleh GPI sama di peringkat bilik darjah atau masyarakat. Persoalan yang timbul adalah kita layak dan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Mudarris, Mualim, Muadib, Mursyid dan Murabbi

sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai