Anda di halaman 1dari 1

Intro : Pusat rawatan swasta ditubuhkan untuk menampung keperluan kesihatan di negara ini.

Di bandar-bandar utama di Malaysia pertumbuhannya bagai cendawan selepas hujan. Kepesatan ini menyebabkan permintaan yang tinggi kepada pakar perubatan sehingga kebanyakan doktor tempatan berlumba-lumba untuk berkhidmat serta membuka sendiri pusat rawatan swasta. Kebaikan : 1. Pilihan untuk orang ramai. Sebelum ini, kebanyakan mereka bertumpu di hospital kerajaan yang keadaannya kurang selesa. Mereka terpaksa berbaris lama menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan yang sekejap. Ramai pula yang merungut tentang ketidakcekapan kakitangan hospital kerajaan. Masalah ini dapat diatasi dengan adanya pusat rawatan swasta. Mereka tidak perlu menunggu lama kerana pusat rawatan swasta mempunyai strategi sendiri untuk menghiburkan pelanggannya sehingga mereka tidak terasa menunggu lama. Mereka berasa seperti menunggu di lobi hotel berbintang lima. 2. Kecekapan kakitangan dan kemudahan. Pihak pusat rawatan amat mementingkan kecekapan kakitangannya. sistem pendaftaran yang teratur, rawatan yang cekap tetapi teliti dan kemudian kecekapan dalam pemberian ubat amat dipentingkan. Hal ini berbeza dengan hospital kerajaan. Untuk mendaftar sahaja seseorang itu terpaksa mengisi borang sendiri sehingga memakan masa yang lama. Untuk menunggu giliran mendapat ubat pula biasanya boleh menimbulkan kemarahan. Masalah ketidakcekapan urusan ini dapat diatasi oleh pusat rawatan swasta yang sememangnya amat menjaga kecekapan supaya memuaskan hati pelanggannya. 3. Perkhidmatan pakar 24 jam sehari. Orang ramai boleh mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta mengikut kemahuannya. Kebanyakan pusat rawatan dibuka 24 jam dan orang ramai boleh datang apabila memerlukan. Apabila diserang penyakit pada larut malam, mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan. Ini berbeza dengan hospital kerajaan yang mungkin perlu menunggu sehingga keesokan hari. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di pusat rawatan swasta dengan memberi bayaran doktor yang tinggi. Setiap perkhidmatan yang diberikan oleh pakar atau jururawat perlu dibayar dalam ringgit Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai