Anda di halaman 1dari 1

APABILA LELAKI TERLAMPAU MENCINTAI WANITA Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik.

Ia pelik kerana hadir di jiwa seoranglelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut danromantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yangdicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak, tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Demikianlah lelaki, tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudahmemperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Wahai wanita, elakkanlah diri anda daripada menjadi mangsa lelaki-lelaki seperti ini. Fahami,kenali, pelajari dan selamilah lelaki yang anda temui itu agar anda tidak menjadi mangsasekian kali. Kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui : 1. Kesungguhannya dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isterinya itu, tanpa sedikitpun terlihat keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia 2. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya. 3. Dia bukan seorang lelaki hipokrit yang tidak mempedulikan apakah anda mengalirkan airmata tatkala dia tertawa. 4. Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi anda sebagai kekasihnya mahupun isterinya. 5. Dia mencemburui anda lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan anda.Kongkongannya semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburunya yang meluap-luap itu.Dia akan kerap menyatakan ketakutannya jika kehilangan anda. Dia mudah merajuk dansensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap dirinya.Kadang-kadang dia seperti anak kecil dalam usaha mendapatkan layanan terbaik daripadaanda. 6. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhannya melakukan apa sahaja asalkanmembahagiakan anda. 7. Kadang-kadang dia merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada anda. Dia berasalega dan gembira apabila mendapat kata-kata pujukan yang amat didambakan oleh hatinyayang telah diselaputi cinta itu. 8. Dia akan gelabah apabila berjauhan dengan anda. Dia akan kerap menelefon, menghantarSMS dan kadang-kadang katanya puitis sekali. Dia akan kerap bertanya apakah anda masihmencintainya, padahal anda telah beberapa kali menyatakan begitu terhadapnya.

9. Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam alam percintaannya pasti tidak akan melayanperempuan lain sewenang-wenangnya. Dia berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuankekasih atau isterinya.

Anda mungkin juga menyukai