Anda di halaman 1dari 5

PERANAN PERDANA MENTERI

Perdana Menteri adalah merupakan ketua kepada Jemaah Menteri yang dilantik dan merupakan jawatan yang terpenting di Malaysia. Perdana Menteri adalah ketua kepada kerajaan. Beliau dilantik oleh YDPA. Dalam melantik Perdana Menteri , YDPA menggunakan budi bicaranya tetapi harus melantik seorang ahli dewan rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat. Secara amalan, Perdana Menteri biasanya adalah ketua parti atau ketua gabungan parti politik yang memegang kerusi majoriti di dalam dewan rakyat.

Dalam banyak sistem, Perdana Menteri boleh memilih serta boleh memecat ahli-ahli kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan pengerusi kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam sistem kerajaan separa presiden, perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan perkhidmatan awam dan melaksanakan arahan-arahan Presiden

Perdana menteri mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh YDPA sebagai menganggotai kabinetnya. Selaku Ketua Kabinet, maka perdana menteri juga akan mempengerusikan mesyuarat yang diadakan setiap minggu sekali sebagaimana yang ditetapkan. Oleh yang demikian, perjalanan mesyuarat tersebut akan dikendalikan dan dikuasai oleh perdana menteri sepenuhnya.Perdana menteri juga berperanan sebagai ketua pentadbir negara yang mempunyai kata putus dalam menentukan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Untuk melayakkan seseorang menjadi perdana menteri, maka beliau hendaklah merupakan seorang ketua parti yang memerintah negara pada masa yang material. Keadaan ini diputuskan melalui perolehan kerusi yang terbanyak dalam Dewan Rakyat selepas tiap-tiap kali pilihanraya dijalankan.

Beliau akan memegang jawatannya selagi beliau mendapat kepercayaan (confidence) sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat. Sekiranya kepercayaan ini sudah gagal beliau perolehi, maka terdapat dua cara yang perlu dilakukannya ; (i) meletak jawatan bersamasama menteri kabinetnya atau (ii) membubarkan Dewan Rakyat (Parlimen) dengan persetujuan YDPA bagi tujuan pilihanraya umum yang baru . Walaubag aimanapun, YDPA boleh dengan kuasa yang ada padanya untuk memecat seseorang Perdana Menteri yang
1

enggan meletakkan jawatannya sekiranya perdana menteri tersebut sudah hilang kepercayaan oleh sebilangan ahli dewan yang lain melalui undi tidak percaya yang dijalankan terhadapnya dan YDPA sendiri tidak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen. Boleh dikatakan bahawa kuasa-kuasa PM adalah kebanyakannya tersirat dalam konvensyen dan hanya beberapa keadaan sahaja ianya terdapat dala Perlembagaan Persekutuan. Dalam sebilangan pemerintahan beraja, perdana menteri juga mempunyai kuasa eksekutif (dikenali sebagai Prerogatif Diraja) yang terletak pada takhta kerajaan oleh perlembagaan dan boleh dipergunakan oleh perdana menteri tanpa kebenaran Parlimen. Secara ringkasnya di bawah perlembagaan, peranan perdana menteri termasuklah menasihati YDPA dalam; i) ii) iii) Perlantikan 44 daripada 70 Senator ; Pemanggilan atau penangguhan sidang, Dewan rakyat ; Perlantikan hakim-hakim mahkamah atasan (iaitu mahkamah-mahkamah tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) iv) v) Perlantikan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara; Perlantikan Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Perkhidatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pasukan Polis,

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Kewangan Negara, dan Majlis Angkatan Tentera ; dan vi) Perlantikan yang dipertua Negeri bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Kebanyakan fungsi di atas dikatakan dilakukan oleh YDPA tetapi sebenarnya YDPA harus mengikut nasihat Perdana Menteri.

PERDANA MENTERI PERTAMA

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Tarikh Lahir : 8 Februari 1903 Gelaran : Bapa Kemerdekaan Tempoh Berkhidmat : 31 Ogos 1957 Hingga 21 September 1970 PERDANA MENTERI KEDUA

Nama : Tun Abdul Razak Datuk Hussein Tarikh Lahir : 11 Mac 1922 Gelaran : Bapa Pembangunan Tempoh Berkhidmat : 22 September 1970 Hingga 14 Januari 1976

PERDANA MENTERI KETIGA

Nama : Tun Hussein Onn Tarikh Lahir : 1922 Gelaran : Bapa Perpaduan Tempoh Berkhidmat : 15 Januari 1976 Hingga 16 Julai 1981 PERDANA MENTERI KEEMPAT

Nama : Tun Dr Mahathir Mohamad Tarikh Lahir : 20 Disember 1925 Tempat Lahir : Alor Star, Kedah Gelaran : Bapa Pemodenan Tempoh Berkhidmat : 16 Julai 1981 Hingga 31 Oktober 2003

PERDANA MENTERI KELIMA

Nama : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Tarikh Lahir : 26 November 1939 Tempat Lahir : Kepala Batas, Pulai Pinang Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERDANA MENTERI KEENAM

Nama : Datuk Seri Haji Mohd Najib Bin Tub Haji Abdul Razak Tarikh Lahir : 23 Julai 1953 Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Dalam Bidang Ekonomi Industri , Universiti Nottingham, England
5

Anda mungkin juga menyukai