Anda di halaman 1dari 14

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A,B,C dan

D. Antaranya ada satu jawapan sahaja yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1 1.Asilah sangat bijak , selalu mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan.. A dia C beliau B beta D baginda 2. berdua ialah adik-beradik kembar, kata Umar dan Umairah kepada Karim. A Mereka C Kamu B Kami D Dia 3. Tidak dibenarkan A apa-apa B sesiapa pun memancing di sini. C mana-mana D bila-bila adik.

4. Pasu bunga itu pecah terlanggar A oleh B di C akan D terhadap 1

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ 5. Dia tidak tahu sama ada mahu mengikut abang kakaknya pergi bersiar-siar pada hujung minggu nanti. A dan C atau B sambil D kecuali 6. Kakinya terasa A lenguh B letih kerana berjalan agak jauh. C keras D megah tidak akan sempurna

7. Kerja yang dilakukan secara hasilnya. A deras C laju B gopoh D lemah

Soalan 8 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 8. Kedua- dua hulubalang itu senjata. A deras B gopoh C kuat D cekap bermain

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ 9. Kakak menyimpan gula-gula di_________ balang A hadapan B atas C belakang D dalam

10. Air sungai yang mengalir itu bermula daripada ________ A depan B hulu C puncak D atas

11. Oleh sebab musim tengkujuh, ke laut untuk mencari rezeki. A tetapi C kerana B padahal D maka

nelayan tidak dapat turun

12. Pelajaran Aishah terganggu A sejak C demi B walaupun D lalu

ibu dan ayahnya berpisah.

13.Mata Hasri ________ apabila dimarahi oleh ibunya. A terkebil-kebil B tertutup-tutup C terngiang-ngiang D terkial-kial

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ Soalan 14 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 14. Siti dan Susie gemar duduk semasa waktu rehat. A di C kepada B ke D daripada bawah pokok besar itu

15. Jangan _______ ketika menaiki bas, kata guru disiplin kepada murid-murid. A berpeluk-pelukan B berpegang-pegangan C bertolak-tolakan D bermain-mainan 16. Cikgu Anis memasukkan bunga. A serumpun C sejambak B seuntai D segugus 17. Di tebing sungai itu ada A serawan C sepokok B serumpun D seruas bunga ros ke dalam pasu

buluh.

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ 18. Budak yang ayahnya. A kepala angin B besar kepala itu tidak mahu menurut nasihat C kepala batu D barat kepala tikar.

19. Nenek mengajar saya A menenun C mengait B menyulam D menganyam

Soalan 20 dan 21 Pilih peribahasa yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat yang bergaris. 20. Penduduk kampung yang terpencil itu tidak pernah mengikuti perkembangan dunia semasa. A B C D Seperti tikus membaiki labu Seperti telur di hujung tanduk Seperti enau di dalam belukar Seperti katak di bawah tempurung

21. Devi tidak pandai menghargai pemberian orang kepadanya. A B C D Seperti kunyit dengan kapur Seperti beruk kena belacan Seperti kera mendapat bunga Seperti buku dengan ruas

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ Soalan 22 dan 23 Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini. 22. Rumah saya terletak di suatu kawasan yang berbukit. Kata lawan bagi berbukit ialah___________ A berpaya C berlekuk-lekak B rata D berteres

Pilih perkataan yang sama erti dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini. Soalan 23 berdasarkan Gambar 4

Gambar 1

Gambar 4 23.Puan Jah menyusun pinggan mangkuknya di dalam almari.. Kata seerti bagi menyusun ialah_________ A menghias C menyimpan B meletakkan D mengatur

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________

Soalan 24 dan 25 Pilih ayat yang betul. 24. I II III IV A B C D Petani berasa bimbang bila hujan semakin lebat. Baju itu didermakan ke anak-anak yatim oleh jutawan muda. Kedua-dua rakan karib saya itu beragama Islam. Pelbagai jenis bunga terdapat di taman itu. I dan II I dan III III dan IV I, II, III, dan IV

25. I Makanan itu diberikan oleh Rosli ke adiknya. II Nancy memberikan duit pada kakaknya. III Kucing itu dipelihara oleh pak cik sejak kecil lagi. IV Kakaknya membalut hadiah dengan kertas berbunga. A B C D I dan II III dan IV I, II, dan IV II, III, dan IV

Soalan 26 dan 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 26. Jangan abaikan pelajaran anda, kata penceramah itu kepada para hadirin. A Penceramah itu memarahi anda kerana mengabaikan pelajaran para hadirin. B Penceramah itu menegah para hadirin mengabaikan pelajaran anda. C Penceramah itu menasihati hadirin supaya tidak mengabaikan pelajaran. D Anda diingatkan oleh penceramah agar tidak mengabaikan pelajaran hadirin

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ 27. Gerakan mencari kedua-dua murid yang lemas itu telah dilakukan sejak semalam lagi. A Sejak semalam telah dilakukan lagi gerakan mencari kedua-dua murid yang lemas itu. B Kedua-dua murid yang lemas itu sejak semalam lagi telah dilakukan gerakan mencari. C Sejak semalam lagi gerakan mencari kedua-dua murid yang lemas itu telah dilakukan. D Gerakan mencari kedua-dua murid itu sejak lemas telah dilakukan lagi. Soalan 28 dan 29 Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris. 28. Adakah kamu tinggal sendirian? A Sudah lama saya tidak berteman. B Ya, saya lebih suka tinggal sendiri. C Ya, saya tinggal bersendirian. D Benar, saya sememangnya tidak suka diganggu. 29. Bilakah bangunan itu siap dibina? A Bangunan itu telah siap dibina. B Bangunan itu kepunyaan Encik Hafiz. C Bangunan itu masih belum siap lagi. D Bangunan itu siap dibina pada awal tahun depan.

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris. 30. Saya suka berjoging kerana dapat menyihatkan badan. A Bilakah masa yang sesuai bagi kamu berjoging? B Adakah kamu suka berjoging? C Mengapakah kamu suka berjoging? D Adakah berjoging itu penting?

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ Soalan 31 hingga soalan 35 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalansoalan yang berikutnya. Kita memerlukan makanan untuk memperoleh tenaga, membesar, bergerak, dan melakukan kerja-kerja harian. Makanan yang dimakan pula mestilah seimbang. Makanan yang seimbang mengandungi bahan-bahan seperti karbohidrat, protein, minyak, lemak, vitamin, dan garam galian. Karbohidrat membekalkan tenaga untuk membantu kita bekerja, bermain, dan memanaskan badan. Karbohidrat banyak terkandung dalam gula dan kanji. Tebu dan buah-buahan segar ialah pembekal gula yang terpenting. Kanji pula dapat diperoleh daripada makanan yang berasaskan beras dan gandum. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang berlebihan dapat menyebabkan kegemukan. Protein ialah bahan makanan yang membina tubuh. Antara makanan yang mengandungi protein termasuklah daging, ikan, dan telur. Lemak dan minyak membekalkan tenaga dan haba kepada kita. Lemak dan minyak tidak boleh diambil secara berlebihan kerana bahan ini juga boleh menggemukkan. Lemak dan minyak akan tersimpan di bawah kulit. Garam galian ialah suatu zat yang berguna untuk mencegah penyakit. Garam galian yang diperlukan oleh tubuh ialah kalsium, fosforus, besi, dan iodin. Kalsium menjadikan tulang dan gigi kita kuat. Zat besi pula diperlukan untuk membina darah. Kekurangan zat besi dapat menyebabkan seseorang berasa letih dan kelihatan pucat. Kekurangan iodin pula dapat mendatangkan penyakit beguk. Air pula membantu proses penghadaman manusia di samping mengawal suhu badan. Lebihan haba badan keluar melalui peluh. Semasa berpeluh, badan kita terasa sejuk kerana air tersejat di permukaan kulit. Selain air, bahan pelawas termasuklah sayursayuran, buah-buahan, dan bijirin. Kesihatan anda terjamin seandainya anda mengambil makanan yang seimbang, meminum air yang mencukupi, dan bersenam. Jangan sekali-kali menagih dadah dan merokok atau minum minuman keras. Gaya hidup yang sihat sangat baik diamalkan sejak remaja lagi.

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ 31. Kita memerlukan makanan untuk A bekerja, bergerak, dan membesar. B membesar dan melawan penyakit. C bekerja, bergerak, dan menjaga tubuh. D bekerja, bergerak, dan hidup. 32. Mengapakah lemak tidak boleh diambil secara berlebihan? A Kerana lemak akan menjejaskan kesihatan kita B Kerana lemak akan menambahkan berat badan kita C Kerana lemak berbahaya kepada kesihatan D Kerana lemak menguruskan badan 33. Pilih pernyataan yang tidak benar. A Kalsium menguatkan tulang dan gigi. B Pelawas mengelakkan sembelit. C Makanan yang seimbang mengandugi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan garam galian. D Zat besi diperlukan untuk membina tubuh. 34. Perkataan tersejat dalam petikan bermaksud A kering. B beku. C hapus. D hilang.

35.Apakah tugas air dalam tubuh kita? A Untuk mengeluarkan peluh B Untuk memanaskan badan C Untuk mengawal suhu badan D Untuk menyejukkan tubuh

10

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ Soalan 36 hingga soalan 40. Baca surat kiriman di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Rumah Insaf, Jalan Perlindungan, 15200 Kelantan Darul Naim. 1 Mac 2009. Menemui bondaku yang berada di Kemaman, Terengganu, semoga bonda sihat dan bahagia senantiasa. Semasa anakanda menulis surat ini, anakanda berada dalam keadaan sihat. Anakanda baru selesai menunaikan solat Isyak dengan berimankan tuan guru yang menjaga anakanda. Bonda, Selama anakanda berada di sini, anakanda berasa cukup insaf dan menyesal atas kelakuan anakanda yang lepas. Anakanda berasa sungguh bahagia malah berasa seperti baru dilahirkan semula apabila menjalani hidup bebas tanpa dadah. Program pemulihan dan pendidikan di sini sangat sesuai dengan jiwa anakanda dan anakanda berazam akan memulakan hidup baru dan tidak mengecewakan bonda lagi. Anakanda rindu akan sekolah yang telah anakanda tinggalkan. Masih tergambar akan kenangan waktu anakanda diumumkan sebagai pelajar cemerlang. Anakanda sungguh menyesal bercampur dengan rakan-rakan yang lebih cenderung menagih dadah dan mencuri. Usahlah bonda bimbang, Isya-Allah anakanda akan kembali ke pangkal jalan dan menjadi pemuda harapan bangsa seperti yang bonda harapkan. Anakanda bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sungguh mengambil berat tentang diri anaknya. Tindakan bonda memasukkan anakanda ke Rumah Insaf sangat tepat. Anakanda telah sedar akan kesilapan anakanda dan akan mencuba sedaya upaya untuk meninggalkan dunia dadah itu.

11

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ Anakanda sangat berharap agar bonda turut berdoa supaya anakanda selamat dan tahan terhadap segala dugaan dan cabaran yang terpaksa anakanda harungi selama berada di sini. Sesungguhnya anakanda berasa tidak sabar untuk bersama bonda dan keluarga kita. Sekian saja untuk kali ini. Sampaikan salam anakanda untuk ayahanda dan Kak Long. Semoga mereka turut mendoakan kesejahteraan anakanda. Sekian, salam sayang daripada anakanda untuk semua. Anakanda yang jauh,

Abil
36. Di manakah penulis berada semasa menulis surat ini? A Di pusat pemulihan cacat penglihatan B Di pusat pemulihan akhlak C Di pusat pemulihan penagih dadah D Di pusat pemulihan budak-budak nakal 37. Mengapakah penulis berasa seperti dilahirkan semula? A Kerana sudah mula bebas daripada dadah B Kerana bebas daripada tuduhan C Kerana bebas daripada hukuman D Kerana mempunyai seorang ibu yang mengasihinya 38. Yang berikut ialah pernyataan yang BENAR tentang penulis, kecuali A Dia pernah menjadi pelajar cemerlang. B Dia mahu kembali ke pangkal jalan. C Dia tidak pernah menyesali kelakuannya yang lalu. D Dia telah insaf.

12

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ 39. Mengapakah dikatakan ibu penulis seorang ibu yang bertanggungjawab? A Dia sanggup berkorban untuk anaknya B Dia sanggup menolong anaknya yang berada dalam kesusahan C Dia sanggup menyerahkan anaknya ke pusat pemulihan D Dia sanggup berhadapan dengan masalah anaknya 40. Bagaimanakah program pendidikan dan pemulihan dadah akan berjaya sepenuhnya? A Apabila bekas penagih dadah kembali kepada tabiat lama B Apabila bekas penagih dadah kembali mendengar nasihat rakan-rakan C Apabila bekas penagih dadah mengambil berat tentang diri mereka D Apabila bekas penagih dadah benar-benar insaf dan berubah

13

KERTAS 011 LIMA PULUH MINIT _______________________________________________________ Disediakan oleh, Kertas Satu _________________________ (Pn.Haezah Binti Wage @ Jinal)

Kertas Dua __________________________ (Pn.Husnida Surya Binti Hanafi)

Disemak oleh, ________________________ (Pn. Barisal Bivi Binti Shaik Dawood) Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan Oleh, __________________________

14

Anda mungkin juga menyukai