Anda di halaman 1dari 4

Tarikh: 14 17 Disember 2009

PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )


PENGANJUR Jabatan HEP telah ditugaskan untuk mengendalikan program Bina Insan Guru ( BIG ) bagi pelajar-pelajar program KPLI j-QAF Bahasa Arab dan Pendidikan Islam ambilan Januari dan Jun 2009, KDC Pra Sekolah ambilan Jun LPBS dan PGSR PAI & BM ambilan November 2008 seramai 146 orang . LATAR MASA Program BIG kali ini adalah siri ke 7/2009 ( KPLI ) yang akan dilaksanakan pada 14 17 Disember 2009. Pelajar j-QAF akan bergerak ke Balung Eco Resort untuk aktiviti air dan kembara pada 16 Disember 2009. . LATAR TEMPAT Pelajar akan berkhemah di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Mereka hanya akan bergerak ke tempat yang terpilih untuk aktiviti air dan darat. Semua pelajar akan dibawa beraktiviti air dan darat di Balung Eco Resort. PENYERTAAN Peserta yang terlibat adalah seramai 146 orang ( KPLI j-QAF Ambilan Januari dan Jun, KDC Pra Sekolah, PGSR PAI & PGSR BM ). Pensyarah dan urusetia yang terlibat akan disesuaikan dengan kapasiti pelajar. Jurulatih air dan darat akan dipanggil dari kalangan pensyarah Institut Pendidkan Guru Kampus Tawau.. MATLAMAT. Program ini merupakan salah satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. OBJEKTIF. Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat : 1> menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. 2> meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. 3> Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. 4> Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat. 5> Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan; dan

6> Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian. PERANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI: Perancangan aktiviti akan diperlihatkan di dalam tentatif program Bina Insan Guru ( Lihat Lampiran B ). KEWANGAN. Perbelanjaan makan minum, sewaan tapak perkhemahan, sewaan dewan dan sewaan bilik simpanan barang adalah di bawah peruntukan institut.

Sewa aktiviti di Balung Eco Resort Makan minum pelajar j-QAF & KDC Makan minum PGSR T. Shirt & topi peserta
JUMLAH

: RM 3 x 1 hari x 146 orang peserta. = RM 438.00 : RM 15 x 3 hari x 85 orang peserta. = RM 3825.00 : RM 15 x 2 hari x 61 orang peserta. = RM 1830.00 : Guna t.shirt & topi MPPB 2009. : RM 6093.00

Pensyarah : Perbelanjaan makan minum dan penginapan pensyarah adalah dibayar sendiri oleh pensyarah berkenaan.
Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

___________________ ( Nor Hafizah bt Ahmad) KU Kebajikan & Sosial

__________________ ( Mazuki Abd Razak ) KJ Hal Ehwal Pelajar

______________________________ ( Dr. Hj Mohd Johan Zakaria ) b/p Pengarah IPTS

Anda mungkin juga menyukai