Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE PCK 1 TAJUK : PERUBAHAN TENAGA

Tujuan : Untuk menyiasat perubahan tenaga.

1. Jalankan aktiviti-aktiviti di bawah :

i.

Hidupkan suis lampu meja Tenaga elektrik bertukar kepada tenaga cahaya apabila suis lampu dihidupkan. Tenaga elektrik Tenaga cahaya

ii.

Menyalakan lilin Melalui sumber api lilin, tenaga kimia bertukar kepada tenaga haba dan tenaga cahaya. Tenaga kimia Tenaga haba + Tenaga Cahaya

iii.

Menghidupkan kalkulator tenaga solar Tenaga solar bertukar kepada tenaga elektrik seterusnya tenaga cahaya. Tenaga solar Tenaga elektrik Tenaga Cahaya

iv.

Memasukkan dua bateri ke dalam permainan kereta dan hidupkan suis Tenaga kimia bertukar kepada tenaga elektrik seterusnya berubah kepada tenaga kinetik. Tenaga kimia Tenaga elektrik Tenaga kinetik

v.

Menegangkan tali getah Apabila tali getah ditegangkan, tenaga keupayaan dihasilkan.

Kemudian, apabila tali getah dilepaskan akan menghasilkan tenaga kinetik kerana tali getah bergerak atau terbang ke arah lain. Tenaga keupayaan Tenaga kinetik

vi.

Memerhati telefon berdering Tenaga elektrik bertukar kepada tenaga bunyi. Tenaga elektrik Tenaga bunyi

2. Di akhir aktiviti-aktiviti ini, jawab soalan-soalan tersebut :

a. Apakah yang dapat dipelajari daripada aktiviti ini? Melalui aktiviti ini, saya dapati bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Tenaga juga mempunyai banyak jenis seperti tenaga keupayaan, tenaga kinetik dan lain-lain lagi. Apabila kita menggunakan tenaga, ia tidak hilang. Kita menukarkan ia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.Tenaga bertukar bentuk atau mengalami transformasi bentuk.

Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Sebahagian daripada tenaga hilang sebagai tenaga haba.

b. Di bahagian manakah pada Kurikulum Sekolah Rendah diajar berkaitan dengan tajuk ini? Tahap : 2 Tahun : 5 Bidang :Menyiasat Daya dan Tenaga

c. Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran? Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan menggunakan beberapa aktiviti seperti yang dicadangkan untuk mengajar mengenai tajuk ini. Saya akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap aktiviti akan dilakukan di dalam kumpulan. Contoh aktiviti ialah memerhati perubahan tenaga pada lilin, lampu dan tali getah yang ditegangkan. Aktiviti ini akan dilakukan pada awal pengajaran untuk mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk ini. Kemudian, selepas melakukan aktiviti murid akan melakukan

perbincangan sesama mereka dengan tunjuk ajar guru.

d. Apakah peranan guru dalam praktikal diatas. Guru berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing dimana guru perlu untuk memerhati segala perjalanan semasa eksperimen itu dijalankan. Guru perlu memastikan eksperimen dijalankan dengan betul. Guru juga sebagai pembina teori dan penyelesai masalah dimana boleh dirujuk oleh pelajar.

Anda mungkin juga menyukai