Anda di halaman 1dari 3

INVENTORI MINAT KERJAYA Alat ukuran Self-Directed Search (SDS) telah dibina oleh John L. Holland.

Alat ukuran ini mengandungi 192 item yang mempunyai pilihan jawapan Ya atau Tidak untuk mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti seseorang. Walaupun alat ukuran SDS mempunyai 192 item berbanding VPI 160 item, ia hanya mengandungi 6 sub-skala pengukuran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan conventional (C). Ini menjelaskan bahawa alat ukuran VPI lebih ekstensif berbanding dengan alat ukuran SDS.

Pentadbiran Ujian SDS

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelokeloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor Ujian SDS

Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.

Pentafsiran Profil Ujian SDS


Personaliti Ciri-Ciri Mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan Pekerjaan Jurutera Awam Jurutera Kereta Api Operator Mesin Mekanik Kapal Terbang Mekanik Kereta Juruteknik Elektronik Ahli Ilmu Perkebunan Tukang Kayu

Realistik

Investigatif

Suka membuat pemerhatian, mempelejari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerjakerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Ahli Kaji Cuaca Ahli Biologi Ahli Botani Ahli Agronomi Ahli Fizik Ahli Kaji Bintang Ahli Kimia Ahli Kaji Bumi Penyelidik Sains Antropologis

Artistik

Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.

Penyair Pemimpin Orkestra Penyanyi Konsert Penggubah Lagu Pengarang Pelukis Perdagangan Pelukis Potret Wartawan Pelukis Kartun Penghias Rmuah Arkitek

Sosial

Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan

Ahli Sosiologi Guru Pengetua Sekolah Pegawai Perhubungan Awam

pada orang lain. Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajikan.

Pengarah Kem Belia Pengarah Agensi Kebajikan Kaunselor Kerjaya Kaunselor Peribadi

Enterprising

Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Spekulator Aktuaris Eksekutif Pengiklanan Eksekutif Perniagaan Pengarah Syarikat Pengarah Publisiti Peguam Ahli Politik Pengurus Hotel Pengurus Bank Jurujual Insurans

Conventional

Suka bekerja denga data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur, dan mengikut arahan.

Penyimpan Kira-Kira Guru Perdagangan Akauntan Jurutrengkas Kerani Bank Pakar Cukai Kerani Gaji Operator Komputer Penilai Harta Jurujual Insurans Kerani Insurans

Anda mungkin juga menyukai