Anda di halaman 1dari 2

Batu Belah Batu Bertangkup

Mak Tanjung tinggal bersama anaknya Melur dan Pekan di kaki Bukit Berapit. Sejak suaminya meninggal dunia, Mak Tanjung menjadi semakin muram dan pendiam. Dia asyik bersedih hati. Kerjanya mencari akar kayu untuk dibuat ubat juga diabaikan. Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin untuk makan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk menangguknya. Bukan main suka hatinya apabila dia dapat menangguk seekor ikan tembakul. Sampai di rumah, Mak Tanjung terus ke dapur untuk menyiang ikan tembakul itu. Selepas itu, dia memberikannya kepada Melur untuk digulai. Masaklah ikan dan telur tembakul ini. Emak ingin makan telurnya, kata Mak Tanjung. Kemudian dia keluar untuk mencari akar kayu. Selepas siap memasak gulai itu, Melur pun mengasingkan separuh telur ikan tembakul. Diletakkannya di atas para. Pekan makan dengan gelojoh sekali. Apabila dia sudah menghabiskannya, dia memintanya lagi daripada Melur. Akibat terlalu kasihankan Pekan, Melur memberikan semua ikan tembakul itu. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pulang. Dia mahu makan. Mana telur tembakul? tanya ibu Melur. Sudah habis, emak. Pekan makan semuanya, jawab Melur perlahan. Sampai hati kamu berdua, kata Mak Tanjung kecil hati. Sedih benar hatinya kerana anak-anak sampai terlupa kepadanya. Mak Tanjung merajuk lalu pergi ke dalam hutan. Di hutan ada batu belah. Batu itu berpuaka. Kalau dia lapar dia akan terbelah. Kalau sudah dapat mangsanya akan bertangkup. Mak Tanjung melangkah laju ke arah batu berpuaka itu. Melur dan Pekan mengejar dri belakang. Kedua-dua orang anaknya itu berteriak sambil menangis. Melur dan Pekan mahu ibu mereka pulang. Groomm...groommm... batu belah bersuara. Melur dan Pekan berlari sekuat hati. Namun, apabila sampai di batu berpuaka itu, ia sudah bertangkup. Bayangan ibu mereka sudah tidak kelihatan. Esok paginya Nenek Kebayan jumpa Melur dan Pekan yang masih tidur. Mereka tertidur di depan batu belah setelah letih menangis. Ibu mereka tidak akan pulang lagi. Sejak hari itu, Melur dan Pekan tinggal bersama Nenek Kebayan. Melur berjanji pada suatu hari nanti dia mesti menghapuskan batu belah yang berpuaka itu. Dia dan adiknya terlalu rawan kerana ibu mereka mati di situ. Masa berlalu, Melur menjadi gadis rupawan. Parasnya cantik dan menawan. Pekan pula gagah dan tampan. Pada suatu hari, Raja Indera Sakti mengadakan temasya sabung-menyabung ayam. Diam-diam Pekan membawa ayamnya Jalak ke temasya itu. Pekan tidak memberitahu Melur atau Nenek Kebayan.

Hai orang muda, apa yang hendak kamu pertaruhkan? tanya raja.Jika kalah patik akan bekerja untuk tuanku. Jika menang patik hanya mahu hadiah sepasang pakaian, jawab Pekan. Baginda tersenyum tanda setuju. Jalak pun bersabunglah dengan ayam raja. Tidak diduga, Jalak menang apabila tajinya mencederakan ayam raja. Pekan gembira. Dia akan dapat hadiah daripada Raja Indera Sakti. Tiba-tiba kakaknya, Melur berdiri di depannya. Mukanya merah kerana marah. Pekan, kau pulang sekarang. Jangan berani hendak mengambil hadiah selepas ayam itu cedera oleh taji si Jalak! kata Melur. Raja Indera Sakti mendengar kata-kata Melur itu. Baginda melihat wajah Melur yang cantik rupawan. Petang itu, satu rombongan dari istana ke rumah nenek. Mereka membawa cincin pinangan daripada raja. Melur menerima pinangan Raja Indera Sakti. Tujuh hari sebelum hari perkahwinan antara Melur dengan baginda raja, satu rombongan pergi ke Bukit Berapit. Mereka membawa peluru dan meriam. Mereka membedil batu belah.

Pada hari itu juga baginda mengumumkan temasya menyabung ayam mesti dihentikan. Semenjak hari itu batu belah tidak mengaum lagi dan gelanggang menyabung ayam pun tinggal lenggang.

Anda mungkin juga menyukai