Anda di halaman 1dari 8

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh

dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh dif-dif kehormat. Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Yang Berbahagia, Dato Mohd Nasir bin Ahmad Presiden Staroba Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG, STAR Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR Dif-dif kehormat, AJK STAROBA, AJK PIBG, pegawai-pegawai kementerian, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang STAR kali ke 51 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang STAR pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain untuk meminpin bacaan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain atas bacaan doa sebentar tadi. Pakaian dipakai cantik berseri, Majlis keraian kita semua, Majlis kita takkan berseri, Tanpa persembahan multimedia

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahana multimedia. Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif pasukan Briged Bestari STAR dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid. Tak molek, jika ada alu tida lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua Cemerlang STAR. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang STAR kali ke-51 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi. Setrusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2011. Dipersilakan. Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guruguru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden

STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi. Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis barubaru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah. Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini,

Salah dan silap lupakan saja Sebarang kelemahan harap dimaafi Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Semoga kita berjumpa lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian Rumah Tetamu STAR. Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Mengumumkan ketibaan: Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat diiringi oleh Naib Yang DiPertua PIBG, Puan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan. Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk Kasihnya ibu membawa ke syurga Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa Kasihnya guru mencurah ilmu Pemacu segala pelita dan lampu Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat Seribu tahun menjadi hikmat Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia. Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat Yang Dihormati En Ahmad b. Yahya, Pegawai Khas kpd Yang Berbahagia Dato Hj Nordin b Selamat, Penyelaras Pembangunan Persekutuan, DUN Sijangkang. Yang Dihormati Tn Hj Zulkapli b. Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat,

Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya dan barisan pentadbir. Yang Berusaha Naib Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, En Abdul Halid bin Mohd Yassin dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2011. Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian. Pada pagi yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 SMK Sijangkang Jaya.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, En Ahmad bin Yahya dan Tn Hj Zulkepli bin Mohamed ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12. Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyakalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Dawami b. Shaien untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Dawami b. Shalen atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Hadirin yang dihormati, Sebagai tanda setia, tanda kasih kepada Negara. Marilah sama-sama kita kumandangkan suara, untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Para hadirin dipersilakan untuk berdiri. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kepimpinan diteladani, Program dirancang dan direalisasikan, Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya merangkap Penasihat PIBG SMK Sijangkang Jaya ke-12 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha En Abd Halid bin Mohd Yassin untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, En Abdul Halid bin Mohd Yassin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Sidang hadirin yang budiman, Kalau Dato pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada Dato ruang diberi, Mohon rasmikan majlis kami majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke-12. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi, Dengan takdir Ilahi Rabbi, Selesai sudah upacara merasmi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, atas ucapan perasmian sebentar tadi. Orang berbudi, Kita berbahasa. Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohamad Yassin untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli atas kesudian Dato

menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya ke 12 tahun 2012. Tinggi bukit silang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit takkan hilang, Dalam hati kenang-kenangan.

Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan guru SMK Sijangkang Jaya. Hadiah cabutan bertuah kita pada hari ini telah disumbangkan oleh; Yang Berbahagia Dato Hj Nordin bin Selamat. Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang. Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan NYDP PIBG bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli dan Yang Dihormati Encik Ahmad bin Yahya untuk naik ke pentas untuk membuat cabutan. Dipersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli untuk membuat cabutan 5 nombor bertuah. Encik Ahmad bin Yahya juga diminta untuk membuat cabutan 5 nombor bertuah.

Dimaklumkan, nombor masing-masing tercatat pada buku program hadirin pada hari ini. Penerima bertuah yang pertama ................... Hadirin bertuah yang terakhir ialah ................. Hadirin sekalian, Usah kecewa kerana acara cabutan bertuah masih belum lagi berakhir. Diminta para hadirin untuk bersabar dan setia menunggu sehingga ke akhir majlis. Kalau ada jarum yang patah, Jangan di simpan di dalam peti, Kalau ada khilaf dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Gerakan Sekolah. Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera.

Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke 12 akan dipengerusikan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohd Yassin. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Pengacara Majlis : EN SAHARUDDIN BIN ABDULLAH CIK NORLIYANA

Anda mungkin juga menyukai