Anda di halaman 1dari 3

1.1 1.1.

Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur. Peringkat Awal

Pertuturan biasanya berlaku dengan bertanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan diri serta pengalaman murid-murid. Contohnya seperti bertanya khabar serta tentang kehidupan seharian yang dilalui oleh murid tersebut. Seseorang guru pula haruslah bertutur dengan pelajar mereka menggunakan perkataan yang sopan dan bertatasusila serta guru haruslah bercakap dengan terus terang dan ikhlas terhadap pelajar mereka tentang sesuatu perkara.

1.1.2

Peringkat Pertengahan

Murid-murid diajar untuk membuat deskripsi tentang sesuatu objek dan gambar. Kemudian guru akan bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri kepada muridmurid tersebut. Pelajar juga diajar untuk membuat ucapan pendek dan ringkas serta mengambil bahagian dalam aktiviti perbualan yang mudah. Kemudian, pelajar yang lain akan memberi komen secara mudah serta membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan terhadap sesebuah aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

1.1.3

Peringkat Maju

Proses pertuturan biasanya berlaku untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi seperti mengemukakan pendapat atau cadangan serta berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat. Selain itu, pada peringkat ini pelajar diajar untuk membuat pertimbangan untuk mencapai sesuatu keputusan. Keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan pertimbangan yang dibuat. Pelajar juga diajar untuk menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu serta dapat memberi respon peribadi tentang karya sastera ataupun tentang sesuatu perkara.

1.1 1.1.1

Aspek-aspek pertuturan Aspek linguistik

1.1.1.1 Sebutan Bermaksud melafazkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna.Penutur yang dapat menyebut secara tepat dan jelas lebih mudah difahami oleh pendengar berbanding dengan penutur yang mempunyai masalah sebutan 1.1.1.2 Tekanan

Merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan. Tekanan merupakan satu cara untuk menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. 1.1.1.3 Intonasi Merujuk kepada keadaan bunyi suara yang menaik atau menurun semasa sesuatu ayat itu dilafazkan. Intonasi ayat dalam Bahasa Melayu boleh mendatar, meninggi atau menurun. 1.1.1.4 Nada Merujuk kepada keadaan bunyi suara yang menaik atau menurun semasa sasuatu perkataan itu dilafazkan. 1.1.1.5 Jeda Juga disebut sebagai persendian .Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. 1.1.1.6 Mora Adalah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan.Penggunaan mora dalam bahasa melayu tidak begitu ketara. 1.1.1.7 Tempo Merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu ujaran itu dituturkan. Penggunaan itu amat ketara dalam bidang muzik

1.1.2

Aspek bukan linguistik

1.1.2.1 Kelancaran Merujuk kepada keupayaan murid bertutur dengan kemas dan teratur. Untuk membolehkan murid memperoleh kelancaran dalam pertuturan, mereka perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti berbual, berpidato, berbahas dan sebagainya. 1.1.2.2 Kefasihan Merujuk kepada keupayaan murid bertutur dengan petah dan lancar.Untuk mencapai tahap ini, murid perlu digalakkan untuk menggunakan bahasa tersebut semasa berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.

1.1.2.3 Pergerakan tubuh Juga disebut sebagai bahasa tubuh, iaitu komunikasi dikatakan berlaku tanpa menggunakan bunyi-bunyi bahasa.Bahasa tubuh sedemikian tidak begitu ketara diaplikasikan dalam bilik

darjah kerana bukan semua bahasa tubuh tersebut menyatakan maksud yang sama pada setiap orang. 1.1.2.4 Bahasa isyarat Merupakan bahasa yang menggunakan gerakan tangan dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea penutur.Bahasa ini lebuh bersistem daripada bahasa tubuh.

Anda mungkin juga menyukai