Anda di halaman 1dari 9

Train The Trainers

Sukatan kursus ________________________________________________


Kursus Lima Hari Untuk Memantapkan Kemahiran dan kredibiliti seorang pendidik.

Top (HRD) Training Consultant B7-103, Kekwa A, Jln Putra Perdana 5B, 47100 Puchong, Selangor Tel: 03-83186798, 016-8120302 Email: coach@sabah.edu.my Homepage : www.sabah.edu.my/top

Train The Trainers


Program Pengukuhan Untuk Para Pendidik ________________________________________________________________

Objektif
Jurulatih adalah agen perubahan organisasi. Keupayaan mengendalikan program latihan yang berkualiti adalah teras kecemerlangan prestasi setiap peserta kursus. Ia secara terus menyumbang kepada kecemerlangan budaya pasukan. Cabaran pendidikan zaman kini bukan hanya pada kemahiran teknikal, tetapi keupayaan mencetuskan jiwa pendidik yang berkelas dunia untuk melahirkan generasi yang dapat bersaing dalam pasaran dunia. Ini kerana keperluan bidang latihan menjadi semakin tertekan oleh piawaian dunia yang semakin meningkat. Seseorang jurulatih perlulah melengkapkan diri dengan ilmu kejurulatihan yang lebih berkesan secara berterusan demi untuk meningkatkan kredibiliti diri. Sistem latihan yang ditawarkan ini adalah suatu program pengukuhan untuk para pendidik dalam perkhidmatan. Program ini menyaji berbagai inspirasi minda dan strategi pengelolaan latihan bermula dari perancangan sehingga ke tahap penilaian kursus.

Mengapa program ini penting


Dalam usaha melahirkan para pendidik yang berhemah, berjiwa bersar dan dinamik. Program ini memberi pendedahan yang menyeluruh dalam aspek kejurulatihan berkesan demi membantu jurulatih, guru, pensyarah mahupun perunding kejurulatihan (training consultant) untuk terus meningkatkan status diri sebagai pendidik untuk terus menyumbang dengan berkesan kepada nusa dan bangsa. Antara persoalan yang akan dijawab dalam program ini ialah : Apakah tekanan dan kekurangan yang masih membelenggukan para pendidik sehingga menurunkan motivasi kerja dan kualiti pengajaran? Apakah faktor yang menjadi teras pengukuran kualiti pendidik dan membolehkan mereka terus maju dalam arena pengajaran ke status yang lebih tinggi? Mengapa adanya jurang yang menyebabkan kesukaran melaksanakan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ?

Bagaimana menyelenggarakan cabaran dalam kelas khasnya sikap peserta yang kurang menyenangkan Bagaimana membina dan mengekalkan motivasi pembelajaran para peserta Mengenal faktor yang boleh melemahkan semangat pendidik dan jiwa pendidik yang luhur untuk meneruskan perjuangan dalam arena pengajaran. Bagaimana membina strategi perancangan dan pengendalian kursus yang berkesan Apakah cara pembentukan sahsiah (Character Building) yang paling berkesan dan bersifat abadi Bagaimana membangunkan budaya pembelajaran di sesebuah institusi pendidikan

Selepas program ini


Para pendidik akan mendapat kebaikan berikut : Dapat menyemarakkan minat dan kecenderungan dalam dunia pendidikan Menguasai kemahiran menjayakan program latihan yang berkesan Dapat membina pasukan pendidik yang berjiwa pelajar dan seterusnya membangunkan budaya kecemerlangan insitusi Mengenal strategi pendidikan yang bersifat holistik dan dapat menyempurnakan citarasa Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Membina kualiti pendidik yang berkelas dunia

Kandungan program
Tajuk perbincangan berikut adalah garis panduan latihan yang bakal di selidik dan di sesuaikan (customized) mengikut keperluan insitusi pendidikan yang menganjurkan program ini. 1. Mentaliti pendidik berkelas dunia 2. Strategi mengendalikan program latihan / kursus yang berkesan 3. Teknik pembentukan sahsiah berteraskan autogenik 4. Perancangan program latihan yang menyeluruh

5. Merancang aktiviti pengajaran yang sesuai dengan tajuk kursus 6. Mengendalikan dan mengawal kelas (Class control) 7. Menyelesaikan masalah dan pertanyaan peserta kursus 8. Menangani pelajar yang bermasalah atau berisiko 9. Teknik penyampaian berkesan: o Olahan intonasi suara o Isyarat badan dan muka o Kesungguhan waktu bercakap 10. Penggunaan teknik psikologi dalam pengajaran 11. Membina maruah dan nilai penghormatan seorang pendidik 12. Menyemarakkan nilai kendiri (Self Esteem) seorang pendidik o Halatuju seorang pendidik yang berkualiti tinggi o Mengenal faktor motivasi dalaman seorang pendidik 13. Persiapan diri sebagai pendidik yang berkaliber: o Kepimpinan melalui teladan o Mengenal corak keperibadian peserta o Membina keyakinan diri 14. Membina kitar latihan (training system) yang berkesan: o Analisis keperluan kursus o Perancangan modul latihan o Mengendali kursus yang telah diatur o Menilai dan memajukan sistem sedia ada 15. Teknik motivasi berpandukan autogenik - latihan mental melalui penghayatan 16. Apa amalan dan perkara yang perlu dielak oleh seorang pendidik 17. Bagaimana memilih strategi penyampaian berkesan 18. Proses menawarkan tekanan (stress Management) seorang pendidik 19. Cara meningkatkan profesionalism di kalangan pendidik 20. Menguasai seni bimbingan (Coaching), kaunseling , seminar 21. Bagaimana meneroka bakat dan potensi peserta 22. Menjadikan suasana pembelajaran yang positif dan gembira

23. Membina skop pengajaran yang menyeluruh mengikut Falsafah Pssk Kebangsaan 24. Dilemma antara kualiti dan tekanan kerja 25. Melahirkan juara dunia 26. Membina setia kawan dalam pasukan (Team Building) 27. Membangunkan imej organisasi pendidikan yang berstatus dunia 28. Mengenal misi dan tanggung jawab seorang pendidik 29. Memahami faktor yang meruntuhkan peranan dan fungsi seorang pendidik serta cara membasmi masalah tersebut 30. Mengenal corak pembelajaran (learning style) 31. Mengenal aspek pengurusan organisasi pendidikan 32. Kepimpinan dalam kerjaya pendidikan - terhadap peserta kursus dan insitusi 33. Corak pembelajaran moden E learning, virtual classroom 34. Pembelajaran berterusan seorang pendidik - Life Long Learning Concept: o KASH dalam arena pendidikan o Meneroka kejayaan anda dalam dunia pendidikan 35. Mengukuhkan sikap terhadap kerjaya, atasan dan rakan sekerja dan peserta kursus 36. Motivasi untuk pendidik : o Mengenal kemuliaan kerjaya sebagai seorang pendidik o Mencari makna kerjaya dan misi perjuangan o Meningkatkan status pendapatan anda

Siapakah yang akan menghadiri


Pensyarah, guru sekolah, pegawai pentadbir pendidikan , jurulatih sukan, kaunselor, pembimbing (coach), fasilitator, penceramah, mentor dan sesiapa yang melibatkan diri dalam membangunkan, merangka dan mengendalikan latihan serta kerja-kerja pembangunan sumber manusia.

Kaedah pengendalian kursus


Program ini akan dikendalikan dengan mengalikasikan pendekatan pembelajaran yang pelbagai demi untuk membolehkan pembelajaran KASH tercapai. Ceramah - kandungan akan dikupas dengan mengambil kira praktikaliti dan

berpandukan model serta pengalaman sebenar dalam dunia pendidik . Peserta diminta mengulas dan memberi komen , maklum balas dalam bentuk interaktif demi membentuk suasana pembelajaran yang aktif dan menarik. Aktiviti dinamik berkumpulan Aktiviti yang dijalankan berunsur pendidikan dan memberi kesedaran melalui penyertaan peserta serta perbincangan yang akan dikendalikan dengan kaedah fasilitat yang professional. Program simulasi minda Sesi penghayatan yang dilakukan adalah bersifat kreatif dan membawa erti simbolik yang boleh mencetuskan kematangan pemikiran yang tinggi serta membawa kesan psikologi yang positif. Proses ini adalah berpandukan teknik biofeedback yang telah direkabentuk oleh Dr. Scultz ( Pakar Psikologi German ) dalam tahun 1832. Nyanyian dan persembahan lagu motivasi seperti Aku Pendidik Gemilang, Guru Malaysia, Kerana Mu Malaysia bersama dengan isyarat tangan yang membawa inspirasi dan semangat kepada pendidik Role play - Membolehkan peserta menaplikasikan kemahiran dan ilmu yang dipelajari dengan membuat persembahan dalam kelas dengan membawa realiti kerjaya dalam bentuk lakunan. Kajian kes Beberapa isu akan dibuka untuk dibincang dan dibentangkan mengikut kumpulan kecil. Ini membolehkan peserta memberi pendapat dan menggalakkan mereka membina budaya pembelajaran yang terbuka.

Bimbingan peribadi Perjumpaan dengan individu pendidik yang mempunyai kemusykilan boleh dijalankan secara peribadi atas permintaan.

Kos kursus
Kos penyertaan adalah ditetapkan pada RM12 sejam (Enam jam sehari X 5 hari = RM350 seorang ) Peserta minima ialah 25 orang dan maksima ialah 50 orang Kos ini tidak termasuk pengangkutan, penginapan penceramah, juga tidak termasuk kos dewan, makan dan minum peserta.

Apakah yang peserta dapat


Buku kursus untuk membuat catatan dan penilaian Buku Kata Pujanggan Pendidik Merangkumi ayat motivasi untuk pendidik Pakej kursus - termasuk : Alatan keperluan aktiviti dan alatan menulis Sekeping CD Audio Latihan Autogenik yang bertajuk Permata Pendidik Sijil penyertaan

Bahasa Pengantar
Program ini boleh dikendalikan dalam Bahasa Malaysia , English atau Bahasa Mandarin

Masa kursus
Kursus bermula jam 9 pagi dan tamat jam 5 petang.

Biodata Penceramah
Hilter Yew adalah seorang penceramah professional. Beliau telah berkecimpung dalam dunia pendidikan sejak meninggalkan bangku UKM dalam tahun 1992 sebagai seorang guru , kaunselor dan penceramah motivasi untuk program pembangunan guru untuk Jabatan Pendidikan Sabah serta maktab-maktab perguruan. Beliau juga pernah bertugas sebagai Jurulatih Agensi sepenuh masa untuk MNI dan tutor sambilan di Universiti

Malaysia Sabah. Sehingga ini, Hilter Yew telah berjaya mengendalikan lebih dari dua ribu sesi latihan dan merangkumi peserta lebih dari 30,000 orang. Atas kesungguhan beliau dalam arena Pembangunan Sumber Manusia , beliau melanjutkan pengajian Master HRD di Universiti Putra Malaysia dan bercita-cita melengkapkan pengajian PHD tidak lama lagi. Hilter Yew juga adalah penulis tetap Sudut Motivasi di suratkhabar Daily Express, Borneo Post dan pernah memaparkan karyanya dalam majalah korporat. Beliau kini telah menerbit empat buah buku yang bertajuk Permata Motivasi dan diedar dalam bentuk E Book di Laman Web: www.sabah.edu.my/top . Di samping itu, Hilter Yew juga telah menerbit lima siri CD audio pendidikan yang bertajuk Latihan Autogenik sebagai bekalan pengukuhan untuk setiap peserta yang menyertai program latihan beliau. Hilter Yew juga pernah diwawancara di rangkaian radio Sabah, TV2 dan menerima temuramah khas dari suratkhabar sebagai individu yang telah mencatat rekod memiliki sijil, piala dan pingat yang terbanyak di Malaysia bersama barisan juri dari Malaysia Book Of Record. Beliau juga menerima pengiktirafan dari Toastmasters International sebagai satu-satunya ahli Toastmasters yang berjaya mendapat CTM (Competent Toastmasters ) dalam tiga bahasa ialah Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Hilter Yew adalah seorang penceramah yang berdiri di bumi nyata. Beliau menghidupkan setiap apa yang disampaikan dalam kehidupan sehaian. Beliau mempunyai trak hidup yang cukup menarik dan mencabar. Kejayaan beliau bermula waktu disekolah sebagai Pelajar Contoh sekolah, Juara sukan MSSM, Ketua Pengawas, beliau juga aktif dalam sukan Karate, mendaki gunung, menyelam skuba. Dalam tahun 1987, Hilter Yew menerima Anugerah Pengakap Diraja dari DYMM Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong. Hilter Yew juga melibatkan diri sebagai fasilitator Anugerah Remaja Perdana, anggota Polis Sukarelawan (PVR) dan aktif menganjurkan berbagai program latihan untuk sektor insitusi mahupun swasta. Berdasarkan pengalaman lebih sedekad dalam arena kejurulatihan, beliau kini mempelopori kajian Sains Minda yang dikenali latihan autogenik khas untuk membentuk perubahan mental yang hakiki dalam peserta kursus. Beliau kini giat mengembangkan

pasukan autogenik di Malaysia sebagai suatu pendekatan latihan yang menjurus kepada pembentukan mentaliti peserta melalui proses penghayatan. Dapatkan Hilter Yew dan pasti anda terpegun dengan penyampaiannya.

Bagaimana menghubungi kami


Sila ajukan pertanyaan ke: Top (HRD) Training Consultant Alamat KL : B7-103, Kekwa A, Jln Putra Perdana 5B, 47100 Puchong, Selangor DE Alamat Sabah : P.O.Box 11732, 88819 Kota Kinabalu, Sabah. Tel/Fax: 03-83186798, 016-8120302 Email: coach@sabah.edu.my Homepage : www.sabah.edu.my/top

Anda mungkin juga menyukai