Anda di halaman 1dari 27

JEJAK CEMERLANG SAINS UPSR

TEKNIK MENJAWAB BERKESAN KEMAHIRAN PROSES SAINS JENIS SOALAN OBJEKTIF

LATIHAN PENGUKUHAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

KESILAPAN YANG KERAP MURID LAKUKAN SEMASA UJIAN SAINS UPSR


BAHAGIAN A MEMILIH JAWAPAN SALAH KERANA TIDAK TAHU JAWAPAN TIDAK FAHAM SOALAN MEMBACA SEPARUH SOALAN KEMUDIAN TERUS MEMILIH JAWAPAN CUAI SEMASA MENANDAKAN JAWAPAN

BAHAGIAN B [SUBJEKTIF]
JAWAPAN TIDAK MENGIKUT KEHENDAK

SOALAN TIADA PREMETER UNTUK JAWAPAN PEMBOLEHUBAH JAWAPAN INFERENS LEBIH MENJURUS KEPADA PEMERHATIAN JAWAPAN TIDAK SISTEMATIK JAWAPAN TUJUAN/TAJUK EKSPERIMEN KURANG JELAS TIDAK MAHU MENYEMAK SEMULA JAWAPAN

STRATEGI MEJAWAB SOALAN SAINS 018 UPSR KEMAHIRAN PROSES SAINS

MEMERHATI
Menggunakan pancaindera untuk mengenal pasti ciri-ciri perubahan persamaan dan perbezaan. Pemerhatian tidak terhad kepada melihat sahaja. Pemerhatian yang berkesan melibatkan semua deria secara bersama untuk mengesan maklumat yang sebanyak mungkin tentang objek yang diperhatikan. Maklumat ini dikesan dengan melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa dengan teliti. Selain itu, memerhati melibatkan mengesan perubahan yang berlaku pada objek itu semasa pemerhatian. Sebagai pemerhati, anda juga perlu menyatakan ukuran yang spesifik tentang objek yang diperhatikan.

Bersambung... Lebih penting lagi jangan mempengaruhi pemerhatian anda dengan menambah tafsiran anda berdasarkan pengalaman diri anda. Anda tidak perlu menyatakan mengapa sesuatu objek kelihatan begini. Jika perlu buat perbandingan semasa memberikan jawapan. Tips UPSR I] PERHATIKAN RAJAH/JADUAL/GRAF/KENYATAAN II] JAWAB APA YANG DIPERHATIKAN III] BUAT PERBANDINGAN JIKA PERLU , JANGAN BERI SEBAB ATAS APA YANG DIPERHATIKAN

Perkataan yang sering digunakan untuk soalan pemerhatian ialah Apakah yang boleh kamu nyatakan?, Apakah pemerhatian yang boleh dibuat?.

CONTOH SOALAN PEMERHATIAN.


Jadual berikut menunjukkan perubahan suhu air mengikut masa.
Masa(minit) Suhu air 0 100 10 85 20 65 30 45 40 32 50 32

a) Nyatakan satu inferens dan pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan jadual di atas?
Pemerhatian :_________________________________ Inferens :_________________________________

MEMBUAT INFERENS

Membuat kesimpulan awal untuk menerangkan sesuatu peristiwa berdasarkan sebab-sebab atau alasan-alasan tertentu. Membuat inferens pada umumnya bermaksud mantafsir atau menerangkan apa yang diperhatikan. Inferens dibuat secara tidak langsung manakala pemerhatian adalah secara tidak langsung.

Tips UPSR Soalan kemahiran ini sangat banyak disoal dalam UPSR, untuk menjawab soalan seperti ini, anda cuma perlu melatih diri menggunakan tiga langkah berikut;

Bersambung... 1. Perhatikan rajah, jadual, graf atau maklumat yang diberi.

2. Tanya pada diri sendiri Mengapa jadi begitu?


3. Jawab dengan memberi sebab yang logik. Jika perlu jangan mulakan jawapan dengan Kerana.atau memberi inferens dengan berpandukan apa yang dilihat dari rajah.

PEMERHATIAN + SEBAB = INFERENS

Tahun penyiasatan 1995 1998 2001

Purata berat ikan[kg] 0.3 1.0 2.5

Bilangan spesies ikan 1 3 5

Jadual di atasenunjukkan hasil penyiasatan ke atas purata berat ikan dan bilangan spesies ikan yang dapat ditangkap di sebatang sungai dalam tahun 1995,1998 dan 2001. A] Tuliskan satu inferens berdasarkan maklumat dalam jadual di atas. B] Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong inferens kamu di [a]. C] Tuliskan satu hipotesis berdasarkan inferens kamu di [a].

MERAMAL
Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pemerhatian atau inferens. Setiap soalan ramalan hanya akan dapat dijawab selepas menggunakan data-data yang dikumpul sebelum ini untuk menentukan apa yang akan berlaku selepas itu. Tips UPSR Membuat ramalan juga sering disoal dalam UPSR, oleh itu anda perlu menjawab soalan ini berdasarkan pengalaman atau pemerhatian lalu. Sesuatu ramalan tidak semestinya tepat tetapi perlulah logik. Ramalan yang dibuat perlulah merujuk kepada data/maklumat sebelumnya. Kadang-kadang muridmurid perlu membuat pengiraan.

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH
Mengenal pasti semua pembolehubah iaitu aspek-aspek yang boleh mempengaruhi hasil eksperimen. Menjalankan eksperimen dengan hanya memanipulasikan satu pembolehubah sementara pembolehubah yang lain dimalarkan. Tips UPSR Memahami makna pembolehubah merupakan perkara yang sangat penting untuk menjawab soalan seperti ini. Jawapan bagi soalan ini biasanya sudah terdapat dalam soalan iaitu dengan mengenalpasti beberapa frasa yang membawa maksud.

Dimalar - sama, tetap, tidak berubah.

Bersambung... Dimanipulasi (tidak bersandar) - berubah-ubah, tidak sama, tidak tetap, berbeza. Bergerak balas (bersandar)B/B - hasil atau kesan yang diperolehi dari sesuatu eksperimen/penyiasatan.(tujuan kita membuat eksperimen/penyiasatan)

Jika terdapat jadual keputusan, petak sebelah kiri biasanya adalah pemboleh ubah dimanipulasi, manakala yang disebelah kanan biasanya pemboleh ubah bergerakbalas.

Soalan Pemboleh ubah


Bilangan biji benih yang bercambah daripada 100 biji benih yang ditanam pada suhu 10C adalah 30,pada suhu 15C ialah 50,pada suhu 20C dan 25C adalah 80,pada suhu 30C adalah 20,pada suhu 35C adalah 10 dan tiada biji benih yang bercambah pada suhu 40 C. A] Nyatakan dua pembolehubah yang perlu dikenal pasti dalam penyiasatan. B] Apakah corak perubahan bilangan biji benih yang bercambah apabila suhu meningkat?

MEMBUAT HIPOTESIS

Membuat tekaan intelek yang boleh diuji berdasarkan bukti yang dikumpul.

Sebelum memulakan sesuatu eksperimen atau berusaha untuk memperoleh maklumat baru tentang sesuatu, seorang murud meneliti maklumat-maklumat yang sedia ada dahulu. Seterusnya, dia perlu memikirkan tentang maklumat yang ingin dicarinya, barangkali membuat satu tekaan intelek tentang punca masalah atau tentang maklumat baru yang yang boleh diperolehi melalui kajian lanjutan.

Bersambung... Tips UPSR Cara yang sering dicadangkan oleh guru untuk menjawab soalan seperti ini adalah dengan menggunakan perkataan Semakin.Semakin... Anda tidak semestinya menggunakan cara itu, anda juga boleh menggunakan cara lain. Sebagai contoh, hipotesis untuk pengaratan Air dan udara menyebabkan besi berkarat. Roti berkulat apabila terdedah kepada udara.

Apa-apa jawapan yang boleh diuji berkaitan dengan soalan boleh diterima sebagai hipotesis.

HUBUNGAN/PERKAITAN

Murid perlu menyatakan hubungan antara pembolehubah manpulasi dengan pembolehubah bergerak balas
Tips UPSR

Untuk soalan hubungan, anda dicadangkan menggunakan Semakin..Semakin atau Jikamaka.

POLA / CORAK

Tips UPSR

Soalan seperti ini biasanya banyak disoal apabila adanya graf atau jadual pemerhatian. Cara menjawabnya ialah dengan menyatakan corak pemerhatian. Anda boleh menggunakan perkataan, meningkat, nenurun, meningkat dengan sekata, menurun dengan sekata, menaik dan menurun, menurun dan menaik atau menaik kemudian menurun dan mendatar.

Meningkat padadengan sekata, kemudian menurun dengan tidak sekata.

KESIMPULAN / RUMUSAN Kesimpulan adalah rangkuman dari apa yang telah dijalankan.

Tips UPSR
Kesimpulam dan rumusan adalah sama cara menjawabnya.Apabila calon menghuraikan jawapan terlalu panjang maka markah yang diberi hanya satu[Jika markah penuh untuk soalan itu adalah dua] Untuk mendapatkan markah penuh,nyatakan yang paling dari jadual. Jawapan kesimpulan juga boleh dengan mengaitkan soalan dengan konsep sains/ berkaitan dengan tajuk sains seperti berikut; Untuk soalan pengembangan gas, contoh kesimpulan ialah Gas mengembang apabila dibekalkan haba.

TUJUAN Tujuan adalah objektif menjalankan eksperimen iaitu selepas hipotesis dijalankan. Tips UPSR Tujuan menjalankan sesuatu eksperimen juga sangat penting kerana soalan ini juga mungkin ditanya dalam soalan UPSR. Untuk menjawab soalan ini kamu perlu tahu pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerakbalas. Cara yang boleh digunakan untuk menjawab soalan seperti ini ialah dengan:

Menyiasat hubungan antara [ pembolehubah manipulasi ] dengan [pembolehubah bergerak balas.]

SOALAN KAIT MENGAIT


Soalan kait mengait antara kemahiran proses sains dengan kemahiran proses sains yang lain biasanya berkaitan dengan eksperimen. Langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen adalah seperti di bawah: Memerhati Inferens (untuk memastikan inferens itu betul atau tidak, kita menjalankan eksperimen). Apakah yang perlu dilakukan sebelum menjalankan eksperimen?

Bersambung...

PERANCANGAN EKSPERIMEN
Membuat hipotesis Mengawal pembolehubah i. Pembolehubah Manipulasi/tidak bersandar ii. Pembolehubah Bergerakbalas/bersandar iii. Pembolehubah Malar (sewaktu eksperimen dijalankan, hasil keputusannya perlu dicatat) 2 maklumat perlu direkodkan iaitu P. Manipulasi dan P. Bergerakbalas.

Bersambung... Mentafsir Data i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Apakah dua maklumat yang perlu dicatat? Apakah pola? Corak perubahan..? Nyatakan hubungan di antara? Berikan tujuan eksperimen di atas..? Apakah yang boleh dinyatakan/difahamkan tentang bacaan.? Tuliskan satu kesimpulan tentang..? Tuliskan satu rumusan daripada keputusan eksperimen?

Meramal

SOALAN BERKAITAN DENGAN SOALAN KAIT-MENGAIT 1. Ketika ingin bersarapan, Chin chan pun membuka almari dan didapati rotinya berkulat. a) Apakah pemerhatian yang boleh dibuat dari kenyataan di atas?

--------------------------------------------------------------------------------(1 markah) b) Dari pemerhatian di atas, berikan satu inferens yang boleh dibuat? ---------------------------------------------------------------------------------(1 markah) c) Tuliskan satu hipotesis berdasarkan inferens yang telah kamu nyatakan di jawapan (b)?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(1 markah)

Bersambung...

d) Berdasarkan hipotesis yang telah dinyatakan di c) nyatakan pembolehubah-pembolehubah yang akan digunakan nanti.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(3 markah) Setelah menjalankan penyiasatan, Rosalinda telah mencatat hasil kajiannya seperti dalam jadual di bawah. 5 Bilangan tompokan kulat pada roti 1 Kuantiti air (ml) 7 3 9 5 11 13 7 9 15 17 11 13

e) Apakah dua maklumat yang perlu dicatat dalam penyiasatan di atas?

--------------------------------------------------------------------------------------(1 markah)

Bersambung... f) Apakah corak perubahan bilangan tompokan kulat pada roti dalam jadual di atas? --------------------------------------------------------------------------(1 markah) g) Nyatakan hubungan kuantiti air dengan bilangan tompokan kulat pada roti? --------------------------------------------------------------------------(1 markah) h) Berikan tujuan eksperimen di atas dijalankan? ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(1 markah)

Bersambung... i) Apakah yang boleh dinyatakan tentang bilangan tompokan kulat pada roti jika kuantiti air yang diletakkan sebanyak 5 ml? --------------------------------------------------------------------------------(1 markah) j) Tuliskan satu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan maklumat dari jadual? ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(1 markah)

Anda mungkin juga menyukai