Anda di halaman 1dari 9

KOMUNIKASI, BAHASA DAN PERTUTURAN Elemen-elemen Pertuturan Aspek segmental Aspek non-segmental Aspek-aspek bahasa

Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang lain, iaitu unsur segmental dan unsur suprasegmental. Unsur segmental dapat dibahagikan kepada segmen yang lebih kecil, dan unsur suprasegmental ialah bahagian bahasa yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental.

Aspek segmental
Unsur segmental bahasa, secara kronologinya dapat diperincikan daripada unit yang lebih besar hinggalah unit yang lebih kecil, iaitu wacana, ayat, klausa, frasa, kata, morfem, suku kata, fonem, dan fon.

Aspek suprasegmental

Unsur suprasegmental bahasa terdiri daripada intonasi dan unsur di bawahnya, yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental bahasa. Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya ujaran), nada (tinggi rendahnya ujaran), durasi (panjang pendeknya setiap segmen), dan perhentian (pembahagian arus ujaran).

Ciri-ciri Pertuturan yang Baik


a. Sebutan Huruf mestilah dibunyikan dengan tepat mengikut ejaan. Menyebut suku kata demi suku kata dengan tertib dan teratur.

b. Tekanan

Merupakan satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu ucapan.

c. Intonasi d. Nada Nada ialah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu dilafazkan. Di dalam muzik umpamanya, terdapat lapan nada, iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Intonasi ialah keadaan bunyi yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.

e. Tatabahasa Tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat. Pertuturan atau undang-undang ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. Dalam bahasa pertuturan (lisan), murid perlu dipastikan bercakap mengikut tatabahasa yang betul.

f. Laras Bahasa Laras bahasa bermaksud boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, situasi dan suasana yang sesuai.

IMPLIKASI TERHADAP INTERVENSI BAHASA


i. Penilaian Pakar yang menilai kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Mereka juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka. Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas

dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu disyaki menghidap sesuatu penyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya. Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of disfunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dan kaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.

ii.

Strategi Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi-intitusi yang menawarkan program-program pengayaan. Institusi-intitusi ini juga mengaturkan aktiviti-aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti-aktiviti harian kanak-kanak tersebut. Pengusaha-pengusaha tadika memberikan program pengayaan kepada anak-anak murid mereka dengan menggunakan berbagai-bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai

dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak-kanak. Pengalaman yang diperoleh daripada program-program intervensi keatas kanak-kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies, iaitu strategistrategi yang membolehkan kanak-kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak telah berkembang dengan pesatnya. Pengalaman hidup seseorang kanak-kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya. Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapantanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka.

INTERVENSI BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI


MASALAH PENGLIHATAN i. PENILAIAN

Perkembangan Persepsi

Perkembangan persepsi merupakan suatu proses mengumpul dan mengintergrasikan asas-asas pengalaman sensori secara berperingkat. Menurut teori Gibson, gabungan pengalaman perseptual yang lebih mantap melalui latihan-latihan yang spesifik dan berterusan akan menghasilkan sesuatu yang lebih mantap dan matang. Pengalaman menginterpretasikan sesuatu maklumat akan mempengaruhi pencapaian seseorang kanak-kanak bukan sahaja dari aspek persepsi tetapi juga kognitif (Kail, 2001). Sebagai contoh ialah konsep warna yang amat sukar diterangkan kepada kanak-kanak cacat penglihatan (Moore, 1997). Menurut Nielsen (1991) bagi kanak-kanak buta, konsep ruang boleh dikatakan sifar kerana hanya dengan berbekalkan pengalaman dan latihan sahaja mereka akan dapat memahami konsep ruang ini. Pelbagai ujian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kanakkanak cacat penglihatan yang mengalami kecelaruan di dalam konsep ruang, diantaranya ialah meta analysis dimana kanak-kanak buta dan rabun diletakkan di suatu kawasan dan diuji bagaimana mereka mengamati ruang di dalam kawasan tersebut. Hasil ujian menunjukkan bahawa kanak-kanak buta amat sukar untuk mengadaptasi sumber atau petunjuk (clue) yang ada. Mereka memerlukan latihan sebelum didedahkan kepada sesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985). ii. STRATEGI Keupayaan persepsi adalah berkaitan dengan penggunaan deria. Oleh yang demikian adalah tepat jika dikatakan bahawa penggunaan deria bagi kanak-kanak cacat penglihatan perlu dimaksimumkan untuk mendapatkan tahap perseptual yang terbaik (Kain, 2004). Kanak-kanak yang mengalami kebutaan memerlukan pelbagai pendedahan dan latihan intensif. Diantaranya ialah peningkatan deria bau diperingkat bayi. Bayi perlu diberikan pendedahan tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa dan adik-beradik. Tindakan ini akan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi. Menurut Vaughn et al. (2003) kesan psikologi yang baik kepada bayi yang berisiko tinggi seperti bayi buta akan dibawa hingga mereka mampu memahami persekitarannya.

Jika diperhatikan kepada gaya dan perlakuan seseorang kanak-kanak

cacat penglihatan, mereka sering menunjukkan tingkahlaku atau emosi takut. Perasaan takut ini akan lebih menonjol pada keadaan atau situasi yang baru dilaluinya. Mereka akan sukar untuk melakukan pergerakan jika tiada pemandu celik disampingnya. Ini adalah disebabkan mereka tidak menguasai konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan mobiliti (Jacobson, 1993). Latihan mengenal gema adalah dengan melatih kanak-kanak mengenal balikan gelombang pantulan pada objek seperti dinding agar mereka mengetahui kedudukan mereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek. Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi kekeliruan. Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak seperti apakah yang dikatakan dengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak-kanak ini perlu diberikan pengalaman untuk membuat ukuran sendiri menggunakan tali pengukur untuk mendapatkan perbandingan jarak. Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbagai elemen yang dapat menyokong sesuatu keadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz boleh dilakukan dengan membuat persamaan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh, adik memakai seluar saiz S, abang memakai seluar saiz X dan ayah memakai seluar saiz XL. Perbezaan ini boleh diterangkan kepada kanak-kanak cacat penglihatan untuk membolehkan mereka membuat perbandingan saiz. Kepelbagaian material yang digunakan akan dapat memantapkan lagi pemahaman tentang sesuatu saiz. iii. KEBERKESANAN Murid perlu diberi peluang merasai sendiri sesuatu situasi agar kefahaman yang ada dapat diperkukuhkan. Seterusnya memantapkan lagi pemahaman perseptual mereka. Hanya latihan yang berulang kali dapat membantu kanak-kanak cacat penglihatan ini memahami sesuatu konsep itu selain bersandarkan kepada umur mereka.

MASALAH PENDENGARAN I. PENILAIAN Umum beranggapan seseorang yang cacat pendengaran atau pekak akan turut kehilangan keupayaan untuk bercakap apalagi menguasai kemahiran menulis. Malah sangkaan sedemikian jugalah diyakini oleh penulis semenjak dahulu lagi terhadap mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) atau insan istimewa ini.

Namun satu tugasan berkaitan Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia (PKPM) baru-baru ini menyedarkan bukan sahaja penulis malah para hadirin pada majlis itu bahawa insan istimewa ini juga berupaya untuk bercakap, membaca, menulis dan mengira.

II.

STRATEGI
Terdapat

4 bahasa komunikasi untuk orang pekak yang boleh digunapakai dan yang manakah satu yang boleh kita iiktirafkan sebagai Bahasa Komunikasi untuk mereka.

1. Kod Tangan Bahasa Melayu ( Kom.Seluroh Kod Tangan

Bahasa Melayu) KTBM


2. Bahasa Isyarat Malaysia - BIM 3. Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia - PKBM 4. Penulisan Bahasa Malaysia - PBM

berpandukan

kepada ukuran ketidakupayaan pendengaran sepertimana di bawah, berpendapat bahawa intervensi awalan untuk anak-anak pekak mempelajari serta menguasai bahasa komunikasi hendaklah berpandukan kepada tahap pendengaran masing-masing dan tiada paksaan untuk mereka untuk memilih bahasa yang akan digunakan. Semua jenis bahasa komunikasi yang tersebut di atas adalah terbaik dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk memilihnya. 2. sederhana ( moderate ) - ( 30 -60db ) 3. Teruk ( severe ) - ( 60 - 90db) 4. Sangat Teruk ( Profound ) - ( melebihi 90db )

1. minimum (mild) - ( 20 - 30db

III.

KEBERKESANAN KTBM ditekankan oleh Jabatan Pendidikan Khas agar Orang Pekak Malaysia menggunakan KTBM untuk menguasai Bahasa Melayu. Bukan sahaja KTBM tidak memberi kesan yang baik tetapi juga merosakkan pemahaman Orang Pekak Malaysia dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Ini kerana KTBM dan lisan memberi kesan tidak sama. Bagi penggunaan KTBM, Orang Pekak Malaysia sukar melihat maksud dan gambaran sehingga tidak menarik lagi kerana KTBM digunakan tanpa bahasa badan dan mimik. Manakala lisan itu memberi kesan yang pelbagai kepada Orang Pendengaran kerana lisan menggunakan latar suara yang berlainan dapat memberi gambaran dan maksud kepada Orang Pendengaran. Cara Orang Pekak membaca Bahasa Melayu secara tulisan tidak sama dengan cara membaca BIM secara visual. Oleh sedemikianlah, mana-mana bahasa isyarat tidak menjamin kejayaan menguasai Bahasa Melayu. Bagi pelajaran Bahasa Melayu, BIM bertindak sebagai satu komunikasi untuk memudahkan pengajaran dan meningkatkan intelektual. Tetapi, apabila Orang Pekak berkomunikasi di luar pelajaran Bahasa Melayu, BIM bertindak sebagai bahasa ibunda bagi Orang Pekak Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai