Anda di halaman 1dari 5

LUKA TUSUKAN Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri , kaca dan

lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan dib eri. Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untu k rawatan lanjut. Terkena Selumbar Cara merawat: Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk: Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yan g luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan m embasahkannya supaya sejuk. MERAWAT LUKA Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut luka denga n teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih. Luka Terbakar Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi, bahan kimia atau sinaran. Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap haba lembap seperti wap atau cecair panas. Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang atau jam dari bah agian yang tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit. Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin dengan merendamkannya ke dalam air sejuk selama 10 - 15 minit. Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalut steril atau ka in nipis yang serupa dengannya. Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega atau bahan lemak pa da bahagian yang tercedera. Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagian berkenaan. Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas pada luka. Melecur Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat. Kemud ian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat ped ih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit. GIGITAN DAN SENGATAN Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak dan kes an kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah, kesukaran bernaf as dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan dan sebagainya. Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahan antiseptik ya ng lembut. Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan mengelapkannya bermula dari ba hagian luka dan ke luar. Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal. Tutupkan luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkan pla ster. Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong atau menghisap bisa

dari bahagian gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkan pengaliran darah ke bahagian t ersebut. Elakkan dari memicit kantung racun kerana ini akan menyebarkan racun berkenaan k e bahagian lain dalam badan. Digigit Hama rumput Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Rawatan: 1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun 2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik 3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak. 4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak te rlalu keras atau minyak anti-histamine. Digigit lintah dan Pacat Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit. Rawatan: 1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melongg arkan gigitan dan menggugurkannya. 2. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. 3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine. 4. Tutup dan balut dengan pembalut kering. Dipatuk Ular Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat ya ng digigit dan bisa. Rawatan: 1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jang an ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki. 2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate unt uk menawarkan racun yang ada pada luka. 3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memo tong ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu. 4. Longgarkan ikatan tourniquet selama minit tiap-tiap jam 5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup. 6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas. 7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam perna fasan. 8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat 9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh dibe rikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan. Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat diad akan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah be berapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengali r dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bi sa itu tidak beracun meskipun tertelan. PENDARAHAN Prinsip asas pengawalan pendarahan ialah menghadkan pengaliran darah ke bahagian yang luka dengan meninggikan bahagian tersebut dan memberi tekanan ke bahagian yang terlibat.

Tekankan semampatnya kain pembalut yang bersih dan yang boleh menyerap pada luka untuk selama 20 minit. Jika terdapat serpihan benda asing dalam luka, tekan di bahagian kelilingnya. Jika tiada tulang yang patah, retak atau terkehel, tinggikan bahagian tersebut s ementara mengekalkan tekanan untuk mengurangkan pendarahan. Jika pendarahan berterusan, tekan arteri yang berdekatan dengan bahagian luka. Cuci bahagian sekeliling luka dengan air sejuk selama 10 - 15 minit dan lapkanny a di bahagian tepi luka menggunakan pad atau kasa yang bersih. Pendarahan dari s esetengah luka kecil akan terhenti jika dibasuh dan dibalut dengan kemas. Tutup atau balut luka tersebut dengan segera. Bungkus mana-mana bahagian yang terputus dalam beg khas dan seboleh-bolehnya mas ukkannya ke dalam ais. Suntikan tetanus mungkin perlu diberi kepada mangsa. Jika hidung berdarah, picitkan hidung di bahagian bawah tulang hidung untuk sela ma 5 minit. Pastikan kepala sentiasa terdongak. Jangan berikan sebarang makanan atau minuman. Jangan sentuh atau menarik keluar objek atau benda asing yang menusuk luka keran a dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan bila dikeluarkan.

CEKIKAN Cekikan berlaku apabila saluran udara tersekat sepenuhnya atau sebahagian sahaja disebabkan tertelan sesuatu objek atau benda. Mangsa biasanya tidak dapat berca kap, batuk atau bernafas. Tujuan utama rawatan adalah untuk melapangkan saluran udara yang tersekat. Minta mangsa batuk dengan kuat untuk mengeluarkan objek yang tersekat. Jika objek berkenaan dapat dilihat dan mungkin boleh dikeluarkan, cuba keluarkannya dengan menggunakan jari yang bersih. Jika mangsa tidak dapat bercakap, batuk atau bernafas, cuba gunakan teknik tepuk an belakang. Tepuk belakang mangsa menggunakan tapak tangan dengan 3 atau 4 tepu kan yang padu di bahagian antara tulang kipas mangsa. Jika mangsa merupakan kanak-kanak kecil, tonggengkannya semasa memberi tepukan. Untuk kanak-kanak yang lebih dewasa, semasa memberikan tepukan, sokongkan kepala nya dengan peha dan biarkan mukanya tertunduk ke bawah. Lonjakan abdomen merupak an satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk merawat cekikan. Berdiri di belakang mangsa dan peluk pinggangnya Letakkan bahagian ibu jari genggaman tangan anda di tengah-tengah abdomen man gsa. Dengan tangan yang sebelah lagi memegang genggaman tersebut, tekannya ke dalam dan luar abdomen dengan cepat dan mampat. Untuk mangsa yang tidak sedarkan diri, palingkan mukanya ke atas, duduk melutut dengan mangsa di tengah-tengah dan letakkan pangkal genggaman tangan anda di tengah abdomen dan atas sedikit dari pusat. Tekan genggaman tangan tersebut dengan tangan yang sebelah lagi secara na

ik turun menghala ke kepala mangsa. Beri mangsa menyedut air perlahan-lahan selepas halangan tersebut dikeluar kan. Jangan gunakan lonjakan abdomen ini pada mangsa yang hamil atau mempunyai berat badan yang berlebihan. CEKIKAN KERACUNAN Racun ialah sebarang bahan yang boleh menyebabkan kerosakan jika memasuki ke dal am tubuh. Racun boleh ditelan, disedut, disuntik atau diserap melalui kulit. Hubungi Khidmat Maklumat Racun (Tel: 04-6570099) dan beritahu mereka jenis racun , jumlah dan bila racun berkenaan diambil. Jika mangsa tidak bernafas, berikannya bantuan pernafasan dengan melakuka n mampatan dada. Resusitasi (teknik A.B.C) perlu dilakukan sekiranya mangsa masi h bernafas, tetapi denyutan jantungnya telah berhenti. Jika mangsa tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas, baringkannya meng iring dalam kedudukan pemulihan. Untuk racun yang disedut, alihkan mangsa dari bahaya ke kawasan yang berud ara segar. Untuk racun yang diserap, basuh semua sisa-sisa kimia yang tertinggal pada kulit . Untuk racun yang ditelan, jangan cuba mencetuskan muntah kerana ini mungki n membahayakan lagi keadaan pesakit. TERKENA ARUS ELEKTRIK Pengaliran arus elektrik menerusi badan boleh menyebabkan degupan jantung terhen ti, luka terbakar dan renjatan. Tutup bekalan elektik Putuskan hubungan mangsa dengan sumber elektrik menggunakan kain yang tida k mengalirkan arus elektrik sementara berdiri di atas bahan penebat yang kering . Jika perlu mulakan resusitasi atau letakkan mangsa dalam kedudukan pemulih an. Rawat sebarang luka terbakar atau renjatan yang berlaku. PENGSAN Pengsan ialah keadaan tidak sedarkan diri untuk seketika berpunca dari pengurang an pengaliran darah ke otak yang sementara. Jika mangsa telah pengsan tetapi masih bernafas seperti biasa, baringkannya dengan kaki ditinggikan sedikit dari paras kepala. Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang untuk memuda hkan pernafasan. Mangsa patut terus berbaring untuk beberapa minit selepas pulih.

RENJATAN Gejala-gejala renjatan termasuklah: Kulit kelihatan pucat atau dingin Loya atau muntah Kabur penglihatan Kulit lembap

Pernafasan yang pendek tetapi cepat

Dahaga Denyutan nadi yang lemah dan cepat. Keresahan Pening atau rasa hendak pitam. Rawatan Baringkan mangsa dan rawat sebarang kecederaan yang ketara atau keadaan-ke adaan lain yang telah menyebabkan renjatan Tenangkan mangsa Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang Selimutkan mangsa dengan kain nipis seperti kot atau selimut Jika boleh, tinggikan kaki mangsa untuk mempercepatkan pengaliran darah ba lik ke otak. Jika mangsa merasa dahaga, lembapkan bibirnya tetapi jangan memberi mangsa sebarang minuman. Berikan mangsa minum teh panas untuk kes-kes renjatan emosi. Akhirnya, bagi kesemua kes renjatan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera se lepas memberikan pertolongan cemas. Bagaimanapun, jangan biarkan mangsa bersendi rian.

Anda mungkin juga menyukai