Anda di halaman 1dari 4

Kaedah mengajar bacaan dengan kaedah suku kata

Kaedah ini diperkenalkan oleh professor isahak haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria ( multisensory) Kaedah suku kata: 1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. 2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersamasama dengan konsonan. 3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka. 4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa jenis suku kata : (a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K (b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat). (c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah). (d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panor Antara langkah-langkah utama mengajar kaedah suku kata: a) Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama hururf tersebut b) Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf c) Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf d) Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf e) Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebut ( terjemahkan bunyi yang di dengar dengan tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf
1

f) Murid menbaca apa yang telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf g) ( terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar) h) Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk merasakan huruf tersebut

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikutnya: a) Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan) b) Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf kemudiannya menulis ( proses mengeja) c) Hubungan antara nama, bunyi dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vocal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vocal.

Antara cara lain kaedah mengajar membaca ialah: 1. Guru memperkenalkan bentuk dan bunyi huruf vocal mudah a,i,u dan satu konsonan, iaitu b 2. Murid membina dan menyebut suku kata terbuka ba bi bu; bu bi ba 3. Murid membina perkataan dan baca perkataan 4. Membuat frasa dan ayat, dan bacaanya. 5. Menulis atau menyalin apa yang dibaca 6. Membuat latihan pengayaan: contoh permainan, secara berpasangan atau kumpulan kecil

Bagi Kaedah suku kata:(kv) a) Mulakan dengan membunyikan huruf vocal mudah seperti a,I, u dan pilih satu konsonan mudah seperti b. b) Bunyikan huruf b (bh) beberapa kali c) Bina suku kata ba bi bu berulang-ulang kali d) Bina dan baca perkataan bababibi bubu
2

e) Baca ayat ibu, abu, bubu, baba, ubi, ibu f) Murid menulis huruf, suku kata dan huruf Mengajar suku kata tertutup (kvk): b ba bi bu bat bit but ubat sabut k kaki ku Kan kin kun Makan ikan s sa si su sak sik suk masak masuk

Mengajar Suku kata istimewa: a) ngangingu; nya nyi nyu b ) Bunga nyonya ungu. c ) Singa nganga mulutnya d ) Salim menyanyi lagusunyi e ) Suaranya nyaring. f ) Penyu bertelur dipantai

Kesimpulannya keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.

Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam menyampaikan pengajarannya. Kaedah membca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah
3

bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekirannya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian daripada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.