Anda di halaman 1dari 23

TAJUK: f) Kesihatan dan Perubatan: PENUBUHAN JABATAN VETERINAR MALAYSIA DAN PERLAKSANAANNYA

ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat

Isi kandungan

Penghargaan

Abstrak

Pengenalan

Objektif Kajian

Dapatan Kajian

12

Rumusan

21

13

Bibliografi

23

14

Lampiran

24

1. PENGHARGAAN Syukur alhamdulilah, kerana segala usaha untuk menghasilkan kajian ini telah terlaksana dalam masa yang ditetapkan dan selama lima bulan saya bertungkus lumus cuba menyelesaikan dengan sebaik mungkin.

Di ruangan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan kajian saya ini. Terutama Encik Azid Bin Azam selaku penyelia kajian saya yang banyak membimbing saya dalam penyelidikan ini. Di samping itu tidak dilupakan Pengetua Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru dan semua tenaga pengajar.

Begitu juga kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang terlibat dalam membantu saya menjayakan kajian ini seperti saudari Putri Rahmah Binti Salim yang berusaha mencari responden untuk kajian ini. Begitu juga bagi responden-responden yang diterumarah. Tidak lupa juga kepada pustakawan di Perpustakaan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang menjayakan projek ini.

2. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep penubuhan Jabatan Veterinar Malaysia dan strategi perlaksanaannya. Dalam dunia perubatan kehidupan haiwan

penting bagi mengimbangi keadaan ekosistem di Negara kita. Kehidupan dalam era globalisasi masa kini banyak bergantung kepada penggunaan teknologi dalam pelbagai sektor seperti perhubungan dan pengangkutan. Justeru itu, aspek keselamatan dan perkembangan haiwan perlu dititikberat bagi mengelakkan masalah seperti kepupusan sumber semula jadi berlaku.

Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan selama 3 bulan bermula daripada bulan Jun hingga Ogos 2011 ini dilaksanakan untuk meneliti kaedah pemiliharaan dan pemuliharaan serta pengkhususan pekerjaan yang dijalankan oleh Jabatan Veterinar Malaysia bagi mengukuhkan kedudukannya dalam Industri Perkhdimatan di Malaysia sekaligus melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap haiwan di negara ini. Kajian ini meliputi pelbagai aspek termasuklah kajian kepustakaan dan sesi soal jawab.

Kesimpulannya, kajian ini membolehkan proses pemindahan pelbagai maklumat dilakukan dengan lebih mudah kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, diharapkan bahawa para pembaca dapat mendalami dan menghayati hasil kajian ini dengan lebih baik serta meningkatkan ilmu pengetahuan semua pihak dalam sektor perubatan dan kesihatan ini.

3. PENGENALAN Penulisan ilmiah ini ialah bertujuan untuk meninjau penubuhan Jabatan Veterinar dan perlaksanaannya dalam Negara Malaysia. Jabatan Perkhidmatan Veterinar di

bawah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Jabatan Veterinar telah wujud seawal tahun 1888 lagi, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Pada masa itu, tugas utama Doktor ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar Negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu, maka sebuah pusat kuarantin telah dibina pada tahun 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia1.

Perkhidmatan Viterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan pewujudan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar. Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga tahun 1930.

Pada masa itu, tugas utama pegawai yang dilantik ialah mengawal wabak penyakit haiwan (epidemic). Di samping itu, satu unit Veterinary Police Force telah ditubuhkan di Jabatan Polis di bawah kawalan ketua polis negeri. Unit ini juga ditugaskan untuk

memusnahkan anjing-anjing liar dalam usaha menghapuskan penyakit anjing gila dan menjadi mata-mata untuk melaporkan sebarang kejadian penyakit haiwan. Walau

bagaimanapun, unit ini kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan atenden haiwan.

_____________________
1 DAFTAR PUSTAKA, Bagja., W.2000.Budiharta., S. 2007.,

Pada tahun 1930, Perkhidmatan Veterinar telah dipisahkan dari Jabatan Perubatan. Pemisahan ini merupakan asas kepada penubuhan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kemudian Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga ditubuhkan di Majlis Kerajaan Tempatan seperti di Pulau Pinang dan Melaka. Pada tahun 1934, ibu pajabat jabatan Perkhdimatan Haiwan telah dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan seterusnya pembentukan sebagai jabatan berasingan di bawah kelolaan Pengarah Penyelidikan Veterinar dan Penasihat Veterinar, sehinggalah Perang Dunia ke-2. Semasa zaman pemerintahan British, Jabatan Perkhidmatan Haiwan disusun semula dan menjadi asas organisasi sehingga kini.

Pada 16 November 1957, Allahyarham En. Johari Daud (Tan Sri Dato) telah dilantik menjadi anak watan pertama menerajui Jabatan selepas kemerdekaan negara. Peranan serta fungsi jabatan telah diperluaskan demi memenuhi aspirasi rakyat dalam sebuah negara merdeka sebagaimana termaktub dalam Perlembangaan Malaysia.

Jabatan Persekutuan

Perkhidmatan di bawah

Haiwan

Malaysia

ialah

sebuah

agensi manakala

Kerajaan Jabatan

Kementerian

Pertanian

Malaysia,

Perkhidmatan Haiwan Negeri ditadbir di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Sehinggalah pada tahun 2008 kini, Jabatan Perkhidmatan Malaysia telah diterajui oleh Sembilan (9) orang Ketua Pengarah. Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia pernah berada di Singapura sebelum berpindah ke Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Kemudian berpindah lagi ke Bangunan Chase Perdana, Jalan Semantan Off Bukit Damansara sebelum akhirnya Mei 2005, berpindah ke bangunan sendiri di Kementerian Pertanian di Industri Asas Tani Malaysia, Blok Podium Lot 4G1 dan 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya sehingga pada hari ini.

Akhirnya, sebagai satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab ke atas kebajikan haiwan dan industri penternakan di negara ini, maka perluasan skop tanggunjawab serta peranan jabatan bagi memenuhi aspirasi sejgagat telah membawa kepada penjenamaan semula Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia. Tanggal 24 M3i 2007 merupakan tarikh bersejarah buat warga jabatan khususnya dan organisasi Jabatan Perkhidmatan Haiwan umumnya apabila nama Jabatan telah ditukarkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Mustapa bin Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, dengan penuh bersejarah. Kini JPV lebih matang dan berkeyakian, untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Jabatan serta Agensi Kementerian yang lain2.

_____________________
2 soutan@po.jaring.my

4. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk menilai sejauh manakah perlaksanaan Jabatan Veterinar Malaysia yang dikendalikan oleh pihak kerajaan ini mampu memberikan impak yang positif terhadap tabiat para penduduk di dalam negara kita ini bagi menyemai perasaan suka untuk memelihara dan memulihara haiwan-haiwan yang terdapat dalam negara ini. Oleh itu hasil kajian ini diharapkan mampu memberikan penjelasan yang lebih mendalam mengenai persoalan-persoalan yang tertera seperti berikut:

4.1

OBJEKTIF KHUSUS 4.1.1 Mengenalpasti perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Veterinar Malaysia 4.1.2 Mencari maklumat berkenaan sejarah purbakala yang berkaitan dengan veterinar. 4.1.3 Mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan bagi memastikan proses pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan berjalan lancar. 4.1.4 Mengikuti proses perlaksanaan sebuah klinik veterinar di sekitar Johor Bahru, Malaysia

4.1.1

Perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Veterinar Selain memberikan khidmat nasihat dan rawatan kepada hidupan liar di semua Pusat Konservasi Hidupan Liar Jabatan, beberapa perkhidmatan baru juga telah diaplikasikan untuk menambahbaik perkhdimatan sedia ada3.

Pertama ialah pemasangan Mikrocip. Perkhidmatan untuk memasang mikrocip yang direka khas dilaksanakan dengan mengenakan bayaran yang akan ditetapkan. Mikrocip ini akan dipasang kepada hidupan liar yang dipelihara sama ada di zoo, projek pembiakan atau yang dipelihara oleh orang persendirian. Mikrocip ini

berfungsi sebagai pengenalan individu yang berasaskan kod nombor khas. Pengenalan sesuatu individu adalah amat penting di dalam pengurusan haiwan dan program pembiakan.

Kedua ialah rawaan hidupan liar. Khidmat rawatan ini telah diberikan kepada haiwan yang dipelihara di sekitar projek-projek pembiakan, mini zoo atau orang persendirian yang memerlukan. Khidmat ini juga dikenakan bayaran untuk

membiayai kos-kos seperti rawatan saringan, ubat, nasihat dan pengangkutan jika hidupan liar tersebut perlu dibawa balik ke ibu pejabat.

Ketiga pula ialah diagnosa penyakit hidupan liar. Bahagian Konservasi Ex-situ juga bekerjasama dengan Jabatan PERHILITAN negeri di dalam program pembiakan dan konservasi yang melibatkan Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar yang tersenarai. Ia bertujuan untuk menambahkan bilangan spesies hidupan liar di dalam kurungan. Selain daripada program pembiakan, program-program kesihatan juga dikoordinasi dan dilaksanakan oleh bahagian ini di dalam membantu pengurusan hidupan liar di kurungan. _____________________
3 berita.shibidoo.com

4.1.2

Sejarah Purbakala berkenaan Veterinar. Jabatan Veterinar merupakan Jabatan yang tertua di mana telah diwujudkan dalam sektor perubatan kuno sekitar Zaman Yunani pada tahun 460-367 sebelum masihi oleh Hippocrates, Bapa Perubatan Kuno. Sektor ini telah diperkembangkan oleh ilmuwan generasi berikutnya iaitu Aristotle yang terkenal dengan bukunya Historia Animalium yang menghuraikan lebih dari 500 jenis haiwan. Beliau turut menulis buku berkenaan patologi haiwan yang mendedahkan tentang penyakitpenyakit haiwan serta memperkenalkan model kastrasi pada haiwan ternakan yang masih muda dan kesannya terhadap pertumbuhan4.

Beralih kepada perubatan haiwan semasa penjajahan Belanda pada zaman dahulu. Semasa sistem perkongsian perdangangan Belanda (Verening de Oost

Indiche Compagnie [VOC]: 1599-1799) dijalankan, larangan pemotongan haiwan betina yang besar dan bertanduk telah dijalankan. Setelah kejatuhan VOC, sistem pemerintahan jajahan mulai berkuasa sehingga tahun 1942. ketika ini terdapat 3 tempoh pemerintahan dari 3 penjajah yang berbeza. Besluiten Regering mula

menaiki takhta setelah muflisnya VOC pada tahun 1799 sehingga tahun 1855, Sejak tahun 1800, semua daerah milik VOC di nusantara telah diambil alih dan dikuasai oleh Raja Belanda. Pemerintahan di daerah jajahan pula diwakili oleh Gabenor

Jeneral dari Batavia. Semua keputusan adalah dibuat berdasarkan keinginan Raja Besluiten yang berkuasa mutlak. Penentangan antara kekuasaan raja dan badan parlimen yang dimenangi oleh parlimen telah mengangkat Belanda sebagai negara berperlembagaan yang menukarkan nama Hindia Belanda kepada Regering Reglemen. Tampuk pemerintahan ini berkekalan dari 1855 hingga 1926. Terdapat hieraki perlaksanaan undang-undang yang dikenali sebagai aglement verordering yang mengambil berat soal masalah veterinar. Contohnya ialah straatsblad 1926 _____________________
4 http://www.poultryindonesia.com

10

No. 451 dan 452 di mana terdapat akta Ordonansi terhadap anjing gila dan straatsblad 1936 No. 413 di mana terdapat larangan keras terhadap pemotongan haiwan betina yang besar dan tertanduk. Malangnya tiada catatan tentang hal ehwal veterinar yang dapat dilihat semasa zaman Indiche Straatregelling dari tahun 1927 hingga tahun 1942.5

Seterusnya perkembangan sektor veterinar dapat dilihat semenjak Hipocrates bersumpah sekitar tahun 460 hingga 377 masihi yang berbunyi, Saya bersumpah demi Dewa Penyembuh dan semua dewa bahawa saya akan mematuhi 10 janji seperti akan mengikuti cara rawatan yang mengikut pengetahuan dan kemampuan yang mampu membawa kesan yang baik kepada pesakit sahaja dan lain-lain. Terdapat 7 prinsip yang diwartakan dalam sumpahan ini iaitu tidak merugikan, membawa kebaikan, menjaga kerahsiaan, autonomi pesakit, berkata benar, belaku adil dan menghormati privasi individu. Hal ini telah dipraktikkan oleh doktor haiwan pada masa kini seperti dalam sumpah setianya ada berkata bahawa mereka akan mengabdikan diri, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk

menambahbaik mutu, meringankan penderitaan dan melindungi haiwan demi memelihara kesejahteraan masyarakat. Hal ini menunjukkan pengunaan konsep

yang sama sejak turun-temurun dan terus diaplikasikan demi menjaga kualiti perkhidmatan veterinar di seluruh dunia termasuklah Malaysia sentiasa menepati tahap yang disasarkan dari semasa ke semasa.6

_____________________
5 Akoso, B.T. 2008. Manual untuk Paramedis Kesihatan Haiwan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan pustaka. 6 http://www.promosikesehatan.com

11

Simbol veterinar adalah gambar ular yang sedang melilit galah. Aesculapius juga dikenali sebagai Asklepios iaitu dewa perubatan kuno. Pada masa dahulu, beliau

pernah mendirikan sebuah pusat perubatan dan penyembuhan kepada pesakit jiwa. Para pengikutnya mendirikan sebuah kuil untuk memujanya yang dipanggil dengan nama Kuil Asclepion, Kuil Asklepio atau Kuil Penyembuhan. Sekelompok besar

masyarakat mempercayai sebuah pohon besar di selatan Cotinth, Greece di mana pesakit perlu tidur di bawah pokok tersebut selama sehari kerana proses penyembuhan akan berlaku melalui mimpi dan kebiasaannya mereka perlu menyediakan Ayam Jago untuk dikorbankan kepada dewa. Berdasarkan mitologi, Asklepios mempunyai dua orang anak iaitu Hygieia, Dewi Kesihatan dan Panaceia, Dewi Penyembuhan. Pada masa kini, galah yang digunakan oleh Asklepion menjadi simbol kepada ubat-ubatan. Simbol ini digunakan oleh American Mecical Association dan beberapa persatuan perubatan di dunia.

Manusia Mriga Satwa Sewaka adalah bahasa sanskrit yang bermaksud mengabdikan diri untuk kesejahteraan manusia melalui dunia haiwan. Ayat ini

digunapakai untuk mewujudkan perasaan tanggungjawab yang tinggi dalam diri setiap doktor haiwan bagi mewujudkan golongan yang profesional, berpendirian teguh, berwawasan dan bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa dalam menjalankan setiap tugasan yang diberikan. Oleh itu, kualiti perkhdimatan veterinar dapat ditingkatkan ke standart perkhimatan yang dapat memberikan kepuasan kepada pengguna dan kesejahteraan haiwan lebih terpelihara. Kualiti komunikasi antara ahli veterinar dengan masyarakat, golongan yang mampu memainkan peranan untuk pembinaan kesihatan haiwan dengan efisyen dan kepedulian terhadap pemiliharaan dan pemuliharaan veterinar juga dapat diperbaik dari semasa ke semasa.7

_____________________
7 Sugeng, Y.B. 2007,, Sapi Potong. Kuala Lumpur. penebar Swadaya.

12

4.1.3

Sejarah Purbakala berkenaan Veterinar. Menurut Undang-undang no. 6 tahun 1967, BAB II, Peternakan. Pasat 8, Penternakan diadakan dengan tujuan untuk mencukupi keperluan rakyat akan protein-haiwan dan lain-lain bahan, yang berasal dari ternak yang bermutu tinggi. Mewujudkan terbentuknya dan pekembangannya industri dan perdagangan bahanbahan, yang berasal dari ternakan yang berkualiti. Mempertinggi pendapatan dan taraf hidup rakyat terutama rakyat petani-penternak. Mencukupi keperluan akan tenaga pembantu bagi usaha pertanian dan pengangkutan. Mempertinggi daya-

guna tanah. Dalam Perkara 22 pula, kesejahteraan haiwan dititikberatkan. Untuk kepentingan kesejahteraan haiwan, maka dengan Peraturan pemerintah

menetapkan peruntukan-peruntukan tentang tempat dan perkandungan, penjagaan dan rawatan, pengangkutan, penggunaan dan pemanfaatan, cara pemotongan dan pembunuhan serta pelakuan dan pengayoman yang wajar oleh manusia terhadap haiwan. Hal ini dapat dilihat dalam konsep animal welfare yang disebutkan bahawa ada lima kebebasan yang harus dimiliki oleh setiap haiwan untuk dapat hidup dan berproduksi dengan baik iaitu bebas dari rasa lapar dan haus, bebas dari rasa panas dan tidak selesa, tidak dari luka, sakit dan penyakit, tidak mengekspresikan perilaku normal dan alaminya, dan bebas dari rasa takut dan penderitaan.

Tempat tinggal haiwan ternakan yang paling ideal ialah tempat tinggal haiwan ternakan yang disediakan dua kawasan iaitu terbuka dan tertutup. Kawasan terbuka berfungsi sebagai tempat haiwan melakukan aktivitinya di siang hari. Sedangkan kawasan tertutup berfungsi sebagai tempat berehat haiwan di malam hari. Sesuai dengan fungsinya, kawasan terbuka ini hendaknya tersedia cukup luas sesuai dengan jenis dan jumlah individu-individu serta perilaku haiwan yang dipelihara. Selain itu, luasnya kawasan ini juga boleh menolong haiwan-haiwan yang ingin menyelamatkan diri apabila berlaku pergaduhan. Seboleh-bolehnya, arah bangunan kandang persaorangan dibina menghadap ke timur dan kandung ganda membujur 13

ke arah utara selatan. hal ini membolehkan sinar matahari pagi masuk ke dalam bilik atau lantai kandang secara lebih bebas. Ventilasi merupakan jalan keluar masuk udara dari dalam dan dari luar kanduang. Sistem pengudaraan yang sempurna

sangat berguna untuk mengeluarkan udara kotor dari kandang dan menggantikan udara bersih dari luar. Atap pula merupakan sekatan (isolasi) bahagian atas dari kandang dan berfungsi untuk mengelakkan dari air hujan dan terik matahari, menjaga kehangatan ternakan di waktu malam, serta menahan pasan yang dihasilkan oleh tubuh haiwan itu sendiri. Sudut cerun bumbung sekitar 30o dengan bahagian yang condong ke bahagian belakang adalah ukuran atap yang terbaik. bahan yang boleh dijadikan sebagai atap ialah genting, abestos, daun kelapa, daun nipah dan lain. Genting sangat baik digunakan kerana bahan ini lebih tahan lama, udara luar juga boleh masuk ke dalam kandang melalui celah celahnya, dan tidak begitu banyak menyerap panas. Dinding kandang berfungsi sebagai penahan angin langsung atau angin kencang, penahan keluarnya udara panas dari dalam kandang yang dihasilkan tubuh ternak, dan penahan percikan air dari bumbung masuk ke dalam bilik kandang. Contohnya bahan yang boleh dijadikan dinding ialah anyaman buluh, papan, tembok, dan sebagainya. Pembuatan lantai kandang harus memenuhi syarat seperti rata, tidak licin, tidak mudah menjadi lembab, tahan lama, atau awet. Lantai yang rata, tidak kasar atau tajam akan menjamin kehidupan ternakan. Lantai yang kasar atau tajam sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kulit haiwan menjadi melecet dan mengundang pelbagai kuman. Lantai juga tidak boleh terlalu licin. Jika terlalu licin boleh menyebabkan haiwan mudah tergelincir atau jatuh Pembuatan lantai juga perlu diteliti

sehingga boleh mengakibatkan kapatahan.

supaya lantai itu mudah kering dan juga dibuat agak mengiring agar air pembersihan ataupun air kencing haiwan mudah disalurkan kelongkang.8

_____________________
8 Suprijatna, E; Atmomarsono, U; Kartasudjana, T. 2005, Ilmu Dasar Ternakan Unggas, Kuala Lumpur: Penerbit Swadaya.

14

Pola makanan ternakan harus menepati kuantiti seperti yang disarankan oleh doktor haiwan dan berkualiti tinggi. Makanan haiwan yang disediakan perlu

mengandungi serat yang tinggi dan sumber protin yang mencukupi untuk memastikan kesihatan haiwan terjamin dari semasa ke semasa. Makanan yang baik juga

mengandungi nutrisi yang tinggi seperti karbohidrat, vitamin, mineral dan kandungankandungan lain. Makanan ternakan terbahagi kepada 2 iaitu serat kasar dan konsentrat. Serat kasar terdiri atas sejumlah makanan yang mengandungi nutrisi dengan kepekatan yang rendah, seperti hay, silagem, dan batang jagung, konsentrat adalah bahan makanan dengan nitrisi tinggi dan termasuk tanaman biji-bijian dan sisa daripada proses industri bijian. Selain itu perlu juga diperhatikan makanan ternakan yang sesuai dan variasi menu harian supaya haiwan mendapat gizi yang seimbang setiap kali menikmati hidangan yang disediakan.

Pemeriksaan berkala pada haiwan juga perlu dilakukan. hal ini untuk mencegah jangkitan dan penyebaran penyakit serta terjadinya kerugian akibat haiwan yang mati kerana sakit. Salah satu sebab penularan penyakit pada haiwan ternakan ialah keadaan persekitaran yang kotor. Dalam sektor penternakan, kesejahteraan haiwan dapat

disemai melalui layanan yang mencukupi dari aspek fizikal dan psikologi haiwan ternakan serta dapat memenuhi keperluan-keperluan asasnya. Contohnya keperluan asas haiwan dalam penternakan ialah keadaan selesa dan perlindungan yang baik. Bekalan air yang bersih dan makanan untuk menjaga kesihatan yang cukup, kebebasan dalam bergerak, kebebasan untuk berinteraksi dengan haiwan lain, kesempatan untuk beraktifitas sesuai dengan perilaku alaminya, pencahayaan yang cukup, lantai yang baik dan tidak rosak pencegahan atau diagnosis berkala serta bekalan ubat-ubatan bagi penyakit ringan seperti luka, infestasi parasit dan lain-lain.9

_____________________
9 http://www.fkh.ugm.ac.id

15

4.1.4

Perlaksanaan Klinik Haiwan di Johor Bahru Klinik Veterinar Johor Bahru telah ditubuhkan pada 1939. Di awal

penubuhannya, Klinik Veterinar ini lebih dikenali sebagai rumah Sakit Haiwan. Klinik Veterinar Johor Bahru telah ditukar nama pada 1 November 1993. Penukaran nama ini adalah selari dengan objektif dan fungsi yang turut berubah dari masa kesemasa sebagai pusat veterinar. Klinik Veterinar Johor Bahru menyediakan perkhidmatan untuk rawatan dan pengurusan haiwan kesayangan kepada orang ramai.10

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah rawatan, kemudahan tumpangan, pembedahan kecil seperti memandulkan binatang dan pencegahan penyakit atau dikenali sebagai vaksinasi. Klinik haiwan terbahagi kepada 6 bahagian iaitu

pendaftaran, rawatan, makmal, pembedahan, farmasi dan kurungan haiwan.

Semasa proses pendaftaran dijalankan, maklumat-maklumat pelanggan di ambil seperti nama pemilik haiwan, kad pengenalan, latar belakang dan sejarah haiwan kesayangan mereka. ulangan dan lanjutan dilakukan. Kad rawatan diberi bagi memudahkan rawatan

Proses rawatan pula menyediakan perkhidmatan rawatan yang mesra dan cekap ke atas haiwan kesayangan. Doktor haiwan akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan klinikal. Kemudian sampel akan diambil untuk kajian di makmal. Penyakit biasa dan berjangkit akan dirawat mengikut keadaan haiwan kesayangan tersebut. Rawatan kebanyakan dilakukan berdasarkan simtomatik treatment. penyakit yang agak berbahaya perlu dilakukan ujian berdasarkan keperluan yang perlu untuk mengenal pasti dan pengesahan penyakit tersebut. Haiwan yang benar-benar

memerlukan penjagaan rapi yang disimpan di klinik ini. Bagi kes kemalangan teruk, _____________________
10 Saputra, Eka Dharma. 2008. Standard Kebajikan Haiwan Ternakan. Dalam http://balivetman.wordpress.com/2008/04/12/standarkesejahteraan-hewan-ternak/ Dicapai pada 19 November 2008 pukul 15.37 WIB.

16

pembela dinasihatkan supaya membuat x-ray terlebih dahulu di mana-mana klinik swasta dan seterusnya mendapat rawatan yang di perlukan. Pada amnya haiwan yang dirawat di sini mengalami penyakit yang berulang. Teknik permandulan untuk mengawal pembiakan tabii dan pembedahan ke atas kes yang serius akan mewujudkan kesedaran terhadap kebajikan haiwan di sekeliling. Khidmat nasihat atau cara pemiliharaan yang betul mengenai pemakanan selepas rawatan serta pemberian ubatan dan teknik rawatan sendiri akan diberikan bagi menambahkan ilmu pengetahuan para pelanggan.

Teknik

Pemeriksaan

Rawatan

merangkumi

beberapa

tahap

seperti

pemerhatian (observation), sentuh (palpation), ketuk (percussion), goncang dan dengar (auscultation), cucuk dengan jarum untuk tengok isi kandungan seperti absess (centsis), suhu badan (temperature) di mana 37.5oc 38.5 darjah celcius adalah normal, 0.5 adalah demam bagi kuching. Dan 1.0 adalah demam bagi anjing. Selain itu ujian Prognosis dan Diagnosis turut dijalankan seperti menguji pernafasan selama 15 hingga 30 minit dan jantung selama 60 hingga 120 minit. Sekiranya 410C haiwan tersebut mengalami hyperthermia manakala 420C ialah heat stroke, jadi alat mengekang binatang perlu digunakan dan haiwan perlu ditempatkan di bilik rawatan.11

Semasa di bilik rawatan, Pemvaksinan (immune belt) akan dijalankan. Proses ini dilakukan kepada haiwan kesayangan untuk pencegahan dan pengawalan dan mencegah penyakit yang biasa menyerang haiwan kesayangan tersebut. Penyakit yang popular dikalangan anjing ialah distemper, hipertittis, leptopirosis, common

_____________________
11 malaysian Journal of Veterinary Research, 1134,E2187H

17

influenza dan lain-lain lagi. Vaksin amat perlu bagi mengelak penyakit serta dapat mengawal penyakit daripada merebak. Vaksin haiwan yang dapat dikenalpasti ia adalah seperti (anti distemper) 6.1 anti rabies, Canine distemper bagi penyakit Paramyoxirus (demam, diarrhea, pernafasan), Canine parvovirus bagi batuk muntah dan berak darah yang berbau busuk. Canine herpesvirus (kuman yang merata tempat). Kennel cough (batuk) bronchotracheitis iaitu penyebab canine adenourus type II, Canine babesiosis (kulit mengerutu dan bulu tanggal serta berdebu), Canine Seborrhea (pendarahan banyak berlaku bila berlaku traumatic injury)

Vaksin Anjing yang digunakan ialah Rabies disuntik 2 tahun sekali, Parvoviral pula 6 hingga 9 minggu dan selepas dari itu tak perlu diberikan vaksin lagi. Bagi anjing yang berumur 1 hingga 13 minggu suntikan kedua perlu dijalani selepas 2 hingga 4 minggu juga perlu mengulangi proses ini sekurang-kurangnya setahun sekali.

Vaksin kucing pula ialah feline Chlamydia vaksin ini terbahagi kepada 4 iaitu Feline distemper (pan leucopenia), Felene entritis (ciritbirit), Filene influenza (selsema) dan Feline hepatitis (penyakit hati). Vaksin pertama diberikan semasa kucing berumur 9 hingga 12 minggu (berdasarkan kebesaran tubuh). ulangan (Buster) akan dijalankan setelah kucing berumur 2 hingga 4 minggu. Proses

Program Nyah Cacing juga dijalankan pada hari pertama 6 minggu selepas kelahiran. Proses ini diulangi selepas 2 minggu dan sekali lagi selepas 3 minggu setelah pemberian kedua. Binatang di bawah umur 1 tahun akan menjalani proses ini 3 bulan sekali manakala umur di atas setahun harus dilakukan 6 bulan sekali.

18

Pembiakan Kuching bermula apabila penis masuk baru telur gugur dalam (induced Ovulation). Telur akan mengalami proses pemanasan (Heat) dalam 7

hingga 12 hari. Seekor kucing akan bunting selama 62 hingga 65 hari. Proses cerai susu akan mengambil masa antara 4 hingga 6 minggu.

Pembiakan Anjing juga sama seperti kuching tetapi, proses pemanasan telur (Heat) mengambil masa 2 kali setahun. Anjing mengalami awal berahi (Proustrus) 4 hari dari vulva bengkak dan keras. Rembesan darah (Estrus) berlaku dalam tempoh 2 hingga 3 minggu. Pembiakan akan matang antara hari ke 7 hingga 12 hari selepas rembesan darah. Organ pembiakan dalaman anjing mula mengecut (Metestrus)

sekitar 1 hingga 2 bulan dan menjadi Anestrus pada bulan ke 2 atau 3.

Ujian di makmal akan dijalankan untuk membuat kajian tentang penyakit yang tidak dapat dikenalpasti dan untuk mengesahkan penyakit yang berjangkit. Contoh ujian yang biasa dilakukan ialah ujian air kencing (urin), ujian darah dan fical.

Pembedahan pula akan dilaksanakan berdasarkan keadaan haiwan terbabit. Contoh pembedahan yang biasa dilakukan ialah Castration, Spaying, Hernia, abscess, hematoma dan sebagainya. Doking pada anak anjing dilakukan ketika ia berumur 3 hingga 4 minggu. Castration pada kuching jantan sesuai dilakukan ketika bermur 6 bulan. Spaying pula dilakukan seelok-eloknya setelah beranak sekali.

Walau bagaimanapun ada pilihan bagi mereka yang tidak memerlukan pembedahan iaitu mencegah kehamilan menggunakan Supprestral atau Magcat. Bagi castration harga dikenakan adalah RM35.00 untuk seekor kuching dan RM80.00 untuk seekor anjing. Spaying RM50.00 untuk seekor kuching dan RM150.00 untuk seekor anjing. Termasuk cream sapu dan antibiotic untuk seminggu. Bagi pembedahan yang sukar seperti potong kaki dan kemalangan bayaran dikenakan mengikut kos ubatan yang digunakan. 19

Ubat untuk haiwan yang telah dirawat perlu diberi oleh penjaga haiwan itu sendiri. Prosuder pemberian ubat akan dijelaskan kepada pelanggan bagi

mengelakkan kesilapan yang boleh memudaratkan. Terdapat ubat di dalam bentuk pil, sirap dan krim. Segala ubat-ubatan akan disediakan oleh bahagian farmasi

veterinar. Ubat-ubatan ini boleh diperoleh di setiap klinik haiwan di serata negara.

Perkhidmatan penjagaan haiwan terutamanya anjing atau kucing memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya selepas pembedahan. Bayaran adalah mengikut jenis haiwan dan tempoh penyimpanan. Hal ini diperlukan bagi menampung kos makanan serta rawatan lanjutan. Bagi kucing setiap seekor dikenakan bayaran Anjing pula dikenakan sebanyak

sebanyak RM5.00 sehari termasuk makaan.

RM10.00 sehari. Makanan biasanya dibeli oleh pembela anjing itu sendiri.

Bagi mengawal populalsi kawalan pembiakan tabii diperlukan bagi mengawal genetic. Pembedahan kecil dilakukan seperti kasi dan pembuangan ovari bagi

haiwan betina dilakukan. Ini bagi menjaga genetik yang baik dan menghasilkan baka yang bermutu serta mengekalkan baka asli. Bagi kes yang serius dan memerlukan pembedahan yang besar mahupun kecil, haiwan tersebut akan melalui beberapa prosedur bagi dibolehkan pembedahan tersebut dijalankan. Kebanyakan

pembedahan yang melibatkan keperluan sedative digunakan. oleh seorang doktor Veterinar.

Ia perlu dilakukan

20

5. RUMUSAN Jabatan Veterinar Malaysia memberikan rawatan dan memberi informasi punca kematian terhadap haiwan. Kesannya haiwan dapat diselamatkan dariapda jangkitan yang berbahaya. Seperti yang kita sedia maklum, angka kematian akibat virus yang tidak diketahui sentiasa meningkat setiap tahun terutamanya semasa musin tengkujuh. Walaupun pihak kerajaan seringkali memberikan amaran dan nasihat supaya setiap penternak atau penjaga haiwan, samada yang menternak ataupun penjaga haiwan, sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Perkara yang paling menyedihkan ialah,

masyarakat kita bukan sahaja tidak mengambil berat tentang haiwan liar, malah mereka langsung tidak prihatin tentang keselamatan haiwan yang sakit dan mati. Ini

menyebabkan kadar kematian haiwan liar dan haiwan peliharaan negara kita terus meningkat dari semasa ke semasa.

Oleh itu, Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Bin Abdul Razak, Perdana Menteri kita memberikan penekanan yang serius terhadap langkah-langkah mengurangkan kematian haiwan liar dan haiwan peliharaan. Baru-baru ini di radio station Era FM ini memberi suntikan kepada

membuat kempen Selamatkan Haiwan Peliharaan

penjaga dan orang awam bagi memberikan keprihatinan ini terhadap haiwan peliharaan dan juga haiwan liar bagi mengelakan virus berjangkit dan memelihara kesihatan saranan penambahbaikan kesihatan dan perubatan kepada haiwan tentang

keselamatan dan pelindungan haiwan di dalam negara serta meningkatkan programprogram penguatkuasaan. Baliau juga mengesyorkan tindakan lebih tegas diambil

terhadap mangsa jangkitan dan kematian untuk dibedah siasat punca kematian agar dapat dikenal pasti dengan lebih pantas.

Masyarakat umum, sebagai manusia yang dikurniakan akal dan perasaan bagi melindungi dan menjaga makhluk-makhluk ciptaan-Nya. Setiap individu perlu

memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi merealisasikan hasrat kerajaan untuk 21

membenteras jangkitan yang datang dari haiwan. Justeru, dapat menghalang virus yang berbahaya kepada manusia, alam semesta serta flora dan fauna dijangkiti.

Maka

pelbagai kadar

usaha

telah

dilaksanakan negara

oleh kita

pihak

kerajaan

dalam

mengurangkan

kematian

dalam

termasuklah

memperkasa

pengendalian dan perlaksanaan di setiap jabatan veterinar di negaa kita. Aktiviti ini sememangnya memerlukan penglibatan dan penyertaan serta sokongan padu semua lapisan masyarakat terutamanya para individu, pemimpin masyarakat, ahli politik, pemimpin agama, para pendidik, badan professional, sektor swasta NGO, PIBG Sekolah serta orang ramai bagi mencapai matlamat untuk meminimakan kadar kematian akibat haiwan liar dan haiwan peliharaan.

Kesimpulan penubuhan sesebuah jabatan diagnosis adalah penting dalam melicinkan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan teknologi di Negara Malaysia. Keadaan ini akan memuaskan hati semua pihak kerana penjimatan masa dan tenaga dapat dilakukan. Oleh itu, Penubuhan Jabatan Veterinar Malaysia adalah selaras dengan hasrat kerajaan iaitu warga sihat, negara selamat.

22

6. BIBILIOGRAFI Akoso, B.T. 2008. Manual untuk Paramedis Kesihatan Haiwan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan pustaka. DAFTAR PUSTAKA, Bagja., W.2000.Budiharta., S. 2007., http://www.fkh.ugm.ac.id http://www.poultryindonesia.com malaysian Journal of Veterinary Research, 1134,E2187H berita.shibidoo.com Saputra, Eka Dharma. 2008. Standard Kebajikan Haiwan Ternakan. Dalam http://balivetman.wordpress.com/2008/04/12/standar-kesejahteraan-hewan-ternak/ Dicapai pada 19 November 2008 pukul 15.37 WIB.

Sindoredjo, S. 1960. Manual Syarikat Pemerahan Susu. Fakulti Perubatan Haiwan dan Fakulti Peternakan. Universiti Gadjah Mada. Kuala Lumpur. Sugeng, Y.B. 2007, Sapi Potong. Kuala Lumpur. penebar Swadaya.

soutan@po.jaring.my Suprijatna, E; Atmomarsono, U; Kartasudjana, T. 2005, Ilmu Dasar Ternakan Unggas, Kuala Lumpur: Penerbit Swadaya.

23

Anda mungkin juga menyukai