Anda di halaman 1dari 4

Pengaruh Konsep al-Hakimiyah Terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Di Malaysia, terdapata beberapa gerakan Islam terutamanya yang beraliran tradisionalis dan fundamentalis. Akan tetapi kajian ini akan diumpukan kepada kepada gerakan Islam yang bersifat fundamentalis ataupun bersifat tajdid yang dipengaruhi oleh konsep al-Hakimiyah. Gerakan yang dimaksudkan adalah gerakan yang menggagaskan Islam sebagai ad-Deen dan memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan pemerintahan Islam. Antara gerakan yang dimaksudkan adalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Bagaimanapun kedua-duaya, saa ada PAS ataupun Abim, telah didahului oleh beberapa gerakan awalan yang menjadi landasan kewujudannya. Dan kalangan parti politik, PAS dianggap mewakili gerakan fundamentalis. Ini dapat dilihat kepada ideology perjuangannya. Ideology perjuangannya sama seperti ideology lain-lain gerakan fundamentalis seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, dan Masyumi di Indonesia. Pergerakan tersebu merupakan rantai kebangkitan Islam sejagat. Teori politik Islam yang diperjuangkan oleh pergerakan iu seluruhnya berdasarkan al-Quran, as-Sunnah dan amalan para Khulafa al-Rasyidin. Bagaimanapun, PAS adalah kesinambungan beberapa buah pergerakan politik yang bergerak sejak sekian lama sebelum kelahirannya. PAS ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951. Sebelumnya pergerakan politik Islam didahului oleh Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin. Sebelum kemerdekaan Malaya 1957, perjuangan menuntu kemerdekaan didahului oleh gerakan berteraskan Islam. Dalam tempoh ini, perkembangan yang penting adalah PKMM dan pada tahun 1945 oleh Mokhtaruddin Laso dan Dr. Burhanuddin al-Helmi. PKMM mendapat sokongan kuat orang-orang Melayu. Melalui PKMM ini diperkenalkan pemikiran politik Islam. Dan pada tahun 1946, Inggeris telah memperkenalkan Dasar Malayan Union. Dasar ini menafikan hak ketuanan raja-raja dan bangsa Melayu seluruhnya. Akibatnya, bangsa Melayu bangki menentang Malayan Union. Selain gerakan nasionalis, ulama adalah tenaga penggerak utama menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union. Pergerakan orang-orang Melayu ini akhirnya melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Penubuhan Umno adalah manifestasi segera kesedaran betapa perlunya orang Melayu bersatu menentang Inggeris. Penyertaan golongan ulama dalam Umno hanya kerana keperluan tersebut dan bukan kerana mereka bersetuju dengan dasar nasionalisma Umno yang mengatasi kedudukan Islam. Oleh itu, kebanyakan ulama menubuhkan HIzbul Musliminpada tahun 1948 untuk meneruskan cita-cita menuntu kemerdekaan dan menjadikan Tanah Melayu yang merdekan sebagai sebuah Negara Islam. British yang merasakan terancam dengan penubuhan Hizbul Muslimin telah memperkenalkan Undang-Undang Darurat yang mengharamkan parti Islam itu dan menahan

para pemimpinnya. Antara yang turut terancam dengan penubuhan Hizbul Muslimin itu ialah Umno. Bagaimanapun semangat perjuangan para ulama tidak berakhir dengan pengharaman HIzbul Muslimin. Sebaliknya golongan ulama dalam Umno telah membubuarkan sayap ulamanya dan menubuhkan Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1951. Dalam PAS, bekas pemangku Yang Dipertua, Professor Dr. Zulkifli Muhamad (19631964) dan bekas Yang Dipertua, Haji Yusuf Rawa (1982-1988) antara golongan terawal yang mendapat pendedahan pemikiran Ikhwanul Muslimin. Mereka berdua telah mengikuti pemikiran ini sejak akhir tahun 1940. Zulkifli mengikutinya sewaktu belajar di Mesir sweaktu Hassan Al-Banna masih hidup lagi. Sementara Haji Yusuf Rawa pula mengikutinya sewaktu belajar di Makkah dalam waktu yang sama. Haji Yusuf Rawa juga menyatakan beliau mengikuti pemikiran Sayydi Qutb dan Ikhwanul Muslimin sejak akhir tahun 1940-an lagi. Setelah kepulangannya di Malaysia, beliau turut membantu menyebarkan pemikiran tersebut melalui penerbitan majalah al-Islah di Pulau Pinang. Ianya bertujuan untuk menyebarkan pemikiran baru Islam terutamanya dari Ikhwanul Muslimin. Bekas setiausaha Agung PAS, Ustaz Abu Bakar Hamzah turut menyatakan bahawa pemikiran Ikhwanul Muslimin tersebar di Malaysia sejak awal tahun 1950an. Beliau sendiri mengikuti pemikiran tersebut sejak ahun 1952. Mereka yang bertanggungjawab menyebarkannya adalah A.Hassan Bandung, Sheikh Abdullah Basmeh dan Allahyarham Syed Jaafar Albar. Dalam PAS, Abu Bakar berusaha menerapkan pemikiran Ikhwanul Muslimin di kalangan pemuda. Menurutnya anggota Pemuda dalam PAS yang prihatin adalah Amaludin Darus. Sebagai Ketua Pemuda PAS pada waktu itu, Abu Bakar telah dipilih untuk menyertai rombongan PAS untuk ke Persidangan Afro-Asia di Kaherah. Dalam kesempatan ini beliau telah menemui beberapa orang rapat Ikhwanul Muslimin dan menasihatkannya supaya PAS mengadakan hubungan dengan Ikhwan. Pada tahun 1963, Haji Yusuf Rawa telah dihantar ke Timur Tengah untuk memperkenalkan Pas sebagai sebuah gerakan Islam. Dalam misi tersebut, Haji Yusuf telah melawat Iraq dan Mesir. Semasa di Mesir, beliau berkesempatan menemui Sheikh Muhammad al-Ghazali,bekas Majlis Tertinggi Ikhwanul Muslimin. Beliau menasihatkan Haji Yusuf untuk pergi ke Iraq kerana presidennya pada waktu itu sangat bersimpati kepada Ikhwan. Sewaktu di Iraq, Haji Yusuf telah bertemu dengan Menteri Waqaf dan telah menawarkan sepuluh biasiswa Kementerian Waqaf Iraq untuk pelajar-pelajar Malaysia dan urusannya telah diserahkan kepada Pemuda PAS. Sepuluh orang pelajar di bawah PAS yang terpilih adalah : 123456Ustaz Hassan Shukri (naib Presiden Pas) Ustaz Muhammad bin Daud (exco Kerajaan Kelantan) Uztaz Abdul Rahim bin Muhammad Zain (pensyarah di UM) Ustaz Hasbullah Kasban ( pensyarah di UiTM) Ustaz Hashim Haji Jasin (Pesuruhjaya PAS Perlis) Ustaz Dahlan Muhammad Zain (Pengerusi ABIM Perlis)

7- Ustaz Azmi bin Haji Ahmad (YDP ABIM Kedah) 8- Ustaz Abdul Ghani Kasa (guru agama) 9- Ustaz Abdul Halim Yahya (pegawai agama Felda) 10- Isamuddin Haji Ahmad (ahli perniagaan)

Menurut Ustaz Hassan Shukri, mereka adalah antara golongan terawal yang mendapat bimbingan secara formal daripada Ikhwanul Muslimin. Pada tahun 1969, setahun selepas kepulangan Ustaz Hassan Shukri, beliau tlah dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat melalui muktamar tahunan yang diadakan pada tahun itu. Seterusnya Ustaz Hassan Shukri telah bertaggungjawab mengindokrinasikan para pemudanya dengan pemikiran gerakan-gerakan Ikhwanul Muslimin melalui program tarbiyah. Bagaimanapun, kepimpinan PAS di bawah Dato Asri Haji Muda idak begitu memberikan perhatian kepada aspek ini. Usaha tarbiyah ini tidak mendapat sokongan pemimpin utama PAS. Dato Asri menegaskan PAS adalah parti politik Massa. Ia lebih memerlukan tenaga untuk menumpukan kepada program-program politik untuk menarik sebanyak mungkin sokongan rakyat kepada dasar perjuangan PAS. Beliau mengatakan bahawa ianya tidak mungkin tercapai hanya dengan melakukan tarbiyah semata-mata. Malahan beliau beranggapan bahawa tarbiyah ala Ikhwanul Muslimin banyak menibulkan masalah dalaman PAS. Beliau juga yakin usaha menyingkirkannya daripada kepimpinan PAS pada tahun 1982 telah dibuat setahun sebelum itu melalui program usrah terutama di kalangan anggota Pemuda dengan bimbingan orang-orang tertentu dalm Dewan Ulama. Kemunculan Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada tahun 1983 sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS telah dianggap sebagai Spiritual Leader PAS. Antara usaha yang dijalankan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah mengadakan kuliah-kuliah mingguan jumaat di masjidnya, Masjid Rusila, Marang, Terengganu. Ianya bermula pada jam 9 pagi dan dihadiri oleh ribuan orang. Beliau juga secara terbuka menekankan kepentingan tarbiiyyah kepada ali-ahli PAS, terutamanya di awal 1980. Sementara itu, dalam programprogram anjuran intensif anjuran Pemuda. Program ini turut diadakan diluar Terengganu teruatamanya anjuran Pemuda PAS Pusat di Kuala Lumpur. Sepanjang pengetahuannya mengenai Ikhwan, pemimpin-pemimpin PAS lebih menumpukan kepada pentarbiyahan kepada ahli-ahlinya. Yusuf Zaki mengakui bahawa beliau bersama PAS sejak kembalinya dari Mesir. Dalam Muktamar Dewan Ulama PAS yang kedua di Pondok Bunut Payong, Kelantan pda tahun 1955, beliau mencadangkan supaya PAS lebih mementingkan tarbiyah kepada ahli-ahlinya daripada hanya membakar semangat untuk mendapatkan kerusi sahaja. Pada pandangannya, ahli-ahli yang mempunyai tarbiyah tidak akan lari daripada dasar perjuangan. Malangnya kata beliau dasar itu telah dibangkang keras oleh Dato Othman Abdullah, sebaliknya menuduh beliau anti-politik. Yusuf Zaki seterusnya meminta Dr. Zulkifli menapis kemasukan ahli-ahli PAS supaya anasir-anasir yang tidak sihat

tidak bersama PAS kerana mereka boleh merosakkan PAS. Bagaimanapun Dr. Zulkifli menjawab, keadaan sudah terlambat. Dalam perkembangan tersebut, Yusuf Zaki telah mengundurkan diri dari PAS dan berusaha mengembangkan pemikiran Ikhwan khususnya Sayyid Qub secara bersendirian.

Anda mungkin juga menyukai