Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA PRASEKOLAH S.K. KELAPA SAWIT NO.

5, SUBIS
1. TAJUK

: SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

2. PENDAHULUAN Pada 30 Ogos yang lalu, pihak pentadbiran SKKS No.5, Subis telah menganjurkan sambutan hari kemerdekaan yang ke-55. Sambutan melibatkan murid-murid prasekolah sehingga tahun 6 ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak. Aktiviti sebegini dapat menerapkan konsep integrasi nasional melalui proses penyatuan antara kaum yang berbeza latar belakang. 3. OBJEKTIF 3.1. Menggalakkan murid menghayati nilai-nilai kecintaan dan patriotism terhadap Negara. 3.2. Murid-murid dapat menghargai tokoh-tokoh atas sumbangan mereka dalam memerdekakan Negara. 3.3. Murid-murid dapat berinteraksi dengan berkesan kearah mewujudkan masyarakat yang harmonis, bersatu padu, demokratik dan progresif. 4. PELAKSANAAN 4.1. TAKWIM PELAKSANAAN 0800 0930 0945 1015 1015 1100 1100 - 1310 Larian Merdeka Rehat Nyanyian & Kibar Jalur Gemilang Pertandingan Mewarna

30 Ogos 2012

4.2. PELAPORAN AKTIVITI 1. Larian Merdeka Larian merdeka dijalankan pada awal pagi. Murid-murid beratur dalam barisan dan memulakan larian diketuai seorang guru. Kawasan trek larian adalah melibatkan jalan-jalan di sekitar sekolah dan ladang kelapa sawit.

Jarak trek larian adalah dalam lingkungan 2 kilometer. Kesemua murid dapat menamatkan larian dengan baik dan tiada murid yang cedera.
2. Nyanyian & Kibar Jalur Gemilang

Nyanyian diadakan selepas waktu rehat. Murid-murid berada di dalam barisan dan berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku. Selepas itu, diadakan pula acara nyanyian lagu patriotik dan kibar jalur gemilang. Kesemua acara dapat dijalankan dengan baik dan murid-murid seronok dengan aktiviti yang disediakan. 3. Pertandingan Mewarna Aktiviti pertandingan mewarna bendera Malaysia dan logo 1 Malaysia diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Kesemua murid seronok mewarnakan bendera masing-masing. Selepas itu, acara penyampaian hadiah diadakan bagi menghargai hasil kerja murid-murid dalam menyiapkan proses mewarna mereka. 5. IMPAK Secara keseluruhannya, semua aktiviti yang disediakan dapat menarik minat murid-murid serta membuka pengetahuan mereka tentang erti merdeka. Murid-murid dapat mengenal jumlah jalur di dalam bendera Malaysia, empat warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia, dan mengetahui di mana letaknya bulan dan bintang di dalam bendera.

6. LAMPIRAN

: GAMBAR AKTIVITI

Murid prasekolah mengibarkan jalur gemilang

Murid-murid menamatkan larian

Waktu rehat muridmurid

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA PRASEKOLAH S.K. KELAPA SAWIT NO.5, SUBIS
1. TAJUK

: KEM BESTARI 1 MALAYSIA

2. PENDAHULUAN

Kem Bestari 1 Malaysia adalah satu program yang dapat membentuk generasi muda yang berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni dan penyayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Dengan adanya pelaksanaan Kem Bestari 1 Malaysia ini diharapkan dapat memberi pendekatan secara menyeluruh kepada kanak-kanak prasekolah yang terdiri daripada pelbagai keturunan, latar belakang dan gaya hidup. Melalui kem ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan maklumat asas tentang budaya, adat resam, pantang larang dan sensitiviti pelbagai kaum di Malaysia. 3. OBJEKTIF
3.1. Merapatkan hubungan sesama murid di antara pelbagai kaum.

3.2. Mengukuhkan nilai-nilai kerjasama dan memahami adat budaya kaum di Malaysia. 3.3. Mengamalkan semangat toleransi dan semangat persaingan yang sihat dalam setiap pertandingan 3.4. Mencungkil bakat dan potensi diri dalam kalangan murid prasekolah. 3.5. Murid-murid dapat berkongsi pengalaman bersama rakan. 4. PELAKSANAAN 4.1. TAKWIM PELAKSANAAN 5 Julai 2012 18 - 22 Jun 2012 Senamrobik 1 Malaysia Mengumpul bahan kitar semula botol plastik

4.2. PELAPORAN AKTIVITI


1. Senamrobik 1 Malaysia

Acara senamrobik diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Muridmurid mengambil ruang masing-masing dengan dibantu oleh guru-guru. Kemudian, mengikut gerak badan 4 orang guru yang memberi arahan di

hadapan mereka. Banyak langkah senamrobik yang telah dipersembahkan. Murid-murid sangat gembira dan seronok dengan aktiviti ini. 2. Mengumpul bahan kitar semula botol plastik Salah satu usaha yang dilakukan dalam menjaga persekitaran sekolah adalah dengan mengutip botol-botol terbuang. Oleh itu, murid-murid ini diajar untuk mengumpul bahan-bahan mana yang boleh yang dikitar semula dan dengan kemudian mengumpul sebanyak botol diperoleh

menggunakan botol-botol tersebut untuk dijadikan lanskap sekolah. Dengan botol-botol menghiasi pagar sekolah, kawasan sekolah menjadi semakin menarik. 5. IMPAK Secara keseluruhannya, murid-murid seronok dan mengikuti program yang disediakan dengan baik. Mereka gembira dan bekerjasama dalam memastikan semua aktiviti berjalan dengan baik. 6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

7. LAMPIRAN

: GAMBAR AKTIVITI

Murid-murid beratur mengambil kawasan masing-masing

4 orang guru mendemonstrasikan senamrobik

Murid-murid prasekolah mengikuti senamrobik LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA

PRASEKOLAH S.K. KELAPA SAWIT NO.5, SUBIS


1. TAJUK

: PERAYAAN 1 MALAYSIA

2. PENDAHULUAN

3. OBJEKTIF a. M b. 4. PELAKSANAAN a. TAKWIM PELAKSANAAN

b. PELAPORAN AKTIVITI 5. IMPAK . 6. LAMPIRAN : GAMBAR AKTIVITI

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA

PRASEKOLAH S.K. KELAPA SAWIT NO.5, SUBIS


1. TAJUK

: SAMBUTAN HARI KECEMERLANGAN PRASEKOLAH & PENGUCAPAN BERTATASUSILA

2. PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kecemerlangan sekolah diadakan pada tiap-tiap tahun. Sama seperti pada tahun-tahun sudah, sambutan ini diadakan untuk mengiktiraf prasekolah. perkembangan Penghargaan murid secara holistik di sepanjang yang sesi telah diberikan kepada murid-murid

menguasai tunjang pembelajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Oleh itu, dalam masa yang sama, murid-murid yang cemerlang dalam bidang masing-masing diberikan kepercayaan untuk menyampaikan pengucapan umum dihadapan semua hadirin yang hadir. Pendedahan awal pengucapan bertatasusila diperingkat prasekolah ini adalah untuk membentuk keyakinan di dalam diri setiap murid dan memiliki sahsiah yang baik. 3. OBJEKTIF
3.1. Memupuk keyakinan diri dalam kalangan murid-murid untuk meningkatkan

kualiti pembelajaran. 3.2. Mengembangkan bakat dan potensi individu. 3.3. Memberi pendedahan kepada murid-murid supaya boleh melafazkan ucapan bertatasusila dalam pelbagai bahasa. 3.4. Murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berucap di hadapan orang ramai. 4. PELAKSANAAN 4.1. TAKWIM PELAKSANAAN 13 September 2012

4.2. PELAPORAN AKTIVITI Pada majlis sambutan Hari Kecemerlangan Prasekolah ini, muridmurid dan ibu bapa mengambil tempat yang telah disediakan. Selepas selesai ucapan guru besar dan juga guru prasekolah, acara yang paling

ditunggu-tunggu oleh murid-murid adalah acara penyampaian hadiah untuk anugerah murid cemerlang pada tahun 2012. Terdapat beberapa anugerah kecemerlangan yang akan diberikan iaitu terbaik bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan banyak lagi. Semua murid yang menerima anugerah diminta untuk berucap ringkas di hadapan semua hadirin yang hadir. Selepas itu, murid-murid pulang ke rumah bersama ibu bapa masing-masing. 5. IMPAK Sambutan Hari Kecemerlangan dan Pengucapan Bertatasusila dapat melahirkan seorang murid yang tekun dalam pembelajaran. Anugerah yang diterima oleh murid dapat menjadi dorongan kepada mereka untuk berusaha menjadi yang lebih baik di masa akan datang. Selain itu, anugerah yang diberikan juga adalah sebagai imbuhan hasil kerja keras mereka di dalam bilik darjah secara tidak langsung mereka dapat menguasai sesuatu subjek dengan baik. 6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

7. LAMPIRAN

: GAMBAR AKTIVITI

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1 MALAYSIA

PRASEKOLAH S.K. KELAPA SAWIT NO.5, SUBIS


1. TAJUK

: KENEGARAAN

2. PENDAHULUAN Kenegaraan berkait rapat dengan semangat tinggi dan sikap prihatin serta pemahaman terhadap sejarah dan hal ehwal perjuangan memartabatkan dan mempertahankan kedaulatan dan maruah Negara. Murid-murid prasekolah telah didedahkan dengan modul kenegaraan supaya dapat menjadi pemanking kepada pengamalan nilai-nilai cintakan Negara. Tunjang utama dalam modul kenegaraan adalah 5 prinsip rukun Negara.

3. OBJEKTIF

3.1 Menanamkan nilai kepercayaan kepada Tuhan serta menghargai semua anugerah ciptaan-Nya. 3.2 Memupuk semangat taat dan cinta kepada Raja dan Negara. 3.3 Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara
3.4 Mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian.

4. PELAKSANAAN 4.1 TAKWIM PELAKSANAAN Dilaksanakan setiap hari semasa aktiviti Rutin Harian. Dilaksanakan pada setiap kali perhimpunan hari Isnin.

4.2 PELAPORAN AKTIVITI Pada setiap hari Isnin, diadakan perhimpunan mingguan. Pada hari tersebut, murid-murid akan menyanyikan Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Lagu Patriotik serta melafazkan ikrar 5 Prinsip Rukun Negara. Selain itu, muridmurid prasekolah akan mengikuti aktiviti kenegaraan ini pada setiap kali waktu Rutin Harian. Semasa aktiviti ini diadakan, murid-murid akan menyanyikan beberapa lagu patriotik, dan juga menghafaz 5 Prinsip Rukun Negara. Kadang kala guru juga melibatkan murid dalam aktiviti mendeklamasikan Sajak berkonsepkan kenegaraan.

5. IMPAK Melihat kepada perkembangan murid, saya dapati mereka dapat menghayati konsep kenegaraan dengan baik. Terdapat murid yang telah dapat menghafaz 5 Prinsip Rukun Negara dengan baik. Terdapat murid-murid yang dapat mengalunkan beberapa buah lagu patriotik tanpa lirik serta mereka telah dapat menghayati Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dengan baik. 6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 7. LAMPIRAN : GAMBAR AKTIVITI

Anda mungkin juga menyukai