Anda di halaman 1dari 21
DSP Sejarah Tingkatan 1 15 Mac 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN

DSP Sejarah Tingkatan 1 15 Mac 2012

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 1

2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

TAFSIRAN

o

Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

o

Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik gambaran holistik tentang individu.

bagi memberikan

o

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai.

o

Evidens :

Murid

-

Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai

berdasarkan deskriptor. Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan

 

dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND

STANDARD

1

Tahu

2

Tahu dan Faham

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

TAFSIRAN BAND

BAND

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN

1

TAHU

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.

2

TAHU DAN FAHAM

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

4

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

 

TAHU, FAHAM DAN BOLEH

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

5

BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

 

TAHU, FAHAM DAN BOLEH

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

6

BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:

OM 1

Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan

OM 2

sepanjang hayat serta mampu berdikari. Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.

OM 3

Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

OM 4

Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan

OM 5

negara dan mempertahankan maruah bangsa. Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan nega

OM 6

Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat

OM 7

antarabangsa. Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.

OM 8

Mengamalkan nilai-nilai murni.

OM 9

Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

BAND

PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

2

Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

3

Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme .

4

Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme.

5

Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

6

Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

1

B1

   

B1D1

B1D1E1

TAHU

Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

Mengetahui kemahiran sejarah dan kepentingan sejarah dalam kehidupan kita

Menyatakan pengertian sejarah

B1D1E2

   

Menyatakan istilah / konsep masa dalam sejarah (KPS)

B1D1E3

Menyenaraikan tujuan belajar sejarah (UP)

B1D2

B1D2E1

Mengetahui Zaman Prasejarah kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

Menyatakan tahap Zaman Prasejarah secara kronologi (KPS)

B1D2E2

 

Menyatakan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara

B1D2E3

Menyatakan asal-usul nama Melaka

B1D2E4

Menyenaraikan tokoh pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka (UP)

B1D2E5

Menyatakan kuasa Barat yang menguasai Melaka

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

   

B1D3

B1D3E1

Mengetahui Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

Menyatakan pengasasan kerajaan Johor

B1D3E2

Menyenaraikan tokoh dalam kerajaan Johor (UP)

 

B1D3E3

Menyatakan kegemilangan kerajaan Johor

B1D3E4

Menamakan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru

B1D3E5

Melabel lokasi kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru dalam peta Semenanjung Malaysia. (KPS)

B1D3E6

Menyatakan kesenian rakyat masyarakat Melayu tradisional (UP)

B1D3E7

Menyenaraikan kumpulan etnik di Sarawak

B1D3E8

Menyenaraikan kumpulan etnik di Sabah

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

2

B2

B2D1

B2D1E1

Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

Memahami kemahiran sejarah dan kepentingan sejarah dalam kehidupan kita

Menjelaskan ciri-ciri sejarah

TAHU DAN

FAHAM

B2D1E2

   

Menjelaskan sumber-sumber sejarah (KPS)

B2D1E3

Menjelaskan kaedah pengkajian sejarah

B2D1E4

Menjelaskan istilah / konsep masa dalam sejarah (KPS)

B2D2

B2D2E1

Memahami Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

Menjelaskan ciri-ciri masyarakat Zaman Prasejarah (KPS)

B2D2E2

 

Menjelaskan kegiatan ekonomi kerajaan agraria dan maritim di Asia Tenggara

B2D2E3

Menjelaskan asal-usul nama Melaka

B2D2E4

Menjelaskan peranan Parameswara dan Tun Perak pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (UP)

B2D2E5

Menjelaskan struktur pentadbiran Sistem Pembesar Empat Lipatan

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

     

B2D2E6

Menjelaskan faktor kemajuan perdagangan di Melaka

B2D2E7

Menjelaskan bentuk hubungan luar Melaka

B2D2E8

Menjelaskan cara kedatangan Islam ke Melaka

B2D2E9

Menjelaskan peranan istana sebagai pusat intelektual

B2D2E10

Menjelaskan cara perluasan kuasa Kesultanan Melayu Melaka

B2D2E11

Menjelaskan faktor kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

B2D3

B2D3E1

Memahami Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

Menjelaskan pengasasan kerajaan Johor

B2D3E2

Menjelaskan faktor kegemilangan kerajaan Johor (UP)

 

B2D3E3

Menjelaskan tokoh dalam kesultanan Johor (UP)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

 

EVIDENS

     

B2D3E4

Menjelaskan latar belakang kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru

B2D3E5

Menjelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran

di

Negeri-negeri Melayu

B2D3E6

Menjelaskan sistem perundangan tidak bertulis kerajaan Melayu

B2D3E7

Menjelaskan kegiatan ekonomi sara diri di Negeri- negeri Melayu

B2D3E8

Menjelaskan sistem pendidikan masyarakat Melayu

tradisional

B2D3E9

Menjelaskan latar belakang sejarah Sarawak

B2D3E10

Menjelaskan latar belakang sejarah Sabah

B2D3E11

Menjelaskan cara hidup dan budaya kumpulan etnik

di

Sarawak (UP)

B2D3E12

Menjelaskan cara hidup dan budaya kumpulan etnik

di

Sabah (UP)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

3

B3

B3D1

B3D1E1

TAHU, FAHAM

Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme

Mengaplikasi kemahiran sejarah dalam mengkaji sejarah negara

Memberi contoh peristiwa penting dalam sejarah negara (KPS, UP)

DAN BOLEH

BUAT

B3D1E2

 

Menggunakan sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS)

B3D1E3

Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS)

B3D1E4

Mengaplikasikan istilah / konsep masa dalam sejarah (KPS)

B3D1E5

Memberi contoh kejayaan negara yang menjadi kebanggaan kita (UP)

B3D1E6

Mengamalkan unsur patriotisme (UP)

B3D2

B3D2E1

Menerangkan Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

Menerangkan ciri masyarakat Zaman Prasejarah

B3D2E2

Menerangkan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

     

B3D2E3

Menerangkan peranan pembesar dalam pentadbiran Sistem Pembesar Empat Lipatan

B3D2E4

Menerangkan faktor kemajuan perdagangan di Melaka

B3D2E5

Menerangkan kepentingan hubungan luar Melaka

B3D2E6

Menerangkan kesan perkembangan Islam di Melaka

B3D2E7

Menerangkan peranan istana sebagai pusat intelektual

B3D2E8

Melakar dan melorek kawasan jajahan empayar Melaka (KPS)

B3D2E9

Menerangkan ciri kepimpinan yang membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (UP)

B3D2E10

Menerangkan faktor kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

B3D3

B3D3E1

Menerangkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

Menerangkan faktor kegemilangan kerajaan Johor

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

     

B3D3E2

Menerangkan keistimewaan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (UP)

B3D3E3

Menerangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Negeri-negeri Melayu

B3D3E4

Menerangkan sistem perundangan kerajaan Melayu

B3D3E5

Menerangkan kegiatan ekonomi tradisional di negeri- negeri Melayu

B3D3E6

Menerangkan sosiobudaya masyarakat Melayu tradisional (UP)

B3D3E7

Menerangkan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi kumpulan etnik di Sarawak (UP)

B3D3E8

Menerangkan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi kumpulan etnik di Sabah (UP)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

4

B4

B4D1

B4D1E1

TAHU, FAHAM

Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan.

Mahir mengaplikasi kemahiran sejarah dalam mengkaji sejarah negara

Mengelas sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS)

DAN BOLEH

BUAT

 

B4D1E2

DENGAN

Menggunakan sumber sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS)

BERADAB

 

B4D1E3

Mengelaskan kaedah pengkajian sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS)

B4D1E4

Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS)

B4D1E5

Mengaplikasikan istilah / konsep masa dalam sejarah dengan mahir (KPS)

B4D1E6

Selalu mengamalkan unsur patriotisme (UP)

B4D2

B4D2E1

Menghuraikan perkembangan Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

Membandingkan ciri masyarakat Zaman Prasejarah (KPS)

B4D2E2

 

Membandingkan ciri kerajaan Maritim dengan Agraria (KPS)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

     

B4D2E3

Membandingkan peranan pembesar berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka (KPS)

B4D2E4

Menganalisis sumbangan sultan yang memerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (KPS, UP)

B4D2E5

Menghurai peranan Melaka dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara

B4D2E6

Menganalisis kesan perluasan kuasa Kesultanan Melayu Melaka (KPS)

B4D2E7

Menganalisis ciri kepimpinan yang membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (KPS, UP)

B4D2E8

Menganalisis sebab kejatuhan Melaka pada kurun ke-16 (KPS)

B4D3

B4D3E1

Menganalisis Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah

Menganalisis kegemilangan kerajaan Johor dalam menegakkan kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka (KPS)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

     

B4D3E2

Menganalisis persaingan Johor, Acheh dan Portugis (KPS)

B4D3E3

Menganalisis faktor kemerosotan kerajaan Johor (KPS)

B4D3E4

Membandingkan keistimewaan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (KPS,UP)

B4D3E5

Membandingkan sistem pentadbiran Negeri Sembilan dengan negeri Melayu yang lain (KPS)

B4D3E6

Membandingkan sistem perundangan bertulis dan tidak bertulis (KPS)

B4D3E7

Mengelaskan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi mengikut kumpulan etnik di Sarawak (KPS, UP)

B4D3E8

Mengelaskan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi mengikut kumpulan etnik di Sabah (KPS)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

5

B5

B5D1

B5D1E1

TAHU, FAHAM

Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah

Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan dunia serta mengambil iktibar

Menilai kegemilangan perdagangan antarabangsa Kesultanan Melayu Melaka (KPS)

DAN BOLEH

BUAT

B5D1E2

DENGAN

   

Menilai hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka (KPS)

BERADAB

TERPUJI

B5D1E3

Menghubungkait perkembangan intelektual Kesultanan Melayu Melaka dengan negara luar (KPS)

B5D1E4

Menilai pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka sebagai kerajaan terulung di Kepulauan Melayu (KPS,UP)

B5D1E5

Menilai ketokohan pemimpin Kesultanan Melayu Melaka yang mendapat pengiktirafan negara luar (KPS,UP)

B5D1E6

Menilai tindakan pemimpin Johor dalam menghadapi cabaran kuasa luar (KPS, UP)

B5D1E7

Menilai hubungan luar kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (KPS)

B5D1E8

Sentiasa mengamalkan unsur patriotisme

B5D1E9

Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah (UP)

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

6

B6

B6D1

B6D1E1

TAHU, FAHAM

Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

Menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang patriotik serta warga dunia yang bertanggungjawab

Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia (KPS, UP)

DAN BOLEH

BUAT

DENGAN

B6D1E2

BERADAB

   

Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP):

MITHALI

Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Bersemangat setia negara

Bersemangat kekitaan

Berdisiplin

Berusaha dan produktif

Nota :

KPS

-

Kemahiran Pemikiran Sejarah

UP

-

Unsur Patriotisme