Anda di halaman 1dari 1

Guru dan Kemahiran Profesional Konsep Kemahiran Profesional Kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan

n pakar dalam bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional mampu melaksanakan tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi seseorang yang profesional, dia bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain.

Tiga ciri kemahiran profesional guru. Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas yang diikhtiraf, guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid. Tiga bidang ilmu yang diperolehi dari kemahiran belajar melibatkan penggunaan mental Bidang kognitif Bidang afektif Bidang psikomotor

Ciri guru yang menguasai kemahiran profesional berfikir Dapat menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Mahir dalam penyusunan maklumat, konsep atau idea. Berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baru terutamanya dalam pengajaran.

Beri Nilai