Anda di halaman 1dari 5

LINGUISTIK

DEFINISI
Ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa. Ilmu linguistik adalah ilmu tentang bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia mencapai pelbagai matlamat atau hasrat dalam kehidupan hariannya. Pemerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis seluruh kerencaman pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan.

Stork dan Widdowson(1983) satu bidang kajian dan subjek kajiannya adalah bahasa. Ilmu tentang bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia mencapai pelbagai matlamat atau hasrat dalam kehidupan seharian.(Kamus Dewan Edisi Keempat). Kamus Linguistik (1977) i. Linguistik am konsep asas, teori, model dan kaedah, merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam kajian fonologi, tatabahasa dan kosa kata serta kajian grafemik, sejarawi, perbandingan dan dialek.

ii. Linguistik deskriptif - mengamati dan menganalisis ciri bunyi, tatabahasa dan kosa kata bahasa pada waktu tertentu. iii. Linguistik preskriptif Kajian bahasa yang berusaha untuk mengadakan rumus untuk penggunaan bahasa yang betul. iv. Linguistik bandingan Perbandingan antara bahasa yang berkaitan dari segi fonologi, tatabahasa dan leksikal atau perbandingan antara tempoh yang berlainan dalam perkembangan sejarah sesuatu bahasa.

v. Linguistik sejarawi - digunakan dalam cabang linguistik untuk mengkaji perubahan jangka pendek atau jangka panjang dalam sistem bunyi, tatabahasa dan kosa kata sesuatu bahasa. vi.Linguistik normatif aliran linguistik yang berpendirian bahawa tugas ahli linguistik adalah untuk menentukan dan mengekalkan kebakuan bahasa. vii. Linguistik asal usul - persoalan bila, di mana dan bagaimana bahasa manusia bermula dan berkembang.

Anda mungkin juga menyukai