Anda di halaman 1dari 8

DIKEMASKINI : 260412

SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012 PERATURAN PERTANDINGAN MENEMBAK ( LELAKI & WANITA ) 1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang International Shooting Sports Federation (ISSF). Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka Undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan atau Undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1 Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012. 1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang International Shooting Sports Federation (ISSF). 1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa teknikal dan Pertandingan Menembak SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012 adalah muktamad.

1.2

1.3

2.0

TARIKH PERTANDINGAN 9 13 Julai 2012

3.0

TEMPAT PERTANDINGAN Lapang Sasar Menembak SUKPA, Indera Mahkota, Kuantan

1/8

4.0

PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri dan Negara Brunei Darussalam. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Majlis Sukan masing-masing. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan Lelaki dan satu (1) pasukan Wanita yang terdiri daripada :Pasukan Lelaki Pengurus Pasukan Jurulatih Peserta Jumlah 4.3 1 orang 2 orang 21 orang 24 orang Pasukan Wanita 2 orang 15 orang 17 orang

4.2

Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan tiga (3) orang peserta lelaki dan tiga (3) peserta wanita bagi acara-acara perseorangan dan berpasukan.

5.0

KELAYAKAN PESERTA 5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun 1991 dan selepasnya sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kad pengenalan dan tiga (3) keping gambar berukuran pasport antarabangsa bagi setiap peserta bersama dengan borang pendaftaran peserta. Bagi peserta PDRM, kesahihan tarikh lahir hendaklah disahkan oleh Pengerusi / Setiausaha Majlis Sukan PDRM. Peserta yang dipilih daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia hendaklah mengemukakan salinan kad pengenalan BAT C 10 sebagai pengenalan rasmi masing-masing. Pendaftaran yang menggunakan salinan dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 adalah dibenarkan. Hanya peserta yang didaftarkan dengan yuran pendaftaran RM 100.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. Peserta-peserta gantian mesti dikemukakan tidak lewat daripada 1 Jun 2012 dengan disertakan yuran pendaftaran RM 100.00 seorang. (Sila rujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.9)
2/8

5.2

5.3

5.4

5.5

Tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.9, peserta yang berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana kontinjen/negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Sukan berkenaan. Atlet-atlet yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mendapat tajaan biasiswa/dermasiswa Kerajaan Negeri hendaklah dibenarkan mewakili negeri yang menaja mereka. Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.6, Sukan Malaysia XV, Pahang 2012. Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.11.

5.6

5.7

5.8

6.0

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN 6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan. Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan, atau BAT C 10, atau dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan. Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6.2

6.3 7.0

ACARA-ACARA 7.1 Acara-acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut :Kategori Lelaki Bil. 1. 2. 3. 4. Acara
10 m Air Rifle (Individu) 10 m Air Rifle (Berpasukan) 10 m Air Pistol (Individu) 10 m Air Pistol (Berpasukan)

3/8

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

50 m Free Pistol (Individu) 50 m Free Pistol (Berpasukan) 25 m Rapid Fire Pistol (Individu) 25 m Rapid Fire Pistol(Berpasukan) 25 m Sports Pistol (Individu) 25 m Sports Pistol (Berpasukan) 25 m Standard Pistol (individu) 25 m Standard Pistol (Berpasukan) 50 m SB Free Rifle Prone (Individu) 50 m SB Free Rifle Prone (Berpasukan) 50 m SB Free Rifle 3 Position (Individu) 50 m SB Free Rifle 3 Position (Berpasukan)

Kategori Wanita Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Acara


10 m Air Rifle (Individu) 10 m Air Rifle (Berpasukan) 10 m Air Pistol (Individu) 10 m Air Pistol (Berpasukan) 25 m Sports Pistol (Individu) 25 m Sports Pistol (Berpasukan) 50 m SB Sports Rifle Prone (Individu) 50 m SB Sports Rifle Prone (Berpasukan) 50 m SB Sports Rifle 3 Position (Individu) 50 m SB Sports Rifle 3 Position (Berpasukan)

4/8

8.0

PAKAIAN PESERTA 8.1 Setiap peserta hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan mengikut Undang-Undang ISSF dalam General Technical Rules dan Special Technical Rules. Para pengadil dan Hakim Pertandingan mestilah memakai lencana atau tanda pengenalan diri. Bagi peserta menembak Rifle hendaklah memakai nombor di belakang jeket. Bagi peserta penembak Pistol hendaklah memakai nombor di belakang baju. Adalah dibenarkan peserta-peserta memakai pakaian lain, alat-alat seperti kasut, cermin mata dan sebagainya mengikut apa yang dibenarkan oleh Undang-Undang ISSF. Ketua Pengadil berhak menegur mana-mana Pegawai atau peserta yang tidak mengikut peraturan.

8.2

8.3

8.4

8.5

9.0

SISTEM PERTANDINGAN 9.1 Pertandingan akan dijalankan serentak bagi setiap acara. Sekiranya tapak menembak tidak mencukupi, detail kedua dan seterusnya akan diadakan. Masa pertandingan adalah mengikut Undang-Undang ISSF. Pemeriksaan senjata dan peralatan menembak mengikut Undang-Undang ISSF akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan dimulakan. Pertandingan 13 acara ini hendaklah diadakan tidak kurang dari 4 hari berturut-turut.

9.2 9.3

9.4 10.0

PENGADIL (HAKIM, PEGAWAI) PERTANDINGAN 10.1 Majlis Sukan Negara akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal setelah berunding dengan NSAM tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 14.2 (i). Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil dalam setiap pertandingan adalah muktamad.
5/8

10.2

11.0

BANTAHAN / TATATERTIB 11.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan dan PEGAWAI sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 Wang pertaruhan akan luput jika dikemukakan itu didapati tidak wajar. bantahan yang

11.2

11.3

Semua bantahan berkaitan keputusan awal markah pertandingan hendaklah dikemukakan dalam masa 10 minit selepas keputusan awal dipamerkan. Dan semua bantahan bertulis hendaklah dikemukakan tidak lebih dari 30 minit setelah bantahan awal dikemukakan serta wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 telah dibayar. Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima bantahan rasmi Pengarah Pertandingan akan membuat keputusan.

11.4

12.0

JAWATANKUASA BANTAHAN / TATATERTIB 12.1 Pelantikan Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib dan prosedur aturcara mesyuarat adalah sebagai yang diamalkan oleh Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia seperti berikut :12.1.1 12.1.2 12.1.3 Pengarah Pertandingan/Wakilnya Ketua Delegat Teknikal / Wakilnya Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dalam kes bantahan / tatatertib itu.

6/8

13.0 HADIAH-HADIAH 13.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :Lelaki Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Acara
10 m Air Rifle (Individu) 10 m Air Rifle (Berpasukan) 10 m Air Pistol (Individu) 10 m Air Pistol (Berpasukan) 50 m Free Pistol (Individu) 50 m Free Pistol (Berpasukan) 25 m Rapid Fire Pistol (Individu) 25 m Rapid Fire Pistol(Berpasukan) 25 m Sports Pistol (Individu)

Emas
1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3)

Perak
1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3)

Gangsa
1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3)

10. 25 m Sports Pistol (Berpasukan) 11. 25 m Standard Pistol (individu) 12. 25 m Standard Pistol (Berpasukan) 13. 50 m SB Free Rifle Prone (Individu) 14. 50 m SB Free Rifle Prone (Berpasukan) 15. 50 m SB Free Rifle 3 Position (Individu) 16.
50 m SB Free Rifle 3 Position (Berpasukan)

Jumlah

16 (32)

16(32)

16(32)

Wanita Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Acara


10 m Air Rifle (Individu) 10 m Air Rifle (Berpasukan) 10 m Air Pistol (Individu) 10 m Air Pistol (Berpasukan) 25 m Sports Pistol (Individu) 25 m Sports Pistol (Berpasukan) 7/8

Emas
1 1(3) 1 1(3) 1 1(3)

Perak Gangsa
1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3) 1 1(3)

7. 8. 9. 10.

50 m SB Sports Rifle Prone (Individu) 50 m SB Sports Rifle Prone (Berpasukan) 50 m SB Sports Rifle 3 Position (Individu) 50 m SB Free Rifle 3 Position (Berpasukan)

1 1(3) 1 1(3)

1 1(3) 1 1(3)

1 1(3) 1 1(3)

Jumlah

10 (20) 10 (20)

10(20)

13.2

Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah tertakluk kepada Peraturan Tetap Perkara 16.3.

Disediakan oleh : Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012
Folder SUKMA XV, PAHANG 2012 Peraturan Pertandingan SUKMA XV, PAHANG 2012 Menembak

8/8