Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS SMK AGAMA TUN SAID TAHUN 2013 1.

0 Pengenalan Pengurusan bilik darjah atau kelas merupakan tanggungjawab semua warga sekolah termasuk Guru Kelas atau Guru Tingkatan, Guru-guru mata pelajaran serta pelajar dalam kelas tersebut. Suasana persekitaran dalaman bilik darjah atau kelas akan mempengaruhi suasana kondusif untuk proses P & P berjalan dengan lancar. Oleh itu, program ini akan melibatkan persekitaran fizikal dalaman yang kondusif seperti yang dihasratkan.

2.0

Objektif

Program Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas ini bertujuan untuk: i. Menjadikan kelas atau bilik darjah suatu tempat yang selesa, ceria dan kondusif untuk pengajaran-pembelajaran. ii. Melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri semua pelajar ke atas kebersihan dan keceriaan dalam kelas. iii. Mewujudkan rasa kasih-sayang dan menghargai kemudahan dan prasarana yang dibekalkan di sekolah. iv. Mengurangkan gejala vandalisme, merosakkan harta benda awam dalam kalangan pelajar.

3.0

Anjuran Jawatankuasa Bertindak Kebersihan & Keceriaan

4.0

Jawatankuasa Pelaksana : Encik Azman Bin Yusof (Pengetua) : Puan Rosnani Binti Sidin (PK HEM) : En Sharulnizam bin Atil : Puan Fauzelah Binti Abdul Rahman Guru Bertugas Mingguan

Penasihat Pengerusi Setiausaha Ahli

4.1 Bidang Tugas Ahli Ahli Jawatankuasa : Nama Guru Bertugas Mingguan Bidang Tugas
memahami tentang kriteria penilaian Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas memberi pemarkahan dengan adil demi memastikan ketelusan keputusan pertandingan

Puan Fauzelah binti Abdul memastikan rotasi fail Pertandingan Kebersihan Dan Rahman Keceriaan Kelas kepada guru bertugas mingguan menjelaskan tentang kriteria penilaian kepada guru bertugas mingguan memantau pemarkahan demi memastikan ketelusan pemarkahan

En Sharulnizam bin Atil

menguruskan acara pemberian hadiah / insentif kepada kelas yang menang memberi komen / ulasan tentang setiap kelas kepada guru kelas berdasarkan pemarkahan kelas (sekurang-kurangnya setiap bulan sekali)

Puan Rosnani Binti Sidin memastikan (PK HEM)

perlaksanaan

dan

kelancaran

program

Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas secara menyeluruh

5.0

Pelaksanaan Program 5.1 Program berjalan bermula Januari dan berakhir Oktober 2013. Setiap kelas menceriakan bilik darjah / kelas di bawah pemantauan Guru Kelas Tingkatan 5.2 Penilaian dibuat setiap minggu semasa pemeriksaan mingguan kelas oleh Guru Bertugas Mingguan. Pengumuman akan dibuat dan piala pusingan diserahkan semasa perhimpunan bagi tiga kelas yang mendapat markah tertinggi bagi setiap kategori (menengah rendah dan menengah atas) dan kelas markah paling rendah. 5.3 Pemenang bagi insentif setiap penggal adalah berdasarkan markah terkumpul bagi bulan-bulan berkenaan sahaja. Contohnya, markah bagi pertengah penggal pertama tidak diambil kira untuk penilaian penggal pertama 5.4 Pemenang bagi insentif diberi semasa perhimpunan empat kali setahun : o Pertengahan penggal pertama (22 Mac 2013) o Penghujung penggal pertama (24 Mei 2013) o Pertengahan penggal kedua (2 Ogos 2013) o Penghujung penggal kedua (8 November 2013) 5.5 Kriteria Penilaian Kebersihan Kelas (lantai, tingkap, dll) Keceriaan (Wajib ada : papan maklumat, alas meja pelajar, meja guru ) Senarai Kehadiran (statistik) Maklumat Asas Kelas (dikemaskini, hiasan, dll)

* Borang Penilaian Kebersihan dan Keceriaan Kelas boleh dirujuk pada Lampiran 1

6.0

Perbelanjaan Kewangan 6.1 Peruntukan permulaan ialah RM 50 setiap kelas. (RM 50 X 18) Jumlah = RM 900

6.2 Hadiah/Insentif yang diberikan pada penggal pertama dan penggal kedua : PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA (Januari - Mac) Menengah Atas Tempat pertama : RM 50 Tempat kedua : RM 40 Tempat ketiga : RM 30 Menengah Rendah Tempat pertama : RM 50 Tempat kedua : RM 40 Tempat ketiga : RM 30 Jumlah : RM 240 PENGGAL PERTAMA (April - Mei) Menengah Atas Tempat pertama : RM 50 Tempat kedua : RM 40 Tempat ketiga : RM 30 Menengah Rendah Tempat pertama : RM 50 Tempat kedua : RM 40 Tempat ketiga : RM 30 Jumlah : RM 240 PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA (Jun - Ogos) Menengah Atas Tempat pertama : RM 50 Tempat kedua : RM 40 Tempat ketiga : RM 30 Menengah Rendah Tempat pertama : RM 50 Tempat kedua : RM 40 Tempat ketiga : RM 30 Jumlah : RM 240 PENGGAL KEDUA (September - Oktober) Menengah Atas Tempat pertama : RM 50 Tempat kedua : RM 40 Tempat ketiga : RM 30 Menengah Rendah Tempat pertama : RM 50 Tempat kedua : RM 40 Tempat ketiga : RM 30 Jumlah : RM 240 Jumlah Keseluruhan : RM 1,860
4

7.0

Penutup Semoga Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak agar ianya berjalan dengan baik dan lancar serta mencapai matlamat dan objektif yang dihasratkan.

Disediakan oleh,

(SHARULNIZAM BIN ATIL) Setiausaha JK Bertindak Kebersihan & Keceriaan

Disahkan oleh,

(ROSNANI BINTI SIDIN) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Diluluskan oleh,

(AZMAN BIN YUSOF) Pengetua SMK Agama Tun Said

Anda mungkin juga menyukai