Anda di halaman 1dari 5

Pantun Nasihat Bunga mawar bunga melati, Kala dicium harum baunya; Banyak cara sembuhkan hati, Baca

Quran faham maknanya. Sungguh indah dataran gambut, Angin menyusur di pinggir desa; Alhamdulillah kita menyebut, Tanda bersyukur kepada yang Esa. Indahnya pancaran cahaya mentari, Terang benderang menerangi hari; Kurniaan Allah wajib disyukuri, Teruskan berusaha perbaiki diri.

Makan sirih duduk bersila, Sambil duduk bergurau senda, Sekiranya ilmu penuh didada, Hidup tidak gelap gelita.

Mak Munah pergi ke perigi, Pergi bersama anaknya Siti, Tuntutlah ilmu setiap hari, Untuk kesenangan diri sendiri.

Cik Ani menanam bunga, Bunga ditanam di tepi halaman, Ilmu itu besar nilainya, Harta dunia bukan tandingan.

Pak Abu menebar jala, Jala ditebar di sungai Linggi, Walau ilmu penuh di dada, Jangan suka menyombong diri.

Adik bermain jauh di sana, Tangan berikat dengan tali, Buat baik secara sederhana, Buat jahat jangan sekali.

Tanam tebu di tepi pagar, Daunnya kena orang lalu, Nasihat guru hendak didengar, Barulah kita selamat selalu.

Kait kelapa dengan galah, Gelap mata terkena sinar, Kita takut kerana bersalah, Kita berani kerana benar.

Ibu ke sungai tangkap ikan, Hendak digulai dengan nangka, Ibubapa jangan disia-siakan, Berjaya kita kerana mereka.

Ingatlah wahai rakanku, Hidup ini perlu berilmu, Hulurkan bakti serta jasamu, Agar kamu dihormati selalu.

Ilmu itu sangat berguna, Boleh dibawa ke mana-mana, Tanpa ilmu gelaplah dunia, Setiap masa hidup sengsara.

Ingatlah selalu pesanan daku, Jadikan petua setiap waktu, Jangan mudah menjadi jemu, Apabila menerima ajaran guru.

Bunga cempaka si bunga raya, Menyemai benih di rumah kaca, Kalau kita hendak berjaya, Perlu kita banyak membaca.

Anda mungkin juga menyukai