Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Amali Penyediaan Makanan Timur ( Set Menu India )

MOHAMAD FIRDAUS B. MUSTAFA (D20091035388) Menu yang telah saya dan rakan di unit 1 sediakan ialah set menu masyarakat Thailand yang terdiri daripada Kerabu mangga dan perut, Tom Yam Gong, Nasi Putih, Chicken Green Curry, Asparagus Daging Hitam dan Manisan Delima Merah (Tap Tim Krob). Pengalaman mempelajari menu makanan tradisi ini merupakan sesuatu yang menyeronokkan . Hidangan set menu masyarakat Thailand ini boleh dikategorikan sebagai menu sepinggan lengkap kerana mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan . Antaranya Chicken Green Curry, Tom Yam Gong & Asparagus Daging Hitam mengandungi protein & lemak. Karbohidrat pada nasi putih dan vitamin pada Manisan Delima Merah (Tap Tim Krob yang menjadi pelengkap hidangan set Thailand. Melalui komen daripada rakan-rakan dari unit 4, kami berjaya menghasilkan menu set Thailand persis seperti hidangan asal masakan tradisi masyarakat Thailand. Saya telah memasak sendiri Manisan Delima Merah (Tap Tim Krob) dan mendapat penglaman baru darinya. Dari segi persembahan makanan (food presentation) pula kumpulan kami mendapat pujian kerana dapat mempersembahkan set menu kaum Thailand dengan baik . Dari segi hasil Manisan Delima Merah (Tap Tim Krob) yang telah terhasil cantik dari segi tekstur dan warna .Namun demikian rasa (Tap Tim Krob) sedikit masin kerana terlebih santan . Secara keseluruhannya , prestasi kumpulan kami semakin meningkat dan perancangan kerja menjadi lebih teratur berbanding minggu yang lalu, dan diharapkan kami dapat membaiki lagi prestasi menjadi lebih cemerlang.