Anda di halaman 1dari 9

Tema : 4 Kenali Budaya Malaysia Tajuk : a.

Kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya Malaysia ~Adab Makan Hasil Pembelajaran : 1.Menghuraikan adab makan pelbagai warisan Malaysia dan kepentingannya.. 2.Menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain.

t Induksi : 1.

Guru menunjukkan gambar dan menanya murid

2. 3. Langkah :

Soalan :Adakah budak yang mengambil makanan itu mempunyai adab makan yang baik? Murid-murid memberi pendapatnya. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran hari ini..

1.Guru memaparkan adab makan masyarakat Malaysia kepada murid-murid .

Adab Makan (Kaum Cina)

Adab Makan (Kaum India)

Adab Makan (Kaum Melayu)


2.Murid-murid dikehendaki mendemonstrasikan adab makan masyarakat Malaysia dalam kumpulan. 3.Guru menyerapkan nilai murni menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Penutup:

1.Murid menyatakan kepentingan mengamalkan adab makan yang baik . Kekuatan Murid-murid sangat suka aktiviti lakonan.Mereka telah membawa alat untuk makan seperti mangkuk,sudu,penyepit dan garpu.Sebelum aktiviti p&p dijalankan ,saya telah memberitahu kepada murid-murid bahawa nanti kami akan mengadakan lakonan .Jadi,semasa penerangan oleh guru murid telah menumpu perhatian kerana takut melakukan kesalahan semasa lakonan. Kelemahan Semasa menunjukkan gambar kepada saya menunjukkan gambar kepada murid-murid hanya berpusat kepada murid di hadapan sahaja.Walaupun gambar yang saya sediakan adalah bersaiz A4 tetapi masih ada muridmurid yang duduk ditepi tidak boleh melihat gambar dengan jelas. Langkah Mengatasi Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi menunjukkan gambar kepada setiap murid ketika p&p dijalankan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid juga akan berlaku jika guru dapat menitikberatkan perkara ini.

Tema : 5 Malaysia Negaraku Tajuk : a.Kenali Malaysia ~Negeri-negeri yang membentukMalaysia Hasil Pembelajaran : 1.Menunjukkan perasaan bangga dan taat setia kepada negara. 2.Menhargai dan bersyukur hidup dalam negara yang aman dan makmur.

t Induksi : 1. Guru menanya murid Bilakah semua murid dan guru dikehendaki berdiri tegak semasa perhimpunan mingguan dijalankan? Semasa Lagu Negarakudinyanyikan. 2. Murid-murid menyanyikan Lagu Negarakudengan penuh semangat dan berdiri tegak.

Langkah : 1.Guru memaparkan bendera dan jata negeri-negeri di Malaysia melalui slaid power point. 2.Murid-murid dikehendaki mewarnakan bendera-bendera negeri yang diedarkan oleh guru. 3.Murid-murid membentangkan hasil lukisan mereka dan menyatakan keisitimewaan lokasi atau tanda mercu yang terdapat di negeri tersebut..

Penutup: 1.Guru memaparkan menyanyikan. lirik Lagu Negeri Johor dan murid-murid

Kekuatan Guru menggunakan komputer untuk memaparkan bendera negeri dan jata setiap negeri.Murid-murid dapat mengenalpastikan makna warna yang dalam bendera negeri dengan jelas serta mengetahui lambang-lambang yang ada pada bendera negeri seperti pokok pinang (Negeri Pulau Pinang) dan Gunung Kinabalu (Sabah). Kelemahan Semasa sesi penerangan melalui powerpoint , masalah teknikal termuncul.Jadi,murid-murid terpaksa menghadap ke depan untuk menonton persembahan power point secara kumpulan melalui screen komputer. Langkah Mengatasi Sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ,guru harus memeriksa setiap alatan atau bahan khasnya memastikan komputer dalam keadaan berfungsi.Guru harus menyediakannya lebih awal tanpa membanzirkan masa murid untuk menunggu.Semasa waktu menunggu kumpulan lain,masalah disiplin akan terwujud di kalangan murid .Maka pengurusan kelas adalah kurang memuaskan.

Tema : 4 Kenali Budaya Malaysia Tajuk : a.Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya~Pakaian Hasil Pembelajaran : 1.Menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. 2.Mengapresiasi warisan budaya sendiri.

t Induksi : 1.Guru memakai baju tradisional dan menanya murid Bolehkah anda sebutkan nama pakaian yang cikgu pakai hari ini? Baju kurung. Baju kurung berasal daripada kaum apa? Kaum Melayu. 2.Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran hari ini. Langkah : 1.Guru memaparkan pakaian pelbagai warisan budaya melalui slaid power point. 2.Murid-murid dikehendaki mereka pakaian nasional yang menggabungkan ciri-ciri pakaian pelbagai budaya Malaysia. 3.Murid-murid membentangkan hasil lukisan mereka dan menyatakan keistimewaan pakaian nasional .

Penutup: 1.Murid menyatakan cara mewarisi pakaian tradisional ini . Kekuatan Set Induksi yang dijalankan berjaya menarik perhatian murid-murid serta merangsang minda murid untuk berfikir akan pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia.Selain itu,guru telah menyampaikan matlumat yang positif kepada murid iaitu menghormati pakaian kaum lain dan menggalakkan murid-murid memakai pakaian tradisonal kaum lain seperti sempena hari perayaan Deepavali ,kami memakai Sari untuk menghadiri majlis. Kelemahan Semasa sesi melukis Pakaian Nasional secara individu oleh murid.Terdapat banyak murid tidak dapat mengaplikasikan unsur budaya kaum lain ke dalam seni reka mereka.Jadi,guru dikehendaki memberi bimbingan atau idea kepda murid-murid. Langkah Mengatasi Sebelum menjalankan aktiviti ini,guru dikehendaki menunjukkan contoh Pakaian Nasionalkepada murid.Di samping itu,guru hendak menerangkan keistimewaan baju tradisional yang ada pada setiap kaum.Ini akan memberi asas konsep kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti ini.Bagi murid

yang kurang idea,merekalah yang boleh mencontohi hasil guru serta mengubahsuainya menjadi rekaannya.

Tema : 4 Kenali Budaya Malaysia Tajuk : a.Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya~Makanan Hasil Pembelajaran : 1.Mengapresiasi warisan budaya sendiri. 2.Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia.

Induksi : 1.Guru menutup mata murid dengan kain hitam dan menyuruh murid mencuba makanan yang disediakan oleh guru. 2.Murid merasa makanan dan menyebut nama makanan tersebut. 3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran hari ini.. Langkah : 1.Guru memaparkan makanan pelbagai warisan budaya melalui slaid power point. 2.Murid-murid dikehendaki berkongsi resepi makanan tradisional pelbagai kaum yang telah disediakan dengan murid lain. 3.Murid-murid menyebutkan jenis makanan kegemarannya (dari kaum lain) serta menyatakan keistimewaan makanan kegemaran tersebut.

Penutup: 1.Murid-murid menyatakan cara mewarisi makanan tradisional Malaysia. Kekuatan Set Induksi yang dijalankan berjaya menarik perhatian murid-murid .Naluri ingin tahu muridmurid sangat tebal jadi mereka berasa seronok untuk merasa dan meneka Jenis makanan yang disediakan oleh guru.Murid-murid sangat aktif dalam bahagian ini dan meminta guru buat satu kali lagi. Kelemahan Pada bahagian mengumpul maklumat (resepi makanan tradisional) adalah kurang memuaskan.Ini disebabkan oleh resepi yang dikumpul oleh murid banyak terdiri daripada resepi makanan kaum Cina.Resepi kaum Melayu dan India adalah terhad. Langkah Mengatasi Sebelum menjalankan aktiviti ini,guru dikehendaki membuat penyedilikan dahulu.Guru boleh memberitahu laman web yang ada matlumat tersebut kepada murid-murid supaya mereka boleh mendapati resepi yang diingini .Maka,aktiviti p&p boleh dijalankan dengan lancar dan memanfaatkan murid-murid.

http://meitieng1213.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai