Anda di halaman 1dari 6

ZOOM IN PERDAGANGAN 2011

SOALAN ESEI 1.1 Keperluan dan Kehendak Manusia Huraikan perbezaan antara keperluan dengan kehendak manusia [6M]

1.2

Pengeluaran Jelaskan perbezaan antara pengeluaran langsung dengan pengeluaran tidak langsung [10M]

1.3

Faktor Pengeluaran Gambar 1 menunjukkan suatu aktiviti pengeluaran

Huraikan 3 faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti itu [ 9M] 1.4 Pengkhususan Gambar I hingga pernyataan III merujuk kepada pengkhususan dalam pengeluaran
Pernyataan I. Kilang kasut menggunakan mesin secara intensif untuk pengeluaran secara besar besaran II. Hassan seorang doctor manakala adiknya seorang jurutera III. Negeri Kedah dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi

Terangkan jenis pengkhususan dalam pernyataan I, II dan III. [ 6m ]

1.5

Sistem Barter

- Dua orang individu ingin melakukan urus niaga

Nyatakan masalah yang akan dihadapi oleh mereka yang melakukakan urus niaga sedemikian
2

[ 6m ]

Jawapan esei 1. Perbezaan antara keperluan dengan kehendak ialah : Keperluan

Kehendak

Keperluan mesti ada agar

Kehendak merupakan

manusia dapat terus hidup. [ 1m ]

pelengkap kepada keperluan supaya manusia dapat hidup dengan lebih selesa. [ 1m ]

Terbatas kepada perkara

Tidak mempunyai batasan.

asas dan mudah dipuaskan. [ 1m ]

Mempunyai banyak pilihan dan sukar untuk dipenuhi. [ 1m ]

Contohnya makanan, pakaian

Contohnya, kereta mewah,

dan tempat tinggal. [ 1m ]

rumah banglo. [ 1m ]

2. Perbezaan antara pengeluaran langsung dengan pengeluaran tak langsung ialah : Pengeluaran Langsung

Pengeluaran Tak Langsung

Pengeluaran langsung

Pengeluaran tak langsung

diamalkan pada zaman silam. [ 1m ]

diamalkan pada zaman sekarang. [ 1m ]

Pengeluaran langsung

Pengeluaran tak langsung

menggunakan kaedah pengeluaran yang primitif. [ 1m ]

menggunakan kaedah pengeluaran yang lebih cekap. [ 1m ] Skala operasi bagi

Pengeluaran langsung

berskala kecil iaitu jumlah keluaran adalah sedikit [ 1m ]

pengeluaran tak langsung adalah besar. [ 1m ]


3

Pengeluaran langsung tidak

Pengeluaran tak langsung

menghasilkan sebarang lebihan untuk pertukaran kerana pengeluaran setakat untuk keperluan sendiri sahaja. [ 1m ]

menghasilkan lebihan yang melibatkan pertukaran, perniagaan dan perdagangan. [ 1m ]

Pengeluaran langsung tidak

melakukan sebarang pengkhususan dalam pengeluaran. [ 1m ]

Pengeluaran tak langsung

adalah berdasarkan pengkhususan kerja. [ 1m ]

3. Tiga faktor pengeluaran yang terlibat ialah : Tanah [ 1m ]


- Terdiri daripada sumber semulajadi dan bahan mentah kepada aktiviti

pengeluaran.[1m]
- Contahnya laut , ikan dan hasil laut yang lain. [ 1m ]

Modal [ 1m ] Wang , peralatan , dan jentera ayng digunakan untuk aktiviti pengeluaran. [ 1m ]
-

Contohnya , sampan , pukat atau jala dan wang untuk membeli semua alatan itu. [ 1m ] Usahawan [ 1m ] Individu yang mengabungkan faktor pengeluaran lain untuk menghasilkan keluaran [1m]
-

Contohnya nelayan itu mengunakan sampan dan pukat untuk menangkap ikan. [ 1m ]

4. Jenis pengkhususan ialah : Pernyataan I


-

Pengkhususan mengikut proses [ 1m ]

Pilihan kerja dikilang iaitu pengeluaran dibahagikan kepada beberapa proses. [ 1m ] Kilang kasut boleh guna mesin. [ 1m ]

Pernyataan II
-

Pengkhususan mengikut profesion [ 1m ] Iaitu kerja yang berdasarkan pengetahuan. [ 1m ] Hassan doktor dan adiknya seorang jurutera. [ 1m ]

Pernyataan III
-

Pengkhususan mengikut kawasan [ 1m ] Iaitu perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara. [ 1m ] Kedah terkenal dengan pengeluaran padi. [ 1m ]

5.

- Urus niaga ini merujuk kepada sistem barter. [ 1m ] - Masalah yang dihadapi oleh mereka yang melakukan urusniaga ini ialah : i. ii. iii. iv. v. Masalah kemahuan serentak. [ 1m ] Masalah untuk membahagikan barang. [ 1m ] Masalah untuk menentukan nilai barang. Masalah barang yang cepat rosak / tidak tahan lama. [ 1m ] Masalah membawa barang. [ 1m ]

Anda mungkin juga menyukai