Anda di halaman 1dari 49

BAB 7

PELABURAN

MAKSUD PELABURAN

Menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan pada masa depan
wang kepada aset dengan harapan aset itu akan menghasilkan pendapatan serta memperoleh pertambahan nilai pada masa depan

Pertukaran

TUJUAN PELABURAN

Pendapatan Semasa (Current income) ~ Pendapatan dalam tempoh pelaburan seperti faedah daripada simpanan tetap, sewa dari rumah @ hasil pertanian dari ladang Keuntungan Modal @ Pertambahan Nilai Pelaburan (Capital Gain) ~ Pertambahan @ peningkatan nilai pelaburan daripada jumlah asalnya seperti kenaikan harga syer, peningkatan nilai premis @ ladang

RISIKO PELABURAN
PELABURAN BERISIKO TINGGI ~ Pelaburan yang dipengaruhi oleh faktor tidak menentu seperti keadaan politik dan ekonomi, penawaran dan permintaan, dan spekulasi dalam pasaran menyebabkan turun naik harga & kadar pulangan yang tidak menentu. ~ Pelaburan Saham & Pasaran Kewangan ~ Kadar pulangan tinggi pelabur dapat dividen, bonus, keuntungan modal daripada kenaikan nilai saham

PELABURAN BERISIKO RENDAH ~ Pelaburan bebas risiko @ berisiko sangat rendah ~ Simpanan tetap & Unit amanah ~ Kadar pulangan rendah dalam bentuk faedah tanpa mendapat sebarang keuntungan modal

CONTOH PELABURAN
Soalan : Anda melabur dengan membeli sebuah kedai pada harga RM 100 000. Kedai itu disewakan dengan sewa tahunan RM 12 000 selama 2 tahun dan kemudiannya dijual dengan harga RM 150 000.

Penyelesaiannya :
Pendapatan semasa (2 tahun) Keuntungan Modal RM 12 000 x 2 = RM 24 000

RM150 000 RM100 000 = RM 50 000

Jumlah Pulangan

-------------RM74 000 =======

PELABUR DAN SPEKULATOR

Pelabur ~ Individu yang melabur dengan berhati-hati, membuat analisis sebelum melabur, melabur dalam syarikat yang kukuh dan mampu bayar dividen ~ Pelaburan institusi dilakukan oleh sesuah institusi yang mempunyai dana yang besar Spekulator ~ Individu yang membeli syer pada harga rendah dan menjual pada harga yang lebih tinggi. Tidak menganalisis pelaburan, mementingkan keuntungan, membeli dan menjual dalam jangka masa singkat

PENELAH NAIK (BULL) Spekulator yang membeli syer secara besar-besaran sekarang dengan harapan harga akan naik dan menjualnya semula ~ memperoleh keuntungan dalam masa singkat
PENELAH TURUN (BEAR) Spekulator yang menjual syer secara besar-besaran dengan harapan membeli balik syer itu apabila harganya turun STAG Spekulator yang membeli syer yang baru diterbitkan ~ syarikat dengan harapan menjualnya pada harga lebih tinggi bila syer diurusniagakan di bursa saham

PELABUR DAN SPEKULATOR


PELABUR
Membuat pelaburan berdasarkan risiko yang dapat dikawal, diperhitungkan dan dipelbagaikan

SPEKULATOR
Melakukan spekulasi tanpa menganalisis risiko secara mendalam dan terperinci Bertindak berdasarkan sentimen dan khabar angin

Bertindak secara rasional

Mengutamakan pulangan secara berterusan bagi jangka panjang. Contohnya: Pembinaan sebuah kilang untuk mengeluarkan barang yang dapat mendatangkan keuntungan.

Mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek. Contohnya membeli dan menjual syer dalam masa yang singkat untuk mendapat keuntungan

PELABUR DAN SPEKULATOR


PELABUR SPEKULATOR

Mendapat keuntungan modal sahaja Mendapat pendapatan semasa dan keuntungan modal. Contohnya : Melabur daripada perbezaan antara harga belian dengan harga jualan ke dalam syer syarikat yang kukuh untuk mendapatkan kadar dividen yang konsisten dan keuntungan modal daripada kenaikan harga syer. Melakukan komitmen modal yang konkrit. Pelabur mengeluarkannya untuk mendapat peulangan Adakalanya beroperasi tanpa modal. Melakukan kontarak belian tanpa bayaran dan melakukan kontrak jualan dengan segera. Perbezaan antara nilai keduaduanya merupakan untung @ ruginya Menjejaskan keadaan pasaran. Contohnya : Beli dan jual syer secara besar-besaran untuk mempengaruhi pasaran ~ harga syer turun & naik mendadak

Tidak menjejaskan keadaan pasaran. Contohnya harga syer tidak akan turun @ naik secara mendadak ~ pelaburan dilakukan secara teratur

UNIT AMANAH

AKAUN SIMPANAN TETAP @ AKAUN PELABURAN

JENIS PELABURAN
SAHAM HARTA

TANAH

AKAUN SIMPANAN TETAP @ AKAUN PELABURAN


Satu akaun yang membolehkan seorang pelabur menyimpan wang dalam jumlah yang besar bagi suatu tempoh masa tertentu Contohnya : 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan Pelabur akan mendapat pulangan dalam bentuk faedah ~ diberi bank Faedah simpanan tetap lebih tinggi daripada simpanan biasa ~ tidak boleh dikeluarkan sehingga tarikh matang Kelebihannya : ~ menerima pulangan tetap dan konsisten ~ selamat dan tanpa risiko - dijamin Bank Negara ~ bersifat cair boleh dikeluarkan atas permintaan pelabur

AKAUN SIMPANAN TETAP @ AKAUN PELABURAN


Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) ~ diperkenalkan oleh Bank Islam dan bank komersial lain prinsip Islam dan hukum syariah Jenis akaun 1. Akaun Am Al-Mudharabah ~ nisbah untung 70% pelabur & 30% bank ~ jumlah simpanan minimum berbeza antara bank tetapi biasanya tidak kurang RM500 2. Akaun Khas Al-Mudharabah ~ jumlah simpanan minimum agak besar tidak kurang RM500 000 ~ pelabur meminta pihak bank melaburkan wangnya dalam projek tertentu ~ pulangan ikut nisbah yang dipersetujui

AKAUN SIMPANAN TETAP @ AKAUN PELABURAN


Asmilasi Minda Erna menyimpan wang sebanyak RM10 000 dalam akaun simpanan tetap selama 6 bulan dengan faedah 3.5%, kirakan jumlah faedah yang diperolehinya?

Faedah untuk simpanan selama 6 bulan = 3.5% Maka, jumlah faedah = RM10 000 x 3.5% x tahun = RM175.00 Soalan: Hitungkan faedah yang akan diterima sekiranya Erna menyimpan wangnya selama 2 tahun dengan faedah 4.25%?

HARTA TANAH
Bentuk pelaburan yang memberi banyak pilihan kepada pelabur Contoh : Membeli rumah / bangunan / tanah dan sebagainya Kelebihannya : 1. Instrumen lindungan inflasi yang baik ~ kenaikan nilainya sering melebihi kenaikan kadar inflasi ~ Kehilangan kuasa belian akibat daripada kenaikan kadar inflasi dapat ditampung oleh kenaikan harta tanah yang dimiliki 2. Instrumen pelaburan yang memberi pulangan ~ Pendapatan semasa ~ Keuntungan modal Pelaburan dalam harta tanah tidak terlepas daripada risiko ~ nilai harta tanah akan merosot kerugian modal ~ lot kedai dibiarkan @ estat terbiar pendapatan semasa sifar

KEUNTUNGAN MODAL
Seorang pelabur membeli sebuah kedai bernilai RM180 000 dan menjual semula kedai itu apabila nilainya meningkat kepada RM250 000 Keuntungan yang diperolehinya ialah RM250 000 RM180 000 = RM70 000

PENDAPATAN SEMASA
Jika pelabur itu menyewakan kedai itu kepada orang lain dengan sewa bulanan RM1 500 Pendapatan semasanya ialah RM1 500 sebulan (RM1 500 x 12 bulan = RM18 000)

HARTA TANAH
Asmilasi Minda
Ardian telah membeli rumah dengan harga RM105 580, rumah itu disewakan dengan sewa tahunan RM8 400 selama 2 tahun. Rumah itu kemudiannya dijual dengan harga RM170 000. Berapakah pulangan diperolehinya?
Pendapatan semasa selama 2 tahun = RM 8400 x2 = RM 16 800 Keuntungan modal = RM170 000 RM105 580 = RM 64 420 ---------------Jumlah Pulangan RM 81 220 ========

Soalan:

Andaikan anda membeli sebuah kedai pada harga RM200 000. Kedai itu disewakan dengan harga sewa tahunan RM12 000 selama 3 tahun. Kedai itu kemudiannya dijual pada harga RM220 000. Hitungkan jumlah pulangan yang akan anda terima?

SAHAM

Hak milik yang dikeluarkan oleh syarikat awam berhad sebagai pengakuan bahawa sejumlah wang tertentu diterima daripada orang ramai sebagai pelaburan dalam sesebuah syarikat 2 jenis saham 1. Saham Disenaraikan - Boleh diurusniagakan dalam pasaran saham - Saham ini boleh di jual beli oleh sesiapa sahaja 2. Saham Tidak Disenaraikan - Tidak boleh diurusniagakan dalam pasaran saham - Saham ini hanya boleh di jual oleh syarikat kepada ahli kerajaan dan orang kenalan sahaja

FAEDAH MEMBELI SAHAM


Pulangan

Atas Saham hak tertentu

Mempunyai Kecairan

Berpeluang

untuk mencebur diri dalam bidang perniagaan

PERBEZAAN SAHAM DENGAN SYER


SAHAM
Saham mesti dibayar dengan penuh

SYER
Syer tidak mesti dibayar penuh

Saham ialah satu blok modal Syer dikira mengikut unit dan yang merupakan gabungan unit- tidak boleh dibahagikan kepada unit syer yang dibayar penuh dan pecahan unit boleh dibahagikan kepada sebarang pecahan unit Saham boleh di urusniaga dalam sebarang pecahan Syer tidak boleh diurusniaga dalam pecahan unit

Saham tidak boleh diberi nombor siri yang berasingan

Setiap unit syer mempunyai nombor siri yang berlainan

SYARAT SAHAM SYARIKAT DISENARAIKAN

Syarikat itu mesti menunjukkan prestasi keuntungan dan pengurusan yang baik Syarikat mestilah menawarkan sebahagian syernya untuk dijual kepada orang awam termasuk peruntukan tertentu ~ kaum bumiputera Syarikat yang memohon untuk disenaraikan di papan utama perlu mempunyai minimum modal terbayar sebanyak RM 60 juta dan di papan kedua sebanyak RM 40 juta

SYARAT SAHAM SYARIKAT DISENARAIKAN

Syarikat tersebut perlu mempunyai bilangan pemegang syer awam yang memiliki tidak kurang daripada 1 000 unit syer seperti berikut: ~ RM 40 juta --- kurang daripada RM 60 juta (minimum pemegang syer 750) ~ RM 60 juta --- kurang daripada RM100 juta (minimum pemegang syer 1 000) ~ RM100 juta ke atas (minimum pemegang syer 1 000)

SYARAT SAHAM SYARIKAT DISENARAIKAN

25% daripada modal berbayar syarikat tersebut perlu dipegang oleh pemegang syer awam termasuk 10% yang perlu dipegang oleh bumiputera Pengedaran prospektus, penyediaan tatawujud dan tataurus syarikat, jaminan keuntungan dan sebagainya perlu diuruskan **********************************************

Pelabur yang ingin membeli saham yang disenaraikan ~ melalui broker @ remisier di BSKL Saham yang tidak disenaraikan boleh dibeli secara peribadi di luar BSKL (kecuali saham syarikat Sdn. Bhd. yang mana hak tukar belinya dihadkan)

PERBEZAAN BROKER DENGAN REMISIER


BROKER
Broker ialah ahli bursa saham

REMISIER
Remisier adalah agen kepada broker dan bukan ahli bursa saham

Broker membeli dan menjual syer bagi Bertindak sebagai agen yang pihak orang ramai dan pelabur menerima pesanan belian dan jualan institusi syer terus daripada pelanggan terutamanya pelabur individu Kontrak belian dan jualan syer dikuatkuasakan atas namanya Kontrak belian dan jualan syer tidak boleh dibuat atas namanya tetapi atas nama broker Mendapat bayaran komisen 3/8 daripada jumlah 1% komisen yang dikenakan oleh broker atas nilai syer

Mengenakan komisen ke atas pelanggan sebanyak 1% atas nilai syer yang dijual dan dibeli

JENIS SAHAM
Pemegang saham ~ pemegang ekuiti @ pemilik 2 jenis pemegang ekuiti iaitu 1. Pemegang Syer Biasa 2. Pemegang Syer Keutamaan Pemegang syer biasa merupakan pemilik manakala pemegang syer keutamaan mempunyai ciri sebagai pemilik dan pemiutang

SYER BIASA

Pemegang syer biasa dibayar dividen selepas pemegang syer keutamaan menerima dividen mereka Kadar dividen tidak tetap setiap tahun. Ia berubah-ubah mengikut tahap keuntungan sesebuah syarikat Pemegang syer biasa menghadapi risiko yang tinggi ~ pemilik syarikat Sekiranya syarikat dibubarkan ~ menerima pembahagian harta syarikat selepas pemiutang dan pemegang syer keutamaan menerima bahagian terlebih dahulu Sebagai Pemilik syarikat ~ layak mengundi dalam mesyuarat agung memilih lembaga pengarah dan mempengaruhi perjalanan syarikat

SYER KEUTAMAAN

Pemegang syer keutamaan ~ berhak menerima dividen yang tetap setiap tahun Pemegang syer keutamaan diberi keutamaan terhadap keuntungan syarikat ~ ia dibayar dividen dahulu daripada pemegang syer biasa Mempunyai hak utama terhadap modal syarikat ~ syarikat muflis berhak menerima hasil jualan harta syarikat terlebih dahulu daripada pemegang syer biasa Syer keutamaan mempunyai risiko kurang daripada syer biasa Pemegang syer keutamaan ~ tidak berhak mengundi dalam mesyuarat agung tahunan syarikat tidak boleh melantik lembaga pengarah @ mempengaruhi perjalanan syarikat

SAHAM KEUTAMAAN
1. SYER KEUTAMAAN KUMULATIF Berhak mendapat dividen tetap setiap tahun Jika dividen tidak dibayar pada tahun tertentu ~ berhak menuntut dividen tunggakan bagi tahun tersebut Pemegang syer keutamaan bukan kumulatif ~ tidak berhak menuntut dividen tunggakan

SAHAM KEUTAMAAN
2. SYER KEUTAMAAN PENYERTAAN Bersifat penyertaan @ bukan penyertaan Pemegang syer bersifat penyertaan ~ berhak mendapat kadar dividen yang tetap ~ berhak mendapat bahagian daripada baki keuntungan selepas semua pemegang syer biasa dibayar dividen Syer bukan penyertaan tidak mempunyai ciri tersebut

SAHAM KEUTAMAAN
3. SYER KEUTAMAAN BOLEH TEBUS Bersifat boleh tebus @ tidak boleh tebus Boleh tebus ~ syarikat yang menerbitkan syer akan membeli balik syer daripada pemegangnya ~ selepas suatu tempoh Tidak boleh tebus ~ syarikat tidak akan membeli balik syer tersebut

SAHAM KEUTAMAAN
4. SYER KEUTAMAAN BOLEH TUKAR Bersifat boleh tukar @ tidak boleh tukar Syer keutamaan boleh tukar ~ memberi hak kepada pemegangnya menukar syer keutamaan kepada syer biasa ~ syarat tertentu kadar dan megikut tempoh masa yang ditentukan Contoh : Jika seorang pemegang syer mempunyai 1000 unit syer keutamaan diberi hak boleh tukar dalam tempoh 5 tahun dari tarikh terbitan utuk menukar syernya kepada syer biasa pada kadar nisbah 2 : 1 dan pertukaran dilakukan dalam tempoh ditetapkan pemegang syer keutamaan akan diberi 500 unit syer biasa

PERBEZAAN SYER BIASA DENGAN SYER KEUTAMAAN

SYER BIASA
Kadar dividen berubah-ubah mengikut untung syarikat Dibayar dividen selepas dividen syer keutamaan Berhak mengundi dan memilih ahli lembaga pengarah

SYER KEUTAMAAN
Kadar dividen yang tetap setiap tahun Dibayar dividen mendahului syer biasa Tidak berhak mengundi @ melantik ahli lembaga pengarah

Pihak terakhir untuk Diberi keutamaan menuntut menuntut modal jika syarikat balik modal mendahului syer dibubarkan biasa

PULANGAN ATAS SAHAM


DIVIDEN
Dibayar kepada pemegang syer setiap tahun Kadar dividen bergantung kepada keuntungan syarikat Saham yang baik akan dibayar dividen secara konsisten Pendapatan semasa Dividen sementara @ interim dibayar sebelum keuntungan tahunan sebenar syarikat diketahui Dividen akhir dibayar setelah keuntungan tahunan sebenar syarikat diketahui
Contoh : Jika dividen 12% diisytiharkan dan seorang pelabur mempunyai 4 000 unit syer bernilai tara RM0.50 seunit, maka dividen yang akan diterima ialah 12% x 4 000 unit x RM0.50 = RM240.00

PULANGAN ATAS SAHAM


SYER BONUS
Syer tambahan yang diberi secara percuma kepada pemegang syer berdasarkan jumlah syer yang dipegangnya Contoh : Jika sebuah syarikat mengisytiharkan bonus mengikut nisbah 2 : 1, maka seorang pemegang syer yang mempunyai 2 000 unit syer akan menerima 1 000 unit syer tambahan secara percuma Pemberian syer bonus ini merupakan keuntungan modal yang besar kepada pemegang syer

PULANGAN ATAS SAHAM


KEUNTUNGAN MODAL
Syarikat ~ berkembang maju harga syer syarikat akan meningkat memberi keuntungan modal Keuntungan modal dalam bentuk kenaikan nilai syer kepada pemegang syer Contoh : Jika seorang pelabur membeli 1 000 unit syer syarikat pada harga RM1.20 seunit dan jika harga syer meningkat kepada RM1.80, maka pelabur akan memperolehi keuntungan modal sebanyak RM0.60

BURSA SAHAM KUALA LUMPUR


BSKL ~ mempunyai ahli terdiri daripada broker-broker saham Mempunyai kuasa autonomi dalam urusan jual dan belian saham, stok dan sekuriti lain Tertakluk dengan Akta Syarikat 1965 Pentadbiran BSKL ~ diurus oleh seorang pengurus besar dan dibantu pegawaipegawai eksekutif

PERANAN BSKL
Membolehkan saham ditunaikan Menyediakan tempat pasaran saham

Menyebarkan maklumat kewangan syarikat


Melindungi kepentingan para pelabur Membantu mengumpul modal untuk pembangunan

KEADAAN EKONOMI NEGARA

PULANGAN PELABURAN ALTERNATIF


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA SAHAM

SITUASI POLITIK

KADAR FAEDAH DAN DASAR KEWANGAN

AKTIVITI SPEKULASI KUALITI PENGURUSAN DAN PROSPEK SYARIKAT

C A R A B E L I & J U A L S A H A M

Buka akaun CDS (Central Depository System) Beri arahan kepada remiser tentang syer yang hendak dibeli / dijual Pesanan dimasukkan ke dalam terminal WinSCORE kemudian akan disalurkan ke komputer berpusat BSKL Pesanan dipadankan dan remiser akan mengesahkan dengan pelanggan ~ harga serta kuantiti syer diniagakan Nota kontrak diserahkan kepada pembeli / penjual Akaun CDS pembeli dikreditkan & akaun penjual Didebitkan dengan syer berkaitan & bayaran perlu diselesaikan

PENGIRAAN PULANGAN DARIPADA PELBAGAI PILIHAN PELABURAN


SOALAN

Encik Hafiz mempunyai milikan yang berikut dalam Syarikat Gemilang Bhd; 2 000 syer keutamaan 8% RM2.00 sesyer 5 000 syer biasa RM1.00 sesyer 20 debentur 6% RM100 seunit Syarikat Gemilang Bhd mengisytiharkan 15% dividen terhadap syer biasa. Kirakan jumlah pendapatan Encik Hafiz daripada pelaburannya?

PENGIRAAN PULANGAN DARIPADA PELBAGAI PILIHAN PELABURAN


Langkah Pengiraan: Pendapatan daripada syer keutamaan 2 000 x RM2.00 x 8/100 = RM320 Pendapatan daripada syer biasa 5 000 x RM1.00 x 15/100 = RM750 Pendapatan daripada debentur 20 x RM100 x 6/100 = RM120 * Jumlah Pendapatan RM320 + RM750 + RM120 = RM 1 190

PENGIRAAN PULANGAN DARIPADA PELBAGAI PILIHAN PELABURAN


SOALAN LATIHAN
Cik Atiqah memiliki 2 000 unit syer keutamaan 6% bernilai RM1.00 seunit, 5 000 unit syer biasa bernilai RM0.50 seunit dan RM 5000 debentur 7% dalam Syarikat Bestari Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2005, syarikat mengisytiharkan pembayaran dividen 15% terhadap syer biasa. Kirakan jumlah pendapatan Cik Atiqah daripada pelaburannya pada tahun 2005?

UNIT AMANAH

Cara Pelaburan yang diuruskan secara profesional oleh syarikat unit amanah Syarikat ~ mengumpulkan wang daripada orang ramai ~ melaburkan dana wang ke dalam saham syarikat, bangunan, harta tanah, bon kerajaan dan sebagainya Jumalah wang pelaburan ~ dibahagikan kepada unit-unit amanah yang diagihkan kepada pelabur mengikut amaun pelaburannya Risiko pelaburan ~ diseratakan @ dikurangkan ~ dana wang dilaburkan dalam pelbagai portfolio Tiga jenis pengurusan amanah : Amanah Saham Amanah Harta Tanah Gilts

AMANAH SAHAM
Dikendalikan oleh syarikat yang mengumpulkan wang daripada para pelabur melaburkan wang ~ syarikat yang kukuh, terpilih dan mewah. Pelaburan di buat dalam sektor perindustrian, perladangan, harta tanah, perhotelan, pembinaan dan sebagainya
Contoh : Syarikat Swasta (Bank dan Institusi Kewangan) ~ Hong Leong Growth Fund (Hong Leong Bank)

Contoh : Agensi Kerajaan ~ Amanah Saham MARA (Majlis Amanah Rakyat) ~ ASN, ASB, ASD (Permodalan Nasional Berhad)

AMANAH SAHAM
Kelebihan Melabur Ke Dalam Amanah Saham

Lebih selamat kerana portfolio pelaburan dipelbagaikan merangkumi banyak jenis syarikat dan diuruskan oleh pakar pelaburan Dibayar dividen berdasarkan keuntungan yang diperolehi Dibayar bonus, iaitu tambahan unit amanah yang di beri secara percuma apabila dana atau rizab keuntungannya meningkat Memperolehi keuntungan modal apabila harga saham syarikat yang dilaburkan meningkat

AMANAH HARTA TANAH


Pelabur yang hendak melabur ke dalam harta tanah tetapi kurang arif dalam bidang ini boleh mengamanahkan pelaburan mereka kepada syarikat yang mengendalikan unit amanah harta tanah Pengurus unit amanah harta tanah akan mengumpulkan wang daripada pelabur dan wang akan dilaburkan ke dalam bangunan @ tanah di lokasi yang strategik dan mempunyai potensi kenaikan nilai yang besar Pelabur boleh membuat pelaburan menerusi :
~ Amanah Harta Tanah PNB ~ Amanah Harta Tanah Pertama Arab Malaysian (AMFPT) ~ Amanah Harta Tanah Malaysia Pertama (FMPT)

AMANAH HARTA TANAH


Kelebihan Melabur Amanah Harta Tanah

Pelabur yang tidak mampu melabur secara individu ke dalam harta tanah yang bernilai tinggi boleh berbuat demikian secara berkumpulan menerusi amanah harta tanah Pelabur akan menerima dividen berdasarkan jumlah sewa @ pulangan yang dikutip daripada harta tanah tersebut Pelabur akan mendapat keuntungan modal daripada kenaikan nilai unit amanah yang disebabkan oleh kenaikan harta tanah yang dimiliki Pelaburan diuruskan oleh pengurus profesioanl. Keuntungan dapat dimaksimumkan dan kerugian dapat diminimumkan

UNIT AMANAH GILTS

Unit amanah yang dilaburkan ke dalam bon kerajaan dan bil perbendaharan Bebas daripada risiko Peluang pelaburan paling selamat ~ memberi pulangan yang tetap Pemegang unit amanah gilts akan dibayar didividen berdasarkan pulangan yang dikumpulkan daripada bon kerajaan dan bil perbendaharaan

Contohnya :
~ Arab Malaysian Gilts (Unit Amanah Arab Malaysia)

PANDUAN AM MELABUR

Mendapatkan

Pulangan

Risiko Dalam

Maklumat

Atas Modal

Pelaburan

Modal yang ada

Kecairan

SEKIAN TERIMA KASIH

Tiada Yang Mustahil...Gemilang

Anda mungkin juga menyukai