Anda di halaman 1dari 5

Laporan Akhir Berdasarkan pemerhatian dan interaksi saya dengan komuniti sekolah semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah

( PBS) bermula dari 23 Mac sehingga 27 Mac 2009 bertempat di S.K Ladang Sapong, Tenom, saya telah merekodkan semua hasil dapatan saya tentang program Pemulihan Khas yang dijalankan di sekolah tersebut dalam aspek-aspek seperti berikut iaitu amalan pengurusan bilik darjah, pola tingkah laku dan gaya pembelajaran murid pemulihan dan peranan dan tugas guru pemulihan di sekolah tersebut. Semua aspek-aspek ini merangkumi tugasan yang diberikan kepada kami mengikut mata pelajaran major. Berdasarkan hasil pemerhatian saya semasa menjalani PBS di S.K Ladang sapong ini, saya mendapati program pemulihan khas yang dijalankan di sekolah ini agak aktif dan tersusun selaras dengan permintaan kerajaan dalam menjayakan program pemulihan tersebut. Program ini juga dilihat telah Berjaya dalam membina dan memperkembangkan aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial murid. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila guru pemulihan, Puan sakurah Japeri di sekolah ini mengamalkan sikap yang mesra dan mengambil berat kepada murid-muridnya dalam pelbagai aspek seperti pembelajaran, kesihatan dan pemakanan mereka. Ini secara tidak langsung sebenarnya membina dan memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan social murid-murid di sekolah ini. Begitu juga dengan guru penolong kanan, mereka juga mengamalkan amalan program pemulihan dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila mereka menjalankan segala tanggungjawab yang telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan juga pihak tertinggi sekolah dengan penuh amanah yang jitu untuk kebaikan anak-anak murid mereka. Semua hasil usaha mereka ini dibukukan dalam fail sebagai bukti pelaksanaan pemulihan mereka dalam perkembangan murid-murid.

Program pemulihan dalam pengurusan sekolah diaplikasikan untuk kebaikan murid-murid dan juga sekolah. Sama juga seperti ketua panitia dan guru bilik darjah, mereka juga mengaplikasikan program pemulihan dalam melaksanakan peranan masingmasing dalam memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan social murid-murid mereka dengan penuh amanah, dedikasi dan ikhlas berlandaskan kepercayaan kepada tuhan. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila mereka mengajar murid-murid dengan penuh prihatin dengan membantu pelajar yang lemah untuk maju kehadapan dalam pelajaran dan membimbing pelajar yang tidak lemah untuk terus cemerlang dalam pelajaran. Mereka juga menerapkan nilai-nilai agama dan juga nilai-nilai murni yang boleh dijadikan sebagai tauladan yang baik kepada anak-anak murid mereka seperti mengambil berat, tolongmenolong, bertanggungjawab, amanah dan tidak mudah berputus asa dalam diri sendiri.

Dedikasi dalam mengajar murid-murid dan juga penerapan nilai-nilai murni kepada mereka. Saya juga telah merekodkan hasil dapatan saya tentang program pemulihan yang diaplikasikan dalam prasarana sekolah. Pada pemerhatian saya, prasarana di S.K Ladang Sapong, Tenom mencukupi untuk memenuhi keperluan murid-murid di sekolah ini walaupun pada hakikatnya masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki. Prasarana yang terdapat di sekolah ini sebenarnya membantu meningkatkan potensi murid yang terpendam melalui asahan bakat mereka dengan bantuan guru-guru. Kemudahan sekolah ini juga membina perkembangan fizikal murid-murid, contohnya yang dapat dilihat dengan jelas ialah adanya kemudahan seperti padang dan padang permainan untuk kegunaan murid-murid. Di sinilah potensi diri mereka dapat digilap dalam bidang sukan dengan bantuan guru-guru. Amalan FPK juga diaplikasikan dalam aspek keceriaan sekolah dalam memupuk nilai-nilai estetika, kebersihan, dan kecintaan terhadap alam semulajadi. Keceriaan sekolah yang tinggi dan ceria sebenarnya membantu meningkatkan potensi seseorang terutamanya sikap mereka untuk menjadi lebih baik, maju dan cemerlang dalam keadaan yang seimbang kerana keadaan persekitaran juga dapat mempengaruhi peribadi seseorang. Seperti yang dapat saya lihat dengan jelas, persekitaran sekolah adalah ceria, dan terdapat banyak bunga-bunga dan persekitaran juga amat bersih tanpa sebarang sampah sarap.

Ini sebenarnya secara tidak langsung dapat memupuk nilai estetika dalam diri pelajar, mereka juga akan mengutamakan kebersihan serta mencintai alam semulajadi.

Persekitaran yang ceria dengan pokok-pokok bunga serta bersih dari sampah sarap. Dari segi program dan aktiviti sekolah, amalan FPK juga diaplikasikan sebenarnya melalui pemerhatian saya semasa di sini. Program dan aktiviti sekolah boleh dibahagikan kepada 2 iaitu aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti kurikulum yang dijalankan di sekolah dapat membina perkembangan kognitif pelajar berdasarkan kepada kebolehan individu melalui amalan FPK yang diaplikasikan dalam aktiviti ini. Seperti yang kita tahu FPK adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu pada tahap yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berlandaskan kepercayaan kepada tuhan. Aktiviti kurikulum dengan amalan FPK seperti akitiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kelas contohnya pengajaran dan pembelajaran, aktiviti berkumpulan dan lain-lain lagi dapat membantu dan membina perkembangan kognitif pelajar berdasarkan kepada kebolehan individu. Ini dapat silihat dengan jelas dalam pencapaian pelajar dalam sekolah ini baru-baru, di mana seorang pelajarnya mendapat tempat ke-3 peringkat zon Sandakan bagi pertandingan tilawah Al-Quran. Manakala dalam aktiviti kokurikulum pula, amalan FPK juga diaplikasikan dalam memperkembangkan bakat dan potensi setiap individu murid. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila pihak sekolah banyak menganjurkan

aktiviti berkaitan dengan kokurikulum seperti sukan olahraga dan permainan untuk mengasah bakat dan potensi pelajar seterusnya memperkembangkan lagi kebolehan itu pada tahap yang paling tinggi dengan menghantar pelajar menyertai pertandingan bagi mewakili sekolah.

Pertandingan hoki yang disertai oleh pelajar tahap 2 S.K Taman Rimba Sandakan Secara keseluruhannya, amalan FPK diaplikasikan sepenuhnya oleh pihak pengurusan, dalam prasarana sekolah serta dalam program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah berdasarkan pemerhatian dan interaksi saya dengan komuniti sekolah semasa menjalani PBS. Hasil dapatan saya ini semuanya direkodkan untuk saya aplikasikannya pada masa hadapan apabila berjaya menjadi guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai