Anda di halaman 1dari 15

MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PENILAIAN MENENGAH RENDAH

KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG TINGKATAN 1


(PUISI TRADISIONAL)
CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN.
M.A (Bahasa Melayu) UPM

ULI SAPA LET IT


Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional 1

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT) Maksud Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi. Mengharapkan pemberian seterusnya setelah menerima pemberian yang pertama. Ikan siakap ikan senohong, Banyak cakap banyak bohong. Orang yang banyak bercakap cenderung untuk melakukan kesilapan. Pecah kaca pecah gelas, Sudah dibaca harap balas. Mengharap agar membalas surat yang diberi. Emas perat tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Orang yang malas tidak akan berjaya. Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Orang yang pandai lebih mudah untuk memahami sesuatu. Kumbang jarak kumbang jagung, Berani buat berani tanggung. Kita mesti bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan. Tunggu durian Teluk Emas, Siapa kemudian kena kemas. Orang terakhir perlu mengemaskan semua kerja yang telah dilakukan. Buah cempedak dalam gantang, Siapa hendak dia datang. Jika kita menginginkan sesuatu, kita perlulah berusaha untuk mendapatkannya.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

Periuk belangan pasu kuali, Busuk nama menipu mencuri. Nama seseorang akan terjejas jika menipu dan mencuri. Saya kata itik, awak kata ayam, Sudah kena jentik, baru nak diam. Apabila sudah ditegur, barulah hendak sedar. Tema Nasihat kepada masyarakat agar melakukan amalan yang baik dalam hidup. Persoalan i. ii. iii. iv. v. Akibat orang yang banyak bercakap Orang yang malas berusaha tidak akan berjaya. Sedar apabila sudah ditegur. Bertanggungjawab terhadap perkara yang telah dilakukan. Jauhkan diri daripada perbuatan mencuri dan menipu.

Gaya Bahasa i. ii. iii. Nilai i. ii. iii. iv. v. Keberanian Bertanggungjawab Kasih sayang Kerajinan Kejujuran Unsur alam Metafora Sinkope daun keladi, kumbang jagung, buah durian, cempedak hati terang nak

Pengajaran i. ii. iii. iv. v. Berfikir dahulu sebelum bercakap. Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Orang yang suka menipu dan mencuri akan dipandang hina oleh masyarakat dan akan mendapat balasan yang setimpal. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap apa jua yang telah kita lakukan. Janganlah kita bersikap apabila sudah ditegur, barulah sedar daripada kesilapan.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

Maksud

PANTUN EMPAT KERAT (AGAMA)

Kemumu di dalam semak, Jatuh melayang selaranya; Meski ilmu setinggi tegak, Tidak sembahyang apa gunanya. Kehidupam manusia yang berilmu menjadi sia-sia jika tidak sembahyang. Asam kandis asam gelugur, Ketiga asam riang-riang; Menangis di pintu kubur, Teringat badan tidak sembahyang. Orang yang tidak menunaikan sembahyang akan menyesal selepas meninggal dunia. Kemumu di tengah pekan, Dihembus angin jatuh ke bawah; Ilmu yang tidak diamalkan, Bagai pohon tidak berbuah. Tidak bermanfaat jika tidak mempraktikkan ilmu yang kita ada. Banyaklah bulan antara bulan, Tidak semulia bulan puasa; Banyaklah tuan serupa tuan, Tidaklah semulia Tuhan Yang Esa. Tuhan Yang Maha Esa tiada tolok bandingnya. Bendahara Datuk Seri Paduka, Memerintah kota dan negeri; Sengsara masuk dalam neraka, Hendaklah kita ingatkan diri. Mengingatkan manusia tentang azab Tuhan pada hari kemudian.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

Pohon di kebun habis berbuah, Disambut masak buah rembega; Mohonkan ampun dosa yang sudah, Hendak masuk dalam syurga. Mengingatkan manusia agar bertaubat jika melakukan kesilapan untuk mendapat balasan yang baik di akhirat kelak. Tema Menyentuh unsur-unsur kesedaran terhadap kewajipan manusia berpegang teguh kepada ajaran agama ketika hidup di dunia sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat. Persoalan i. ii. iii. iv. v. Pentingnya mengamalkan suruhan Tuhan dan dan meninggalkan larangan-Nya. Segala perbuatan manusia di dunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. Syurga adalah balasan bagi orang yang baik dan neraka adalah balasan bagi orang yang jahat. Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang bertaubat dan insaf. Orang yang meninggalkan sembahyang akan mendapat seksaan api neraka.

Gaya Bahasa i. ii. iii. Nilai i. ii. iii. iv. Hemah tinggi - mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan memohon kemaafan daripada Tuhan. Rasional - mampu berfikir akibat baik dan buruk sesuatu perkara yang dilakukan. Kesyukuran Keinsafan Unsur alam Simile Perlambangan pokok kemumu, asam gelugur, bulan, buah rembega bagai pohon tidak berbuah syurga (kebaikan), neraka (kejahatan)

Pengajaran i. ii. iii. iv. v. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala suruhan Tuhan. Praktikkanlah ilmu yang kita ada untuk manfaat bersama. Jangan melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama. Sentiasa menginsafi diri dan berdoa agar Tuhan mengampunkan dosa kita. Janganlah kita bersikap apabila sudah ditegur, barulah sedar daripada kesilapan.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT) Maksud Pergi ke belukar memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang; Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa segantang. Berasakan bahawa rezeki yang diperoleh mencukupi jika kita suka mengamalkan sikap berjimat cermat. Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga selatan; Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan. Berjimat cermat merupakan amalan yang terpuji, manakala membazir pula merupakan amalan yang keji. Masak meranum buah ara, Jatuh sebiji di atas papan; Jika berjimat setiap perkara, Pasti terjamin masa hadapan. Orang yang berjimat cermat dapat menjamin masa depan yang cerah. Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga buat sayuran; Membesar belanja sikap sesia, Hanya menambah beban kewangan. Orang yang suka berbelanja berlebih-lebihan akan menanggung hutang yang banyak. Singgah berehat di Kota Lama, Kuih dijamah air dihirup; Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup. Orang yang berjimat cermat akan hidup bahagia kerana amalan ini merupakan tuntutan agama. Inderagiri pasirnya lumat, Tempat berkelah putera raja; Baik sedikit tetapi berjimat, Daripada banyak membazir sahaja. Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat cermat lebih baik daripada memiliki harta yang banyak tetapi membazir.
Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional 6

Turun ke ladang memetik kacang, Hendak dibuat masak lemak; Segala urusan jika terancang, Sikap membazir pasti terelak. Rancanglah perbelanjaan agar tidak membazir. Tema Menggalakkan manusia agar berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran. Persoalan i. ii. iii. iv. Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Orang yang berjimat cermat akan hidup senang. Sikap boros akan membinasakan diri. Merancang perbelanjaan memberi kebaikan kepada kita.

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. Nilai i. ii. iii. Unsur alam Metafora Aliterasi Asonansi kacang, sayur, pasir, belukar rezeki secupak terasa segantang hanya menambah beban kewangan (pengulangan konsonan n) jikalau sentiasa berjimat cermat (pengulangan vokal i)

Rasional - bijak dalam merancang perbelanjaan. Kesederhanaan - bersederhana dalam berbelanja. Kesyukuran - bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Pengajaran i. ii. iii. iv. Amalkan sikap berjimat cermat kerana membazir itu perbuatan syaitan. Jangan boros dalam berbelanja dan elakkan daripada menanggung hutang. Rancanglah perbelanjaan dengan bijak. Amalkan sikap berjimat cermat agar masa depan lebih selamat dan terjamin.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

Belayar perahu dari Berandan, Menuju arah Selat Melaka; Lebar kepala dari badan, Apakah itu cubalah teka? Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan; Cubalah cari wahai saudara, Makin diisi makin ringan. Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu; Apa binatang darahnya hitam, Janggut delapan tulangnya satu? Ambil betik potongkan pisau, Buah masak pokoknya rendah; Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah. Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga si pucuk rebung; Kalau tuan bijak bestari, Apa dia tanduk di hidung? Tema

PANTUN EMPAT KERAT (TEKA-TEKI)

Menguji minda untuk mencari jawapan bagi teka-teki yang disampaikan dalam bentuk pantun. Persoalan i. ii. iii. iv. v. Latihan berfikir diperlukan oleh manusia. Orang yang bijak dapat berfikir dengan cepat dan tepat. Setiap persoalan itu pasti ada jawapannya. Berfikir secara rasional dapat menyelesaikan pelbagai masalah. Setiap jawapan yang diberikan mestilah mempunyai sebab dan alasan yang munasabah.

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. Unsur alam Personafikasi Repetisi Responsi betik, tebu, pucuk rebung, keladi kecil-kecil berbaju hijau burung nuri burung dara Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah. (Pengulangan kata berbaju)
8

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

Nilai i. ii. iii. iv. Rasional - berupaya membuat penaakulan untuk mencari jawapan yang betul dan tepat. Kejujuran - jujur dalam mengemukakan jawapan dan tidak meniru. Keberanian - berani untuk mempertahankan jawapan yang diyakini betul. Kebersihan mental

Pengajaran i. ii. iii. iv. Berfikirlah secara rasional dalam mencari sesuatu jawapan. Jangan mudah berputus asa dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kita hendaklah berfikir secara logik agar pendapat kita diterima masyarakat. Amalkan sikap berjimat cermat agar masa depan lebih selamat dan terjamin.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAH Maksud Ada kepada suatu hari, Sakit saudagar laki isteri, Adalah kiranya tujuh hari, Tidak bergerak kanan dan kiri. Seorang saudagar dan isterinya tidak dapat bergerak selama tujuh hari kerana sakit. Saudagar tahu akan dirinya, Hampirlah mati kepada rasanya, Lalulah memanggil akan anaknya, Diciumnya kepala dengan tangisnya. Saudagar yang sedar hari kematiannya akan tiba memanggil anakandanya dan mencium kepala anakandanya sambil menangis. Katanya wahai cahaya mataku, Tinggallah tuan buah hatiku, Hampirlah mati gerangan aku, Baiklah tuan tingkah dan laku. Saudagar berpesan agar anakandanya sentiasa menjaga tingkah laku. Serta harta aku tinggalkan, Tuan seorang yang menyukakan, Sampai habis semua diterimakan, Faedahnya akan diberikan. Semua harta diserahkan kepada anakandanya dan perlu digunakan sebaik-baiknya. Jikalau tidak anakku berakal, Harta pusaka di manakan kekal, Habis harta tinggal badan, Laksana perahu bersauh tunggal. Saudagar berharap anakandanya bijak dalam menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan olehnya. Kerana harta tiada berguna, Jikalau tidak akan sempurna, Sekalian itu habislah fana, Hanyalah tinggal badan merana. Jika harta yang ditinggalkan tidak diuruskan dengan baik, akan timbul masalah pada kemudian hari.
Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional 10

Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa, Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa. Saudagar berpesan agar anakandanya menjaga budi bahasa terhadap orang tua dan menghormati mereka. Kerana adat orang berbeza, Tiada memandang harta dan benda, Tegur dan sapa itu yang ada, Itulah penambah di dalamnya dada. Saudagar mengingatkan anaknya agar memahami adat orang lain, menghargai budi bahasa dan tidak memandang kebendaan agar dipandang mulia. Tema Wasiat dan pesanan terakhir seorang bapa kepada anaknya agar menjadi manusia yang berguna dan dipandang mulia. Persoalan i. ii. iii. iv. Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya.. Pesanan agar menjaga harta kekayaan yang ditinggalkan dengan sebaik-baiknya. Manusia perlu bijak menguruskan harta agar tidak mendatangkan masalah. Kepentingan amalan hormat-menghormati sesama manusia.

Gaya Bahasa i. ii. iii. Nilai i. ii. iii. Kasih sayang - perasaan sayang seorang bapa terhadap anaknya. Amanah - manusia mestilah amanah dalam menguruskan harta pusaka. Hormat kepada ibu bapa - tanggungjawab anak memuliakan ibu bapanya. Simpulan bahasa Sinkope Simile cahaya mata, buah hati ku (aku), mu (kamu) laksana perahu bersauh tunggal

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

11

Pengajaran i. ii. iii. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan budi bahasa dengan baik. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberi. Kita perlu menghormati adat dan budaya orang lain.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

12

SYAIR KEMANGKATAN SULTAN SULAIMAN Maksud Deli tua negerinya itu, Kotanya kukuh berpagar batu, Pasarnya ramai bukan suatu, Tiada berbanding di zaman itu. Mengisahkan sebuah kerajaan bernama Deli Tua yang terbilang, kukuh dan hebat pada zaman dahulu. Baginda berputera tiga orang jua, Laki-laki konon putera yang tua, Puteri cantik putera kedua, Parasnya elok jarang tersua. Raja Deli mempunyai tiga orang anak. Anak pertamanya lelaki, dan yang kedua seorang perempuan yang sangat cantik. Putera yang bongsu laki-laki jua, Parasnya elok tiadalah dua, Menarik hati orang semua, Dikasihi rakyat muda dan tua. Anaknya yang ketiga seorang lelaki yang kacak dan diminati tidak kira orang tua atau muda. Adapun akan dulu baginda, Isterinya lama sudah tiada, Banyak dicari gadis dan janda, Hati baginda penuju tiada. Baginda Sultan kematian isteri dan enggan berkahwin lagi walaupun sudah dicarikan calon pengganti. Beberapa lama demikian itu, Di atas takhta konon sang ratu, Dengan kehendak Tuhan yang satu, Baginda pun gering suatu waktu. Dengan kehendak Tuhan, setelah lama memerintah, baginda Sultan gering. Baginda nan gering bukan kepalang, Badannya kurus tinggallah tulang, Tabib pun selalu datang berulang, Mengubati baginda raja terbilang. Baginda sakit teruk sehingga badannya kurus. Banyak tabib yang datang untuk mengubatinya.
Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional 13

Tabib berusaha bersungguh hati, Menolong baginda raja berbakti, Sudahlah takdir Rabbulizzati, Penyakit tak dapat lagi diubati. Dengan kehendak Tuhan, baginda Sultan belum sembuh walaupun tabib telah berusaha bersungguhsungguh. Pertolongan tabib tiada berfaedah, Semakin payah sultan yang syahdah, Ajal baginda hampirlah sudah, Ke negeri yang baqa akan berpindah. Usaha tabib tidak berkesan dan baginda semakin tenat dan hampir mangkat. Dengan hal yang demikian itu, Penyakit menggoda setiap waktu, Ubat pun tiada dapat membantu, Baginda pun mangkat ketika itu. Akhirnya baginda mangkat setelah derita sakit sekian lama. Baginda berpulang ke rahmatullah, Takhta kebesaran semua tinggallah, Harta dunia sudah terjumlah, Kepada yang lain diberikan Allah. Setelah mangkat, baginda Sultan meninggalkan harta kekayaan dan diserahkan kepada penggantinya. Tema Kisah kemangkatan seorang raja yang telah lama sakit Persoalan i. ii. iii. iv. Kuasa Tuhan lebih mengatasi segala-galanya. Cinta sejati tidak ada penggantinya. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit Ajal dan maut di tangan Tuhan.

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. v. Imej alam Sinkope Bahasa istana Bahasa Arab Hiperbola batu tak (tidak) baginda, gering, mangkat baqa, rahmatullah, syahdah badannya kurus tinggallah tulang
14

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

Nilai i. ii. iii. iv. v. vi. Taat setia - perasaan sayang seorang bapa terhadap anaknya. Tabah - manusia mestilah amanah dalam menguruskan harta pusaka. Kasih sayang - tanggungjawab anak memuliakan ibu bapanya. Simpati Reda Hormat-menghormati

Pengajaran i. ii. iii. Kita hendaklah memberikan taat setia kepada raja. Kita hendaklah reda dengan ketentuan dan takdir tuhan. Kita sedar bahawa ajal dan maut di tangan tuhan.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Tradisional

15