Anda di halaman 1dari 45

Sejarah Olahraga

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi, kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Maka, kekuatan ini menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula, sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenanng. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan dan keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan, mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan dan kekuatan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia. Walaupun bentuk pertandingan agak berbeza, namun matlamat dan tujuannya adalah sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di seluruh dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan di kalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

Sejarah Awal
Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan pada awal bab ini sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lalu. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia. Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain, orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Setidak-tidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk

sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu. Hal itu berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut, mereka terus mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan. Perkembangan Pada Zaman Moden Menjelang abad ke-19, barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Pada masa itu, terdapat pula usaha negara-negara lain yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England. Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hari ini. Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukan olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudah mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini. Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Sekali lagi sukan olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha pengembangan sukan ini di England diteruskan pada tahun 1876, negara tersebut berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang

berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland. Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung abad ke- 19 dan awal abad ke- 20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat. Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. Ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan. Walau bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika Syarikat. Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain, Kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan atlit Amerika Syarikat yang berketurunan Negro yang menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menakjubkan. Di negara-negara lain juga turut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh pesertapeserta luar negara. Malahan menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah dijadikan medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Selepas tahun 1960-an, barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingi dan memberi saingan, tetapi prestasi mereka masih belum mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada. Kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan

dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik. Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang disertai oleh negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing. Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

Sukan Olimpik : Perjumpaan Sukan Yang Terbesar Di Dunia


Jika ditanya apa perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa ragu-ragu kita sudah dapat memberi jawapannya, iaitu Sukan Olimpik. Dengan penglibatan lebih daripada 10000 orang peserta merangkumi seluruh negara di dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu pegawai dan petugas, sememangnya Sukan Olimpik kini merupakan perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. Malah sejak pertama kali diadakan hingga kini, Sukan Olimpik berjaya menarik minat dan tumpuan seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama, warna kulit dan perbezaan corak hidup. Inilah keunikan sukan ini. Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Namun seperti yang dinyatakan pada awal bab ini, sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari segi corak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik diadakan buat kali pertama pada tahun 1896 di Greek, ramai yang mengalu-alukannya. Sukan olahraga merupakan acara utama dan wajib dalam sukan ini sehingga terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senarai acara Sukan Olimpik, tetapi

olahraga masih menduduki tempat teratas dari segi keutamaannya. Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara olahraga, sudah tentu suasana tidak semeriah yang dapat kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan empat tahun sekali di pelbagai negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi penganjur. Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga terus menjadi acara utama. Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992 di Barcelona Sepanyol, dengan penyertaan 135 buah negara, termasuk Malaysia. Sukan Olimpik berikutnya akan diadakan pada tahun 1996. Motto atau cogan katanya berbunyi : Citius, Attius, Fortius (Swifter, Higher, Stronger) jelas menunjukkan bahawa sukan olahragalah menjadi tunjang kepada cogan kata ini. Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan Olimpik, iaitu : Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian. Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negara-negara kecil untuk turut serta dan telah mengakui bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara mereka.

Malaysia Dan Sukan Olimpik


Berbicara tentang Sukan Olimpik, tentu ada antara kita yang tertanya-tanya bila negara kita mula mengambil bahagian dan pernah kita memenangi sebarang pingat sepanjang penyertaan kita. Negara kita mula mengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu ketika sukan itu diadakan di Melbourne, Australia. Pada penyertaan kali pertama itu, kita mengambil bahagian dalam acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu, negara kita tidak pernah gagal mengambil bahagian, kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong pemulauan terhadap pencerobohan penganjur, Rusia ke atas Afghanistan ketika itu.

Sepanjang penyertaan negara kita dalam sukan terbesar di dunia itu, cuma satu pingat gangsa yang mampu kita menangi, iaitu menerusi acara badminton pada tahun 1992, yang pertama kali memasukkan badminton sebagai salah satu acara. Dalam acara atau sukan lain, kita masih belum mampu memenangi sebarang pingat. Semangat Olimpik, pengalaman dan persahabatan, serta perasaan ingin turut serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita dan mungkin sebilangan besar negara lain. Sukan olahraga telah berjaya meletakkan Sukan Olimpik ke tahap yang tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta dunia. Di samping itu, Sukan Olimpik juga berperanan melupakan sejenak sebarang masalah dan krisis yang timbul. Secara tidak langsung, sukan ini berjaya menyelesaikan sebarang pertikaian antarabangsa. Sukan Olimpik bejing 2008

Secara keseluruhannya, sembilan acara baru akan dipertandingkan dua daripada disiplin sukan berbasikal iaitu BMX. Wanita dapat menyertai acara lari berhalangan 3000 meter buat kali pertama. Tambahan pula, acara renang marathon untuk lelaki dan wanita melebihi jarak 10 kilometer, akan ditambah dalam disiplin renang. Acara berpasukan (lelaki dan wanita) dalam sukan ping pong akan menggantikan acara beregu. Dalam acara lawan pedang, pasukan foil wanita dan pasukan sabre wanita akan menggantikan acara pasukan foil lelaki dan pasukan wanita. Kedudukan pingat Negara dalam sukan Olimpik 2008

**Malaysia telah mendapat kedudukan 71 dalam Sukan Olimpik dengan Perolehan Pingat Perak dalam acara Badminton Perseorangan oleh pemain Lee Chong Wei.

Persatuan Dan Organisasi Olahraga


Seperti kebanyakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk mengembang dan menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan termasuk olahraga ialah menerusi persatuan. Oleh itu, adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat tertentu. Bagi olahraga, badan atau pertubuhan tertinggi untuk tujuan ini ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Keahlian badan ini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing. Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Negara kita menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai badan ini. Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga di peringkat antarabangsa hendaklah mendapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF atau pun dianjurkan sendiri oleh badan berkenaan. Badan ini juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian yang mungkin timbul di kalangan negara-negara atau persatuan-persatuan gabungannya. Umpamanya, dalam menganjurkan perjumpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan sebagainya, badan berkenaan harus mendapat persetujuan daripada Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan IAAF. Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) juga berperanan mengeluarkan segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk dipatuhi oleh semua negara anggota. Begitu juga dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh setiap peserta, rekod yang mendapat kelulusan IAAF akan dicatat dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa. Ringkasnya, IAAF sememangnya berperanan dalam semua hal yang berkaitan dengan sukan olahraga di peringkat dunia.

Peraturan 116/117/118 Refri 1. Seorang refri dikehendaki untuk setiap acara berikut Acara trek Acara padang Acara larian lain

2.

Acara jalan kaki di luar stadiu Refri membantu dalam membuat keputusan bila haki m tidak dapat berbuat demikian

tetapi tidak berfungsi sebagai hakim dan pengadil. 3. 4. rekod. 5. Dalam acra padang, refri membuat keputusan untuk mengubah tempat pertandingan Refri memeriksa semua keputusan akhie Dalam acara padang, refri memerhati dan menyelia semua ukuran untuk pengesahan

(selepas satu pusingan).

Hakim 1. 2. 3. Seorang Ketua Hakim dilantik,beliau menentukan tugas hakim-hakim lain. Hakim bertanggungjawab ke atas semua acara trek dan acara di jalan raya yang tamat di trek. Hakim menentukan penamat mengikut turutan, bila tidak dapat membuat keputusan hakim merujuk kepada refri. 4. 5. 6. Hakim berada pada tangga sekurang-kurangnya 5m dari garis dalam dan segaris dengan garis tamat. Untuk acara padang, hakim mengukur dan merekod semua percubaan atlit. Hakim menunjukkan sah (angkat bendera putih) atau sebalik-baliknya (angkat bendera merah) bagi setiap percubaan. 7. Dalam kes rekod telah dicipta, 3 orang hakim mesti mengukur jarak yang berkenaan.

Pengadil 1. 2. Pengadil bertanggungjawab ke atas acara trek sahaja. Pengadil ialah pembantu kepada refri tetapi tidak ada hak untuk membuat keputusan,

buat laporan kepada refri dan mengangkat bendera merah untuk menunjukkan kesalahan. 3. Dalam acara lari berganti-ganti, bila terdapat larian di luar lorong atau menukar baton

di luar zon, hakim mesti tanda tempat kesalahan dilakukan.

Olahraga
Acara-acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu : 1. 2. 3. Acara-acara balapan Acara-acara padang Lain-lain

Acara-acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di atas trek. Acara-acara balapan termasuk lari pecut, lari bergantiganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sederhana dan jauh dan berjalan kaki. Antara acara-acara yang termasuk dalam acara balapan : 1. a) 100 meter b) 200 meter c) 400 meter Lari pecut

2. a) 4 100 meter b) 4 200 meter c) 4 400 meter 3.

Lari berganti-ganti

Lari berpagar

a) 100 meter (wanita) b) 110 meter (lelaki) c) 400 meter

4. 5. a) 800 meter b) 1500 meter c) 3000 meter d) 5000 meter e) 10000 meter

Steeplechase 3000 meter Lari jarak sederhana dan jauh

6. a) 20 km b) 50 km

Berjalan kaki

Acara-acara Padang
Acara-acara padang mengandungi : 1. 2. Acara lompatan Acara Balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan : a) Untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah. b) Untuk jarak jauh iaitu acara lompat jauh dan lompat kijang.

Acara-acara balingan pula termasuk : a) Lempar cakera b) Rejam lembing c) Lempar tukul d) Lontar peluru

Acara-acara Lain
Selain daripada acara-acara balapan dan padang seperti yang disebutkan di atas, terdapat juga acara-acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga. Antaranya ialah : 1. 2. 3. 4. Decathlon Pentathlon Marathon Merentas desa

Decathlon

Ini merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet dikehendaki bertanding dalam acara-acara berikut :

1. 2. 3. 4. 5.

lari 100 meter lompat jauh lontar peluru lompat tinggi lari 400 meter Hari pertama

6. 7. 8. 9. 10.

110 meter lari berpagar lempar cakera lompat bergalah rejam lembing lari 1500 meter Hari kedua

Pentathlon
Ini adalah pertandingan untuk atlet wanita. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. lari pagar 100 meter lontar peluru lompat tinggi lompat jauh acara 800 meter

Marathon
Marathon ialah satu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela). Permulaan dan penamat acara ini biasanya dilakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas jalan raya.

Merentas Desa
Acara merentas desa adalah satu acara di mana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan. Jarak yang akan dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2 5 km, 12 km atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan selepas larian / perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat agregat terbaik akan diisytiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari terakhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir daripada pasukan lain akan diberi kedudukan yang lebih tinggi. Kadangkala, acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu kumpulan seperti di bawah : 1. a) 100 meter b) 200 meter c) 400 meter d) 4 100 meter lari berganti-ganti e) 4 200 meter lari berganti-ganti f) 4 400 meter lari berganti-ganti Lari pecut (sprints)

2.

Lari berpagar

a) 100 meter lari berpagar b) 110 meter lari berpagar c) 400 meter lari berpagar

3. a) 800 meter b) 1500 meter c) 3000 meter

Jarak sederhana

d) 5000 meter

4. a) 10000 meter b) Marathon c) Merentas desa

Jarak jauh

5. a) 20 km b) 50 km

Berjalan kaki

6. a) Lompat jauh b) Lompat tinggi c) Lompat kijang

Lompatan

d) Lompat bergalah

7. a) Lontar peluru b) Lempar cakera c) Rejam lembing d) Lempar tukul

Balingan

8. a) Decathlon b) Pentathlon

Acara beranika

Persediaan Sebelum Dan Selepas Olahraga


PERSEDIAAN SEBELUM DAN SELEPAS MELAKUKAN LATIHAN OLAHRAGA Sering terdapat dalam akhbar sama ada laporan di dalam negara ataupun dari luar negara tentang atlet yang termasyhur tiba-tiba menjadi kurang upaya atau gagal menghadiri latihan

atau pertandingan sementara waktu akibat ecederaan otot atau sendi. Semasa membuat persediaan untuk sesuatu pertandingan atau semasa pertandingan atlet mungkin mengalami kekejangan otot betis. Nyata sekali kecederaan itu akan menjejaskan atlet yang telah membuat persediaan berbulanbulan untuk sesuatu pertandingan sama ada pada peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Mujurnya, kecederaan itu dapat dikurangkan melalui rutin regangan yang selalu dilakukan. Apabila atlet memperoleh keanjalan optimum melalui rutin regangan yang betul, masalah kecederaan dapat dikurangkan. akan menghadkan keceriaan dalam rekreasi sukan atau kejayaan dalam pertandingan. Regangan menyediakan otot untuk bekerja dan boleh mengurangkan rasa sakit otot sekali gus membolehkan aktiviti dilakukan dengan lebih ceria. Otot yang diregang dengan sempurna dan bergerak dengan mudah melalui julat pergerakan memerlukan sedikit tenaga dan mungkin melahirkan kemahiran yang lebih baik. Bagaimanapun regangan hanya baik apabila dilakukan dengan betul. Kegiatan regangan membolehkan otot-otot yang utama terangsang dengan baik. Tujuannya ialah untuk meregang secara beransur-ansur beberapa bahagian badan satu demi satu dan setiap kali untuk mengekalkan posisi regangan hinggalah anda berasa tidak selesa pada otot yang terbabit. Kemudian anda berehat dan ulangi kegiatan meregang beberapa kali mengikut kehendak atau kemampuan anda.

Latihan regangan jika pada anggota yang sesuai dan dilakukan dengan sempurna akan meningkatkan keanjalan. Keanjalan ialah kemampuan untuk menggerakkan otot-otot dan sendi melalui julat pergerakan yang lengkap dengan mudah. Kegiatan regangan juga membantu sendi di dalam badan dilincirkan untuk rutin yang lebih giat. Cuba lakukan beberapa regangan permulaan yang berbeza-beza yang merangkumi bahagianbahagian badan berikut: kaki lengan dan bahu tubuh badan belakang dan torso dada dan tengkuk dipetik daripada: kecergasan fizikal, siri ko-kurikulum, m/s 5-7 Para atlit perlu melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum latihan dan melakukan aktiviti pulihan selepas latihan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan serta untuk meningkatkan prestasi kendiri. Aktiviti memanaskan badan tersebut melibatkan persediaan kardiovaskular dan regangan otot. Selepas latihan, aktiviti yang sama atau yang berlainan diulangi sebagai aktiviti pulihan. Persediaan Kardiovaskular Sebagai persediaan kardiovaskular, atlet perlu meningkatkan kadar nadi sebelum latihan olahraga. Peningkatan suhu dasar tubuh badan boleh dicapai dengan melakukan aktiviti tidak rancak selama 3 hingga 5 minit. Semasa melakukan aktiviti ini, otot-otot besar kaki diutamakan dan kedua-dua belah tangan diangkat melepasi paras kepala.

Regangan Otot boleh diregang dengan sempurna jika kita memberi perhatian kepada beberapa perkara

seperti berikut: i. Regangan Senang dan Regangan Membangun Pelaku mula dengan regangan senang iaitu meregang dalam keadaan tidak tegang sehingga tahap terasa tekanan pada otot. Keadaan tersebut dikekalkan selama 10-30 saat. Pelaku kemudiannya melakukan regangan membangun (developmental stretch) dengan mengulangi regangan sehingga mencapai tahap tekanan pada otot yang lebih tinggi serta mencapai beberapa sentimeter lebih jauh dari jarak yang dicapai sebelum ini. Regangan akan dilakukan selama 10-30 saat. ii. Pernafasan Pernafasan pelaku tidak diganggu semasa melakukan aktiviti regangan. Pelaku perlu terus bernafas, mengawal pernafasan supaya mengikut ritma semulajadi. Semasa membongkok, nafas dihembuskan perlahan-lahan sehingga ke tahap regangan optima. Kekalkan pada tahap itu dan bernafas perlahan-lahan sebelumnya. Dalam apa keadaan sekalipun, pernafasan tidak harus dihentikan kerana ini akan menyebabkan peningkatan tekanan dalam paru-paru dan keadaan ini sangat membahayakan. iii. Pengiraan Tempoh Regang Semasa mengira tempoh regang, pelaku seharusnya mengira dalam ritma saat untuk mendapatkan kesan yang baik. iv. Kedudukan Asal Tubuh Badan Kedudukan asal tubuh badan perlu diawasi sebelum membuat aktiviti regangan. Ini membantu untuk mendapat kesan regangan yang baik dan tambahan pula ia boleh mencegah kecederaan daripada berlaku. v. Regangan Kumpulan Otot Utama Sebelum melakukan aktiviti regangan, perancangan perlu dibuat supaya otot-otot utama diregang dahulu. Selepas itu, bolehlah kita melakukan regangan khusus mengikut acara olahraga berkenaan.

Contoh Aktiviti Regangan Setiap aktiviti regangan hendaklah dilakukan selama 10-20 saat dan aktiviti berkenaan hendaklah diulang selama 20-30 saat. Contoh aktiviti regangan yang boleh dilakukan: Regangan 1 - Otot bahagian atas tapak kaki (ekstensor) Regangan 2 - Otot tapak kaki (fleksor) Regangan 3 - Otot bahagian bawah kaki belakang (betis dan otot soleus) Regangan 4 - Otot bahagian hadapan betis (tibialis anterior) Regangan 5 - Pergelangan kaki dan kuardrisep Regangan 6 - Tendon Achilles Regangan 7 - Aduktor paha Regangan 8 - Otot belakang Regangan 9 - Hamstring dan otot di sisi badan Regangan 10 - Otot bahagian dalam lengan dan pergelangan tangan Regangan 11 - Otot bahagian luar lengan, bahu dan sisi

Regangan 12 - Otot di bahu (bahagian tengah atas belakang) dan otot di lengan Regangan 13 - Otot sisi leher REGANGAN 1 Otot yang terlibat - Otot sternokleidomastoid dan trapezius kiri meregang manakala Otot sternokleidomastoid dan trapezius mengucup semasa bengkok ke kanan. Jenis sendi yang terlibat - Sendi synovial (sendi paksi) Jenis aksi sendi yang terlibat - Rotation Kedudukan permulaan - Berdiri tegak. - Letakkan tapak tangan di bahagian sisi kiri kepala. Perlakuan - Bengkokkan leher ke sisi kanan. - Tarik perlahan-lahan dengan tangan. - Regang selama dalam kiraan 8.

REGANGAN 2 Bahagian diregang - Otot sternokleidomastoid dan otot trapezius iaitu semasa leher diregang kebawah otot sternocleidomastoid mengendur dan otot trapezius mengecut. Jenis sendi yang terlibat - Sendi synovial (sendi paksi) Jenis pergerakan sendi yang terlibat - Flexion Kedudukan permulaan - Berdiri tegak. - Letakkan tapak tangan di bahagian belakang kepala. Perlakuan - Bengkokkan leher ke hadapan. - Tolak perlahan-lahan dengan tangan. - Regang selama dalam kiraan 8. REGANGAN 3 Bahagian diregang - Otot sternokleidomastoid dan otot trapezius iaitu semasa leher diregang keatas otot sternocleidomastoid mengendur dan otot trapezius mengecut. Jenis sendi yang terlibat - Sendi synovial (sendi paksi) Jenis pergerakan sendi yang terlibat - Hyperextension Kedudukan permulaan - Berdiri tegak. - Letakkan tapak tangan di bahagian bawah dagu. Perlakuan

- Tolakkan leher ke belakang. - Tolak perlahan-lahan dengan tangan. - Regang selama dalam kiraan 8. REGANGAN 4 Bahagian diregang - otot triseps, biseps, karpi ulnaris dan fleksor karpiradial. Jenis sendi yang terlibat - Sendi kondiloid ( sendi synovial) Jenis pergerakan sendi yang terlibat Kedudukan permulaan - Berdiri tegak. - luruskan tangan kanan kehadapan, dan tangan kiri tarik tapak tangan kanan ke belakang. Perlakuan - Tolakkan tapak tangan ke belakang. - Tolak perlahan-lahan dengan tangan selah lagi. - Regang selama dalam kiraan 8. - pergerakan diulang dengan regangan yang sama pada tangan kiri.

REGANGAN 5 Bahagian diregang - otot triseps, biseps, karpi ulnaris dan fleksor karpiradial. Jenis sendi yang terlibat - Sendi kondiloid ( sendi synovial) Jenis pergerakan sendi yang terlibat Kedudukan permulaan - Berdiri tegak. - luruskan tangan kanan kehadapan, dan tangan kiri tarik tapak tangan kanan ke belakang. Perlakuan - Tolakkan tapak tangan ke belakang. - Tolak perlahan-lahan dengan tangan selah lagi. - Regang selama dalam kiraan 8. - pergerakan diulang dengan regangan yang sama pada tangan kiri. REGANGAN 6 Bahagian diregang - Otot deltoid dan triseps ( iaitu otot triseps meregang ). Jenis sendi yang terlibat - Sendi lesung Jenis pergerakan sendi yang terlibat Kedudukan permulaan

- Tangan kanan menyilang pada dada. - Tangan kiri memegang siku tangan kanan . Perlakuan - Tarik siku ke arah bahu kiri . - Regang selama dalam kiraan 8. - pergerakan diulang dengan regangan yang sama pada tangan kiri. REGANGAN 7 Bahagian diregang - Otot triseps, otot biseps, latisimus dorsi, seratus anterior dan trapezius Jenis sendi yang terlibat - Sendi lesung Jenis pergerakan sendi yang terlibat Kedudukan permulaan - Tangan kanan menyilang bahagian badan belakang. - Tangan bensentuhan di belakang. Perlakuan - tolak tangan ke belakang . - Regang selama dalam kiraan 8. - pergerakan diulang dengan regangan yang sama pada tangan kiri. REGANGAN 8 Bahagian diregang - otot latimus dorsi, serratus anterior, trapezius, deltoid, gastroknemius, soleus dan tendon akiles. Jenis sendi yang terlibat - Sendi lesung Jenis pergerakan sendi yang terlibat - plantar fleksi Kedudukan permulaan - Hulur kedua-dua belah tangan ke atas - tapak tangan kanan bertemu tapak tangan kiri. Perlakuan - Regang ke atas dan sedikit ke belakang.. - Regang selama dalam kiraan 8. - pergerakan diulang dengan menolak ke belakang, bawah, kiri dan ke kanan. REGANGAN 9 Bahagian diregang - otot kuadriseps, otot hamstring, dan gluteus maksimus Jenis sendi yang terlibat - sendi engsel, sendi lesung ( sendi sinovial ) Jenis pergerakan sendi yang terlibat Kedudukan permulaan - Berdiri tegak dan kaki kemudian dirapatkan - Lutut kanan diangkat keatas dan kemudian kedua-dua tangan memegang dan menarik lutut ke dada. Perlakuan

- Regang ke atas dan tangan tahan lutut kedada. - Regang selama dalam kiraan 8. - pergerakan diulang dengan kaki kiri. REGANGAN 10 Bahagian diregang - otot kuadriseps, otot hamstring, anterior tibia dan peroneus longus. Jenis sendi yang terlibat - sendi engsel, sendi lesung ( sendi sinovial ) Jenis pergerakan sendi yang terlibat Kedudukan permulaan - Berdiri tegak dan kaki kemudian dirapatkan - Lutut kanan diangkat kebelakang dan kemudian tangan memegang dan menarik lutut punggung. Perlakuan - Regang ke belakang dan tangan tahan tapak kaki ke punggung. - Regang selama dalam kiraan 8. - pergerakan diulang dengan kaki kiri. REGANGAN 11 Bahagian diregang - Otot bahagian bawah kaki belakang (otot gastroknemius, otot hamstring dan otot soleus) Jenis sendi yang terlibat - sendi engsel, sendi lesung ( sendi sinovial ) Jenis pergerakan sendi yang terlibat Kedudukan permulaan - Duduk berlunjur sebelah kaki, iaitu kaki kanan. Bengkokkan kaki kiri supaya tapaknya menghadap bahagian dalam paha. - Tegakkan badan. Perlakuan - Condongkan badan ke hadapan dan tarik hujung kaki ke arah badan. - Jika tangan anda sampai ke jari-jari kaki, gunakan kain atau tuala. - Regang selama dalam kiraan 8. - pergerakan diulang dengan kaki kiri. REGANGAN 12 Bahagian diregang - otot gastroknemius, tendon akiles dan otot soleus) Jenis sendi yang terlibat - sendi engsel Jenis pergerakan sendi yang terlibat - Plantar flexion Kedudukan permulaan - berdiri tegak - hulurkan kaki kanan ke hadapan dengan hujung kaki mencecah lantai dan tumit kaki tidak mencecah lantai

Perlakuan - Condongkan kaki ke hadapan Regang selama dalam kiraan 8. - pergerakan diulang dengan mengalakaki ke dalam ketepi dan ke belakang. - pergerakan diulang dengan kaki kiri.

LARI PECUT
PENGENALAN LARI PECUT Jika dibandingkan dengan acara-acara lain, lari pecut ialah larian terpantas dalam sukan olahraga. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

SEJARAH LARI PECUT Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mulamula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang

mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

PENGENALAN ACARA LARI PECUT


Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut : a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. c) Tangan digerakkkan dengan pantas. d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ). Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

LATIHAN ANSUR MAJU Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan. a) Latihan mendorong - Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan - Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan - Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh - Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan b) Larian teknik pecut - Berlari dengan melangkah panjang - Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut - Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. - Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. - Berlari menyepak ke belakang. - Berlari dengan lutut tinggi dan memecut - Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung. c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan - Melonjak untuk jarak. - Melangkah panjang ( bounding ) - Melonjak dan melangkah melepasi halangan. - Melompat, memusing, mendekam, dan memecut. - Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

TEKNIK MULA LARI PECUT Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Gaya Berdiri i) Persediaan - peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi. ii) Ke garisan - Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan. - bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan. - condongkan badan. - kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan. iii) 'sedia' - condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan - bngkokkan lebih lutut kaki hadapan - kaki belakang tolak ke tanah. - badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel. iv) 'Bang' atau 'mula' - pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

Gaya Dekam - terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN i) Fasa permulaan ii) Fasa larian a) Fasa pecutan b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan c) Fasa larian di selekoh

iii) Fasa penamat Fasa Permulaan - terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang. Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan 1. Gaya peluru a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak. b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. 2. Gaya sederhana a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak. b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. 3. Gaya panjang a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak. b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Memulakan Larian dengan Blok - Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu : 1. Gaya peluru - blok permulaan adalah rapat dngan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 2. Gaya sederhana - gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 3. Gaya panjang - blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Fasa Pecutan - selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan. Kedudukan tangan - tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang garis mula. Kedudukan kepala dan leher - kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan. Pergerakan tangan dan kaki - selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. - tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. - Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan - fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. - pecutan berlaku pada awal larian -95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. - Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya aka ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Teknik Larian di selekoh - Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. - Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam untuk memastikan larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa 'centrifugal'. - tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam. Teknik Penamat - Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. - Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. - Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

berdiri melLompat 3.1 PENGENALAN

Jauh

Lompat jauh merupakan salah satu acara olahraga yang menarik bagi seseorang atlit mencuba mendarat sejauh mana yang boleh dari tempat yang dituju. Dalam masa yang singkat, atlit mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Acara tersebut merupakan acara yang menarik kerana walaupun bukan semua orang dapat lompat dengan jauh, tetapi mereka juga minat terhadap acara lompat jauh. Bagi mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan, pelompat jauh perlu menjalani latihan yang sistematik dan berkesan di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari dengan kelajuan yang maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Tidak lupa juga bahawa masalah utama bagi pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak. Di samping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kuasa eksplosif dan kekuatan otot .

3.2 SEJARAH LOMPAT JAUH Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 SM iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Terdapat pada tembikar dan corak-corak lukisan yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali oleh peserta Sparta, sama ada lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple. Terdapat juga fakta menyatakan bahawa lompat jauh berasal dari sukan zaman purba di Greece dalam bentuk lompat jauh berdiri. Pada masa itu pelompat melompat dengan memegang beban yang dinamakan halteres pada kedua-belah tangan. Berat tersebut adalah di antara 0.9 kg hingga 4.5 kg, dan ia dipercayai dapat membantu untuk memberi kesan lompatan yang lebih jauh. Ini terbukti dalam tahun 1854, J.Howard yang melompat sejauh 9.02 m sebenarnya mendapat 2.4 m hasil daripada beban yang digunakan. Pelompat melompat dari threshold (tempat lonjakan) dan mendarat di skamma (tempat mendarat). Pada masa ini acara lompat jauh ialah lompat jauh berlari. Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.

3.3 FASA-FASA LOMPAT JAUH Terdapat 4 fasa yang umum, iaitu : fasa penujuan peringkat larian menuju ke papan lonjakan fasa lonjakan peringkat melompat dari papan fasa layangan peringkat di mana badan berada di udara fasa pendaratan sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.

3.3.1 Fasa Penujuan Mula dengan berdiri secara kaki segaris atau kaki depan belakang. Langkah pertama dari titik permulaan mesti bermula dengan kaki dominan atau kaki yang melonjak. Penentuan titik permulaan dari papan lonjakan adalah berbeza mengikut umur, iaitu : 11 langkah bagi yang berumur bawah 11 tahun 13 langkah untuk yang bawah 13 tahun 15 langkah bagi yang bawah 15 tahun 17 langkah untuk yang bawah 17 tahun 21 langkah bagi yang berumur 17 tahun ke atas Pelompat digalakkan mengulangi larian dari titik permulaan ke papan lonjakan untuk memastikan kaki dominan adalah pada papan lonjak sebelum melonjak. Jika diperlukan, pelompat boleh mengubahkan lokasi petanda titik permulaan. Setiap atlet lompat jauh perlu mempunyai kelajuan yang tersendiri semasa larian landas untuk mendapatkan

lompatan yang terbaik. formula bagi kelajuan : lelaki - jarak = (kelajuan dalam m/s x 0.95) - 2.23 wanita - jarak = (kelajuan dalam m/s x 0.99) - 2.81 Formula-formula tersebut adalah dirumuskan oleh Dr. Philip Graham-Smith dari University of Salford (UK), dan juga Professor Adrian Lees dari John Moores University Liverpool (UK)

3.3.2 Fasa Lonjakan mencapai momentum yang maksima apabila tiba di papan lonjakan. Badan pelompat seharusnya direndahkan sedikit untuk menghasilkan keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas. 3.3.3 Fasa Layangan merujuk kepada fasa apabila pelompat telah melepasi papan lonjakan dan berada di udara. Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Untuk mengatasi rintangan tersebut, terdapat beberapa gaya yang boleh dilakukan di udara, iaitu : gaya belayar (sailing) gaya tendang kayuh (hitch-kick) gaya gantung (hip-swing). Gaya mengayuh atau berlari di udara adalah yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.

3.3.4 Fasa Pendaratan Merupakan fasa yang terakhir dalam acara lompat jauh. Apabila badan mula jatuh ke pasir, tangan dan kaki pelompat dirapatkan dan digerakkan ke hadapan. Apabila tumit mula mencecah tanah, tangan pelompat seharusnya digerakkan ke belakang dan ke hadapan.

3.4 GAYA-GAYA LOMPAT JAUH 3.4.1 Gaya Layar Fasa lonjakan : Pelompat mesti mengayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan menegak. Fasa layangan : merapatkan lutut ke dada dan mengayunkan kedua-dua tangan ke atas dan ke hadapan semasa berada di udara.

3.4.2 Gaya Gantung Fasa lonjakan : Pelompat mengangkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh. Pada masa yang sama, mengangkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan. Fasa layangan : Pelompat perlulah mengayunkan kedua-dua tangan ke belakang. Lentikkan badan supaya kelihatan seperti tergantung. mengangkatkan kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat.

3.4.3 Gaya Tendang Kayuh Fasa layangan :

Pelompat perlu mengayuh satu setengah atau dua setengah langkah di udara. Kayuhan dua setengah langkah : Langkah kayuhan pertama ialah lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas ke hadapan. Langkah kayuhan kedua ialah mengayuh, dan kaki lonjakan bersedia untuk mendarat. Langkah kayuhan setengah yang akhir mengkehendaki pelompat untuk merapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat.

3.5 TUTORIAL 3.5.1 Penentuan Kaki Lonjak Sebelum memulakan fasa-fasa, pelompat seharusnya menentukan kaki dominan atau kaki melonjak. Terdapat dua cara untuk menentukan kaki dominan. Cara 1 : Pelompat berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh. Secara automatik, satu kaki akan menyokong badan daripada tumbang. Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan. Cara 2 : Dijalankan secara berpasangan. Pelompat akan berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan. Pasangannya akan menolaknya dari belakang tanpa isyarat. Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.

3.5.2 Ansur Maju Fasa Penujuan Dijalankan secara berpasangan. Satu ialah pelompat, dan yang satu lagi akan memainkan peranan pemerhati. Pada mulanya, pelompat akan mengukur langkah mengikut kesesuaian diri dengan cara berlari bebas dari papan lonjakan. Setelah itu, pelompat akan membuat tanda permulaan dan berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan. Pada masa yang sama, pemerhati harus bersiap-sedia di tepi papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak pelompat menapak di papan lonjak. Jika kaki lonjakan pelompat menapak melebihi papan lonjakan, undurkan satu atau dua langkah ke belakang di titik permulaan. Jika menapak sebelum papan lonjakan, pelompat patut bergerak satu atau dua langkah ke hadapan mengikut kesesuaian jarak. Ulangkan sebanyak 3 kali di tempat permulaan yang baru. Perkara yang perlu diteliti : Memulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah ialah angka ganjil. Mengawal kelajuan semasa berlari. Memastikan jarak langkah yang konsisten dalam larian. Semasa berlari, badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat tinggi. Penggunaan penanda di tempat yang tidak kurang dari jarak empat langkah dari papan lonjakan. Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang maksima tetapi terkawal.

3.5.3 Ansur Maju Fasa Lonjakan Terdapat tiga cara untuk menjalankannya. Cara 1 : melonjak dari papan lonjakan (lompat jauh berdiri) Pelompat membengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah. Mengayunkan kedua-dua tangan untuk mendapat daya lonjakan. Apabila bersedia, lonjak dengan kuat menggunakan kaki dominan dari papan lonjakan.

Mendarat dengan tumit. Cara 2 : melonjak dari hujung bangku. Pelompat akan bergerak dua atau tiga langkah ke hujung bangku Lonjak dengan kuat dan mengayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang mampu. Mengayunkan kedua-dua belah tangan ke atas hadapan. Mendarat dengan tumit. Cara 3 : Melonjak melepasi kayu atau tali Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan. Kemudiannya pelompat akan berlari sejauh lima hingga enam langkah. Melonjak melintasi tali dan mendarat.

3.5.4 Ansur Maju Fasa Layangan dan Pendaratan Terdapat 3 cara pelaksanaan. Cara 1 : Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir. Berlari lima hingga enam langkah dari titik permulaan. Melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan . Melepasi benteng pasir dan mendarat dengan tumit. Cara 2 : Mencecah bola dengan hujung tangan Menggantungkan sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai. Kemudian berlari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan. Pelompat perlu cuba untuk mencecah bola dengan hujung tangan. Akhirnya mendarat dengan tumit. Cara 3 : Mencecah bola dengan dahi Menggantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh. Berlari lima hingga enam langkah ke papan lonjakan dan melonjak dengan kaki lonjakan. Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas. Apabila berada di udara, pelompat cuba untuk menyentuh bola dengan dahi. Mendarat dengan tumit dahulu. Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke hadapan.

3.6 OTOT-OTOT YANG TERLIBAT SEMASA LOMPAT JAUH 3.6.1 Fasa Penujuan Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps. Otot yang terdapat di antara tendon dan patella. Vastus lateralis, vastus intermedius, vastus medialis dan rectus femoris (femur). 3.6.2 Fasa Lonjakan Otot kuadrisep. Otot di bahagian betis seperti Fibularis Longus (Fibula), Tibialis anterior (Tibia) 3.6.3 Fasa Layangan Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps. Bantu kayuhan sewaktu berada di udara. Gastrocnemius, Calcaneal 3.6.4 Fasa pendaratan

Otot Kuadrisep, gluteus medius, gluteus Maximus Calcaneal, Metatarsal, gluteus medius, gluteus Maximus

3.7 LATIHAN YANG SESUAI UNTUK LOMPAT JAUH 3.7.1 Latihan bangkit tubi Boleh menguatkan bahagian abdominal. 3.7.2 Bergayut pada palang dinding, mengangkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan rata di dinding. Latihan ini juga bertujuan untuk menguatkan bahagian abdominal yang penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat. 3.7.3 Meletakkan hujung kaki di atas platform yang berketebalan 8cm, naik dan turunkan tumit pada julat yang maksima. Pelompat boleh memilih untuk menjalankan aktiviti ini dengan atau tanpa beratan. Dengan latihan ini, achcillies tendon pelompat dikuatkan. Pelompat seharusnya naik dan turun bangku ketinggian sekurang-kurangnya 50cm dengan ekstensi maksima kaki dan menaikkan badan setinggi yang mampu. Ini adalah untuk menguatkan otot quadriceps. 3.7.4 Lompat dari kotak berketinggian 50cm dengan satu kaki, lompat ke atas dengan bantuan kaki bebas, tangan dan bahu. Untuk meningkatkan kuasa eksplosif kaki semasa lonjakan 3.7.5 Aktiviti juak lentik dinamik Pelompat perlu berada dalam posisi duduk dengan lutut bengkok dan tangan di belakang. Selepas ini, naikkan lutut kaki lonjakan. Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang, dan kaki. 3.7.6 Berlari dan melompat ke atas kotak dengan kaki lonjak serta melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan mengayunkan kaki bebas. Memperbaiki keupayaan lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan).

3.8 KELENGKAPAN Lorong larian (runaway) Kawasan pendaratan (landing area) Papan pelepas (Take-off Board) Pita pengukur (measuring tape) Pengukur halaju angin (Wind velocity indicator) Kasut berpaku (Spike shoes) Bendera isyarat (Flag) Penunjuk Plastisin (Plasticine indicator)

3.9 UNDANG-UNDANG & PERATURAN ASAS Setiap peserta dibenarkan membuat sama ada tiga atau enam lompatan, berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Dua belas atau lapan peserta terbaik kemudiannya dipilih ke pusingan akhir. Lompatan terbaik, iaitu yang paling jauh di antara tiga atau enam lompatan tersebut, akan dikira sebagai pencapaian terbaik seseorang peserta. Setiap peserta dikehendaki membuat lompatan pada papan lompatan yang disediakan di tempat melompat. Bagaimanapun peserta dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan lonjak iaitu kaki lonjak tidak semestinya menyentuh tepat di atas papan lompatan.

Lompatan akan dikira batal atau gagal jika seseorang pelompat melakukan perkara-perkara berikut: Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan lompatan melepasi tanda yang dibenarkan Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar kawasan mendarat (kawasan pasir). Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan, tetapi pada kebiasaannya, jarak antara 15 hingga 40 meter digunakan. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dibuat mengikut jarak antara papan melompat dengan kawasan pendaratan, iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh pelompat di dalam kawasan mendarat. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasut berpaku (spike) Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil akan mengawasi sesuatu lompatan, iaitu seorang mengawasi papan lompatan, seorang menentukan tempat mendarat dan seorang lagi pencatat.

3.10 KESELAMATAN Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian adalah seperti: 1. Atlet hendaklah memakai pakaian yang sesuai sebagai seorang atlet lompat jauh seperti kasut spike. 2. Papan lonjakan yang kuat dan hendaklah separas dengan permukaan tanah. 3. Kawasan mendarat mestilah mempunyai pasir yang baik, bersih dan bebas daripada benda-benda yang boleh memberi kecederaan kepada atlet. 4. Pembantu mesti sentiasa berada di kawasan memastikan kawasan itu sentiasa selamat digunakan. 5. Semasa peserta membuat lompatan kawalan kawasan lompatan hendaklah diberi perhatian untuk mengelakkan gangguan daripada peserta lain. 6. Sistem giliran lompatan hendaklah dijalankan dengan betul agar tidak berlaku pertindihan lompatan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada peserta.

3.12 PENUTUP Secara kesimpulannya, pengajaran lompat jauh penting dalam pembelajaran murid di sekolah. Selepas mempelajari aktiviti sukan ini, murid-murid dapat melakukan aktiviti kecergasan yang melibatkan daya tahan kardiovaskular, kelenturan dan sebagainya. Hal ini membolehkan murid-murid lebih memahami bahagian otot yang terlibat dalam lompat jauh. Sebelum memulakan latihan lompat jauh, semua individu haruslah memanaskan badan kerana ia dapat meregangkan otot-otot badan dengan sempurna. Kelengkapan yang diperlukan bagi lompat jauh juga harus diperiksa untuk memastikan bahawa ia dapat berfungsi dengan baik dalam latihan lompat jauh. Semua fasa latihan dalam lompat jauh seperti fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa penerbangan dan fasa pendaratan hendaklah dikuasai oleh setiap individu untuk menjadi seorang atlet yang baik. Di samping itu, semua individu haruslah mematuhi peraturan asas dan teknik-teknik lompat jauh bagi mendapat keputusan cemerlang dalam sukan ini. Aspek biomekanik perlu difahami dan dilakukan oleh jurulatih mahupun atlet agar mereka dapat melakukan latihan dengan cara yang betul. Langkah-langkah keselamatan turut perlu diambil perhatian oleh setiap individu agar dapat mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan. Bagi meningkatkan kemahiran lompat jauh, terdapat beberapa latihan boleh dilakukan. Sebagai contohnya, murid boleh melakukan bangkit tubi L-seat untuk menguatkan bahagian abdominalnya. Latihan ini membolehkan murid tersebut melompat dengan lebih jauh. Murid-murid juga boleh menjalankan latihan plyometric, iaitu melompat dari kotak berketinggian 50cm dengan satu kaki, kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas tangan dan bahu. Latihan ini dapat meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan. epasi timbunan pasir (berbeza ketinggian). MENGUKUR -Calcaneal, Metatarsal, gluteus medius, gluteus Maximus

LONTAR PELURU

SEJARAH
1. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. 2. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. 3. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. 4. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. 5. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta.

6. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. 7. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. 8. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. 9. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. 10. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. 11. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. 12. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. 13. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan. 14. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

PERATURAN DAN PERTANDINGAN

1. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. 2. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti. 3. Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri. 4. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan. MATLAMAT TERHADAP PENCAPAIAN DALAM SUKAN LONTAR PELURU 1. Penyelidikan ini ialah mengenalpasti motif penglibatan dan corak orientasi matlamat di kalangan atlet lontar peluru . Perhubungan antara kedua-dua pembolehubah dan perbezaannya terhadap pencapaian dalam kejohanan tersebut. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik Purpose of Sport Qustionnaire (POSQ) dan Task Ego Orientation Sport Questionnaire (TEOSQ). 2. Hasil analisis menunjukkan atlet yang menyertai lontar peluru ini memilih motif bermain untuk mencapai prestasi yang tinggi dengan bekerja keras dan menghormati undang-undang sebagai motif utama penglibatan mereka berbanding motif untuk menjadi kaya dan. 3. Orientasi matlamat mereka pula lebih berorientasikan tugasan , berbanding ego. Hasil analisis ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara corak orientasi matlamat ego di kalangan atlet yang berbeza tahap pencapaian.

4. Atlet yang berpencapaian tinggi iaitu berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir didapati lebih mempunyai orientasi matlamat ego berbanding dengan atlet yang gagal ke peringkat separuh akhir. 5. Hasil analisis korelasi Pearson Product Moment pula mendapati wujud perhubungan yang signifikan antara orientasi matlamat tugasan dengan motif penglibatan bekerja keras, hormat, 6. Kesimpulannya, atlet lontar peluru ini mempunyai corak orientasi matlamat tugasan yang tinggi dan akan lebih bermotivasi melibatkan diri dalam sukan olahraga lontar peluru sekiranya latihan dijalankan dengan bersungguh-sungguh serta mematuhi segala undang-undang olahraga.

GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3 1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling. 2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan. 3. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan. 4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang relax .Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang relax tetapi dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan. 5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan. LUNSURAN : ( GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3 ) Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran dilakukan seperti berikut: 1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan melunsur. 2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki

bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke depan. 3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan. 4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan membaling. 5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan. MEMBALING 1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan. 2. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk parabola yang cukup berkesan. 3. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan. SELEPAS MEMBALING 1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan. 2. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan. 3. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan.

GAYA OBRIEN( GAYA MEMBELAKANG) 1. Gaya OBrien adalah satu lagi gaya membaling peluru dan gaya ini adalah dianggap satu gaya yang terkemuka dan saintifik.Sebagaimana yang telah diterangkan awal-awal tadi,gaya ini mendapat namanya disebabkan seorang peserta yang namanya sendiri OBrien.

2. Gaya ini juga dikenali sebagai Gaya membelakang sebab perdirian persediannya adalah dalam keadaan membelakang ke arah tempat membaling. PERDIRIAN PERSEDIAAN 1. Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah belakangnya dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling. 2. Pesera tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula direnggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh bergantung kepada tinggi badannya. 3. Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkandi rusuk leher. 4. Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya. 5. Kepalanya tegak memandang ke depan. LUNSURAN 1. Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras pinggang. 2. Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan dibengkok di lutut dan dalam masa yang sama atau serentak kaki ini juga akan dilunsur ke belakang(mengundur) terus ke depan bulatan untuk kilasan membaling. 3. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan kaki yang melunsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi. 4. Kesalahan biasa : ramai peserta tidak melunsur ke belakang tetapi mereka melompat ke depan. KILASAN MEMBALING 1. Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat lunsuran. 2. Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang. BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING 1. Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah.

KESALAHAN BIASA 1. Pergerakan sangat keras. 2. Semasa lunsuran,peserta suka melompat. 3. Semasa lunsuran,peserta meninggikan badan. 4. Semasa kilasan badan,peserta berhenti selepas lunsuran dan kemudian baru berkilas. 5. Semasa membaling,peserta membaling dalam keadaan kaki berdiri yang hampir lurus(tiada tekanan) 6. Selepas membaling,peserta masih terdiri di atas kaki yang berdiri.(Tekanan atau lunjakan dari kaki belakang tidak cukup kencang) 7. Selepas membaling,peserta tidak ikut lajak pergerakan.(badan tidak terkawal) 8. Selepas membaling mata peserta tidak ikut memerhati penerbangan peluru.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan

mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Kepentingan Pendidikan Jasmani Dalam Kurikulum Sekolah.


Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Pendidikan Jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing. Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Objektif Pendidikan Jasmani

Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama : Kognitif ,Mengetahui dan Memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian

Rujukan:http://www.sabah.edu.my/promedia/Bahan_Telupid /telupid/RIDZIS/lamanutama.html
Posted by BC1_K2 at 9:09 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Makanan Seimbang Bagi Olahraga


MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk


memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi : i. Tenaga makanan yang mencukupi ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum. iii. Kandungan fiber yang mencukupi iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

piramid makanan seimbang

i. Makanan yang memberi tenaga Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenagaadalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

ii. Makanan membina badan Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

iii. Makanan menjauhi penyakit Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayursayuran dan buah-buahan.

Rujukan: http://maribelajar.forumotion.com/t856-makanan-seimbang Posted by BC1_K2 at 8:54 AM No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

gambarajah warm-up

Kepentingan Warm-up Atau Memanaskan Badan. Memanaskan badan memainkan peranan yang penting kepada tubuh badan seperti: (1)Menyediakan kestabilan tubuh untuk menanggung beban. (2) Mengurangkankebarangkalian kecederaan (3) Penyediaan minda untuk menjalani latihan. Memanaskan badan perlulah terdiri daripada memanaskan sendi-sendi yang terlibatdalam latihan. Bahagian sendi yang utama yang perlu diberi perhatian adalah padasendi bahu. Ini kerana sendi ini adalah yang paling lemah berbanding sendisendi yang lain. Warm-up dimulakan dari kaki dan bergerak ke atas manakala warm-down pula darikepala hingga ke kaki. Warm-down amat penting kerana ia memastikan asid laktik yangterhasil di otot-otot hasil daripada latihan yang dilakukan dapat mengalir ke seluruhbadan. Asid laktik yang terkumpul pada sesuatu bahagian badan boleh menyebabkankelenguhan pada bahagian tersebut. Selain itu warm-down berperanan memulihkankembali otot-otot yang tegang.

Rujukan:http://www.scribd.com/doc/47440294/Kepentingan-Warm-up Posted by BC1_K2 at 8:40 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Acara
Acara

Terdapat variasi lain selain yang disenaraikan di bawah tetapi perlumbaan jarak luar biasa (contoh 300 m) adalah kurang kerap dijalankan. Perlumbaan luar biasa adalah dengan lazimnya diadakan semasa musim tertutup disebabkan oleh trek tertutup lebih pendek 200 m. Dengan pengecualian larian batu (mile run), perlumbaan berdasarkan jarak imperial adalah jarang sekali diadakan di trek lagi selepas kebanyakan trek telah bertukar daripada sesuku batu (402.3 m) ke 400 m; semua penyimpanan rekod untuk jarak imperial telah ditamatkan. Bagaimanapun, buku rekod IAAF masih termasuk rekod dunia batu (kini dipegang oleh Hicham El Guerrouj dari Maghribi untuk lelaki dan Svetlana Masterkova dari Rusia untuk wanita) disebabkan oleh kepentingan bersejarahnya di seluruh dunia. Lelaki dan wanita tidak bersaing antara satu sama lain, walaupun mereka mungkin kadangkala berlari dalam perlumbaan sama kerana kekurangan masa dalam kejohanan sekolah tinggi. Wanita pada umumnya berlari jarak sama seperti lelaki walaupun pagar dan halangan-halangan lumba kuda adalah lebih rendah dan pemberat cakera, lembing dan tukul adalah lebih ringan.

Acara larian dan lumba jalan kaki

Pecut adalah acara sehingga dan termasuk 400 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

50 meter (tertutup sahaja) 55 meter (tertutup sahaja) 60 meter (tertutup sahaja) 100 meter 200 meter 400 meter

Acara jarak sederhana adalah acara yang lebih jauh berbanding pecut dan sehingga
3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

800 meter 1000 meter (jarang) 1500 meter One mile[1] 3000 meter 3000 meter berhalangan

Acara jarak jauh adalah acara melebihi 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

5000 meter 10000 meter

Acara lari berpagar memerlukan pelari untuk melepasi halangan-halangan yang dijarakkan dengan sama rata semasa perlumbaan. Acara biasa dipertandingkan adalah:

60 meter lari berpagar (tertutup sahaja) 100 meter lari berpagar (wanita) 110 meter lari berpagar (lelaki) 400 meter lari berpagar

Lari berganti-ganti adalah acara di mana empat atlet menyertai sebagai sebuah pasukan,
memberi baton besi diantaranya. Acara biasa dipertandingkan adalah:

4 x 100 meter lari berganti-ganti 4 x 200 meter lari berganti-ganti (sekolah tinggi dan kolej) 4 x 400 meter lari berganti-ganti 4 x 800 meter lari berganti-ganti

Lumba lari jalan adalah acara dikendalikan di jalan terbuka, kadangkala berakhir di trek.
Acara biasa dipertandingkan adalah:

10 km 20 km Half marathon (21.0975 km)

Maraton (42.195 km). Maraton ini adalah larian jarak perlumbaan-jalan biasa dalam kejohanan olahraga antarabangsa utama, seperti Olimpik.

Lumba jalan kaki mungkin dipertandingkan sama ada di trek atau di jalan terbuka. Acara
biasa dipertandingkan adalah:

10 km 20 km 50 km

Posted by BC1_K2 at 8:17 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA


Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.

Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya.Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturanperaturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

Pengenalan kepada TMK PJPK

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelakaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelakaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalama konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pembelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Ahli kognitif berpendapat pembelajaran adalah sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala ahli behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku di mana ia melibatkan cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Terdapat pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke-21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Keadaan ini sangat bersesuaian dengan prinsip pembelajaran masteri yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai fasilitator perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi 'kerenah globalisasi'.

Anda mungkin juga menyukai