Anda di halaman 1dari 2

Doa Jamuan Akhir Tahun 2012 .

. Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Makan Akhir Tahun Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala 2012 pada ketika ini. Ya ALLAH Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat , Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan . Kami mohon kepadaMu agar Engkau permudahkan segala urusan kami. Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara. Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , guru-guru dan kakitangan sekolah , agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat kami yang utama dan bersama . Dalam kesempatan ini kami memohon kepadaMu Ya Allah agar Engkau kurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada Ustazah rosazlina bt. Mahmood atas perpindahan beliau menjadi guru di Sk Sg Penchala .Moga-moga Engkau anugerahkan kepada beliau kekuatan dan kecekalan untuk meneruskan perjuangan hidup dengan jayanya . Allahumma Ya Syaafi Ya Kaafi, Justeru kurniakanlah kepada insan yang kami sedang raikan, keinginan dan kecenderungan untuk terus menabur jasa dengan penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jangan engkau siakan segala sumbangan budi dan bakti yang telah dicurahkan, tunjuk ajar dan bimbingan berharga oleh insan yang diraikan selama masa beliau berkhidmat, dalam usaha

memenuhi tanggungjawab mengemudi organisasi pendidikan negara, jadikanlah segala kerja buat beliau sebagai ibadah yang ikhlas dan mendapat perkenan redha-Mu, sehingga layak mendapat ganjaran pahala-Mu yang tidak terbatas. Sampaikanlah segala hajat hati beliau demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Ya Allah. Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar . Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai