Anda di halaman 1dari 50

J12 Chia Pei Fang Khor Ming Chyi

PERALATAN ,TREK & PAKAIAN

Trek

Trek

JENIS-JENIS PAGAR

Ukuran Pagar

Pagar-pagar diperbuat daripada logam atau lain-lain benda yang sesuai dengan palang kayu atau lain benda yang sesuai. Pagar-pagar mesti mengandungi dua alas Dan dua tiang yang cagak (sokong) bingkai bentuk empat segi bujur, Dan diperkuatkan dengan satu atau dua palang Dan tiang-tiangnya diletakkan di hujung setiap alas. Pagar itu mesti satu corak di mana kuasa yang menyama 3.6 kilogram terkena ditengah sebelah atas palangnya perlu untuk menjatuhkan pagar tersebut.

Pagar itu boleh disesuaikan mengikut ketinggian yang perlu untuk setiap acara. Besi beratnya pun mesti disesuaikan supaya pada setiap ketinggian kuasa yang menyama berat 3.6 kilogram Dan tidak lebih 4 kilogram diperlukan untuk menjatuhkannya. Hak maksimum lebarnya ialah 1.20 meter, panjang asalnya ialah 0.70 meter, Jumlah keberatan setiap pagar tidak kurang daripada 10 kilogram.

Peraturan-Peraturan

PERATURAN 163
1. Terdapat 10 pagar di sepanjang trek larian. 2. Pelari berlari dalam lorong masing-masing. 3. Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam keadaan berikut: a) Mengheret kaki di bawah palang pagar. b) Melompat pagar di lorong lain. c) Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja. Tidak melompat sebarang pagar . Merewangkan kakinya atau kaki satah ufuk di atas sebarang pagar semasa melepasinya.

Lelaki 110 meter 400 meter

Wanita 100 meter 400 meter

Jarak Penyusunan Pagar (LELAKI)


JARAK PERLUMBAAN (METER) TINGGI PAGAR (METER) JARAK DARI GARISAN PERMULAAN HINGGA PAGAR PERTAMA (METER)

110 1.067 13.72

400 0.914 45

JARAK DI ANTARA PAGAR (METER) JARAK DARI PAGAR AKHIR KE GARISAN PENAMATAN

9.14 14.02

35 40

Jarak Penyusunan Pagar (WANITA)


JARAK PERLUMBAAN (METER) TINGGI PAGAR (METER) JARAK DARI GARISAN PERMULAAN HINGGA PAGAR PERTAMA (METER)

100 0.840 13

400 0.762 45

JARAK DI ANTARA PAGAR (METER) JARAK DARI PAGAR AKHIR KE GARISAN PENAMATAN

8.5 10.5

35 40

KEMAHIRAN LARI BERPAGAR-PAGAR

Fasa Permulaan
Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan.

Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.
Lari dengan larian yang konsisten dari permulaan hingga dua langkah terakhir. Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada di hadapan daripada kaki yang melangkah pagar.

Fasa Lonjakan
Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:
Ketinggian atlet Kelajuan larian Jarak jangkauan kaki hadapan Kelajuan langkah kaki hadapan

Gaya lonjakan kaki yang baik:


Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki Kaki hadapan diangkat tinggi Kepala tegak memandang ke hadapan Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak

Fasa Layangan
Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas. Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan mengarah keluar. Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang ke udara.

Fasa Mendarat
Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi pagar. Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg).

Fasa Penamat
Lari pecut ke garisan penamat.

TEKNIK-TEKNIK LARI BERPAGAR-PAGAR

Teknik Umum
Tentukan kaki mana yang digunakan sebagai kaki lonjakan. Badan dicondongkan ke hadapan. Melonjak dari jarak yang sesuai. Elak melonjak dari jarak yang dekat untuk menggelakkan pelanggaran pagar.

a)Pergerakan kaki hadapan Kaki hadapan diangkat dengan cepat, lutut di bengkokkan Kaki hadapan melepasi pagar atas tumit kaki melangkah melepasi halangan, terus dijatuhkan untuk mencecah tanah seberapa cepat yg mungkin. b)Pergerakan kaki belakang Apabila kaki hadapan ditendang ke hadapan, kaki belakang masih di tanah,badan dicondong ke hadapan.

c)Pergerakan tangan

Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah ke hadapan dihulur dan menolak ke hadapan, selari dengan kaki hadapan. Tangan pada kaki melangkah dihayun ke belakang. Tangan hadapan dikilas ke belakang, kaki belakang di bawa melepasi pagar. Badan tegak untuk imbangan badan.Imbangan dibantu oleh kedua-dua tangan. Kepala tegak, mata pandang hadapan untuk larian pantas seterusnya. Larian diteruskan dengan teknik tangan dan kaki berlari pecut .

a. Pergerakan kaki hadapan


b. Pergerakan kaki belakang

c.

Pergerakan tangan

Teknik Melepasi Pagar


1. Lonjakan Sebelum Pagar Kaki yang terdahulu melangkah hendaklah lurus ke hadapan. Condongkan badan ke depan. Tangan yang bertentangan dengan kaki melangkah dihulur ke depan selari dengan kaki itu. Luruskan sendi pinggang, lutut Dan pergelangan kaki semasa membuat lonjakan dengan kaki belakang.

2. Melepasi Pagar Lunjurkan bahagian bawah kaki melangkah dengan laju. Condongkan badan sedikit ke depan. Tarik kaki belakang ke tepi badan. Semasa melepasi pagar, paha dibawa ke tepi selari dengan trek. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Lutut kekalkan ketinggiannya.

3. Mendarat Selepas Pagar Cepat mendarat dengan kaki melangkah. Mendarat dengan bebola kaki. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat). Ketika kaki belakang dibawa melepasi pagar, tangan di hadapan dikilas ke belakang. Badan masih condong ke hadapan. Selepas mendarat, lari dengan laju.

Berlari antara pagar


1. Pergerakan Kaki Lutut diangkat tinggi. Berlari di atas bebola kaki. Kaki belakang sebagai kaki drive diregang penuh ke belakang badan untuk menolak badan ke hadapan. 2. Pergerakan Tangan Siku dibengkok Dan tangan diayun sepenuhnya ke belakang. Ayunan tangan ke hadapan tidak harus mengatasi bahu.

Menamatkan Lari Berpagar


Terus berlari dengan pantasnya. Mendepakan tangan ke belakang. Bahagian dada (torso) dilonjakkan ke hadapan.

LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR


Bagi usaha untuk memperkenalkan acara ini diperingkat awal guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang BERANSUR MAJU.

LATIHAN 1
Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu.

Melangkah batang rotan

LATIHAN 2
Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan.

Tujuan latikan 1 dan 2 ialah untuk membantu setiap peserta membina ritma dan bilangan yang seragam ketika berlari di antara halangan. semasa latihan digalakan membilang setiap langkah dengan menyebut. LOMPATSATUDUATIGALOMPAT..

LATIHAN 3
Merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan. Pelajar perlu berjalan dan melangkah di hujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokb sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung.

Latihan menggerakkan kaki belakang

Latihan 4
Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun

Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakkan kaki belakang semasa melepasi pagar

Latihan 5
Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya sehingga ke garis tamat. Tujuan latihan ini dilakukan untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.

Langkah-langkah Keselamatan

Berikut adalah beberapa butir yang perlu dihati-hatikan semasa mengajar acara lari berpagar-pagar di sekolah: Pastikan pelajar telah melakukan aktiviti regangan Dan memanaskanbadan dengan sempurna bagi mengelakkan kecederaan. Pastikan pelajar tidak melompat pagar dari arah yang salah. Pakaian pelajar hendaklah yang memudahkan mereka untuk membuat lompatan Dan tidak mengganggu rentak larian.

Pastikan peralatan yang digunakan seperti tali atau buluh tidak boleh mendatangkan kecederaan kepada pelajar. Jarak susunan pagar atau peralatan yang digunakan adalah selamat Dan sesuai untuk pelajar. Ketinggian pagar atau peralatan yang digunakan adalah bersesuaian dengan pelajar. Mulakan pada ketinggian yang sederhana Dan dinaikkan peringkat demi peringkat. Bilangan pagar harus dikurangkan pada peringkat awal lompatan Dan ditambah apabila pelajar telah mahir. Pastikan pada setiap pagar terdapat rakan yang dapat membantu sekiranya perlu.

Pastikan keadaan permukaan padang yang digunakan untuk pengajaran baik Dan tidak mendatangkan bahaya kepada pelajar, sebaliknya pilih permukaan yang rata.

Atlet-Alet

LIU XIANG
Dari negara China Acara Trek dan PadangLari berpagar-pagar 110m Pemenang pingat emas di Olimpik Athens 2004, Liu menang dengan mencapai dunia rekod 12,91 saat. Pingat itu adalah pingat yang pertama bagi seorang lelaki Cina di trek dan padang sejak Zhu Jianhua memperoleh pinggat gangsa yang pertama dalam acara lompat tinggi, di Olimpik Los Angeles 1984. Merujuk kepada kemenangannya di Athens, Liu berkata bahawa prestasi beliau "menukar pendapat bahawa negara-negara Asia tidak mendapat keputusan yang baik dalam perlumbaan pecut. Saya mahu membuktikan kepada seluruh dunia bahawa Asia boleh berlari laju.

Liu mengalahkan Allen Johnson(AS), dengan masa rekod Asia dan peribadi terbaik 13,06 saat bertemu di Osaka Mei 2004. Liu kini memegang rekod dunia dalam acara lari berpagar-pagar 110m dengan 12,88 saat, di pertandingan Super Grand Prix di Lausanne, Switzerland pada bulan Julai 2006. Pinggat Emas juga dimenangi oleh beliau di Kejohanan Dunia 2007 di Osaka serta di Super Grand Prix '07. Kaki Liu diinsuranskan untuk $ 13.300.000 oleh syarikat China ( Ping An)

Video
..\Videos\RealPlayer Downloads\ - YouTube.flv ..\Videos\RealPlayer Downloads\ - YouTube.flv ..\Videos\RealPlayer Downloads\ YouTube.mp4

Anda mungkin juga menyukai