Anda di halaman 1dari 2

INKUIRI PENEMUAN

Konsep Kaedah Inkuiri Kaedah Inkuiri ini diperkenalkan oleh Richard Suchman. Kaedah ini membuat andaian bahawa strategi-strategi intelek yang digunakan oleh ahli-ahli sains untuk menyelesaikan masalah-masalah boleh diajar kepada para pelajar. Naluri ingin tahu pelajar dapat dilatih dalam prosedur-prosedur inkuiri.

Tujuan 1.Menggalakkan penglibatan murid. 2. Mencabar murid-murid untuk mencari jawapan kepada masalah-masalah yang dihadapi. 3. Menggalakkan pemikiran yang kritis, analitis dan rasional. 4. Meningkatkan kefahaman serta ingatan murid satu-satu konsep. 5. Membentuk sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, berkongsi idea dan tolong menolong. 6. Meningkatkan kebolehan murid untuk merancang, mengolah isi dan membuat rumusan. 7. Mendatangkan perasaan kejayaan kepada murid-murid apabila mereka memperolehi jawapan kepada satu-satu masalah. 8. Memupuk kemahiran penyelesaian masalah bagi murid yang akan membawa kepada sifat berdikari.

Kelebihan 1. Murid dilibatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Murid-murid dapat memahami suatu konsep dengan lebih jelas dan mendalam. 3. Ia dapat memenuhi kehendak naluri ingin tahu muridmurid. 4. Menggalakkan pemikiran yang kritis dan kreatif. 5. Meningkatkan dan mengekalkan ingatan murid-murid. 6. Pengetahuan sedia ada murid-murid dapat digunakan dalam situasi sebenar. 7. Murid-murid berasa bangga dan puas hati ketika mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Ini akan meningkatkan motivasi mereka.

Kelemahan
Memerlukan masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah tunjuk cara. 2. Ia mungkin menimbulkan kesulitan kepada murid-murid yang kurang pengalaman atau lemah. 3. Kepakaran guru adalah diperlukan dalam perancangan dan pelaksanaan kaedah ini. 4. Kemungkinan murid-murid tidak mahir menggunakan radas yang diperlukan dalam satu-satu kajian itu. 5. Dapatan-dapatan yang diperolehi mungkin kurang tepat. Ini boleh melemahkan semangat murid-murid

Anda mungkin juga menyukai