Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang ditetapkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Azmi Bin Abu Bakar kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada saya sepanjang proses dalam menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI). Segala tunjuk ajar yang diberikan amat saya hargai.

Saya juga ini tujukan penghargaan ini kepada kedua ibu bapa saya, Amran Bin Abidin dan Rohani Binti Hasim kerana sentiasa menitipkan doa untuk keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong saya dari segenap segi rohani dalam menghasilkan KKBI ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dari kelas Pendidikan Khas 3 mahupun Pendidikan Khas 4 yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan KKBI ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan saya amat menghargainya.

Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan KKBI ini secara langsung ataupun tidak. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai