Anda di halaman 1dari 11

Dalam zaman di mana penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan, banyak syarikat telekomunikasi telah ditubuhkan

untuk meluaskan pasaran ini. Mereka sedang bersaing antara satu sama lain untuk mengeksploitasi pasaran ini dengan mengeluarkan pelbagai jenis pakej pasca bayar. Antara syarikat telekomunikasi yang telah berjaya menarik beribu-ribu pelanggan di Malaysia adalah Celcom, Digi, Maxis dan U-mobile. Saya telah memilih Celcom untuk kerja kursus ini dan analisis tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat ini telah saya huraikan secara lanjut. Sebanyak 5 pakej pasca bayar ditawarkan oleh syarikat ini iaitu CE50, P28, P48, P98 dan P148.

CE50

P148 CELCOM

P28

P98

P48

Gambar 1 : Jenis Pakej Pasca Bayar

KADAR PAKEJ UPFRONT PAYMENT KADAR MMS KADAR SMS PANGGILAN SEMINIT

CE50

RM 50

35 SEN

12 SEN

15 SEN

Jadual 1 : PAKEJ CE50

Dalam pakej ini, pelanggan perlu membayar bayaran sebanyak RM 50 sebagai kadar tetap setiap bulan. Untuk setiap minit sesuatu panggilan dibuat, 15 sen dicaj kepada pelanggan. Padahal, untuk setiap servis penghantaran multimedia (MMS) kadar sebanyak 35 sen dikenakan dan 12 sen untuk setiap servis penghantaran mesej (SMS). Pelanggan-pelanggan CE50 juga mendapat peluang untuk menerima diskaun daripada syarikat Celcom berdasarkan jumlah panggilan yang dibuat dalam satu bulan. Diskaun sebanyak 10% diberi kepada mereka yang telah mencapai bil sebanyak RM 60 hingga RM 79.90, manakala 20% diberikan kepada RM 80 hingga RM 149.90. Diskaun setinggi 30% diberikan kepada sesiapa yang bilnya mencapai RM 150 dan ke atas.

Dengan melanggan pakej CE50 ini, pelanggan juga mendapat peluang untuk melanggan pakej keluarga ( 1+5 ).

NEW 1 + 5 (TALIAN TAMBAHAN)

KADAR SMS/MMS

KADAR SEMINIT

PENGGUNAAN TETAP

PERCUMA 40jam Panggilan Suara dan Video Call PERCUMA 3000 SMS/MMS dan semua ini sesama talian. 10 SEN 20 SEN RM 15

JADUAL 2 : PAKEJ KELUARGA ( NEW 1 + 5 )

Seperti yang telah dinyatakan di atas, melalui pakej CE50, seorang pelanggan itu layak melanggan pakej keluarga 1 + 5, di mana dia dapat membuka talian baru ( sub-line ) untuk ahli-ahli keluarga ataupun rakan-rakannya. Dia dapat membuka sebanyak 5 talian baru ( maksimum ) dan setiap pelanggan pakej ini dapat membuat panggilan suara dan panggilan video ( video call ) selama 40 jam secara percuma untuk sebulan. Selain keistimewaan ini, setiap pelanggan juga dapat menghantar sebanyak 3000 SMS atau MMS secara percuma. Perhatian harus diambil bahawa kadar-kadar tersebut hanyalah untuk Panggilan , MMS dan SMS yang dibuat sesama ahli dalam pakej keluarga 1 + 5 ini.

Setiap ahli sub-line ( kecuali main-line ) juga perlu membayar kadar tetap sebanyak RM 15 sebulan untuk menikmati keistimewaan yang ditawarkan melalui pakej ini. Sekiranya had maksimum telah dicapai dan sesuatu pelanggan itu

menggunakan perkhidmatan telekomunikasi sesama talian pakej tersebut ataupun membuat panggilan / SMS / MMS kepada talian bukan dalam pakej, pelanggan itu akan dikenakan kadar sebanyak 10 sen untuk setiap SMS dan 20 sen seminit untuk setiap panggilan suara.

KADAR PAKEJ UPFRONT PAYMENT KADAR MMS KADAR SMS PANGGILAN SEMINIT

P28

RM 28

35 SEN

2 SEN

20 SEN

JADUAL 3 : PAKEJ 28

Melalui pakej ini, setiap pelanggan perlu membayar sebanyak RM 28 sebulan sebagai kadar tetap untuk setiap minit panggilan suara dibuat, 20 sen dicaj kepada pelanggan pakej ini. Selain itu, dengan melanggan pakej ini juga seseorang itu dapat membuat MMS dengan kadar 35 sen dan SMS dengan kadar 2 sen.

KADAR PAKEJ UPFRONT PAYMENT KADAR MMS KADAR SMS PANGGILAN SEMINIT

P 48

RM 48

35 SEN

2 SEN

15 SEN

JADUAL 4 : PAKEJ 48

Dengan membayar kadar tetap sebanyak RM 48 sebulan seseorang pelanggan pakej ini dapat menikmati kadar panggilan seminit sebanyak 15 sen. Kadar MMS pula adalah 35 sen untuk setiap MMS. Manakala, 2 sen untuk setiap SMS yang dihantar.

KADAR PAKEJ UPFRONT PAYMENT KADAR MMS KADAR SMS PANGGILAN SEMINIT

P 98

RM 98

35 SEN

2 SEN

10 SEN

JADUAL 5 : PAKEJ 98

Setiap penghantaran MMS oleh pelanggan pakej ini akan dikenakan caj, sebanyak 35 sen. Hanya 2 sen dikenakan bagi setiap SMS. Pelanggan Pakej 98 ini, perlu membayar RM 98 setiap bulan sebagai kadar tetap.

KADAR PAKEJ UPFRONT PAYMENT KADAR MMS KADAR SMS PANGGILAN SEMINIT

P148

RM 148

35 SEN

2 SEN

10 SEN

JADUAL 6 : PAKEJ 148

Walaupun pelanggan P148 ini perlu membayar kadar tetap sebanyak RM 148, mereka masih dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan melalui pakej ini. Mereka hanya perlu membayar 10 sen seminit untuk panggilan suara. Seperti pakej-pakej lain, kadar setiap MMS masih sama iaitu 35 sen. Kadar setiap SMS pula dikenakan caj sebanyak 2 sen.

Berikut adalah perbandingan yang telah saya buat berdasarkan andaian penggunaan perkhidmatan syarikat telekomunikasi di bawah langganan pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat Celcom. Andaian adalah seperti berikut :

Panggilan suara selama 20 minit setiap hari Penghantaran SMS sebanyak 10 setiap hari Penghantaran MMS sebanyak 5 setiap hari
Kesemua perkhidmatan ini digunakan setiap hari dalam sebulan

Terdapat 6 pakej disediakan dalam Celcom Executive dan Bio plan. Pakej pertama adalah CE50. Anggaran pakej ini bagi panggilan suara selama 20 minit sehari adalah RM 3.00, manakala RM 90 untuk sebulan. Kadar MMS pula untuk 5 MMS setiap hari hanya RM 1.75 untuk sehari dan bagi sebulan anggarannya adalah RM 52.50. Selain itu, kadar SMS dalam pakej CE50 adalah RM 1.20 sehari dan RM 36 sebulan untuk 10 SMS sehari. Di bawah pakej CE50 pelanggan ditawarkan diskaun 30%. Jadi, pelanggan hanya perlu membayar RM 121.95 daripada kadar sebenar iaitu RM 178.50. Selain pakej tersebut, pelanggan juga boleh membeli pakej-pakej lain P28, P48, P98 dan P148. Bagi pakej P28, pelanggan harus membayar RM 4 sehari dan RM 120 sebulan untuk panggilan suara selama 20 minit. Manakala kadar MMS untuk 5 MMS adalah RM 1.75 sehari dan RM 52.50 sebulan. Selain itu, pakej P28 juga mempunyai kadar SMS sebanyak RM 0.20 sehari dan RM 6 sebulan bagi 10 SMS setiap hari. Justeru, jumlah yang perlu dibayar oleh pelanggan yang membeli pakej ini ialah RM 178.50 sebulan. Seterusnya adalah pakej P48 di mana kadar panggilan suara selama 20 minit bagi pakej ini adalah RM 3 sehari dan RM 90 sebulan. Sama seperti P28, pelanggan perlu membayar RM 1.75 sehari dan RM 52.50 sebulan untuk 5 MMS setiap hari. Kadar SMS untuk 10 SMS setiap hari pula adalah RM 0.20 sehari dan RM 6 sebulan. Jadi, di bawah pakej pelanggan harus membayar RM 148.50 setiap bulan. Selanjutnya, merupakan P98 dan P148. Kedua-dua pakej ini terdapat persamaan di mana bagi panggilan suara selama 20 minit setiap hari pelanggan perlu membayar RM 2 sehari dan untuk sebulan adalah RM 60. Kadar MMS dan kadar SMS kedua-dua pakej ini adalah sama dengan pakej P28 dan P48 iaitu bagi 5 MMS setiap hari pelanggan harus membayar RM 1.75 sehari dan RM 52.50 sebulan.

Manakala kadar SMS bagi 10 SMS setiap hari anggarannya adalah RM 0.20 sehari dan RM 6 sebulan. Oleh itu, jumlah anggaran bagi kedua-dua pakej ini adalah RM 118.50. Akhir sekali adalah pakej keluarga ( New 1+5 ). Pakej ini adalah pakej keluarga yang melibatkan 6 orang ahli keluarga. Dalam pakej ini ditawarkan 40 jam percuma bagi panggilan suara dan 3000 MMS dan SMS percuma untuk 6 orang pelanggan. Anggaran bagi panggilan suara selama 20 minit adalah RM 240 sebulan untuk 6 orang. Jadi, seorang pelanggan perlu membayar RM 40 sebulan. Selain itu, dari segi SMS dan MMS pula pakej ini menawarkan 3000 percuma. Mengikut anggaran saya, 2700 SMS dan MMS sebulan telah digunakan. Bukan itu sahaja, malahan juga akan mempunyai lebih SMS dan MMS sebanyak 300. Dengan ini, mengikut anggaran saya tidak perlu membayar untuk penggunaan SMS dan MMS kerana ia tidak melebihi had SMS dan MMS percuma yang ditawarkan. Sebagai kesimpulan, berdasarkan perbandingan yang telah saya buat di antara pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi Celcom ini, saya membuat keputusan bahawa pakej yang paling menguntungkan saya ialah Pakej Keluarga ( NEW 1+ 5).