Anda di halaman 1dari 2

BAKSO

Bahan-bahan ( 7-8 org )


Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) Taugeh Kobis dihiris halus *Utk bebola

400 gm daging cincang 2 biji bawang merah diracik halus 2 biji bawang putih diracik halus 2 sudu besar telur (1/2 biji) 1 camca tepung ubi / tepung jagung sedikit serbuk lada sulah & garam *Utk kuah

3 biji bawang merah dihiris * 3 ulas bawang putih *1/2 inci halia *1sudu kecil lada sulah biji 1 batang serai diketuk 1 sudu besar pati daging / pati ayam sedikit serbuk lada sulah garam dan perasa

Cara-cara 1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai. 2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam dan perasa. 3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan ke dalam kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah dan bebola 4. Rendam bihun dan celur, kemudian tapis. Hidang bihun dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain. 5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....