Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihak lain agar terjadi saling mempengaruhi diantara satu dengan yang lain. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata (verbal) yang dapat difahami oleh kedua belah pihak. Seandainya tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami mereka , komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa isyarat.
1.1 DEFINISI KOMUNIKASI

Istilah komunikasi berasal dari kata Latin Communicare atau Communis yang berarti sama atau menjadikan milik bersama. Kalau kita berkomunikasi dengan orang lain, berarti kita berusaha agar apa yang disampaikan kepada orang lain tersebut menjadi miliknya. Beberapa sarjana dalam bidang komunikasi telah memberi pendapat mereka tentang komunikasi ini. Bittner ( 1988 ) pula mengatakan bahawa komunikasi adalah merupakan satu perlakuan berkongsi simbol . Simbol simbol ini adalah terdiri daripada verbal dan nonverbal dan ia merupakan komponen di dalam proses komunikasi.Manakala, French ( 1993 ) komunikasi adalah satu usaha mewujudkan salaing memahami dalam minda orang lain. Schramm dan Robert pula mengatakan komunikasi adalah satu proses untuk mengongsikan sesuatu orientasi terhadap satu set tanda tanda maklumat ( Mansor Ahmad Saman etal, 1984 ) Sebagai contoh, proses penyampaian mesej oleh seorang individu dan penerima mesej oleh individu lain ataupun sekumpulan individu dengan membawa satu kesan dan peluang memperolehi maklumat balas serta-merta. Misalnya, rakan sekerja, pelajar dan sebagainya, penggunaan kata sapaan Assalamualaikum, apa khabar, terima kasih, maafkan saya dan sebagainya yang menunjukkan kesopanan dan menghormati.

2.0 TUJUAN KOMUNIKASI

Pada dasarnya komunikasi digunakan untuk meningkatkan aktiviti hubungan antara manusia atau sesebuah kelompok. Sebelum kita mengenali tujuan-tujuan komunikasi,adalah lebih baik kita mengetahui jenis komunikasi yang terdiri daripada: 1. Komunikasi verbal dengan kata-kata 2. Komunikasi non verbal disebut dengan bahasa tubuh 1. Komunikasi Verbal mencakupi beberapa aspek-aspek iaitu ;
a. Vocabulary (perbendaharaan kata-kata). Komunikasi tidak akan efektif bila

pesanan disampaikan dengan kata-kata yang tidak difahami. Oleh itu, kata menjadi penting dalam berkomunikasi.
b. Racing (kecepatan). Komunikasi akan lebih efektif

dan berjaya apabila

kecepatan berbicara dapat disusun dengan baik, tidak terlalu cepat atau terlalu lambat.
c. Intonasi suara akan mempengaruhi maksud pesanan secara dramatik.

Pesanan akan menjadi berbeza maksud apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza.
d. Humor dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia. Dugan (1989),

menyatakan bahwa dengan ketawa dapat membantu menghilangkan stress. Humor adalah merupakan satu-satunya selingan dalam berkomunikasi.
e. Singkat dan jelas. Komunikasi akan efektif bila disampaikan secara singkat

dan jelas.
f. Timing

(masa yang tepat) adalah yang perlu diambil kira kerana apabila seseorang bersedia untuk

berkomunikasi memberi maksud

berkomunikasi, bererti dapat memberikan masa untuk mendengar atau memerhatikan apa yang akan disampaikan.

2. Komunikasi Non Verbal Komunikasi non verbal adalah penyampaian pesanan tanpa kata-kata komunikasi non verbal memberikan maksud kepada komunikasi verbal. dan

Aspek aspek dalam komunikasi non verbal adalah: a. Ekspresi wajah Wajah merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi, kerana ekspresi wajah mencerminkan keadaan emosi seseorang. b. Pergerakan mata merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan pergerakan mata selama berinterakasi atau sesi soal jawab bererti individu tersebut terlibat dan menghargai teman bicaranya. c. Sentuhan adalah bentuk komunikasi peribadi di mana mengingati sentuhan lebih bersifat spontan daripada komunikasi verbal. Beberapa pesanan seperti perhatian yang mendalam, sokongan emosional, kasih sayang atau simpati dapat dilakukan melalui sentuhan. d. Postur tubuh dan gaya berjalan. Cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi dirinya. Postur tubuh dan gaya berjalan merefleksikan emosi, konsep diri, dan tahap kesihatannya. e. Sound (Suara). Rintihan, menarik nafas panjang, tangisan juga salah satu ungkapan perasaan dan pemikiran seseorang yang dapat dijadikan dapat menjadi pesanan yang komunikasi. Bila dikombinasikan dengan semua bentuk komunikasi non verbal yang lain sehinggakan desis suara sangat jelas. f. Gerak isyarat, seperti menghentak kaki atau mengerakkan tangan sepanjang berbicara menunjukkan seseorang dalam keadaan risau. stress, bingung atau

Setelah mengenali jenis-jenis komunikasi, kita kenali tujuan komunikasi kepada seseorang atau sesebuah kelompok manusia. Bersesuaian dengan istilah menuntut ilmu hingga ke negeri China, komunikasi amat penting dalam mempelajari atau mengajarkan sesuatu. Jika pesanan atau ilmu yang disampaikan oleh guru tidak dapat difahami oleh anak didiknya, maka guru tersebut gagal dalam komunikasi. Namun begitu, kegagalan komunikasi tersebut

tidak dapat dipersalahkan sepenuhnya kepada guru. Ini adalah kerana tumpuan anak didik terhadap pengajaran gurunya memainkan peranan penting. Komunikasi yang berkesan juga mempengaruhi perilaku seseorang. Seseorang individu itu mampu memberikan nasihat atau menegur seseorang. Ini terpulang kepada penerimaan individu yang menerima teguran atau memberikan nasihat tersebut. Komunikasi memberi ruang kepada dua pihak untuk menjelaskan perilaku sendiri atau perilaku orang lain. Seperti yang kita sedia maklum, komunikasi membantu kita berhubungan dengan orang lain, baik dari segi media massa, internet, telefon ataupun bersemuka. Pada zaman yang serba moden ini, kita boleh ambil Facebook, Twitter, WhatsApp dan banyak lagi sebagai medium untuk berkomunikasi. Berbeza sekali dengan zaman sebelumnya, iaitu masih lagi menggunakan suratmenyurat sebagai pengantara dalam berhubungan. Komunikasi juga bertujuan untuk mengungkapkan perasaan dan menstimulasi minat pada diri sendiri atau orang lain. Komunikasi amat penting dalam hubungan kerana ia membantu kita membina sesebuah hubungan dari segi perkahwinan, pertunangan, teman bisnes, teman sekerja dan sebagainya. Umpama bait- bait dari lirik lagu nyanyian Allahyarham P. Ramlee, iaitu Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri amat bersesuaian dengan konflik atau masalah sesama insan tidak kira suami- isteri. Hal seperti itu sering juga terjadi terhadap rakan sekerja, rakan sekelas dan lain-lain. Oleh itu, komunikasi boleh menyelesaikan sesebuah masalah serta mengurangkan ketegangan dan menyelesaikan konflik.

2.1

HALANGAN KOMUNIKASI Terdapat beberapa halangan yang menghalang terjadinya komunikasi ini. Halangan tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu halangan peribadi, halangan fizikal dan halangan semantic. Antara halangan peribadi ialah kelemahan mendengar. Ini kerana sesuatu kelemahan yang dimiliki oleh seseorang yang menyebabkan terhalangnya
4

komunikasi. Selain itu, nilai dan sifat peribadi yang negatif terhadap sesuatu pihak juga akan menghalang komunikasi di antara dua pihak. Dengan sifat yang dimiliki ini, wujudnya salah faham dan prasangka yang timbul daripada keduadua belah pihak. Ini menyebabkan kesan emosi seperti marah, geram dan sebagainya. Pengalaman silam seseorang juga menjadi halangan dalam komunikasi Halangan fizikal yang terjadi dalam komunikasi ini ialah kebisingan, lokasi, suasana dan jarak. Kesemua halangan fizikal ini membantutkan komunikasi antara dua pihak. Sebagai contoh, suasana semasa kenduri tidak sesuai untuk digunakan untuk berbincang mengenai bisnes. Selain itu, komunikasi non verbal juga menghalang komunikasi. Kita ambil contoh komunikasi antara individu yang normal dan individu istimewa yang berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Bagi individu normal yang tidak mempelajari bahasa isyarat, ia amat menyukarkan pesanan dari sebelah pihak difahami. Bahasa daerah atau negeri dan bahasa terlalu teknikal iaitu perkataan yang sama tetapi maknanya berbeza merupakan halangan semantik. Contohnya, bahasa Sarawak amat sukar difahami dengan bahasa Sabah kerana ia jauh berbeza dengan Bahasa Melayu baku. Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Ini kerana tanpa komunikasi, tidak akan wujud masyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu, komunikasi dapat mengeratkan hubungan diantara dua belah pihak dengan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa berkomunikasi didalam kehidupan sehari-hari. 2.2 MASALAH

KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

PEMBUANG PEMBUANGAN Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas adalah kesalahan dari segi ejaan. Kesalahan ini adalah kerana penggunaan imbuhan akhiran an digugurkan dari perkataan PEMBUANG. Ini memberi maksud yang berbeza.

Gambar 1

KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

KEDAI IKAN BURUNG CHIANG KEDAI IKAN DAN BURUNG CHIANG Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas adalah kesalahan dari segi pengguguran kata sendi nama dan. Kesalahan ini memberi maksud yang berbeza, iaitu kedai tersebut menjual ikan burung, bukannya ikan dan burung.

Gambar 2

KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

MEMDANDAN MENDANDAN Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas adalah kesalahan sepatutnya dari segi penggunaan dengan imbuhan awalan Mem- . Kesalahan ini dibetulkan menggunakan awalan Men-

Gambar 3

KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

KOSMETIC KOSMETIK Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas adalah kesalahan dari segi ejaan KOSMETIC. Ejaan yang betul adalah KOSMETIK. Kesalahan disebabkan ini pengaruh berkemungkinan kata serapan

Bahasa Inggeris.

Gambar 4

KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

PERABUT PERABOT Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas adalah kesalahan dari segi ejaan. Perkataan PERABOT terkecuali daripada pola keselarasan kerana vokal. Hal ini ini adalah kata perkataan adalah

serapan daripada bahasa Jawa. Jadi, perkataan PERABUT sepatutnya dieja sebagai PERABOT. Gambar 5

10

KESALAHAN

SELAMAT

DATANG

MAKANAN

KE

KEDAI MAK YAH PATTANI PEMBETULAN SELAMAT DATANG KE KEDAI

MAKANAN MAK YAH PATTANI ULASAN Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas adalah kesalahan dari segi susunatur perkataan. Kesalahan ini berkemungkinan disebabkan pengaruh Bahasa Thailand.

Gambar 6

11

KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

KELINIK KLINIK Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas adalah kesalahan KELINIK dari segi ejaan. adalah Ejaan KLINIK. sepatutnya

Kesalahan ini disebabkan penggunaan ejaan lama.

Gambar 7

12

KESALAHAN PEMBETULAN

PEMBEKAL JENIS BUAH-BUAHAN PEMBEKAL PELBAGAI JENIS BUAHBUAHAN

ULASAN

Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas adalah kesalahan dari segi pengguguran kata bilangan pelbagai.

Gambar 8

13

KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

DIDAKWAH DIDAKWA Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas adalah kesalahan perkataan. dari segi penggunaan ini memberi Kesalahan

maksud yang berbeza, iaitu menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, dakwah bermaksud meyakinkan menerima maklum, saman kegiatan orang sesuatu dakwa atau menyeru lain dan supaya

kepercayaan. kita sedia maksud tindakan

Manakala, seperti yang dikenakan

memberi

mahkamah. Gambar 9

14

KESALAHAN PEMBETULAN ULASAN

PERSALIN BERSALIN Kesalahan yang terdapat pada papan tanda dalam gambar di atas adalah kesalahan imbuhan dari awalan segi Per. penggunaan Ejaan yang

sepatutnya adalah bersalin.

Gambar 10

15

16