Anda di halaman 1dari 1

5 Kualiti Pensil

Tahukah kamu sebenarnya pensil mempunyai 5 kualiti yang boleh membuatmu selalu tenang dalam menjalani hidup. Kualiti pertama. Pensil dapat mengingatkanmu bahawa kau boleh melakukan hal yang hebat dalam hidup ini. Seperti sebuah pensil ketika menulis, kau juga jangan pernah lupa kalau ada yang selalu membimbing langkahmu dalam hidup ini. Kualiti kedua. Dalam proses menulis, kita beberapa kali harus berhenti dan menggunakan pengasah untuk menajamkan kembali pensil yang kita pakai. Pengasah itu pasti akan membuat pensil menderita. Tapi setelah proses mengasah pensil selesai, pensil itu akan mendapatkan ketajamannya kembali. Begitu juga denganmu, dalam hidup ini kau harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, kerana merekalah yang akan membuatmu menjadi orang yang lebih baik. Kualiti ketiga. Pensil selalu memberikan kita kesempatan untuk mempergunakan pemadam, untuk memperbaiki kata-kata yang salah. Oleh itu, memperbaiki kesalahan kita dalam hidup ini, bukanlah hal yang negatif. Ia dapat membantu kita untuk tetap berada pada jalan yang benar. Kualiti keempat. Bahagian yang paling penting dari sebatang pensil bukanlah bahagian luarnya, melainkan karbon/arang yang ada di dalam sebuah pensil. Oleh sebab itu, selalulah hati-hati dan menyedari hal-hal yang ada di dalam dirimu. Kualiti kelima. Sebatang pensil akan selalu meninggalkan tanda/goresan. Seperti juga kau harus sedar walau apapun yang kau perbuat dalam hidup ini akan meninggalkan kesan. Oleh karena itu selalulah hati-hati dan sedar terhadap semua tindakan.

Anda mungkin juga menyukai