Anda di halaman 1dari 1

BINGKA UBI

BAHAN-BAHANNYA :-) 1 kg ubi parut 650 ml santan kelapa 100 g gula melaka, hiris halus 2/3 cawan gula pasir 2 helai daun pandan 1/2 camca teh garam 1 camca besar minyak sapi... CARA MEMBUATNYA :-) 1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak. 2. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan. 3. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra. 4. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.... Selamat mencuba...kalau rasa macam "susah"..beli jeee lahhhh!!!!...habis cerita....