Anda di halaman 1dari 6

MENGGAMBAR

Tahun Bidang Teknik Tema Tajuk Masa Jenis-jenis Media :2 : Menggambar : Gurisan : Alam Semula Jadi : Key Chain Gurisan Saya : 60 minit : Alat : Lidi,pensel mekanikal tanpa ubat Bahan : Kertas lukisan, oil pastel,pensel warna Bahan Bantu Mengajar dan Belajar : Contoh gambar teknik gurisan,Persembahan slide,video teknik gurisan EMK : TMK, Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti garisan, rupa, bentuk, warna, kontra, dan harmoni yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia, dan karya seni dalam penghasilan gambar menggunakan teknik resis. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat gurisan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan resis. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

1.1.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal ,memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gurisan. 1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1 Garisan Garisan halus,tebal,berbulu 1.1.1.2 Bentuk Bentuk ilusi 1.1.1.3 Jalinan Jalinan tampak 1.1.14 Warna Primer ( merah,biru,kuning) dan sekunder (hijau,jingga,ungu)

1.1.2.1.1 Prinsip Rekaan 1.1.2.1 Kontra 1.1.2.2 Harmoni

1.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual,media serta proses dan teknik dalam membuat lukisan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat - Lidi,pensel mekanikal tanpa ubat 1.2.1.2 Bahan Kertas lukisan, oil pastel,pensel warna 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik Gurisan

1.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,kefahaman dan kemahiran media,proses dan teknik serta bahasa seni visual dalam penghasilan gurisan.

1.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan berasakan oil pstel dan pensel warna secara kreatif 1.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik lukisan dalam penghasilan gurisan 1.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : garisan,bentuk,jalinan,warna,kontra dan harmoni dalam penghasilan karya dengan betul

1.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan STANDARD PEMBELAJARAN Persepsi Estetik ILUSTRASI AKTIVITI

1. Guru menunjukkan contoh-contoh hasil menggambar menggunakan teknik gurisan kepada murid 2. Guru bertanya kepada murid unsurunsur seni serta prinsip rekaan yang mereka dapat lihat dari contoh-contoh yang diberikan. 3. Guru memperkenalkan alat serta bahan yang diperlukan untuk membuat teknik gurisan menggunakan power point presentation yang telah disediakan. Aplikasi Seni

1. Guru memainkan video cara menghasilkan gurisan.

I.

Membuat lapisan warna latar menggunakan oil pastel atau pensel warna (warana-warna terang)

II.

Membuat lapisan warna kedua menggunakan oil pastel berwarna gelap.

III.

Mula mengguris lapisan atas oil pastel mengikut corak yang dikehendaki.

2. Guru menerangkan kepada murid fungsi bahan yang digunakan.

Ekspresi Kreatif

Langkah 1

Murid mula mewarna kertas lukisan menggunakna oil pastel atau pensel warna yang berwarna terang untuk menghasilkan lapisan warna latar.

Langkah 2

Murid membuat lapisan warna kedua menggunakan oil pastel yang berwarna gelap.

Langkah 3

Murid mula menghasilkan corak atau motif gurisan mereka menggunakan alatan tajam seperti lidi atau pensel mekanikal tanpa ubat.

Langkah 4 Murid memotong kertas lukisan untuk dibuat key chain mengikut saiz dan bentuk yang mereka inginkan.

Langkah 5 Guru membantu murid menebuk lubang dan meletakkan tali pada key chain gurisan mereka.

Apresiasi Seni Visual 1. Murid mempamerkan key chain gurisan mereka. 2. Murid di minta menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada karya mereka sendiri serta rakanrakan mereka.

Anda mungkin juga menyukai