Anda di halaman 1dari 7

Pemahaman : Surat Kiriman Rasmi

1. Surat kiriman mempunyai format yang khusus. 2. Format surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu. 3. Terdapat alamat pengirim di bahagian atas sebelah kiri, diikuti oleh garisan melintang yang memisahkan alamat pengirim dengan alamat penerima. 4. Tarikh pula diletakkan di sebelah kanan surat. 5. Ciri yang paling ketara bagi surat kiriman rasmi ialah tajuk atau kepala surat. 6. Perenggan pertama dan akhir tidak diberi nombor. Perenggan kedua dan seterusnya dibubuh nombor. Biasanya, setiap perenggan mengandungi satu isi utama. 7. Sehubungan itu, adalah lebih mudah untuk mengesan setiap isi penting berdasarkan perenggan. 8. Perhatikan rajah yang berikut untuk mengetahui format surat kiriman rasmi dengan lebih jelas.

Contoh Surat Kiriman Rasmi Surat Aduan Nazleen Bte Ahmad No. 3 Jalan Bunga Matahari Singapura 443420 26 September 2007 Pegawai Perhubungan Kementerian Persekitaran 7. Jalan Sentosa Singapura 112999 Tuan Aduan Tentang Pantai Yang Tercemar Merujuk perkara di atas, saya, Nazleen Bte Ahmad, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Tanjung Bunga ingin mengadu tentang pantai yang terletak berdekatan sekolah saya yang kian tercemar. Saya juga ingin memberi beberapa cadangan agar pihak tuan dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memajukan pantai ini sebagai destinasi pelancongan. Pantai yang saya sebutkan di atas, dahulunya merupakan sebuah pantai yang indah dan bersih. Kebelakangan ini saya dapati terdapat sebilangan pengguna yang telah mengubah keadaan pantai ini. Kini, pantai tersebut penuh dengan sampah sarap. Sampah sarap ini boleh sahaja didapati di tepian pantai, tetapi juga di laut. Akibat daripada hal ini, banyak serangga dan binatang pemusnah sudah mula kelihatan berkeliaran di sana sini, membuat pantai tersebut tidak sesuai untuk aktiviti bersantai. Selain sampah, kerap juga air laut dicemari minyak yang tumpah dari kapal-kapal besar. Saya harap denda yang lebih ketat dikenakan kepada sesiapa yang didapati bersalah mencemarkan kawasan pantai ini. Selain itu, pihak tuan juga boleh menganjurkan satu kempen yang boleh menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat negara ini tentang tanggungjawab mereka menjaga kebersihan dan keindahan pantai tersebut. Akhir sekali, pantai yang bersih boleh menjadi satu daya tarikan para pelancong. Memandangkan ekonomi Singapura banyak bergantung kepada industri pelancongan, pantai tersebut boleh dijadikan sebagai satu daya tarikan pelancong. Selain daripada pantai yang bersih, saya sarankan agar pantai tersebut dibangunkan. Kemudahan ataupun perkhidmatan seperti sukan air mahupun pembinaan calet boleh difikirkan. Tentu sekali dengan adanya kemudahan dan perkhidmatan seperti ini, pantai ini dapat dimajukan lagi. Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah pantai yang tercemar ini. Saya juga berharap cadangan-cadangan yang telah saya berikan akan dipertimbangkan. Yang benar

Nazleen Bte Ahmad (Pelajar Sekolah Menengah Tanjung Bunga)

Contoh Surat Kiriman Rasmi - Surat Permohonan Soalan: Anda ingin menemui seorang tokoh perjuang kemerdekaan di Malaysia. Tuliskan sepucuk surat kepada tokoh berkenaan. Dalam surat itu, nyatakan tujuan dan sebab-sebab anda ingin menemui beliau.

Aliman bin Haji Suip Blk 321 #04-1559 Ang Mo Kio Avenue 1 Singapura 560321 4 April 2004 Tuan Haji Jumain bin Abu Samah 45, Jalan Temenggong Ahmad, 80100 Johor Bahru Johor Darul Takzim Tuan Haji Memohon Persetujuan Untuk Mewawancara Berhubung dengan perkara di atas, saya mewakili majalah Tunas, majalah tahunan Sekolah Menengah Sembawang bercadang ingin mewawancara Tuan Haji, bagi mendapatkan maklumat tentang perjuangan Tuan Haji dalam menuntut kemerdekaan. Menurut guru Sejarah kami, sumbangan Tuan Haji menuntut kemerdekaan bersamasama Datuk Onn Jaafar amat bermakna sekali. Perjuangan Tuan Haji patut direkod untuk kajian generasi akan datang. Jika tidak menjadi keberatan, kami ingin mengcungkil latar belakang keluarga, pendidikan serta penglibatan politik Tuan Haji. Kami bercadang untuk berkunjung ke rumah Tuan Haji pada cuti sekolah penggal akan datang ini iaitu pada hari Isnin, 1 Jun 2004. Kami berharap agar hasrat kami tidak menjadi kesulitan bagi pihak Tuan Haji. Kami akan menghubungi Tuan Haji kemudian untuk mendapatkan kepastian. Kerjasama dan perhatian Tuan Haji, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang Benar Aliman Aliman bin Haji Suip Ketua Pengarang, Majalah Tunas

Contoh Surat Rayuan Ahamad Ramlee b Mohammed Kassim G-15 Blok E, Taman Dagang 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah) Ibu Pejabat MARA Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur Tuan/Puan, Perkara : Rayuan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2011 Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan semula pemohonan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tingkatan 1 sesi persekolahan 2011. 2. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010 lepas, anak saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan di sekolahnya dengan PEKA pada gred 1. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), sukan badminton serta kelab Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) pada peringkat sekolah. 3. Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya ini merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik yang semuanya terdiri daripada lelaki. Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya ini menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada adik-adiknya bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan. 4. Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif dan tenaga pengajar yang professional yang disediakan oleh pihak MARA di MRSM, saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak saya sedang jalani sekarang terutamanya dalam aspek persekitaran pembelajaran yang mana kami mendiami rumah flat yang agak kecil. 5. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut : Nama Pemohon : Ahmad Danial Bin Ahamad Ramlee Sekolah : Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor No.Sijil Lahir : L210197 No. K/P : 980413-10-5991 Angka Giliran : BD0011003 MRSM dipilih : MRSM Pasir Salak, Perak 6. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kedua kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di MRSM yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik di negara. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang Benar, (AHAMAD RAMLEE b MOHAMMED KASSIM)

28 JANUARI 2011

Contoh Surat Jemputan Ruj. Kami: KKBD/100-4/ Tarikh : 14 Okt 2010

PENGARAH KOLEJ KOMUNITI Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MODULAR SEPARUH MASA Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Selaras dengan usaha pelaksanaan program pengukuhan terhadap Kolej Komuniti, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan Majlis Pelancaran Program Modular Separuh Masa. Majlis ini antara lain bertujuan memberi informasi kepada majikan dan pekerja-pekerja dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan terhadap peluang meningkatkan kemahiran yang ditawarkan di Kolej Komuniti . Sehubungan itu, saya bagi pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dengan segala hormatnya ingin menjemput tuan untuk menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan seperti butiran di bawah:
3.

Tarikh Masa Tempat :

24 Oktober 2010 (Ahad)

9.00 pagi : Kolej Komuniti Bandar Darulaman

06000 Jitra Kedah Darul Aman. 4. Kehadiran tuan/puan ke majlis ini amat diharapkan.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (WAN MUHAMMAD AFIFI BIN WAN ABDULLAH) Pengarah Kolej Komuniti Bandar Darulaman Kementerian Pengajian Tinggi

Anda mungkin juga menyukai